Oleh |
perasaan itu datang kembali... apa yang patut saya lakukan |
riniey
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22591
Posting: 292
|
Posting pada: 24-01-11 02:55
assalamualaikum... sudah sekian lama saya tidak post topic. tetapi pada pagi ini terdetik di hati untuk post topic ini. hurm.. tak tahu lah sejak akhir-akhir ini hatiku rasa gembira, sedih, bercampur baur. Aku pernah mengenali seseorang di laman web ukhwah ini. saya dapat rasakan dia seorang yang baik. tetapi oleh kerana ada halangan yang tidak dapat saya bagi tahu disini menyebabkan kami tidak sempat berjumpa. dan akhirnya lost contact. sehingga lah pada minggu lepas saya terjumpa blog dia. walaupun tak pernah jumpa tapi setiap personal diri, biodata, tarikh lahir, kos yang diambil semasa belajar, dan ada beberapa butir peribadi yang sama seperti butir peribadi 'dia'. saya cuba cari dia di fb dan saya jumpa. saya cuba mesej inbox dan bagi tahu, dia tak mengaku dan saya anggap saya salah orang. saya tak tahu sama ada diakah orang yang saya cari tu. tetapi saya pelik kalau bukan dia Kenapa semua peribadi details dia sama seperti pemuda yang saya kenal di web ukhwah ini. saya rasa sedih sangat sebab saya selalu berdoa pada ALLAH SWT supaya satu hari nanti saya akan dapat jumpa dengan dia. dan selepas saya lost contact dengan dia, hati saya kosong saja. seperti tiada apa-apa perasaan pada mana-mana lelaki. mungkin saya belum jumpa yang sesuai. dan sehinggalah saya sudah berumur 25 tahun ni saya masih tidak berjumpa dengan hamba ALLAH yang boleh menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri ini. kawan kawan yang lain kebanyakannya dah berkahwin. tetapi mujurlah saya masih belajar. saya lebih bayak habiskan masa saya dengan belajar untuk lupakan semua. tetapi bila perasaan itu datang kembali, dan sekali lagi saya ditolak saya rasa sangat sedih. walau apa pun saya redha dengan apa yang akan terjadi selepas ini. mungkin ada hikmah dengan apa yang terjadi... tetapi jauh dilubuk hati... perasaan sedih dan kecewa telah membelenggu diri... -----------------
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 27-01-11 14:28
apa yang perlu anda lakukan ialah cepat-cepat 'sedarkan diri"... mengharap pada yang sudi berkasih pada yang sayang dia tak respon maknanya dia tak sudi...jadi jangan buang masa enti, sedih dan kecewa itu lumrah perasaan, kebiasaan yang dialami oleh semua org....yang penting jangan hilang pertimbangan... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 27-01-11 20:50
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 28-01-11 12:08
maaf jika saya tersilap, bukankah perasaan pada seseorang yang tidak pasti perasaannya pada kita diistilahkan juga sebagai 'perasan'? Jangan biarkan diri anda dibelenggu dengan perasaan ini kerana ia merendahkan nilai diri anda sendiri. Maaf sekali lagi kerana bahasa saya agak kasar.
|
riniey
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22591
Posting: 292
|
Posting pada: 02-02-11 20:51
ya... thank you semua. rasa sedih sebab dulu dia memang bersungguh sungguh untuk mengenaliku walaupun banyak kekurangan yang ada pada diri. tu saja yang membuatkan saya sedih. saya tak pernah mengharap pada dia cuma kecewa kerana tak nak mengaku. itu sahaja. salah kah berkawan??? berkawan perlu ikhlas. itu pendapat saya.... kepada faqir _ imara.... terpulang pada anda untuk cakap apa saja... saya tahu harga diri saya... saya tahu siapa saya... jangan sebab awak tak tahu punca dan sebab yang menyebabkan awak menuduh saya sesuatu yang melulu.. itu dah jatuh fitnah... maaf sekiranya apa yang saya ckpkan agak kasar... -----------------
|
NaZa_FirmaN
 Menyertai: 23.05.2004 Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN
|
Posting pada: 07-02-11 16:30
setiap apa yang mendatang..anggaplah ia satu ujian untuk menduga keimanan...ingat kata pepatah.." yang bulat takkan datang brgolek,yang pipih takkan datang melayang".. dalam hal yang mc ni..kena pandai bezakan antara perasaan dan perasan...dibimbangi akan melekakan diri sendiri... bila dah sampai waktunya,ia akan hadir sendiri...jangan terburu-buru membuat kesimpulan..  -----------------
|
puterililin
Warga 1 Bintang Menyertai: 10.09.2005 Ahli No: 18843
Posting: 32
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 14-02-11 12:22
redha latas apa yang dah terjadi..bukankah setiap insan dah ditentukan jodoh masing-masing..insyaallah masa anda akan tibe nanti...jangan ikutkan perasaan kecewa itu..teruskan apa yang anda sedang usahakan sekarang(belajar).. ----------------- ...berpesan-pesan dengan kebaikan...
|
ina_irdyna85
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.09.2005 Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak
|
Posting pada: 15-02-11 08:00
waalaikumsalam... saya setuju pendapat 'ptrililin' 2... bagi saya kalau org dah tak sudi,biarkanlah.. kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.. kadang-kadang apa yang kita impikan, tak semua impian kita itu tercapai, ada sebab Kenapa dan mengapa, hanya Allah yang tahu.. kadang-kadang kita rasa dialah yang terbaik buat kita tapi sebenarnya Allah nak bagi kita lebih baik dari itu..redhalah dengan setiap apa yang berlaku.. PASTI ada hikmah disebaliknya...percayalah ----------------- Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana menyamai sifat penyayang 70 lelaki yang soleh
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 15-02-11 08:35
maafkan saya kerana tersilap kerana cerita anda agak kabur. saya cuma mahu anda tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai nilai diri yang tinggi. Kebiasaannya lelaki akan rasa bangga jika dia tahu anda sedemikian, malah berbangga menceritakan pada rakan2nya. So jangan biarkan diri anda diperlekehkan sedemikian rupa, you got pride. Jangan letakkan diri anda dalam situasi begitu, anda adalah mengikut apa yang anda sangkakan. Maaf kerana kaedah nasihat saya kurang sopan. Hargailah nilai diri anda, masih ramai lagi di dunia luar yang tahu menghargai anda.
|
ukhwah_kaseh
Warga Rasmi Menyertai: 16.02.2011 Ahli No: 40987
Posting: 10
|
Posting pada: 18-02-11 09:45
perasaan sukew..ingin mencintai...memang wujud dalam setiap manusia....adik kena tabah mengharungi kehidupan...tahniah akak ucapkan kerana adik berani untuk berterus terang....tapi dalam kehidupan perlulah menerima Qadaq dan Qadar yang ALLAH tetapkan padew kita....kak iman hope..adik boleh jumpew seorang lelaki yang boleh mengenali adik dengan hati yang terbuka dan yang paling penting sayang dengan adik....
|
Sepintar
Warga Rasmi Menyertai: 02.02.2011 Ahli No: 40907
Posting: 5
|
Posting pada: 18-02-11 22:08
assalamualaikum... beristikharah lah... berikhtiarlah... berdoalah... bertawakallah... InsyaAllah... wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...
|
puterililin
Warga 1 Bintang Menyertai: 10.09.2005 Ahli No: 18843
Posting: 32
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 02-03-11 10:23
rasa kasih dan sayang itu salah satu rahmat tuhan.. so jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH SWT ----------------- ...berpesan-pesan dengan kebaikan...
|
adikwa
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.02.2011 Ahli No: 41016
Posting: 47
|
Posting pada: 02-03-11 14:18
salam kasih dan sayang itu perlu ada pada setiap hati manusia.. jadi usaha,tawakal dan berdoalah.. I'allhah.. yang penting dalam hidup kita jangan ada sifat cepat putus asa..
|
riniey
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22591
Posting: 292
|
Posting pada: 01-11-12 01:12
assalamualaikum semua.. thank you di atas segala nasihat. sudah lama saya tak melangkah masuk ke portal ukhwah. .. sangat rindu.. alhamdulillah saya sekarang student tahun akhir bachelor of engineering power electric (system). hopefully grade next year. now, saya happy dengan kehidupan saya. saya anggap semuanya adalah ujian dari ALLAH SWT. saya perlu berfikiran positive dalam setiap hal. alhamdulillah saya bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. doakan saya sucsess. jodoh & pertemuan itu adalah kekuasaan ALLAH swt. saya anggap semuanya ada hikmah & sebab..  -----------------
|
kita_insan
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.04.2007 Ahli No: 29595
Posting: 21
Dari: Selangor
|
Posting pada: 11-11-12 00:31
diri seoang wanita itu cukup berharga...jaga lah dengan sebaik-baiknya...jaga diri hiasi peribadi...usaha doa dan tawakal.. ----------------- Salam perkenalan untuk semua. Kita insan meneruskan perjuangan, menegakkan kebenaran dibumi Allah untuk semua yang bergelar insan.
|
wanizah
Warga Rasmi Menyertai: 29.03.2013 Ahli No: 42799
Posting: 2
|
Posting pada: 29-03-13 03:23
Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita...jangan bersedih...
|