Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 11 hari yang lalu
wyd1014: 19 hari yang lalu
haykal77: 28 hari yang lalu
Kakngah: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 29 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Usamah bin Zaid panglima muda


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Usamah bin Zaid panglima muda

Please Mendaftar To Post


Oleh Usamah bin Zaid panglima muda

Ali_Hudhaifah_Al_Fateh
Warga Rasmi
Menyertai: 09.03.2011
Ahli No: 41066
Posting: 4

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-04-11 00:39


Belia harapan :Usamah bin Zaid panglima muda



Oleh : Ali Hudhaifah Abu Ubaidah

http://safpertama.blogspot.com/



Ancaman yang yang diterima daripada empayar rom pada tahun kesebelas hijrah telah memaksa Rasulullah S.A.W membentuk satu pasukan tentera bagi menyekat ancaman tersebut. Rasulullah SAW telah mengangkat seorang panglima muda yang bernama Usamah bin Zaid bagi memimpin angkatan tentera muslimin. Ketika itu usia Usamah baru mencecah 20 tahun.



Usamah yang dilahirkan tujuh tahun sebelum hijrah merupakan anak kepada Zaid bin harithah bersama Ummu Ayman. Bapanya Zaid merupakan anak angkat Rasulullah SAW dan merupakan diantara orang yang terawal memeluk islam. Ibunya pula merupakan bekas Hamba kepada ibunda Rasulullah SAW serta menjadi pengasuh kepada Rasulullah SAW ketika baginda masih kecil. Kedua-dua ibubapa Usamah merupakan antara orang yang amat disayangi serta paling rapat dengan Rasulullah SAW.



Keperwiraan Usamah mula terselah ketika beliau bersama-sama dengan anak para sahabat datang kepada Rasulullah SAW meminta untuk menyertai perang Uhud, namun Rasulullah menolak permintaan sebahagian mereka termasuklah Usamah sendiri kerana masih terlalu muda untuk ikut serta dalam peperangan. Usamah menangis kerana keinginannya untuk turut bersama pasukan muslim berjihad fi sabilillah tidak tercapai.



Penolakan itu tidak melunturkan semangat Usamah dan rakan-rakannya. Ketika beliau berusia 15 tahun tercetusnya peperangan Khandaq, sekali lagi beliau bersama rakan-rakannya meminta kebenaran daripada Rasulullah SAW untuk turut serta dalam peperangan tersebut. Melihat kesungguhan beliau Rasulullah SAW berasa kasihan lalu membenarkan beliau menyertai tentera muslimin. Dalam usia yang masih begitu muda beliau tidak gentar untuk menyahut seruan jihad fi sabilillah.



Semasa peperangan Hunain, tentera muslimin telah diserang secara tiba-tiba oleh tentera musysrikin menyebabkan barisan tentera muslimin menjadi goyah dan kucar-kacir, sebahagian tentera muslimin yang terkejut dengan serangan tersebut telah berundur namun Usamah bin zaid bersama dengan beberapa orang sahabat Rasulullah SAW tetap bertahan bersama-sama Rasulullah SAW.



Didalam peperangan Mu’tah Usamah yang ketika itu berumur lebih kurang 18 tahun telah menyaksikan sendiri bapanya Zaid bin Harithah yang dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai ketua panglima gugur sebagai syuhada namun semangat Usamah tidak sedikit pun luntur dengan meneruskan perjuangan dibawah saja'afar bin Abi Thalib sebagai ketua panglima setelah Zaid terkorban seterusnya dibawah Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti saja'afar setelah saja'afar turut gugur dalam pertempuran tersebut. Jasad bapanya ditinggalkan di bumi Syam setelah beliau kembali ke Madinah dengan menyerahkan kematian bapanya kepada Allah SWT.



Rasulullah SAW telah memberi kepercayaan kepada beliau dengan melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera muslimin bagi memerangi tentera Rom yang turut disertai oleh Abu Bakar as- Sidiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah Al- Jarrah, dan para sahabat lainnya. Namun ketika angkatan tentera yang dipimpin oleh Usamah baru berangkat menuju medan peperangan, beliau terpaksa memberhentikan angkatan tersebut dan kembali ke madinah kerana mendapat berita tentang kewafatan Rasulullah SAW .



Apabila Abu Bakar as-sidiq diangkat menjadi khalifah, beliau membentuk kembali angkatan tentera bagi meneruskan misi Rasulullah SAW dan sekali lagi Usamah dilantik menjadi panglima angkatan tentera muslimin. Selama empat puluh hari peperangan belangsung, Usamah berjaya memimpin pasukannya mengalahkan lawannya tanpa seorang pun tenteranya terkorban. Dengan kemenangan yang gemilang, mereka kembali ke Madinah membawa harta rampasan yang banyak melebihi dugaan. Sehingga, orang mengatakan, “Belum pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dengan selamat dan utuh serta berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang dibawa pasukan Usamah bin Zaid.”



Usamah bin Zaid meninggal dunia pada tahun 53 H / 673 M pada masa pemerintahan khalifah Mu’awiyah dari kerajaan bani umayyah. Usamah bin zaid amat dihormati kerana keperibadian serta keberaniannya sehingga Khalifah Umar al-khattab Apabila bertemu dengan Usamah, menyapa dengan ucapan, “Marhaban bi amiri!” (Selamat, wahai komandanku). Jika ada orang yang hairan dengan sapaan tersebut, Umar menjelaskan, “Rasulullah pernah mengangkat Usamah menjadi komandan saya.”


_________________________________________________



rujukan

    http://en.wikipedia.org/wiki/Usama_ibn_Zayd
    Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd
    http://sahabatrasul.blogspot.com/2009/03/usamah-bin-zaid.html
    http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah033.html
    http://nabilmufti.wordpress.com/2010/03/14/usamah-bin-zaid-bin-haritsah-panglima-perang-termuda-kesayangan-rasulullah-saw/

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ali_Hudhaifah_Al_FatehProfil   Hantar PM kepada Ali_Hudhaifah_Al_Fateh   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084198 saat. Lajunya....