Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 113
Ahli: 0
Jumlah: 113




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Adab-Adab Ketika Berbuka


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Adab-Adab Ketika Berbuka

Please Mendaftar To Post


Oleh Adab-Adab Ketika Berbuka

Kokseikokde
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.03.2008
Ahli No: 32873
Posting: 48

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-10 09:23


Orang berpuasa mesti menjaga adab-adab sepanjang menjalankan ibadah tersebut. Ini termasuklah adab-adab berbuka puasa. Adab-adab berbuka puasa yang perlu diberi perhatian adalah:

- Menyegerakan berbuka (Ta’jil Al-Iftar) sejurus masuk waktu maghrib.
Ini berdalilkan hadis daripada Sahl bin Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka puasa. (riwayat al-Bukhary dan Muslim).

- Memulakan makan dengan basmalah, makan dengan tangan kanan dan mengakhirinya dengan hamdalah.
Ini berdalilkan hadis ‘Umar bin Abi Salamah .a. (anak tiri Rasulullah) yang pernah tinggal di bawah jagaan Nabi SAW. Kata ‘Umar: Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: Wahai budak kecil! Apabila kamu hendak makan maka sebutlah nama Allah, gunakanlah tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terhidang dekat denganmu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Rutab adalah buah kurma separuh masak, yang lembut dan manis rasanya. Tamar pula adalah buah kurma yang sudah kering.
Rutab ialah buah kurma masak yang masih basah. Apabila ia kering dan mengecut ia dipanggil tamar. Anas berkata: “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (maghrib) dengan beberapa biji rutab (sekurang-kurangnya tiga biji kerana jamak muannath salim dalam bahasa Arab bermula dengan bilangan tiga), jika tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar (juga sekurang-kurangnya tiga biji) dan jika tiada tamar maka baginda menghirup beberapa teguk air (juga sekurang- kurangnya tiga teguk), sesungguhnya ia adalah suci”. (riwayat al-Tirmidzi)

Inilah sunnah Nabi s.a.w. yang diabaikan oleh kebanyakan orang yang berpuasa, khususnya dalam beberapa undangan umum di mana disediakan makanan dan minuman yang baik dan lazat. (Mahmud bin Ahmad Rasyid, Tawjih al-Sari Li al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah, Dar Ibnu Rajab, al-Mansurah, 2004 : 136).

Dakwaan bahawa jika tiada tamar, maka sunat berbuka dengan buah-buahan lain atau kuih muih yang manis juga tiada sebarang dalil daripada sunnah Nabi SAW.

- Segera solat maghrib selepas berbuka jika makanan belum dihidangkan.
Hadis Anas yang kita bincangkan di atas menunjukkan Nabi SAW berbuka dengan rutab, tamar atau air sebelum solat maghrib.

Selepas berbuka, sunat dia menyegerakan solat maghrib. Selesai solat dia boleh kembali menyambung makan malam untuk memenuhi hajatnya (ibid: 36)

Bagaimanapun, jika makanan telah dihidang, makruh kita meninggalkan makanan kerana mahu segera menunaikan solat. Makruh di sini adalah hal-hal yang dapat mengurangi kesempurnaan solat namun tidaklah tidaklah sampai membatalkannya. (Abdulah bin ‘Abd al-Rahman ‘Ali Bassam, Tanbih al-Afham wa Taisir al-‘Alam,

Dar Ibnu Haitsam, Cairo, 1992 : 157-158).

- Tidak makan dengan kadar berlebihan
Ini bertepatan dengan firman Allah: Dan makanlah kamu dan minumlah kamu, dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (al-‘Araaf : 31).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda supaya kita membahagikan perut kepada tiga iaitu satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. (riwayat al-Tirmidzi)

- Berbuka secara berjemaah
Disunatkan makan secara berjemaah termasuk ketika berbuka. Para sahabat dapat merakamkan perihal berbuka Nabi SAW kerana mereka berbuka secara berjemaah bersama Nabi SAW.

- Berdoa ketika berbuka.
Berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w. adalah sunat berdoa: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (riwayat Ibn Majah)

- Berdoa kepada mereka yang menyediakan hidangan berbuka.
Ini seperti doa Nabi SAW kepada para sahabat yang menjamu Baginda dengan makanan dan minuman seperti yang diriwayatkan oleh ‘Abdillah bin Busr di mana Nabi menyebut: …Ya Allah! Berkatilah mereka pada rezeki yang Engkau anugerahkan, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka. (riwayat Muslim).

- Menyediakan Iftar (hidangan berbuka) bagi mereka yang berpuasa.
Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang yang berpuasa) tanpa dikurangi sedikitpun ganjaran orang yang berpuasa itu”. (riwayat al-Tirmidzi)

- Tidak mencela makanan
Kata Abu Hurairah: Rasulullah SAW tidak pernah mencela mana-mana makanan. Apabila Baginda menyukai (mengingini) sesuatu makanan dimakannya, dan apabila Baginda tidak menyukainya ditinggalkan sahaja. (riwayat Muslim)

- Menjilat/mengulum jari sejurus selesai makan.
Abdullah Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu makan maka janganlah dia menyapu tangannya sebelum dia menjilat/mengulum jari-jarinya. (riwayat al-Bukhari)

Ini jelas menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya perbuatan menjilat jari-jari adalah sesuatu yang menjijikkan.

Oleh Anzaruddin Ahmad
Utusan 12 Ramadan 1429

Bookmark and Share

    


  Member Information For KokseikokdeProfil   Hantar PM kepada Kokseikokde   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-10 19:20


Puasa sekarang ni dah jadi pesta makanan @ Pesta Buffet. Sepatutnya bulan puasa boleh berjimat dan berdiet tapi hasilnya perbelanjaan makin tinggi dan berat makin naik.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-09-10 08:57


terima kasih atas info bguna..salam ramadhan 1431..


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107454 saat. Lajunya....