Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 147
Ahli: 0
Jumlah: 147




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 47 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Hiburan dan pengorbanan


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Hiburan dan pengorbanan

Please Mendaftar To Post


Oleh Hiburan dan pengorbanan

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-10 23:08


Apabila disebut sahaja perkataan 'hiburan' pada masa kini, umum akan mengaitkannya dengan muzik, filem, artis, TV dan sebagainya. Definisi tersebut tidak salah. Memang benar muzik dan filem itu suatu jenis hiburan namun begitu, adakah itu sahaja bentuk hiburan yang ada di dunia ini? Secara tidak kita sedari, kita telah membataskan hiburan hanya kepada muzik, filem, TV dan yang seumpama dengannya atau dengan kata lain, bentuk-bentuk 'hiburan moden' yang dibawa dari negara barat yang kebanyakannya diterajui oleh orang-orang nasrani (kristian) dan yahudi. Kenapa ini boleh berlaku?

Jika dilihat senario dunia semasa, media sebenarnya sedang dikuasai oleh golongan yahudi dan nasrani. Dikuasai disini bermaksud, pengaruh siaran mereka lebih kuat dan meliputi pelbagai negara. Sebut sahaja rancangan 'American Idol', dan 'CSI', hampir seluruh dunia mengetahuinya dan pernah tengok akan rancangan tersebut.

Penguasaan media oleh negara-negara barat berkait rapat dengan sejarah. Zaman kolonial dahulu menyaksikan hampir seluruh dunia dikuasai oleh penjajah yang berbahasa Inggeris buat ratusan tahun. Penjajahan mereka bukan sahaja terhad kepada eksploitasi bahan-bahan mentah (contohnya: bijih timah), malah mereka turut menjajah minda dengan menerapkan bahasa mereka, budaya mereka dan cara hidup mereka kepada masyarakat setempat. Asimilasi budaya yang berlaku menyebabkan masyarakat setempat sudah mula menerima budaya dan cara hidup golongan penjajah. Ini adalah punca Kenapa rancangan TV yang datang dari negara barat mudah diterima oleh masyarakat di seluruh dunia.

Tidak semua yang datang dari negara barat adalah buruk, namun kita juga tidak seharusnya terlalu liberal dalam menerima apa sahaja yang datang dari barat. Sebagai seorang islam, kita harus melihat sesuatu menerusi neraca islam, termasuklah dalam hal hiburan, bertepatan dengan sifat agama islam itu sendiri yang bersifat syumul, yakni merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Berbalik kepada isu asal, hiburan sebenarnya meliputi skop yang luas, yakni sebarang perkara yang menyeronokkan. Membaca dan mendalami ilmu boleh menjadi suatu bentuk hiburan. Beribadat boleh jadi suatu bentuk hiburan. Pendek kata, sebarang perkara boleh menjadi hiburan jika si pelakunya seronok melakukan aktiviti tersebut.

Menghadkan hiburan hanya kepada 'hiburan moden' (muzik, drama dan filem) adalah merugikan dan mungkin mengundang kemurkaan Allah. Umum mengetahui, terdapat banyak unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum-hukum islam di dalam hiburan moden . Secara tidak langsung, orang islam yang terlalu asyik dengan hiburan moden akan terdedah kepada kemurkaan Allah.

Mungkin ada yang akan berkata, "saya meminati lagu-lagu artis nasyid dan cerita-cerita yang bercorak islamik sahaja". Namun begitu, perlu kita ingat, jika terlalu asyik mendengar lagu dan menonton drama, banyak masa akan terluang. Kan lebih bagus kalau masa yang ada diluangkan dengan membaca Al-Quran dan memperbanyakkan amalan sunat. Dengar lagu dan menonton drama atau filem sahaja tidak akan menambahkan pahala !

Malanglah mereka yang hanya boleh berhibur dengan hiburan moden ini. Tiada manfaat yang diperoleh selain keseronokan yang bersifat sementara dan masa yang terluang dengan perkara-perkara yang sia-sia (jika dibandingkan dengan menuntut ilmu, membaca al-Quran dan ibadat-ibadat sunat yang lain). Ingatlah, masa yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah terhad.

Jika orang islam asyik leka berhibur, maka kita akan terus ketinggalan dan mundur. Realitinya, orang islam sekarang tidak sebanding dengan orang bukan islam di dalam pelbagai bidang, baik ekonomi, penguasaan ilmu, dan juga dakwah. Kemunduran orang islam adalah salah kita sendiri, terlalu asyik leka berhibur. Masing-masing asyik menanti orang lain untuk melakukan perubahan yang akhirnya mengakibatkan semua leka dan selesa dengan keadaan semasa.

Untuk mendahului mereka (orang-orang kafir) dalam pelbagai bidang, orang islam perlu bekerja dengan lebih keras daripada biasa, dengan mengorbankan masa berhibur dan mungkin tanpa sebarang ganjaran duniawi, dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat kepada masyarakat. Jangan kita asyik menyalahkan usaha orang lain kalau kita sendiri tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat dan hanya mengharapkan sumbangan orang lain dalam menaikkan nama islam. Sedarlah wahai umat islam, kurangkanlah aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat (lagha).

Ketika negara dijajah dahulu, ada satu generasi yang bangkit menentang penjajahan. Generasi tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah generasi nenek moyang kita. Mereka memilih untuk hidup susah dengan melakukan penentangan, walhal kalau mereka menurut sahaja kata penjajah, mereka mungkin hidung senang lenang, tidak diancam bunuh, tidak perlu memikirkan soal pentadbiran dan pembangunan negara, dan sebagainya. Namun begitu, generasi tersebut memilih untuk berkorban, demi kesenangan anak cucu mereka kelak. Kita perlu sedar, mereka yang berkorban tersebut tidak mengecapi hasil pengorbanan mereka.

Begitu juga halnya dengan umat islam sekarang, kita perlu berkorban untuk menukar nasib umat islam sekarang. Jangan merungut pasal ganjaran duniawi kerana jihad mengubah nasib umat islam hanya layak diberi ganjaran oleh Allah SWT. Bersusah payahlah demi islam. Kurangkanlah hiburan yang lagha. Perbanyakkanlah aktiviti-aktivti yang menjurus kepada budaya ilmu.

Berubahlah wahai saudaraku, kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?

    "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Al-Quran, al-Baqarah: 120)

p/s: Alangkah baiknya jika seseorang itu dapat menjadikan aktiviti yang bermanfaat seperti berjihad melawan hawa nafsu, atau menuntut ilmu sebagai suatu bentuk hiburan...

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 28-12-10 23:44


setuju tak Kalau saya kata maksud berhibur adalah bersantai dalam menceriakan diri dan hati. boleh juga dikatakan berseronok dan sebagai seorang muslim tentu saja setiap keseronokan itu mesti tak melampaui syariat...


lalu, apa pula definisi berhibur yang sepatutnya ek?

Pada 28-12-10 23:08 , syedzai posting:

!!! QUOTE !!!



p/s: Alangkah baiknya jika seseorang itu dapat menjadikan aktiviti yang bermanfaat seperti berjihad melawan hawa nafsu, atau menuntut ilmu sebagai suatu bentuk hiburan...

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/



apa ek contoh berhibur melalui berjhad melawan hawa nafsu atau menuntutn ilmu?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123833 saat. Lajunya....