Oleh |
suggest me please... |
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 05-12-10 19:56
salam.. saya nak minta pandangan dripada rakan-rakan yang senior yang da lama bekreja.. bagaimana ek kita nak menggandakan income..maksud saya lebih kepada bagaimana nak menambah properties... saya ni da kerja setahun tapi rasa macam mengalir saja duit tu...at the end saya rasa macam tak ada apa-apa saja..even saving tu boleh lah kata ada memandangkan saya ni bukan jenis boros (malah agak berkira dan sedikit kedekut pada benda-benda yang tak jadi keperluan atas saya..hehe) tapi saya rasa untuk jadi jutawan memang entah sampai bila takkan jadi kenyatan..hehe so bagaimana ek dengan in come yang ada ni boleh jadi modal untuk tambah properties.. jangan cakap masuk direct selling pula sebab saya ni jenis tak suka nak bejual beli dr org ke org..nak percaya dengan sistem mlm dan piramid, huh..sorry lah.. saya ada cadangan nak beli rumah..tapi ayah saya kata jangan rumah tu pula jadi liabiliti..nak simpan or melabur ke dinar emas dan emas..erm.. tak berapa paham pula..main saham? ishk..ayah saya macam tak bagi even dia pun sama ada pegang share...saya rasa ayah saya buka tegah tak tentu pasal..agaknya sebab saya ni baru pegang duit agaknya.. apapun Kalau ada suggestion boleh share sini ek..kot2 ramai lagi yang konfuz macam saya....thank you ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 06-12-10 10:52
beli rumah tu okay tapi tak boleh lah beli sebarangan saja. saya bagi contoh suami saya ye.. dia beli rumah2 murah dalam 40k tu tapi di kawasan yang ada demand.kami tak tinggal di rumah2 tu tapi sewakan. sewa yang dikenakan setiap bulan adalah sama dengan nilai yang pelru dibayar kepada bank. pendek kata, installment kami dibayar penyewa.maka ia tidak menjadi liabiti kepada kami langsung. perbelanjaan yang perlu cuma kerja-kerja pembaikan ketika bertukar penyewa.cukup masa,(insyaAllah beberapa tahun saja lagi) rumah itu menjadi milik penuh kami. dan kami masih boleh mendapat pendapatan melalui sewa. oleh kerana lokasi strategik, rumah2 yang ada sudah pun mencapai nilai dua kali ganda dari harga asal. TETAPI.. untuk menjadi seperti ini mestilah bijak memilih rumahnya. kalau main beli saja, setakat boleh buat aset sajalah bukan pelaburan dan juga sebagai pemlik rumah sewa, mesti rajin.mengiklan, mengemaskini status rumah dan sebagainya. kalau tidakmempunyai masa, masih ada lagi cara-cara lain untuk invest. semoga berjaya!!! ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 06-12-10 12:25
jom main saham...cari yang halal lah..jangan join somporno saja...forex itu pun tak halal...
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 07-12-10 06:47
mimi: o..awak beli rumah 2nd hand lah ek..so tinggi tak kos nak baik pulih before nak sewakan kat org..? engrfeez: main saham? suggest saham bagaimana..atau awak ada masuk ka? ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 07-12-10 08:22
uik..bukan rumah 2nd hand. rumah 2nd hand lebih mahal dari yang baru sebab ikut harga pasaran akan sentiasa naik dan naik... ni rumah baru.rumah kos rendah.sebab tu dapat dalam 40k saja.suami yang beli..hehehe ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
mujahadah85
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.12.2009 Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam
|
Posting pada: 07-12-10 08:40
.. 1st hand better than 2nd hand...tapi kena tanggung cost during construction, once dah siap..ok lah Ok, 1st survey or direct tanya town planning punya org, ada xproposal rumah kat area mana-mana...buat research sikit, location tu dekat dengan apa..(better dekat dengan universiti) .. ambil flat/rumah kedai dulu, 1step..monthly less than 1k.. Once dah siap, iklan kan..for sure ramai budak-budak university nak sewe..then, plus management fee+loan+etc =dalam rm550.. awak ambil sewa dengan student tu ikut laaaa...kalau dalam rm900, dapat lah awak rm350.. Location yang tengah panas = shah alam, seksyen 7
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 07-12-10 21:26
beli lah saham..daftar dalam bursa dulu..so beli lah company2 yang betul bisnes nya...macam tnb,petronas dan sebagainya..tapi main saham kadang-kadang boleh jadi rugi...kena pandai predict..huhuhu
|
znia80
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.03.2010 Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang
|
Posting pada: 08-12-10 15:29
saya syor ente beli saja dinar emas income dia dari setahun ke setahun akan meningkat
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 08-12-10 16:52
Pada 08-12-10 15:29 , znia80 posting:!!! QUOTE !!! saya syor ente beli saja dinar emas
income dia dari setahun ke setahun akan meningkat macam best saja..cerita sikit ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
ctrosmizi
Warga Rasmi Menyertai: 06.12.2010 Ahli No: 40641
Posting: 4
Dari: tangkak
|
Posting pada: 12-12-10 22:06
em saya setuju dengan znia80. saya sendiri pun cadang nak beli dinar emas. sekarang ni kan kerajaan negeri kelantan yang tak kenal dengan kehebatan mentadbir negeri kelantan ke arah kemajuan ekonomi tengah sibuk mempromsikan rakyatnya agar membeli dinar emas.haa..kenalah sahut cabaran tu. kita sekarang ni nak memantapkn kedudukan ekonomi islam. bukan melayu ye,macam mana? nak tau dengan lanjut layari lah laman web kerajaan kelantan.rasanya lah.atau tanya saja haji husam musa tu.beliau tu pakar ekonomi kerjaaan kelanatan.
|
masz
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.07.2005 Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 25-02-11 19:51
Saudara Syemarly, Alhamdulillah awak ada perancangan untuk menggandakan income in d beginning..should be proud of it since tak ramai golongan muda yang boleh fikirkan tentang pelaburan masa depan ni. normally, mula-mula dapat kerja memang agak culture shock, iye lah first time pegang duit sendiri kan..sekurang2nya awareness tu dah ada..do maintain it ya, syabas=) just for sharing, actually ada banyak option yang boleh diambil..since currently tengah join programme Islamic Capital Market under Security Commissioner..Alhamdulillah..exposed to new knowledge regarding Islamic banking products and capital market..currently is d right time to do investment since Islamic Capital Market still in d early stage...and developing progress.thus, grab d chance..antaranya boleh invest dalam unit trust yang Islamic.
|
masz
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.07.2005 Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 25-02-11 20:02
selain tu, investment in property pun quite ok..since property d nature is appreciated, compared to vehicles yang depreciated..time muda2 lah senang nak dapatkan financing untuk membeli property.. in capital market pula, d oppurtunity is huge..saya nak cerita pun masih belum expert lagi..al maklum lah..masih dalam training lagi.. boleh layari website bursa malaysia dan Security Commissioner untuk mendapatkan maklumat lanjut..bagi golongan muda Melayu macam kita2 ni adalah sangat-sangat digalakkan untuk grab d chance in d Islamic Capital Market..remember concept of Time Value of Money..seringgit hari ini adalah lebih berharga dari seringgit pada tahun hadapan..lebih awal start lebih bagus, can earn more..wish u all d best..Insya Allah ilmu2 yang diperolehi boleh dikongsi bersama..boleh roger2 nanti.
|