Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 12 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 13 hari yang lalu
nur_tinta: 19 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Ini TakdirNya


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Ini TakdirNya

Please Mendaftar To Post


Oleh Ini TakdirNya

althafunnisa_89
Warga Rasmi
Menyertai: 25.02.2009
Ahli No: 37296
Posting: 12
Dari: pahang

australia   avatar


posticon Posting pada: 27-07-10 21:23


Masa terus berlalu…

Kehidupan mujahid dan mujahidah berterusan seperti biasa. Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri, aktiviti sendiri, dengan kuliah, urusan dakwah dan pelbagai hal, layaknya seorang hamba yang menjalankan tugasan sebagai seorang khalifah…

Mujahid: ‘Salam ukhti, kaifa hal? bagaimana dengan studymu?
             Semuanya berjalan lancar?’

Mujahidah: ‘Salam..alhamdulillah bikhoir. Study ana semuanya
                    berjalan lancar dengan izin Allah, alhamdulillah’

Mujahid: ‘Ana mahu bertanyakan suatu hal denganmu?’

Mujahidah: ‘Ya, silakan’

Mujahid: ‘Apa ada yang mengkhitbahmu?’

Mujahidah: ‘belum ada..limaza?’

Mujahid: ‘Bagaimana jika ada yang mahu mengkhitbahmu?’

Mujahidah: ‘Jika itu yang baik untuk ana, insyaAllah…’

Mujahidah terusan berfikir,tak pernah terlintas di hatinya akan disunting begitu awal. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selain hal yang satu ini. Harapan ibu ayah, adik-adik semuanya menggunung di bahunya. Mujahidah tidak pernah menafikan rasa hati untuk sampai ke waktu ini. Tetapi baginya waktu ini terlalu awal, terlalu awal untuk semua ini. Bahkan bagi dia yang tak pernah fikirkan secara khusus akan hal ni.

Mujahidah: ‘Asif jiddan..ana mengerti kan maksudmu…’
             ‘Tetapi, ketahuilah, ana tak merasakan semua ini
                 akan berlalu sepantas ini…masih banyak
                 yang ana perlu laksanakan’

Mujahid: ‘Berapa lama masa yang anti perlukan?’

Mujahidah: ‘Allah..sungguh ana juga tak pasti berapa lama’

Mujahid: ‘Jika ana sanggup menunggu?’

Mujahidah: ‘Mantapkah keputusanmu? Ini bukan hal yang
                 main-main?’

Mujahid: ‘Ana mantap dengan keputusan ana’

Mujahidah: ‘Semoga Allah mempermudahkan segala urusan
                    ini…insyaAllah’

Hati berganti hari..masing-masing menumpukan pada kehidupan masing-masing. Hal yang selainnya, diserahkan pada Allah..hanya ketentuan Allah diakui pasti…sampai di satu masa lain..

Mujahid: ‘Dah ada yang mengkhitbahmu?’

Mujahidah: ‘belum’

Mujahid: ‘Alhamdulillah..barakallahufik’

Mujahidah mengakui sudah ada rasa yang belum pernah dia rasakan dalam hatinya kini. Apa itu? Cinta? Sayang? Entahla..Mujahidah hanya berusaha untuk memelihara apa yang dirasa agar diterima pada yang layak saja. Pada Rabb juga selalu dia pinta agar rasa yang dipelihara ini akhirnya akan jadi kenyataan dan bertemu dengan redha-Nya. Mijahidah hayan mengharapkan redha kedua ibu bapanya yang pasti nantinya redha Allah juga akan bertamu.

Namun memang benar kata orang..disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Itulah yang dikatakan sebagai lumrah dunia, yang bersilih ganti dalam kehidupan manusia. Tiada siapa yang dapat menduga apa yang akan jadi pada masa akan datang.

Mujahid: ‘Salam alaik..’

Mujahidah: ‘Salam..’

Mujahid: ‘Ana dah ada orang’

Membaca mesej itu, membuatkan Mujahidah terkesima seketika, diamati mesej itu lama-lama…

Mujahidah: ‘Semoga berbahagia dirimu dengan zaujahmu’

Tak tahu apa yang dirasakan kini, harapannya hancur? Sedih? Mujahidah tak tahu apa yang mahu difikirkan…

Mujahid: ‘Sudikah anti menjadi zaujah ana yang ke 2?’

Mujahidah: ‘Mungkin ini takdirNya..kasihi dan cintailah
                 zaujahmu sebaiknya’

Mujahid: ‘Maafkan ana. Ini kehendak mak ayah ana. Ana tak
             boleh nak tolak. Ana nak jumpa anti. Kita
             boleh bincang untuk grab kembali hati ibu ayah ana.
             Kemudian kita nikah. Ana tak boleh lupakan anti’

Buat kedua kalinya, Mujahidah berfikir….semua ini sudah ketentuanNya. Dan Mujahidah yakin pasti Dia ada rencanaNya tersendiri. Mujahidah pasrah…

Mujahidah: ‘Ana yakin pasti ada hikmahnya’
             ‘Bersyukurlah kerana dia adalah pilihan mak ayah
                    mu, itu bukti mereka juga sangat mencintainya dan
                    mengasihinya’
             ‘Ana yakin anta juga akan bahagia bersamanya’
             ‘Bagi ana tak ada apa yang diharapkan melainkan
                    redha dari mak ayah’
             ‘Dan anta dan zaujah sudah memiliki redha
                    itu..barakallahu fikuma’
             ‘Ana doakan semoga kalian bahagia sehingga ke
                    akhirnya..insyaAllah’
             ‘Ana rela melepaskanmu demiNya wa syukran ‘ala
                    kullu halen’

Mujahid: ‘Baiklah kalau begitu katamu. Ana harap tiada apa-apa
             lagi mesej waima kata-kata daripada anti.
             Ana tak mahu lagi ada perasaan pada anti.
         ‘Salam…’

Mujahidah menangis kesedihan dan kegembiraan. Kesedihan? Kegembiraan? Hanya Mujahidah dan Ilahi yang mengetahuinya. Tiada satupun diantara sahabatnya yang mengetahui ceritanya ini. Dipendam jauh ke dalam hati yang paling kecil. Satu pengkisahan kehidupan yang kini akan jadi sejarah dalam hidup Mujahidah. Mujahidah menyedari, dia adalah hamba yang dhaif, segala ketentuan dari-Nya diterima dengan redha. Mujahidah membiarkan masa yang menyembuhkan segala rasanya. Dia akan terus memburu kasih Ilahi, cinta Ilahi yang tak pernah berpenghujung….

Wahai diri, engkau tahu sebenarnya..
Engkau hanyalah hamba paling dhaif..
Engkau hamba pada Tuan segala tuan..
Sewajarnya sifat hamba itu mentaati..
Menurut tanpa titah tanpa betah tiada bantah..

***TAMAT***


-----------------
Memburu Cinta Ilahi Yang Utama, Hakiki dan Abadi itu yang pasti


Bookmark and Share

    


  Member Information For althafunnisa_89Profil   Hantar PM kepada althafunnisa_89   Pergi ke althafunnisa_89's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-07-10 22:03


Wanita sememangnya dijadikan insan yang perlu redha dan tabah dengan ujian sebegini. Jadi, serahkan saja harapan dan impianmu untuk Penciptamu kerana itu yang lebih kekal dan memberi kebahagiaan hakiki.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-10 23:01


macam kisah benar saja...

tak ada sambungannya lagi ke??


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 11:58


Mungkin benar, untuk katakan tidak..kerana mustahil seorang yang beragama kuat, dalam masa sama mementingkan duniawi (minoriti..di negara luar) dan tidak pula mustahil seorang yang dikalangan biasa..pandai & memenuhi tuntutan menyesuaikan dengan kehendak ukhrawi.

Muslimah sekelian, mana rasanya pilihan antunna...

kumpulansenyum: dah ada ayat ***TAMAT***


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 18:50


terharunya baca kisah ni..

ya allah bukakanlah pintu2 kebaikan,pintu2 keselamatan,pintu2 kesihatan,pintu2 kenikmatan,pintu2 keberkatan,pintu2 kekuatan,pintu2 cinta sejati,pintu2 kasih sayang,pintu2 rezeki,pintu2 ilmu.pintu keampunan,pintu2 syurga,bukakanlah kepadaku ,kepada kedua ibu bapaku,dan seluruh ahli keluargaku,bukakanlah kepada sahabat-sahabat ku,bukakanlah kepada seluruh umat islam,ya allah tuhan yang maha pengasih dan penyayang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 20:07


owh ini cerita betul ke rekaan.. kalau betul bersabarlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 18:36


Ya ALLAH...gembirakan kami dengan redhaMU...

"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana Dakwah! Ameen"~ *Hanya Allah yang tahu*


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

jojoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 22:18


Subhanallah,rasa macam terasa pulak...
Sama tapi tak serupa...
mudah-mudahan mujahidah tu di beri ketenangan...


-----------------
Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For jojoiProfil   Hantar PM kepada jojoi   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 30-07-10 18:28


Pada 29-07-10 22:18 , jojoi posting:

!!! QUOTE !!!

Subhanallah,rasa macam terasa pulak...
Sama tapi tak serupa...
mudah-mudahan mujahidah tu di beri ketenangan...




ya encik jojoi..
saya dapat rasakan mujahidah itu sangat tenang hidupnya sekarang...


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105103 saat. Lajunya....