Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 258
Ahli: 0
Jumlah: 258




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Kerana Dia Sahabatku


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Kerana Dia Sahabatku

Please Mendaftar To Post


Oleh Kerana Dia Sahabatku

adel
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.10.2010
Ahli No: 40342
Posting: 31

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-10 14:05


Pembentangan hari ini berlanjar lancar. Walaupun tanpa persediaan yang rapi. Aku masih mampu bercakap selancar mungkin di hadapan kumpulan tutorialku serama 14 orang itu. Kelas subjek undang-undang Malaysia sentiasa mendebarkanku. Lebih-lebih lagi orang yang paling ku cintai juga sekelas denganku. Aduh, hari-hari yang dilalui memang sukar untuk ku tafsirkan. Ada harinya aku terlalu gembira dia berada si sisi, ada waktunya aku terasa lemah sendi-sendi. Setiap kali pembentangan pasti wajahku merona merah menahan malu. Itulah aku.

“ Awak, kelas kat mana?”, soal Aizam. Aku membalas pesanan ringkasnya secepat mungkin. Aku ini jadualnya. Setiap hari pasti dia bertanyakan di manakah kelas dan berpuluh kali juga aku menyuruhnya untuk mencetak jadual yang boleh dimuat turunkan di laman web universiti. Walaupun begitu, hatiku berbunga. Aku sentiasa di ingatannya untuk bertanya ketika dia perlukan teman. Aku jualah tempat dia meluahkan rasa senang dan susah, pasti aku. Hakikatnya kami menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui teman-teman sekuliah. Namun aku dan dia memang sentiasa digosipkan sejak di awal semester lagi cuma perakuan tulus dari kami berdua sahaja yang belum disahkan. Biarlah masa yang menentukan. Aku berpegang pada janji dia bahawa tiada perempuan lain selepasku.

“ Izah, makan apa pagi tadi?”, Aizam mendekatiku sambil tersenyum. Minyak wangi yang dipakainya mendatangkan getar di hati ku. Minyak wangi ini lah yang semerbak dalam kelas sentiasa mengganggu deria bau ku.

“ Tak makan lagi..nak belanja ke?”, jawabku bersahaja. Aizam seperti biasa malu-malu kucing. Aku tersenyum halus. Dia berlalu ke tempat duduknya apabila kelas mula dipenuhi pelajar perempuan. Aizam tersenyum padaku. Aku membalasnya tergesa-gesa memandangkan teman sekelasku sudah berada di tempat masing-masing.

Sejenak ku terpandang pada anak mata Aina yang sedang memandang Aizam dengan pandangan yang redup. Hatiku tersentak. Timbul rasa cemburu yang aku cuba menafikan. Aina tak mungkin menaruh perasaan pada Aizam. Aina bukan gadis yang mudah kalah pada cinta seorang lelaki.

Aku melangkah laju pulang ke kolej bersama Aina dan Farihah seiringan dengan langkahku. Teman-teman yang lain berjalan di belakangku. Bibirku bergerak laju seperti langkahku juga cuma hatiku masih terkenangkan pandangan istimewa Aina pada Aizam siang tadi. Bukan kali pertama tapi aku sendiri tidak pasti jumlah yang sebenar. Aku memandang tepat ke arah Aina sambil tersenyum ikhlas. Sejujurnya ku ikhlas. Aina teman baikku. Di sebalik cantiknya wajah itu tersimpan duka sepanjang perjalanan hidupnya. Dia anak yang diyatimkan oleh seorang ayah yang masih hidup. Dia anak kandung seorang lelaki yang di anak tirikan. Setiap hari mendengar herdikan seorang ayah yang tidak bertanggungjawab membina kekuatan dalam diri Aina untuk terus berjaya. Aina pelajar yang baik, rohani dan jasmaninya bergerak seiring tanpa ada yang tertinggal. Aina memang pelajar contoh dan merupakan teman sebilikku yang paling baik. Dia sentiasa memberikanku semangat ketika aku berada di puncak kejatuhan. Dia yang mengalunkan kekuatan di kala aku terasa begitu lemah.

Aku dan Aina tiba di bilik lalu merebahkan tubuh masing-masing di atas katil. Katil kami yang bersebelahan dalam jarak tiga meter memudahkan kami untuk bercerita dengan mudah. Setiap hari terlalu banyak kisah yang kami kongsi sehingga terjalinnya satu ikatan antara kami yang terlalu susah untuk dinilai melalui kata-kata. Hanya aku dan Aina dapat merasakan keikhlasan persahabatan ini. Dan hari-hari yang aku lalui bersama Aina. Aku yakin kami mencintai lelaki yang sama. Aku terlalu yakin.

“ Na,aku tak larat nak turun makan malam ni..letih sangat rasanya..ni mesti semua pasal presentation tadi..biasalah aku kan..satu presentation penatnya satu hari..”, ujarku pada Aina yang baru sahaja meletakkan kepalanya di atas bantal. Aina seperti memahami maksudku. Aku tergelak kecil.

“ Baiklah Izah..tak payah cakap selanjutnya pun aku dah tau..aku bungkus kan untuk kau ye..nak makan apa malam ni?”, soal Aina baik sekali.

“ Malam ni aku nak makan hati berulam jantung..”.
“ Baik..siap”.
“ Wah cepatnya, terima kasih Na..”, ujarku gembira. Kami ketawa besar.

Seusai solat maghrib, Aina bersiap-siap untuk turun ke kafe. Aku pula mencapai tafsir quran untuk membaca ayat suci Al-Quran dalam dua mukasurat seperti biasa.

“ Na, nanti nak pinjam nota Law ya..ada yang aku tertinggal tadi, jadi nak rujuk nota pelajar cemerlang ni”, sempat aku meminta izin Aina sebelum dia melangkah keluar bilik.

“ Ok, nanti tolong hiaskan nota-nota aku tu sebagai pengerasnya..”, Aina mengeyitkan mata kirinya lalu melangkah keluar dari bilik. Aku tenggelam dalam tafakurku bersama ayat suci Al-Quran. Terasa begitu tenang seperti ayat-ayat suci itu mendiami minda yang sentiasa letih ini. Selesai membaca dua mukasurat. Aku menyimpan kembali tafsir quran itu di bawah laci meja belajarku lalu menanggalkan telekung yang kupakai.

Aku segera mendapatkan nota yang kumaksudkan sebentar tadi pada Aina. Aku mencarinya di timbunan buku yang mendaki tinggi di atas mejanya. Seketika. Aku terpaku pada sebuah buku yang kukira seperti diari. Tanganku seperti tidak dapat dihalang lagi tambahan hati ini terlalu mendambakan jawapan kepada persoalan yang sedang berlegar-legar di benak fikiranku. Diari itu sudah berada dalam tanganku, bukan lagi buku undang-undang seperti yang diminta sebelum tadi.

Laju saja aku menyelak diari itu tanpa rasa bersalah. Maafkan aku Aina! Jika perlu. Aku sanggup berundur diri.. Helaian demi helaian benar-benar menyesakkan dadaku. Tekaanku selama ini ternyata tidak meleset. Aku dan sahabat baikku mencintai lelaki yang sama. Diari itu mencoretkan hasrat hati Aina yang terpendam selama dua tahun aku belajar di kelas yang sama dengan mereka. Alangkah sukarnya untuk ku ukirkan bayangan perasaanku ketika ini.

Pintu rumahku kedengaran terkuak menandakan seseorang sudah memasuki rumah, mungkin Aina. Jantungku berdebar kencang kerana baru sahaja selesai membuat kesalahan besar. Membaca diari orang lain tanpa kebenaran ternyata jelas melanggar undang-undang. Tidak mustahil Aina bakal membawa aku ke mahkamah!

Ketika aku ingin memusingkan badan, kakiku tersepak kerusi kayu yang terletak di tepi meja. Diari di tanganku terlepas lalu kertas-kertas yang berasingan di dalamya bertaburan di lantai. Aku seperti ingin menangis.

“ Ya Allah,sakitnya!”, hati kecilku mengakui bahawa ini adalah balasan kepada perbuatanku. Pintu bilikku terbuka. Jantungku bagaikan terhenti! Melihat wajah sugul Halida aku benar-benar lega. Aku menghela nafas sedalam-dalamnya. Kertas yang bertaburan kukutip segera lalu diletakkan di tempat asal.

“ Kaki kau berdarah? Kenapa Izah?”, soal Halida dengan air muka yang begitu kacau. Aku memandang jari kelingking kaki kananku yag kian terasa sakitnya. Darah mula menitik keluar.

“ Aku tersepak kerusi ni tadi..”, aku lantas mengambil minyak gamat di dalam almari pakaianku.

“ Aina accident!”, ujar Halida laju.

“ Eh, apa kau mengarut ni? Dia baru saja keluar tadi!”, aku tersentak mendengar kata-kata Halida.

“ Yelah, baru keluar pun dia tetap dah accident!”, tegas Halida bersungguh-sungguh. Cemas di dada bertandang kembali.

“ Kau biar betul Ida! Dia kat mana sekarang? Kena langgar dengan apa? Teruk ke? Siapa langgar?”, soalku bertalu. Aku mengenakan pakaian yang sepatutnya tanpa disuruh untuk bertemu Aina.

“ kat depan kolej tu tadi masa dia nak melintas ke kedai runcit depan sana”.

“ Kena langgar dengan apa? Siapa langgar?”.

“ Aizam!”. Jantungku berhenti buat kesekian kalinya.


*         *         *         *         *         *

“ Mujurlah tak ada apa-apa, luka kat lutut saja..”, ujar Aina yang sedang berbaring di katil wad.

“ Tapi kena tidur satu malam jugak kat sini”, kataku sambil tersenyum. Aku menarik selimut menutupi paras dada Aina. Simpati pada sahabat nan seorang ini. Aku memutuskan untuk tidur di sini saja menemani Aina di hospital biarpun Aina berkeras menghalang.

“ Kitakan dah biasa tidur sama..”, jawapanku mematikan hujahnya. Aku melangkah keluar melihat Aizam yang sedang mundar-mandir kerisauan bersama dua orang lagi temannya. Mereka bertiga sekereta ketika kemalangan tadi berlaku.

“ Macamana boleh terlanggar?”, soalku dalam nada yang begitu kemas. Aku tidak ingin sesekali menambahkan gundahnya.

“ Jalan gelap sangat tadi awak..Lampu jalan rosak..Mujur sangat saya bawa tak laju. Fahim yang nampak ada orang nak melintas..”, ujar Aizam lembut. Aku tersenyum kecil.

“ Dahlah, jangan risau..Aina tak apa-apa..Awak baliklah dulu, saya temankan dia..”, ujarku.

“ Saya nak jumpa dia kejap boleh?”, soal Aizam. Aku terdiam seketika lalu mengangguk kecil. Coretan di dalam diari Aina mula terbayang-bayang di mataku.

‘ kalaulah dapat bercakap dengan dia sekejap pun jadilah..hanya berdua!

Aizam melangkah keluar dari bilik wad. Perbualanku dengan Fahim dan Shahrul terhenti serta merta.

“ Izzah, jagakan Aina elok-elok ya..Saya balik dulu”, ujar Aizam lalu meninggalkanku dengan satu macam perasaan yang merimaskan aku. Kata-kata Aizam benar-benar membuatkan aku seperti hilang keyakinan. Aku melangkah masuk ke bilik wad Aina. Kelihatan Aina begitu gembira seperti baru menerima anugerah dekan. Hatiku mula berputik cemburu melihat Aina yang terkabul hasratnya untuk berbicara dengan lelaki yang kucintai sepenuh hatiku itu. Aku tertidur selepas setengah jam Aina tertidur.

Seminggu berlalu, kisah kemalangan Aina mula sudah dilupakan tetapi aku ini sahabatnya mula menghidu sesuatu kelainan antara Aizam dan Aina dan hubuganku dengan Aizam. Setiap hari di dalam tutorial menjadi tempoh waktu yang menyeksakan. Bukan Aizam tidak menghadiahkan senyuman padaku, tetapi senyumannya lebih manis buat Aina. Bukan Aizam tidak berbicara denganku tetapi bicaranya lebih mesra dengan Aina. Walaupun Aina seperti malu-malu tetapi aku yakin gadis itu mengharapkan layanan istimewa daripada lelaki yang dicintainya. Aku? Pastinya makan hati berulam jantung. Aku perlu memendamnya serapi mungkin agar tidak dapat dikesani sahabat baikku dan kekasihku sendiri. Aku lebih rela menjeruk hati daripada merosakkan hubungan yang sedia ada ini. Tapi benarkah?

Hari-hari bersama Aina masih mampu kukawal hubungan persahabatan ini. Aina sudah semakin terbuka bercerita mengenai lelaki di dalam tutorial kami. Hakikatnya, dia ingin bercerita mengenai Aizam yang sudah mendekati dirinya cuma dia tidak memfokuskannya kerana malu atau tidak mahu melukakan mana-mana pihak.Mungkin?

Hari ini. Aku diberi tugasan berkumpulan untuk menyelesaikan satu kes di Mahkamah Persekutuan. Untung sekali Aina sama kumpulannya dengan Aizam. Namun, mengganggukah aku kerana aku juga ahli kumpulan mereka.

Dari awal perbincangan aku hanya mendiamkan diri dan hanya sekali-sekala memberikan idea. Aizam begitu petah melemparkan hujahnya sementara Aina menjadi pendengar yang setia. Lakonan apakah di hadapanku ketika ini. Aku tidak mampu menahan gelora di jiwa lantas memberi alasan sakit perut untuk ke tandas. Aku tahu Halida perasan dengan perubahanku kerana dia satu-satunya teman yang mengetahui kisahku dengan Aizam.

Tutorial tamat tepat pada masanya. Aku mengemas buku secepat mungkin.

“ Kau gaduh dengan Aizam ke?’, soal Halida perlahan. Aku tersenyum lalu menggeleng. Aku sendiri tidak mengerti situasi yang aku hadapi kini. Aku bergegas melangkah keluar dari bilik tutorial. Baru saja beberapa langkah, ada suara yang memanggilku. Aku tidak menoleh kerana aku terlalu kenal pemilik suara itu.

“ Izzah…”. Langkahku mati seketika.

“ Awak marahkan saya ye?”, soal Aizam lembut.

“ Pandang saya Izzah.. Dengar penjelasan saya..saya buat macam ni bersebab..”, suaranya mencairkan naluri wanitaku. Sungguh aku tidak mampu menoleh ke arahnya. Aku tidak mampu untuk memandang wajah lelaki itu. Dimanakah Aizam yang ku kenal awal dulu, yang memberikan janji setianya padaku?

Aku meneruskan langkah meninggalkan Aizam yang terkelu di situ. Andai cinta beralih arah. Aku rela, kerana dia sahabatku.

‘ Izah, maafkan saya awak..saya tahu saya salah..saya tak patut buat awak macam ni..tapi ada satu perasaan yang saya tak mampu elak terhadap Aina..’

SMS daripada Aizam sudah cukup mengukir luka besar di hatiku. Aku menangis bersendirian di tepi tingkap. Aku tidak mahu Aina melihat keadaan aku begini.

‘ tak apa awak..saya faham..setiap wanita ada tarikan dan tarikan pada saya mungkin dah sampai ke pghujungnya..jangan risau, saya tak apa-apa..Aina memang baik, tak ada kkurangannya untuk awak..Hati dan perasaan kan tak boleh dipaksa..Sama juga perasaan awak terhadap saya dan perasaan saya terhadap awak..kita tak boleh memaksa..baru saya sedar yang saya tak mencintai awak tetapi hanya sekadar sayang saja..

Setahun aku cuba menyesuaikan diri dengan keadaan kekasih hati yang sudah berubah arah pada teman baik sendiri. Setahun juga aku berendam air mata tanpa ada penawarnya. Setahun juga aku menyaksikan rakaman indah antara Aizam dan Aina. Hari-hari yang aku lalui adalah suatu penyeksaan batin yang begitu dahsyat. Inilah lelaki, begitu mudah melupakan. Walaupun begitu. Aku tetap akan setia menunggu kerana dia adalah pertama dan terakhir buatku.

Lima tahun berlalu, harapan cintaku tamat hari ini dengan sekeping kad jemputan perkahwinan Aizam dan Aina. Hatiku benar-benar hancur dengan khabar ‘gembira’ ini. Siapalah yang mampu ku gantikan takhta lelaki itu di dalam hatiku. Air mata gugur lagi. Pada Dia tempat ku memulihkan keyakinan yang semakin hancur ini.

Aku melangkah ke perkarangan rumah yang tersergam indah. Biarpun Aina umpama tidak berayah, ibunya memiliki kekayaan yang diwarisi daripada datuknya. Majlis perkahwinannya hari ini dirai meriah oleh keluarga dan sahabat handainya. Aku melangkah melalui pintu belakang agar tidak mengganggu majlis yang sedang berlangsung. Aku menuju ke ruang tamu dan ketika kakiku melangkah mencari tempat kosong, tepat sekali Aizam melafazkan aqadnya. Aku tidak jadi melabuhkan punggung. Tubuhku umpama tiada lagi tenaganya. Terasa tubuhku melayang di awang-awangan apabila lelaki yang kucintai secara rasminya dimiliki sahabat baikku sendiri. Aku meraup wajahku dengan air mata yang mengalir di celah-celah jari. Anak mata Aizam sempat bertaut dengan mataku. Aku terlalu rindu. Aku sempat mengucapkan Selamat Pengantin Baru melalui gaya mulut sahaja ketika dia masih merenungku. Aku benar-benar sendu.

Hari-hariku yang bergelumang dengan kes-kes baru berjaya melupakan aku pada cinta yang ku lipat kemas jauh di dalam jiwaku. Jika ini takdirnya untukku. Aku sanggup mengorbankan tahun-tahun yang akan datang untuk tidak bergelar isteri kepada mana-mana lelaki demi menunggu lelaki yang berjaya mengaburkan pandanganku terhadap lelaki lain.

Handphoneku berdering, ternyata Aina yang menghubungiku kerana rindu. Aku tahu. Aku sangat diperlukan Aina dalam hidupnya selepas Aizam.

“ Izah, datanglah ke rumah aku..Rindu betul kat kau..Dah berapa bulan tak jumpa! Farihah dah boleh berjalan tau..”, suara Aina begitu ceria sekali. Sejak dia mendirikan rumahtangga. Aku kerap mengelak untuk bertandang ke rumahnya kerana aku tiada kekuatan yang teguh untuk berdepan dengan satu-satu lelaki yang setia di sisinya.

“ Banyak kerjalah Na..Setiap hari ada saja kes baru masuk..Dah tak larat nak handle dah rasanya..Kalau boleh nak resign hari ni..Lainlah orang tu, jadi surirumah sepenuh masa,belajar tinggi-tinggi tapi jadi peguam kat rumah saja..Kita ni tak ada orang nak, kenalah kerja lebih sikit..”,ujarku panjang.

“Ala Izah..please..aku teringin sangat nak jumpa kau..rindu tau..mana tau lepas ni dah tak boleh jumpa langsung..Farihah pun teringin agaknya nak jumpa kau..”, rayuan Aina pasti melemahkan aku.

“ Ok..ok..This weekend I’ll be there..Masak sedap-sedap tau”, aku seperti biasa akan kalah dengan pujuk rayunya.

Aku sempat singgah di Giant membeli buah-buahan untuk si kecil Farihah nanti. Kereta ku laju meluncur ke Sri Damansara. Ketika sampai di perkarangan rumah Aina, banyak betul kereta yang diparking di hadapan rumahnya itu. Aku pasti keluarga Aina juga turut berziarah di hari minggu ini.

“ Assalamualaikum..eh, Farihah, dah pandai berjalan ye”, belum sempat ku memberi salam panjang Farihah sudah terkedek-kedek di hadapan pintu. Aku mendukung gadis kecil itu.

“ Waalaikumussalam..masuklah Izah..”, aku tersentak mendengar jawapan daripada suara itu. Aku tersenyum kelat. Hati ini benar terlalu rindu.

Aku melangkah ke dalam rumah untuk berjumpa Aina. Ketika Aizam membawaku ke sebuah bilik, buah-buahan di tanganku terlepas bertaburan di atas lantai melihat keadaan Aina yang sedang terbaring lesu. Farihah ku pindahkan kepada Aizam. Aku segera menerpa ke arah Aina yang cuba tersenyum padaku. Air mataku mengalir tanpa diminta.

“ Na,kau Kenapa? Kenapa kau tak cakap kau sakit?”, soalku sambil mencium pipi Aina.

“ Sampai hati kau buat aku macam ni Na..Aku kan kawan kau..Kau tak bagitau aku pun kau sakit..”, aku terasa ingin meraung melihat Aina yang cergas suatu ketika masa dahulu terlantar tidak berdaya di hadapanku kini.

“ Mak, boleh tinggalkan Na dengan abang dan Izzah sekejap? Ada perkara yang Na nak sampaikan pada mereka..”, pinta Aina daripada ibunya sayu. Makcik Fatimah memenuhi permintaan anaknya itu.

“ Kau sakit apa..?”, soalku dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.

“ Aku..breast cancer Izah..Aku minta maaf dah banyak lukakan kau.. Abang, Na bersalah pada Izah sebab ambil abang daripada dia..Tapi Izah. Aku sebenarnya teringin sangat nak disayangi oleh seorang lelaki. Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah atau abang dan bila Aizam muncul dalam hidup aku. Aku begitu teringin untuk dicintai..dan aku juga tahu aku tak boleh hidup lama..Tapi aku buat dengan cara salah..Maafkan aku Izah”, ujar Aina satu-satu. Tanganku dikucup lembut. Jiwa wanitaku tersentuh. Lupa seketika aku pada kisah cintaku.

“ Kau masih sayangkan Aizamkan?”, soalan Aina bagaikan panahan petir yang tiba-tiba memancar.

“ Na, kau rehatlah..jangan banyak bercakap..kau kan sakit”,ujarku sambil menyeka air mata yang masih mengalir.

“ Tapi kau lagi sakit Izah bila aku ambil lelaki yang kau cinta..Aku tahu tu Izah..Maafkan aku..”, aku menelan air liur.

“ Izah, janji dengan aku..kalau aku dah tak ada,kembalilah kau di sisi Aizam..Masih ada ruang di hati dia untuk kau..percayalah..”, Aina berbisik halus ditelingaku. Tanganku dan tangannya tergenggam kemas. Aku memandang Aizam yang juga sedang mengalirkan air mata. Aku memandang mata lelaki itu, cuba mencari kebenaran kata-kata Aina. Pandangan redup Aizam meruntun jiwaku.

“ Abang, terima kasih dan maaf atas segalanya..”, ujar Aina begitu perlahan. Suaranya semakin tidak kedengaran. Aku memanggil ibunya yang berada di luar. Makcik Fatimah memanggil adik lelakinya untuk mengajarkan kalimah Allah di telinga Aina. Suasana menjadi tegang seketika. Tanganku masih menggenggam kemas tangan Aina. Farihah menangis bagaikan mengerti. Aku hanya mampu melihat saat getir ini dengan air mata beserta doa untuk sahabatku ini. Akhirnya Aina pergi dengan tenang sekali. Aizam terduduk di sisi isterinya itu.Aku menekup wajahku di katil Aina. Hanya Allah yang mengetahui bahawa aku tidak ingin kehilangan sahabatku ini..Aina..Maafkan aku Aina..Aku yang banyak bersalah pada kau..

Aku dan Aizam melangkah keluar dari tanah perkuburan pada tahun ketiga pemergian Aina. Maafkan aku Aina..Kita memang ditakdirkan untuk mencintai seorang lelaki.

Aizam mengelus lembut jari jemariku. Aku tersenyum pada lelaki yang bergelar suamiku kini. Di hatinya. Aku pasti hanya ada aku.

“ Abang bangga memiliki isteri yang setia pada sahabatnya sehingga sanggup berkorban hati dan perasaan”, ujar Aizam ikhlas.

“ Izah bangga memiliki suami yang sanggup membantu sahabat baik Izah sendiri..”, ujarku pula.

Kini, terungkai sudah segalanya. Aizam tidak pernah beralih cintanya. Apa yang berlaku antara Aizam dan Aina sehingga lelaki itu sanggup meningglkanku suatu ketika dahulu telah ku simpan sebaik mungkin dan tidak akan sesekali kuungkit kerana Aina adalah sahabatku.

Originally created by adel @ CetusanHati.com


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For adelProfil   Hantar PM kepada adel   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-10 11:50


Assalamu'alaikum...
Kebetulan tajuk cerpen ini sama dengan tajuk puisi nukilan ana. Mohon izin dikongsikan bersama di sini.



~KERANA DIA SAHABATKU~

Ketika aku baru mengorak langkah

Mencari-cari pengertian

Ketika aku mendamba keikhlasan dalam senyuman

Mencari-cari kebenaran

Ketika jalanku bersimpangan

Mencari-cari jawapan sepenuh pengharapan

Ketika kurasakan diri tidak mampu menipu perasaan


Ketika kulihat langit penuh cinta dari Tuhan

Telah Kau hadirkan kasih seorang sahabat

Dalam mengiringi jalan kelikuan

Buat membimbing jiwa kehausan

Dalam mengenal erti kasih sayang Ilahi


Dia adalah sahabatku

Ketika hari-hari dilalui penuh kesabaran

Akalnya tidak pernah lelah dikerah

Menyantuni hati-hati sang insan

Melayarkan bahtera hidup dalam keredhaan


Kerana dia sahabatku

Aku kagumi kegigihannya

Dalam hidup penuh kesesakan

Tangan dihulur bersama ukiran senyum

Dalam hati tiada keraguan

Yang ada satu kepastian


Waktu tidak disia

Dalam membawa insan mengenal Tuhan

Kembali berpaut kepada Islam

Dalam saat yang tidak terbatas


Aku hanyalah seseorang

Yang benar-benar kagumi sang sahabat

Walau kisah persahabatan kita

Tidaklah semanis halwa

Walau pernah saja tidak sehaluan

Dan ada kala terguris jiwa


Namun itu semua bukan bicaranya

Itu bukan pangkal alasan

Untuk terlerainya sebuah ikatan

Kerana keindahan pertalian kita

Sandaran yang tidak berbelah bahagi

Pada Rabb yang hakiki

Itulah kepercayaan yang tidak pernah berganti

Terus tersemat di lubuk hati


bingkisan diri: Khair Hibballillah (aierah_me)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

permata_keluarga88
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.06.2010
Ahli No: 39992
Posting: 31

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-10-10 20:39


salam...

bila baca kedua-dua artikel ni...
macam-macam rasa terbit di hati saya..
apapun...kawan tetap penting bagi kita...
sama macam family kita...

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_keluarga88Profil   Hantar PM kepada permata_keluarga88   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084986 saat. Lajunya....