Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Hitler yang Sebenar


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Hitler yang Sebenar

Please Mendaftar To Post


Oleh Hitler yang Sebenar

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-10-10 23:41


ADOLF HITLER ; sudut kisah yang jarang kita dengar

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs061.ash2/36409_1438335553333_1081327063_1267087_5851615_n.jpg

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi Kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs055.snc4/35105_1438312232750_1081327063_1267002_6319388_n.jpg

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs030.ash2/34853_1438313192774_1081327063_1267003_7735002_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs128.snc4/36757_1438313352778_1081327063_1267004_486271_n.jpg

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs066.snc4/34639_1438313832790_1081327063_1267005_531180_n.jpg

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs037.snc4/34220_1438314952818_1081327063_1267006_2975683_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs039.ash2/35308_1438328913167_1081327063_1267065_5900808_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs088.ash2/37731_1438329553183_1081327063_1267068_1802751_n.jpg

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(?????? ?????? ????? ?????) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat.

Sila klik kat http:// untuk tengok gambar2nya..

Semoga kita semua beroleh manfaat.


-----------------
Be a good Muslim or die as Syuhada!


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 16-10-10 20:48


saya setuju dengan anda norman. once ada kenyataan yang menyatakan sebab beliau mmbunuh yahudi d holocoust tu saya fikir ia memang satu sitausi yang tak harus d anggap enteng. seluruh dunia tertipu dengan propaganda yahudi sedangkan apa yang yahudi lakukan pada rakyat palestin tak ada pun nak kecoh2..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-10 11:37


Yup...sebagai muslim sama-samalah pertahankan dan tunjukkan kebenaran apa sebenarnya 'ISLAM' kepada dunia yang sering kali tertipu dengan propagandanya...celikkan mata dunia..Islam adalah yang terbaik!


-----------------
Be a good Muslim or die as Syuhada!


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-10 12:33


Saya pun copy and paste juga..sebagai bacaan tambahan..maaf salah silap.
-----------------------------------------------------------------------


Saya tertarik untuk menulis tentang Hitler setelah melihat begitu banyak link note yang ditulis seorang sahabat (yang saya tidak kenal) tentang kaitan Hitler dengan Islam. Saya pohon maaf mengatakan begini, tetapi saya kasihan degan setiap sahabat yang berkongsi link ini tanpa sedar mereka sudah menjadi 'senjata' kepada musuh sendiri.

Gambar-gambar Hitler bersama Haji Amin Al Husayni bukanlah gambar yang baru tersebar. Bukan gambar yang baru dibebaskan dari sekatan OSA untuk dinikmati sekalian rakyat. Ia sudah lama berlegar di internet. Berlegar di laman web. Berlegar di forum online. Berlegar di setiap sudut plan propaganda Zionis. Untuk apa? Untuk membuktikan radikalnya Hitler ialah kerana Islam. Dan Holocoust itu berasal dari Islam sendiri!

Dan naifnya kita untuk gembira dengan jerangkap mereka.

Hitler tidak pernah berminat atau meminati Islam. Ini adalah fakta. Jika dia minat kepada Islam, dia sudah lama masuk Islam. Tony Blair sudah 3 kali khatam Quran. Jauh lebih banyak daripada remaja kita yang baca Fatihah pun merangkak. Malahan 'kagumnya' Tony Blair kepada Quran dilafazkan di hadapan agensi berita Reuters dengan menyebut "Quran itu praktikal dan mendahului zaman"

Maka sudah tentulah dia jauh lebih hebat daripada sebahagian rakyat kita yang terpaksa menunggu sehingga putih bulu kening untuk fasih baca Yasin. Dan sudah tentulah jauh lebih menakjubkan dari Hitler.

Tetapi adakah itu boleh menahan dia daripada menghantar ribuan tentera menyembelih umat Islam seluruh dunia?

Tidak.

Tuan-tuan yang dikasihi,

Percayalah minat Hitler pada Islam bukanlah seperti minat Ann Wan Seng semasa dia baru-kenal Islam dulu. Minat Hitler (dan Tony!) kepada Islam lebih kurang sama.....(cut)..... Minat dari nafsu, bukan hati!

Hitler sedar dan faham bahawa demi menjustifikasikan tindakan politiknya kepada Yahudi, dia perlu mengambil hati rakyat yang lain. Dan hati rakyat paling mudah didekati dengan menggunakan agama. Kenapa anda fikir George Bush Jr. melawat masjid di Washington selepas Perang Afganistan dan sekali lagi selepas Perang Iraq? Bush nak pergi sembahyang tarawih kah?

Anda tahu jawapannya..

Hitler seorang politikus dan strategis yang cerdik. Sangat cerdik. Dan dia hanya perlu memanipulasikan kekeliruan dan emosi rakyatnya untuk menjana misi sendiri.Ingat, Heinrich Himmler, Ketua tentera Jerman sendiri mengakui bahawa Nazisme memanipulasi semangat jihad tentera mereka yang beragama Islam.

Sekarang cuba kita rujuk sejarah. Mengapakah Portugis di Melaka bergabung dengan Johor untuk menyerang Acheh? Dan mengapakah di saat yang lain, Portugis bergabung dengan Acheh menggempur Johor?

Dalam sisi perang, ia dipanggil turn your enemy into your weapon.

Soal sama ada Hitler tidak meminum arak tidak boleh dijustifikasikan sebagai kecondongan dia kepada Islam. Tuan-tuan perlu ingat, arak diharamkan oleh majoriti agama. Islam, Buddha, Hindu dan sebahagian besar Christian Orthodoks. Hitler sendiri beragama Kristian Roman Katholic, belajar di sekolah Kristian ketika kecil dan pernah memperkenalkan ideologi 'Positive Christianity'.

Jadi soal minum arak atau tidak, bukan hal yang releven melainkan dia memeluk islam dahulu.

Hitler tidak pernah membunuh Yahudi kerana pembacaannya tentang Islam. Tidak pernah menjalankan holocoust kerana membaca Quran. 100 000 tentera Jerman yang terlibat dalam holocoust dan menyembelih 6 juta yahudi juga membunuh bukan kerana ada hadis nabi menyuruh begitu. Demi Allah yang jiwaku berada di dalam tangan-Nya (kekuasaan-Nya), aku bersumpah bahawa tidak ada Islam menyuruh begitu. Tidak ada.

Majoriti mereka ialah Kristian yang setiap minggu berulang alik ke gereja. Mereka jadi begitu kerana kegagalan pemuka-pemuka Kristian Jerman menjadikan mereka semua seorang manusia. Tidak ada sepatah kaitan dengan Islam.

Islam tidak pernah dikenali di Jerman pada masa tersebut. Ia tidak pernah dominon di sana. Islam hanya diketahui selepas pengaruh Jerman memasuki Balkan (yang dihuni majoriti Muslim) pada Perang Dunia ke 2. Bukan pengaruh Islam di Balkan yang memasuki Jerman.

Aneh dan canggung apabila kita memuji Hitler yang menjalankan ethnic cleansing kepada kaum Yahudi sedangkan junjungan besar Muhammad s.a.w memberikan contoh yang terbaik dalam berdepan dengan Yahudi.

Hitler membunuh Yahudi antaranya kerana dominasi dan kezaliman ekonomi kaum Yahudi ke atas penduduk Jerman. Sedangkan Nabi Muhammad hanya membenarkan ahlul Madinah memboikot Telaga Ruumah yang dimiliki Yahudi dan kedai-kedai Yahudi di Pasar Madinah kerana penjual Yahudi menipu dalam jual beli.

Malahan usai Perang Khaibar contohnya, Nabi Muhammad memberi pengampunan dan keamanan kepada Yahudi yang tunduk menyerah walaupun nyawa baginda cuba ditamatkan dengan racun perempuan Yahudi.

Dalam Perang Khandak, Yahudi Bani Quraizah dengan jelas dan terang berpakat dengan gerombolan musuh sehingga hampir menghancurkan Madinah. Apa yang dilakukan oleh nabi? Ethnic cleansing? Tidak. Hanya yang terlibat dalam perang itu sahaja dihukum bunuh kerana pengkhianatan kepada perjanjian dan keamanan negara Islam Madinah. Mereka dibicarakan dahulu malahan hakim perbicaraan itu (Saad bin Muaz) dipilih sendiri oleh pemuka Bani Quraizah; bukan oleh Nabi atau mana-mana sahabat!.

Maka amatlah pelik bilamana Allah mengutus Muhammad sebagai suri tauladan tetapi kita pula lebih galak memilih Hitler!

Kata kata Hitler "Aku boleh membunuh semua Yahudi tetapi aku meninggalkan sedikit untuk dunia mengetahui Kenapa aku melakukannya' dijulang bagaikan kata keramat. Sedangkan hadis Nabi tidak mahu diingat.

Maaf saya katakan, bahawa masalah umat kita ialah mudah tertarik kepada benda baru. Mahu jadi lain dari yang lain....(cut)....



boleh juga rujuk ke sini


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 23-11-10 13:06


Saya lebih condong kepada pendapat sakinaazzahra. Ummat islam usah mudah cepat percaya kepada cerita2 yang kurang jelas sumbernya. Apakah kita sekadar hendak menggembirakan hati sendiri dengan harapan akan tertutupnya kelemahan diri sendiri? Apakah kita seronok dengan kononnya Hitler menyebelahi islam sedangkan masjid2 kita berterus2terusan kurang jemaahnya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106898 saat. Lajunya....