Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 12 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 13 hari yang lalu
nur_tinta: 19 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Bahaya ramalan si sotong (dan lain-lain)


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Bahaya ramalan si sotong (dan lain-lain)

Please Mendaftar To Post


Oleh Bahaya ramalan si sotong (dan lain-lain)

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-10 14:40


Sejak akhir-akhir ni, nampaknya makin rancak orang membicarakan tentang Paul, si sotong kurita yang di dakwa boleh meramal pasukan yang menang dalam piala dunia, hinggakan di dalam facebook pun penuh video Paul diletakkan.

Jauh di sudut hati, sedih rasanya bila melihatkan fenomena ini berlaku. Yang menjadi punca kesedihan bukanlah kerana Paul bakal jadi sushi/sotong kering/takoyaki (akibat diancam oleh sesetengah kumpulan), sebaliknya, kerisauan ini bertunjangkan kepada suatu masalah yang lebih besar yang melanda masyarakat termasuklah umat islam, iaitu amalan bertilik nasib.

Apabila difikirkan, masalah ramalan ini sebenarnya meliputi ruang lingkup yang lebih besar dari skop yang hangat diperkatakan sekarang (ramalan perlawanan piala dunia). Antaranya:

1. Ramalan sikap/perwatakan melalui horoskop, tarikh lahir, kedudukan tahi lalat, dan sebagainya.
2. Ramalan jodoh/keserasian/pasangan kekasih atau suami/isteri melalui aplikasi tertentu seperti aplikasi 'nujum' facebook, perkhidmatan ramalan SMS, dan lain-lain
3. Ramalan anak melalui horoskop/tarikh lahir suami/isteri.

Kalau nak diikutkan, sebenarnya terdapat banyak lagi ramalan di muka bumi ini. Dalam islam, hukum percaya kepada ramalan/tilikan adalah HARAM kerana ia sejenis perbuatan syirik. Bagi yang masih tidak tahu, dosa syirik adalah dosa yang PALING BESAR DI ATAS MUKA BUMI INI !

Mungkin ada yang berkata, "Kami tak percaya, cuma main-main lah... untuk suka-suka saja !". Bersuka-suka dalam hal perbuatan yang berkaitan dengan dosa PALING BESAR di muka bumi... Anda memang berani !

Ramai yang sama ada secara sedar atau tidak, terlibat di dalam hal ini. Sebagai contoh, dengan hanya meletakan aplikasi horoskop/jodoh/keserasian/dan sebagainya di dalam blog/facebook, anda sebenarnya secara tidak langsung telah terlibat dengan perbuatan ini. Anda mungkin letak untuk suka-suka, namun awas, jika terdetik di hati anda tetang kebenaran ramalan/tilikan tersebut, anda telah berdosa dan amal ibadat anda tidak akan diterima Allah selama 40 hari. Itu baru sekali percaya, kalau anda memang yakin pada tilikan/ramalan tersebut, maka anda telah secara rasminya terjebak di dalam perbuatan syirik !

OK lah.. kalaupun anda langsung tidak percaya, ramalan yang anda letakkan pada blog/facebook/dan sebagainya mungkin dipercayai oleh mereka yang melawat facebook/blog/dan sebagainya anda. Dalam kes ini, anda telah menjadi penyebar perkara yang berkaitan dengan syirik, dan sekaligus, mendapat saham dosa bagi setiap yang mempercayainya. Dalam islam, adalah berdosa dan haram untuk membantu di dalam penyebaran perkara-perkara dosa, walaupun anda tidak melakukannya.

Jangan sesekali anda beranggapan bahawa dosa merupakan suatu perkara kecil. Jika di dalam hati anda tiada rasa takut akan perkara dosa maka itu tanda iman anda bermasalah. Jika iman anda berasalah, anda juga akan bermasalah untuk memasuki syurga Allah kelak dan mungkin terpaksa meringkuk di dalam neraka Allah buat selama-lamanya !

Oleh itu, bertaubatlah dan segera tinggalkan akan perbuatan ramalan/tilikan (bagi mereka yang telibat). Tegurlah rakan/kawan/jiran jika mereka terlibat. Hindarilah perkara ini, kerana walaupun ia nampak remeh, natihjahnya tersangatlah besar dan merugikan.

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-07-10 16:33


Dalam sedar tak sedar, ada rakan-rakan yang sebut...walaupon sekadar guraun.
bahaya.



Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-07-10 19:02


banyak yang mjdikan sebagai bahan guaruan tapi dalam hati hanya allah yang mengetahui...
dah habis piala dunia ye,apa jadilah dengan si sotong tu ekkk????????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-07-10 22:00


kononnya si sotong tu dah bersara dari arena ramalan..


-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen


Bookmark and Share

    


  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 22-07-10 09:14


dalam paper di hari itu....paul si sutun meramalkan siapakah yang akan memenangi kerusi presiden rusia ...


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 22-07-10 10:43


dalam paper hari ini.... ada iklan paul si sutun memilih minuman isotonik sipengiklan berbanding siotonik yang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085392 saat. Lajunya....