Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 133
Ahli: 0
Jumlah: 133




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Orang islam... takut akan islam?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Orang islam... takut akan islam?

Please Mendaftar To Post


Oleh Orang islam... takut akan islam?

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-10-10 22:02


Anda tentu pernah dengar tentang islamophobia, iaitu suatu fobia terhadap segala yang berkaitan dengan islam yang lazimnya dikaitakan dengan masyarakat bukan islam di barat. Namun tahukah anda bahawa sesetengah orang islam di Malaysia juga menghidapi islamophobia? .... dengan cara yang berbeza. Orang islam yang fobia dengan islam? Pelik tapi benar !

Takut kepada ceramah agama, takut kepada program yang berbentuk islamik, takut kepada masjid, takut dengan orang-orang tabligh dan sebagainya merupakan antara 'ketakutan' segelintir umat islam sekarang.


'Ketakutan' ini berlaku pada semua peringkat, dalam pelbagai bentuk komunikasi baik sesama orang islam mahupun bukan islam di alam nyata mahupun siber. Bercakap mengenai 'ketakutan', teringat saya akan suatu kisah ketika belajar di salah sebuah IPT dahulu. Waktu itu adalah sekitar penghujung waktu asar, sekitar jam 6.30ptg. Para pelajar kebanyakannya sedang berehat dibilik masing-masing. Tiba-tiba, terdengar bunyi riuh rendah di luar bilik, bunyi orang ramai berlari. "Ada fire drill ke?". Rupa-rupanya para pelajar sedang lari keluar dari bilik masing-masing kerana ada sekumpulan 'geng tabligh' sedang menuju ke blok asrama. Ada juga yang tutup lampu bilik dan berpura-pura tidur. Pelbagai teknik dibuat bagi mengelakkan diri dari diajak solat maghrib berjemaah di masjid oleh geng tabligh. Suatu kes orang islam takut dengan orang islam yang lain.

Dihadapan rakan-rakan bukan islam, ada umat islam yang apabila rakan-rakan bukan islam berbicara tentang sesuatu yang mempersoalkan ajaran islam, mengutuk atau mempersoalan dasar-dasar islam, mereka hanya berdiam diri, terseyum dan tersengih, atau lebih buruk, setuju dengan pandangan tersebut.

Persoalannya, Kenapa ini boleh berlaku?

Takut tiada kawan, bimbang kawan lari atau... MALU DENGAN AGAMA ISLAM ? Berapa ramai umat islam yang ada menerangkan serba sedikit tentang islam kepada rakan-rakan bukan islamnya yang lain? Kalaupun penerangan diberi, berapa ramai yang pastikan bahawa maklumat yang diberi adalah betul.

Seorang non-muslim pernah bertanya di dalam sebuah forum yang popular di Malaysia, "Kenapa orang islam tidak boleh pegang anjing ?". "Kerana anjing kotor", jawab seorang ahli forum. "Kalau anjing tu bersih?", tanya non-muslim itu lagi. "Itu tidak tepat, orang islam boleh pegang tapi kena basuh tangan dengan air tanah dan 6 kali air bersih", jawab seorang ahli forum yang lain.

Penerangan yang tepat penting bagi memberi gambaran sebenar tentang islam. Jawapan yang kurang tepat bukan sahaja menyesatkan, malah boleh menimbulkan kekeliruan yang lain yang akhirnya mungkin menimbulkan imej yang tidak benar tentang islam.

Di alam siber pula lain halnya, di forum-forum tertentu, ada umat islam yang berkelakuan seperti orang kafir, antaranya:

    * membicarakan hal-hal lucah

    * berkongsi akan gambar-gambar yang tidak senonoh (dan ada juga umat islam yang menggunakan gambar-gambar seumpama ini sebagai 'avatar')

    * menyebarkan gosip atau berita yang tidak pasti akan kesahihannya

    * menceritakan keburukan orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syarak


Menghairankan, cara sesetengah orang islam berbual di internet adakalanya lebih kafir berbanding orang kafir sendiri. Itu belum di ambil kira blog-blog lucah/gosip/mengarut yang diusahakan orang islam .

Wahai saudara seagamaku, sedarlah bahawa anda sebenarnya merupakan umat terbaik daripada sekelian umat (umat Nabi Muhammad SAW), anda penganut agama terbaik yang diiktiraf Allah SWT (Islam) berbanding agama-agama samawi yang lain, dan anda juga merupakan sebaik-baik kejadian di muka bumi ini. Janganlah hina diri sendiri dengan meniggalkan ajaran islam. Jangan MALU dengan ISLAM. Yakinlah bahawa agama yang anda anuti merupakan agama yang benar.

Jika anda rasa kurang yakin... belajarlah tentang islam. Dekatkan diri dengan masjid, baca buku-buku, majalah yang membicarakan hal-hal islamik. Tontonlah ceramah agama di TV, dengar ceramah di radio dan banyakkanlah berdoa kepada Allah supaya diberi hidayah dan iman yang tinggi. Kenalkan diri kepada islam, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Anda tidak perlu berjubah atau berjanggut panjang untuk menyampaikan nilai-nilai islam kepada masyarakat. Cukup sekadar berkelakuan seperti orang islam iaitu dengan melakukan yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah Allah SWT.

Jika anda tidak mampu untuk menyebarkan mesej islam, sekurang-kurangnya janganlah sukarkan atau halang usaha saudara seagama anda untuk melakukannya...

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/

Sama-sama kita sebarkan artikel di atas, moga intipatinya dapat dikongsikan bersama. Bagi yang ada Facebook, boleh share link artikel di atas di dalam facebook !


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-10-10 00:28


org islam takut dengan islam??
salah kita juga sebab tak buat kerja nabi.
tak ikut akhlak nabi.
tak ittiba' sunnah (tak ikut sunnah spenuhnya)
especially diri saya..T_T

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130194 saat. Lajunya....