Oleh |
patutkah aku terima bakal suami kurang kuasai alquran tapi berniat mendalami |
syahibbul
Warga Rasmi Menyertai: 08.11.2009 Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah
|
Posting pada: 15-01-11 06:21
.. baru-baru ni saya dirisik oleh seorang kakak di tempat kerja saya. dia ingin memperkenalkan saya dengan saudaranya. saya menerima dengan rela hati kerana memang saya masih mencari-cari. selepas perkenalan pertama, lelaki itu berhasrat untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah. dia dapat merasakan yang saya adalah jodohnya yang terbaik. tetapi masalahnya sekarang lelaki kurang menguasai al quran dengan baik. tetapi beliau sangat berhrp supaya saya dapat membimbingnya nanti. Adakah saya patut menerima lelaki yang berusaha untuk menjadi insan yang lebih mendalami agama?????minta pandangan semua.....pandangan anda semua sangat saya hargai.......
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 15-01-11 07:40
salam. anda patut tahu lebih banyak lagi kelebihan dan kekurangannya untuk pertimbangan anda. Setelah anda tahu banyak kelebihan dan kekurangannya anda solatlah istikharah dalam membuat keputusan terakhir. Untuk mendapat lelaki sempurna mungkin agak sukar. Mungkin beliau kurang dalam menguasai al Quran tetapi akhlaknya baik atau sebaliknya begitu hebat menguasai al Quran tetapi tidak mempraktiknya seperti merokok, mata keranjang dan sebagainya. Selidiklah juga dari banyak sudut. Wallahualam.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 15-01-11 09:41
Pada 15-01-11 06:21 , syahibbul posting:!!! QUOTE !!! .. baru-baru ni saya dirisik oleh seorang kakak di tempat kerja saya. dia ingin memperkenalkan saya dengan saudaranya. saya menerima dengan rela hati kerana memang saya masih mencari-cari. selepas perkenalan pertama, lelaki itu berhasrat untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah. dia dapat merasakan yang saya adalah jodohnya yang terbaik. tetapi masalahnya sekarang lelaki kurang menguasai al quran dengan baik. tetapi beliau sangat berhrp supaya saya dapat membimbingnya nanti. Adakah saya patut menerima lelaki yang berusaha untuk menjadi insan yang lebih mendalami agama?????minta pandangan semua.....pandangan anda semua sangat saya hargai....... perlu hati-hati juga, bila dah jatuh hati 'yang tak elok semua nampak kecik, tambah wanita ni mudah sangat terpesona dengan sedikit sifat baik yang ditunjuk lelaki, sebab tu wanita ni ramai yang'terkena'...kadang lelaki ni bila berhajat pada wanita cakapnya pandai, sanggup belajar lah, minta dibimbing lah...sanggup berubah lah...macam-macam. tapi bila dah kawin baru lah terbongkar sikap yang sebenar...ajak sembahyang malas, ajak pergi masjid marah, suruh dalami agama kita pulak disergah....banyak kes macam ni... seeloknya selidik dulu latar belakang....tak salah siasat lebih sikit calon suami ni, sebab dia adalah org yang kita nak hidup bersama nanti....hak memilih memang diizinkan pada wanita... betul kata faqir imara...istikharah. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
syahibbul
Warga Rasmi Menyertai: 08.11.2009 Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah
|
Posting pada: 15-01-11 15:51
faqir_imara: terima kasih atas pandangan anda....pandangan anda amat saya hargai..=) myhoney : apa yang myhoney ckpkan tu memang betul...mungkin sebelum berkahwin semuanya nak buat, tapi kalau dah kawin lain pula yang jadinya...terima kasih atas pandangan kalian......=)
|
Eisyaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.02.2005 Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak
|
Posting pada: 16-01-11 20:21
Pada 15-01-11 07:40 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! salam. anda patut tahu lebih banyak lagi kelebihan dan kekurangannya untuk pertimbangan anda. Setelah anda tahu banyak kelebihan dan kekurangannya anda solatlah istikharah dalam membuat keputusan terakhir. Untuk mendapat lelaki sempurna mungkin agak sukar. Mungkin beliau kurang dalam menguasai al Quran tetapi akhlaknya baik atau sebaliknya begitu hebat menguasai al Quran tetapi tidak mempraktiknya seperti merokok, mata keranjang dan sebagainya. Selidiklah juga dari banyak sudut. Wallahualam. ye..saya setuju.. -----------------
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 16-01-11 23:46
Pada 15-01-11 06:21 , syahibbul posting:!!! QUOTE !!! .. baru-baru ni saya dirisik oleh seorang kakak di tempat kerja saya. dia ingin memperkenalkan saya dengan saudaranya. saya menerima dengan rela hati kerana memang saya masih mencari-cari. selepas perkenalan pertama, lelaki itu berhasrat untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah. dia dapat merasakan yang saya adalah jodohnya yang terbaik. tetapi masalahnya sekarang lelaki kurang menguasai al quran dengan baik. tetapi beliau sangat berhrp supaya saya dapat membimbingnya nanti. Adakah saya patut menerima lelaki yang berusaha untuk menjadi insan yang lebih mendalami agama?????minta pandangan semua.....pandangan anda semua sangat saya hargai....... Kalau saya, saya akan tolak sebab bukan mudah nak didik lelaki selepas berkawin, sifat ego mereka yang tinggi. Apa kata, anda ajak beliau ke majlis2 ilmu ... kalau beliau ikhlas nak berubah, InsyaAllah Allah akan beri iman dan takwa. Lakukan solat, minta Allah tunjukkan jalan dalam mendapat jodoh yang taatkan Allah dan Rasul.
|
ymf
Warga Rasmi Menyertai: 18.01.2011 Ahli No: 40834
Posting: 5
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 19-01-11 10:19
Pandangan mata, selalu menipu pandangan akal, selalu tersalah pandangan nafsu, selalu melulu pandangan hati itu yang hakiki, jika lahirnya dari iman & takwa..
|
AtiqahNajwa
Warga Rasmi Menyertai: 18.01.2011 Ahli No: 40836
Posting: 2
Dari: KL
|
Posting pada: 19-01-11 15:18
Adik Syahibbul, Tanya pada hati dan akal untuk berfikir.. Selidik peribadinya melalui rakan sekerja yang perkenalkan tu.. Kalau hati tidak menolak, doa banyak-banyak moga pilihan hati itu adalah yang terbaik. Apa yang dia tidak lengkap, anda lengkapkan.. compliment each other.. saya setuju dengan pandangan faqir_imara "Mungkin beliau kurang dalam menguasai al Quran tetapi akhlaknya baik".
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 19-01-11 15:33
Ada begitu ramai tahfiz dan lelaki yang elok bacaan quran nya..namun akhlak nya MasyaALLAH lebih teruk dari org yang tak tau baca quran... Bacaan hanya suatu sebutan dan untuk menguasai nya hanya perlu belajar.. Manakala mengikut dan mengamal apa yang terkandung dalam Quran begitu sukar sekali dicari... tapi agak sukar jugak kalau berkata tentang pilihan hati atau jodoh..istikharah mohon yang terbaik lebih baik..
|
syahibbul
Warga Rasmi Menyertai: 08.11.2009 Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah
|
Posting pada: 19-01-11 17:11
terima kasih sangat-sangat atas nasihat dan pandangan semua.....memang saya ad selidik dr rakan-rakan yang mengenali lelaki ini dan hasil yang saya dapat adalah alhamdulillah.....memang dia punya tingkah laku yang baik dan ramai yang menyenanginya....insyaallah andai dia benar-benar jodoh saya, saya akan cuba lengkapkan ap yang kurang pada dirinya.....saling melengkapi...sebabnya saya tahu untuk mencari sesuatu yang sempurna dr semua sudut memang agak sukar......ap2 pun saya tetap memohon petunjuk dr yang maha kuasa.......
|
harakian
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.08.2008 Ahli No: 34650
Posting: 73
Dari: parit
|
Posting pada: 19-01-11 20:27
saya rasa anda perlu membuka diri anda kepada banyak lagi pilihan..tidak semestinya seorang laki sahaja...mungkin 2-3 lagi lelaki supaya lebih mudah untuk membuat pilihan..kerana ia adalah masa depan anda sendiri,anda yang tanggung sepenuhnya
|
haniras
Warga Rasmi Menyertai: 21.01.2011 Ahli No: 40849
Posting: 12
Dari: taiping
|
Posting pada: 26-01-11 19:32
salam.. pada pendapat saya, kalau lelaki itu berniat untuk mendalaminya ia mesti dibuktikan.. bukan dengan kata-kata kosong saja...
|
usaidUSAID
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.06.2010 Ahli No: 39972
Posting: 26
|
Posting pada: 27-01-11 01:00
betul cakap haniras..bagi saya, elok interview dulu lelaki ni. tengok sejauh mana penguasaan dia. then suruh dia cari guru sejantina & belajar. lepas 3 bulan interview balik. kalau penguasaan meningkat itu bukti dia ikhlas & serius nak majukan diri. ))just my 2 cents
|
fardina
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka
|
Posting pada: 27-01-11 10:45
|
mujahadah85
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.12.2009 Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam
|
Posting pada: 28-01-11 23:17
jangan terpedaya dengan pandangan dunia -pandai mengaji al-quran? dari segi apa?makrajnye?hurufnye?tartilnye? -mendalami ilmu al-quran?ilmu apa?al-quran ni luas.... saya ada kenal beberapa kenalan... Si A - pandai mengaji, syahdu dan makrajnye kurang...sentiasa mencari ustaz untuk buat rujukan... Si B - pandai mengaji, pandai mentafsir terjemahan al-quran (expert in arabic) Si C - mengaji, boleh lah...sekarang tengah masuk kelas tajwid dengan ustaz2 masjid... Antara 3 jejaka ini...yang paling bagus ialah....si C....sebab, dia seorang muslim yang mempunyai kelemahan dalam membaca al-quran dengan tartil.....dan dia berusaha untuk mengaplikasikan apa yang dibace dalam kehidupan dia... Sebab si A & B ialah askar Britain yang beragama Kristian...mereka belajar bahasa arab dengan al-quran...fasihhh...tapi, kosong..
|
mujahadah85
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.12.2009 Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam
|
Posting pada: 28-01-11 23:18
Kalau pandai mengaji punn....lentok2 ada pun...kosong, sebab tak tahu maksud kalau paham maksudnya pun, kosong juga sebab tak applied... muhasabah diri kejap..huhu
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 17-02-11 15:12
sokong dengan mujahadah85...nak pilih calon suami ini ada criteria dia,..ilmu alquran tu luas...yang terbaik adalah beramal dengan isinya ----------------- Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku
|
ija1508
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2011 Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL
|
Posting pada: 17-02-11 18:48
, Saya setuju dengan yang memberi cadangan supaya kenal dulu lelaki tersebut. Merisik pada orang itu baik, tapi kalau dia ni memang bakal jadi teman hidup, saya rasa baiklah tuan empunya diri yang kenal mengenali. Saya setuju dengan lily_mawar - bukan senang nak mengajar lelaki esp bila dah jadi suami. Ada ilmu yang baik itu bagus tapi kalau tak diamalkan, rugilah. Dan seperti yang dikatakan, pandai baca quran tu bagus tapi dah menjiwainya? Banyak lagi ilmu dan amalan yang ada bagi orang Islam - solatnya macamana, sekadar mengambil contoh. Saya agak musykil bila baru sekali kenal dah cakap nak bernikah. Kenapa ye? Istikharahlah. InsyaAllah ada jawapannya.
|
adikwa
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.02.2011 Ahli No: 41016
Posting: 47
|
Posting pada: 04-03-11 15:33
Salam.. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar. apa-apapun istikharahlah..setiap org boleh berubah..apa2xpn bagi lah beliau peluang sebelum menerimanya..tengok macam mana ksungguhannya.. i'allh ---------------------- Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 04-03-11 18:05
TERIMALAH BAKAL SUAMI TU YE.. INGAT ORANG JAHIL SELAMANYA JAHIL KAH? TAK MUNGKIN.. MUNGKIN YANG JAHIL ITU LEBIH BAIK DARIPADA YANG KITA SANGKA KAN.. JANGAN TERPEDAYA DENGAN SIFAT LUARAN SEMATA-MATA.. SEKARANG RAMAI BELAJAR AL-QURAN SEMATA-MATA KEPENTINGAN SENDIRI DAN POLITIK.. TETAPI DI MANA KAH AMALNYA? TEKNOLOGI? SAINS? EKONOMI? SOSIAL? ILMU HISAB? ILMU ASTRIONOMI? SEMUA ADA DALAM TU.. TAPI PERLAKSANAANYA MANA YE? TAK ADA PUN.. HANYA SETAKAT LAUNGAN.. BUAT PERHABIS BERAS SAJA..
|
syahibbul
Warga Rasmi Menyertai: 08.11.2009 Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah
|
Posting pada: 04-03-11 18:25
terima kasih sangat-sangat di atas pandangan kalian.....syukran.....=)
|
alongmina
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.05.2006 Ahli No: 24619
Posting: 116
Dari: Bukit Mertajam/Kulim
|
Posting pada: 05-10-11 09:49
salam enti,ana pun setuju dengan cadangan sahabat/sahabiah berikn,tetapi enti harus ingat istikhorah saja tak cukup kalau hati rasa tak senang,makanya pohonlah sungguh-sungguh pada Allah tanpa dipengaruhi oleh emosi dan sebagainya,kerana jodoh yang tepat pada masanya akan menjadi senang dan mudah..wallahua'lam..kalau ana salah minta diperbetulkan, yang baik dari Allah.. -----------------
|
sutera_hijau
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2004 Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu
|
Posting pada: 11-10-11 16:49
salam saya pernah kenal dengan seorang muslim yang memang semangat untuk belajar, cuma matlamat dia xmenghalalkan cara...dia beli buku iqra' untuk minta saya ajarkan...walhal bapa dia adalah pengerusi masjid terdekat...
|
syahibbul
Warga Rasmi Menyertai: 08.11.2009 Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah
|
Posting pada: 31-10-11 02:31
saya telah pun menerima lelaki tersebut sebagai suami saya.....alhamdulillah, memang suami saya mengotakan janjinya.....sekarang ni memang dah nampak improvement dia dalam bacaan alquran..........rasa bersyukur sangat.......=)
|
fardina
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka
|
Posting pada: 31-10-11 15:58
, alhamdulillah... tahniah kepada pun. syahibbul.. moga usaha suami puan istiqamah..... biar seseorang itu bersungguh dalam apa yang dibuatnya.
|
netbooksurfing
Warga Rasmi Menyertai: 01.11.2011 Ahli No: 41801
Posting: 3
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 01-11-11 06:00
kalau mampu..ambik masa setahun sebulan untuk kenal hatibudi lelaki tu..lepas itu baru buat keputusan.
|
netbooksurfing
Warga Rasmi Menyertai: 01.11.2011 Ahli No: 41801
Posting: 3
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 01-11-11 06:02
ooo dah kawin ke? alhamdulilah hehehe
|
udes
Warga Rasmi Menyertai: 29.10.2011 Ahli No: 41792
Posting: 6
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 01-11-11 16:29
Jika datang kepadamu seorang lelaki yang baik akhlaknya dan agamanya maka nikahilah ia.... Akhlak : Cara dia bermuamalah dengan kita, keluarga dan masyarakat.. akhlak yang baik adalah dari pancaran iman.. manakala agama : Mengetahui halal dan haram.. mendekat kepada yang halal, menjauhi kepada yang haram dan berhati-hati dengan syubhah..
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 31-01-12 14:43
Salam. Pandangan ana.... sebagai manusia, kita tidak akan mampu menilai seseorang dengan tepat atau benar. Ini kerana, Allah telah beri kita banyak kelemahan. Biasanya kita akan menilai seseorang menggunakan alat : 1. Mata. Kita sering menilai manusia menggunakan mata zahir kita. Tetapi, mata kita ni lemah, ia tak nampak dalam gelap, ia tak dapat melihat dibelakang kepala dan tak boleh menilai disebalik tabir. 2. Akal. Kadang-kadang kita guna akal untuk menilai. kadang-kadang kita guna logik. Tapi akal juga banyak kelemahan, lebih teruk lagi, akal sering kali menghasilkan tanggapan sahaja. 3. Telinga. Ni lagi teruk..... kita sering percaya dengan apa yang orang cakap. kadang-kadang apa yang diperkatakan tu adalah berdasarkan sangkaan semata-mata tapi kita boleh mempercayainya. 4. Prinsip peribadi. Kita juga sering menilai menggunakan prinsip kita. Prinsip kita pula sering bias, sering mementingkan kita sahaja. Sampai kepada tahap kita akan mengatakan prinsip kita saja betul.... orang lain semua salah, dan orang lain sepatutnya mesti berprinsip seperti kita. Jadi bagaimana kita ingin mendapatkan kebenaran????? Jawapannya kembalilah kepada Allah.... Kerana Allah lah yang mencipta segala-galanya maka Allah lah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Mohonlah kepadaNya, munajatlah kepadaNya. Mintalah kepadaNya supaya kebenaran dizahirkan dihadapan kita. Secara khusus..... BERISTIKHARAHLAH kepadaNya. Wallahu a'lam.
|
najwa_adila
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.07.2005 Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah
|
Posting pada: 02-02-12 16:44
Admin sila tutup thread ini, tuan rumah dah pun selamat berkahwin ----------------- Tiada Aku Tanpa-Mu...
|
cikgu_ayu
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.03.2012 Ahli No: 42086
Posting: 35
|
Posting pada: 13-03-12 13:58
zaman saya baru grad dulu adalah seorang lelaki ni nak dekati saya dengan alasan agar saya dapat bimbing dia. Lalu saya berkata" bagi seorang lelaki yang sebaiknya untuk bimbing carilah seorang lelaki yang soleh bukan seorang wanita sebagai pembimbing". Terus lelaki tu tak hubungi saya. Bukan nak menyombong tapi saya kurang yakin seorang wanita bisa bimbing seorang lelaki. Bagi saya, saya siap sedia mencari lelaki yang memang sudah baik, sudah soleh untuk menjadi suami saya. Wallahualam
|