Oleh |
Pelik tapi benar: Telatah makmum di masjid |
syedzai
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.04.2010 Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor
|
Posting pada: 17-10-10 22:03
Pada Ramadhan dan awal Shawal yang lalu, saya berkesempatan untuk bersolat di beberapa buah masjid di seluruh Malaysia. Saya banyak 'travel' ke beberapa buah negeri untuk menyelesaikan beberapa tugasan. Saya sempat singgah di beberapa buah masjid di tempat-tempat yang saya kunjungi untuk bersolat. Secara keseluruhannya, saya agak 'takjub' dengan sikap yang ditonjolkan oleh jemaah beberapa masjid yang saya kunjungi. Berikut saya kongsikan pengalaman saya... Bilal terlebih prihatin Ketika saya berjalan keluar dari sebuah masjid selepas solat asar, tiba-tiba saya sedar tangan saya dipegang dari belakang. Rupanya-rupanya, tangan saya dipegang oleh salah seorang bilal (tukang azan) masjid tersebut. Saya memberi salam kepadanya dan dia menjawab salam saya. Dia kemudiannya bertanya, "Adik ni anak sapa?".Kebetulan pula, ayah saya juga baru keluar masjid jadi saya tunjukkan tangan saya kearah ayah saya. "Adik kalau nak solat belakang imam kena tahu ganti imam tau?". "Tau.. saya ada (pernah) jadi imam di masjid kat Johor", jawab saya. "Adik solat jemaah bagus, tapi kalau boleh, pakai baju tangan panjang. Makruh pakai baju tangan pendek ni". Terkejut saya dengar kata-kata itu. Sejak bila pulak makruh pakai baju tangan pendek. Setahu saya tiada nas yang menjelaskan perkara tersebut. Yang ada, hanyalah qias dari para ulama tentang melipatkan baju lengan panjang yang dikaitkan dengan hukum mengikat rambut ketika solat. Niat bilal tadi mungkin baik namun bagi saya, adalah lebih baik jika teguran itu dibuat atas perkara-perkara yang bersifat jelas akan nasnya. Ini kerana teguran sebegini hanya akan menjadikan islam itu kaku. Teguran tentang perkara-perkara khilaf juga perlu dielakkan. Jarak luar biasa Pernah satu kali saya datang bersolat di sebuah masjid. Ketika tiba di masjid tersebut, saya dapati solat Zohor baru sahaja hendak bermula dan para makmum sedang mengambil tempat. Alangkah terkejutnya saya melihat jarak diantara para makmum di dalam saf. Setiap makmum mempunyai jarak kira-kira satu jengkal dengan makmum yang lain. Apabila saya tiba, saya merapatkan diri saya dengan makmum di sebelah saya. Ketika solat, saya dapat merasakan yang tindakan saya merapatkan badan dengan makmum di sebelah saya tidak disenanginya namun saya tidak mengendahkan akan hal tersebut kerana apa yang penting bagi saya terutamanya apabila melibatkan soal ibadah, adalah keredhaan Allah, bukannya keredhaan manusia. Sepatutnya, makmum solat dengan merapatkan bahu dan kakinya dengan makmum di sebelah. Memulakan saf... dari kiri Suatu hari saya tiba di sebuah masjid untuk solat maghrib dan mendapati imam baru sahaja memulakan solat. Saf pertama telah penuh dan saf kedua telah dimulakan oleh beberapa orang makmum. Apa yang pelik ialah, saf dimulakan bukannya dari tengah (belakang imam) tetapi sebaliknya jauh di sebelah kiri berdekatan sebuah tiang. Siapa lah yang ajar mereka ni memulakan saf dari kiri? Ditegur kerana rapat Pada waktu yang lain pula, saya datang untuk solat berjemaah. Seperti biasa, saya akan merapatkan diri saya dengan makmum di sebelah. Kali ini, saya bersolat di sebelah bilal (tukang azan) masjid. Tiba-tiba, saya ditegur oleh bilal dengan nada yang agak kasar supaya saya menjarakkan diri saya daripadanya. Badan saya hanya bersentuhan (bukannya bertindih) dengan pak bilal namun dia seakan-akan marah dan mahu saya menjarakkan diri. Pelik bukan? Bukankah setiap kali sebelum solat imam kebiasaannya akan berkata, "Lurus dan rapatkan saf". Tentu seorang bilal tahu akan hal ini bukan? Makmum tidak berani bergerak Ada dua kes yang pernah saya lihat di mana makmum kaku dan tidak bergerak terutamanya bila terdapat kekosongan di dalam saf. Kes pertama, apabila salah seorang makmum keluar saf kerana terbatal wuduk. Makmum di belakang makmum yang keluar tadi tidak berganjak untuk memenuhi saf. Makmum disebelahnya juga kaku dan tidak bergerak untuk merapatkan saf. Akhirnya, tinggallah ruang kosong di dalam saf tersebut sehinggalah solat jemaah tamat. Dalam suatu kes yang lain pula, ia berlaku sebelum solat. Ketika makmum sedang mengambil tempat, saya dapati makmum di sebelah saya agak jauh dan memberitahunya supaya merapatkan dirinya dengan saya. Apa yang menyedihkan adalah, ada makmum yang tidak mengendahkan ajakan saya. Yang pelik dan kadangkala melucukan pula adalah, ada setengah makmum yang pura-pura bergerak merapati saya dengan menggerakkan badan dan kakinya namun setelah saya bersedia untuk takbir, makmum tersebut kembali menjarakkan diri. --- Kisah di atas adalah diantara beberapa peristiwa pelik yang saya temui ketika bersolat di masjid. Tujuan saya berkongsi kisah-kisah di atas bukahlah untuk mengaibkan mana-mana pihak, namun untuk menceritakan secara tidak langsung tentang kesilapan para makmum yang harus dibetulkan agar solat jemaah yang kita lakukan lebih sempurna. Namun begitu jauh di sudut hati saya, perasan sedih menyelubungi diri memikirkan tentang tahap kefahaman agama dikalangan umat islam sekarang. Itu bagi mereka yang bersolat di masjid. Bagaimana pula mereka yang tidak bersolat di masjid atau yang tidak langsung bersolat? Bagaimanakah tahap kefahaman islam mereka? Bagi saya, kesilapan yang dilakukan para makmum adalah kerana mereka kurangnya pengetahuan dan kefahaman agama. Jadi, apa yang lebih utama sekarang ialah untuk memberi pendidikan dan ilmu agama yang secukupnya agar generasi islam akan datang lebih faham tentang islam. Ini bukan tugas ustaz atau ulama, ini tugas untuk semua orang islam yang mempunyai ilmu tentang agama islam. Sebarkanlah pengetahuan dan kefahaman islam kepada saudara-mara/jiran/rakan anda, namun pastikan apa yang disebarkan itu tepat agar masyarakat makin faham dan mendekati islam dengan betul. Bagaimana mungkin orang bukan islam hendak faham akan islam jika orang islam sendiri keliru dengan islam? Sumber: http://syedzai.blogspot.com/Sama-sama kita sebarkan artikel di atas, moga intipatinya dapat dikongsikan bersama. Bagi yang ada Facebook, boleh share link artikel di atas di dalam facebook ! ----------------- Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/
|
myway
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25327
Posting: 291
|
Posting pada: 18-10-10 00:19
experienced it before. saf wanita pun teruk juga. ikut keras kepala masing-masing. termasuk saya..keras jadinya kepala ni.hihi.
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 18-10-10 16:40
cuba analys keadaan situasi begitu belaku pada populasi yang bagaimana... adakah mereka tu kalangan org muda atau berumur? atau adakah kawasan tu d area bandar, pekan atau kg..? juga lihat kepada kemungkinan faktor pendidikan atau pekerjaan? mungkin juga kerana latarbelakang ilmu dan efahaman agama yang kurang atau sebaoiknya? ikutkan tempat saya pun macam tu jugak..memang tension jugak lah Kalau berlaku macam tu... tapi apa nak buat... rasanya ceramah2 kat majid surau ada diperkatakn serba sedikit..erntah lah.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
usaidUSAID
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.06.2010 Ahli No: 39972
Posting: 26
|
Posting pada: 19-10-10 15:52
observation yang bagus! saya paling terkilan kes jarak antara makmum..jangan kata syaitan boleh 'menyelit'.. kanak-kanak pun muat lalu.. tentang saranan syemarly..daripada experience saya..kes begini banyak terjadi kat bandar, sebab so far, solat kat kampung or kampung isteri, tak pernah pula jumpa kes ni kat urban area masing-masing tak kenal jemaah. so maybe tak berapa selesa nak bersentuhan dengan org yang kita tak kenal..sorry to say lah..datang masjid pulak dengan badan berbau....................
|
syedzai
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.04.2010 Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor
|
Posting pada: 21-10-10 09:13
... Berdasarkan pemerhatian saya pulak... di kampung-kampung yang bermasalah. Bandar ok pulak. ----------------- Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/
|
mujahadah85
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.12.2009 Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam
|
Posting pada: 22-10-10 22:39
ye..bandar ok..area saya ok, mereka berduyung2 mencari ceramah & penceramah yang menjadi favourite mereka..tak kira lah cikgu ke, doctor ke, prof madya ke...kami mix around dan memakmurkan masjid
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 24-10-10 17:14
hhhmmmm....saya juga pernah menegur saf yang renggang ketika solat sunat tarawih dulu....tapi dijawab makcik tu "panas' kalau duduk rapat2..... saya dapati kejadian 'putus saf' banyak berlaku bukan semata-mata kerana kejahilan tentang keutamaan merapatkan saf... ada yang memang tahu tapi sengaja mengambil sikap sambil lewa, malas nak rapatkan saf serta nak selesa sembahyang tak bersentuh dengan org lain menyebabkan perkara sebegini terus berlaku di masjid-masjid kita. saya rasa, imam selain dia sebut 'rapatkan' saf ketika nak mulakan solat....boleh dipanjangkan sikit peringatandgn turut menyebut mengapa kita disarankan merapatkan saf solat..... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
hasanrijal
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.11.2009 Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD
|
Posting pada: 24-10-10 17:19
Pada 19-10-10 15:52 , usaidUSAID posting:!!! QUOTE !!! observation yang bagus! saya paling terkilan kes jarak antara makmum..jangan kata syaitan boleh 'menyelit'.. kanak-kanak pun muat lalu.. tentang saranan syemarly..daripada experience saya..kes begini banyak terjadi kat bandar, sebab so far, solat kat kampung or kampung isteri, tak pernah pula jumpa kes ni kat urban area masing-masing tak kenal jemaah. so maybe tak berapa selesa nak bersentuhan dengan org yang kita tak kenal..sorry to say lah..datang masjid pulak dengan badan berbau.................... Pernah dengar seorang ustaz berkata..kalau nak menilai perpaduan di sesuatu tempat..tengoklah jemaahnya semasa solat...rapat2 atau ada jarak2...kalau jemahnya rapat2, maksudnya perpaduan ok & sebaliknya...Wallahua'alam.. ----------------- Somewhere, something incredible is waiting to be seen
|
harakian
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.08.2008 Ahli No: 34650
Posting: 73
Dari: parit
|
Posting pada: 25-10-10 13:26
saya rasa imam kena main peranan..mungkin sebelum solat imam perlu memberitahu makmum apa-apa yang perlu diperbetulkan dan menjadi salah faham... maknanya,jangan just cakap lurus dan rapatkan saf semata-mata tetapi periksa saf dan tegur org tersebut.. contoh:minta imam cakap macam ini,"kalau ada ruang kosong yang tinggalkan org,minta org yang sebelah kanan beranjak dan rapatkan saf ye"..i.allah org akan lebih dengar cakap imam berbanding makmum biasa macam kita...(kadang-kadang tak perlu pun keluarkan hadith sebab masyarakat mudah terima cakap kita kalau dia seorang imam berbanding budak remaja yang cakap) jadi saya cdgkn anda bgtahu imam akan perkara ini kerana masyarakat lebih memandang kata-kata iman berbanding kata-kata org biasa seperti kita.... wallahua'lam
|
bezita
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.11.2009 Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL
|
Posting pada: 25-10-10 15:48
ada kawan saya mengatakan lelaki tak boleh solat tanpa memakai baju. kalau tak ada baju pun sekurang2nya kena ada sehelai kain yang menyelaputi bahagian bahu. dia kata dia pernah terbaca mengenai perkara tersebut. tapi tak ingat dimana. ada sesiapa yang tau mengenai perkara tersebut ?
|
mujahadah85
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.12.2009 Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam
|
Posting pada: 25-10-10 23:52
area saya memang kuat perpaduan agaknya..hehe..memang semyg rapat2..caring others dan kalau ada kematian, qari dan qariah surau akan datang membantu apa yang termampu...begitu juga, bila ada kenduri di masjid, semua sibuk campur tgnn..alhamdulillah
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 26-10-10 08:27
Salam. Maaf jika kata-kata saya menyinggung golongan tertentu. Pada pandangan saya, yang sering menimbulkan perkara2 begini (renggang saf) ialah org lama. Segelintir pakcik2 yang perasan dia terlebih dahulu makan garam. yang jubahnya menyeret lantai,yang serbannya menutup dahi dan yang biasanya berjemaah pada malam Jumaat sahaja. Mereka tidak terdedah kepada dunia luar. dengan kita mempamirkan perkara yang betul,insyaAllah mereka akan perlahan2 berubah. Saya sendiri pernah didengus dan jeling oleh seorang tua kerana mencelah di tengah2 saf yang renggang. Marilah kita sama sama memperbaiki keadaan.
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 26-10-10 08:36
erm...saya selalu tak suka bila makcik2 takmo berganjak dari tempatnya kerana sejadah.. sampai bila ada yang bila ajak untuk pindah ke saf depan yang kosong boleh muat dua orang..sama ada menempelak..awak ajak lah orang lain.. tak pun, ditariknya sejadah dia..bawa ke depan.. hingga orang yang tinggal kat belakang..terkulat2 menghampar tudung nak buat alas.. itu belum rapat ketepi.. setiap inci bergerak ke kanan.. setiap inci jugalah sejadah di bawa bersama..ades ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 26-10-10 10:21
Pada 25-10-10 15:48 , bezita posting:!!! QUOTE !!! ada kawan saya mengatakan lelaki tak boleh solat tanpa memakai baju. kalau tak ada baju pun sekurang2nya kena ada sehelai kain yang menyelaputi bahagian bahu. dia kata dia pernah terbaca mengenai perkara tersebut. tapi tak ingat dimana.
ada sesiapa yang tau mengenai perkara tersebut ? err..maksud tak boleh tu haram ke ? setahu saya, pakaian dalam solat ni sebenarnya adalah sama dengan pakaian menutup aurat....sama ada ketika solat atau di luar solat kita dikehendaki menutup aurat dengan sempurna. Adapun bagi lelaki dan wanita , mereka ada batas-batas aurat yang tersendiri....bahagian bahu lelaki bukanlah bahagian aurat, jika sembahyang tanpa memakai baju tapi bahagian aurat yang wajib ditutup telah ditutup dengan sempurna, maka sah solatnya....cuma nampak kurang adab dan tak warak sembahyang tanpa baju atau berpelikat sahaja...wallahuallam ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
amna_liana
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2005 Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh
|
Posting pada: 26-10-10 11:22
saya pun pernah mengalami situasi makmum suka menjarakkan kedudukan saf semasa solat jemaah. biasanya makcik2 yang suka jarak2 sms solat ni. supaya mereka dapat seorang satu sejadah. bila saya minta makcik tu rapat dengan saya,boleh pula dia buat tak layan.padahal saya rasa jarak yang ada tu boleh ditempatkan seorang lagi makmum.. setelah beberapa kali saya minta agar dirapatkan,namun masih lagi xberganjak. masa tu kami solat terawih..esoknya saya kembali ke surau yang saya selalu berjemaah..sebab tak tahan dengan perangai makcik2 kat surau tu.. bukan apa,tujuan saya ke surau2 yang berlainan adalah supaya boleh berkenal-kenalan dan rapatkan ukhwah dengan mereka. apabila saya melihatkan yang sikap mereka yang sebegitu,saya terus xke surau tu lagi..
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 28-10-10 10:42
Masalah saf jarang memang sering berlaku. masing-masing bawa sejadah mahal dari udani carpet dan tak mahu berkongsi. seorang satu macam solat sendiri pula. Sepatutnya sebelum solat, imam kena pastikan saf rapat. Kadang mereka tak selesa nak bersentuh2 bahu, sedangkan solat tu sepatutnya untuk menguatkan lagu ikatan ukhwah antara jemaah. -----------------
Hargai semasa ada....
|
ai_islam
Warga Rasmi Menyertai: 15.02.2010 Ahli No: 39278
Posting: 8
Dari: Negeri Cik Siti Wan Kembang
|
Posting pada: 29-10-10 18:49
, masalah yang sama turut berlaku di Kg saya.....bila solat berjemaah, makmun menjarakkan diri....macam tak boleh kongsi sejadah....sejadah tu exclusive untuk dirinya sahaja....kalau tegur....kena marah....macam mana nak menegur mereka yang lebih tua dari kita....yang sebaya nenek@ mak haji.... lagi satu yang saya terkilan....kalau hari biasa....surau hanya dibuka di bahagian lelaki sahaja....bahagian wanita...tertutup rapat (pintunya dikunci )...macam tak hendak bagi masuk....jadi setiap hari hanya nampak org lelaki sahaja ke surau itu....sangat menyedihkan..
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 30-10-10 15:44
akui... semakin hari diperhatikan, hati kita makin dipecah pecahkan. yang bertudung labuh dha tak mahu berdiri sesaf dengan yang berjeans. yang bertlitup mengelak sesaf dengan yang tidak bertudung.belum lagi kisah Kalau tak sejemaah/sefahaman politik tak mahu berdiri sebelah menyebelah. ** kadang kelakar juga,Kalau diperhati. eh... mokcik mokcik pun pandai main cop coplah.cop dengan beg, cop dengan telekung. belum lagi cop dengan baby/ cucu beri baring kat sebelah untuk beri kekawan yang datang lambat duduk sesaf. ingatkan budak-budak sekolah saja pandai cop cop ni. hehehehe~ -----------------
|
faiq85
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.02.2007 Ahli No: 28944
Posting: 213
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 20-11-10 20:28
setuju.. kebanyakan surau/masjid mesti ada keadaan seperti yang sahabat-sahabat nyatakan..lagi satu, bila bersalaman,apa yang saya perhatikan, terdapat makmum yang bersalaman setakat bersentuhan tangan sahaja.sedangkan melalui bersalaman ni lah akan terjalinnya ikatan persahabatan, satu ukhwah yang akan mengutuhkan lagi kekuatan orang islam..lagi satu, bila kita dah biasa di masjid, senang untuk biasakan diri di luar kan;p ----------------- &
|