Oleh |
BABY HATCH...wajar ke? |
jojoi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang
|
Posting pada: 30-06-10 08:03
Seperti yang telah di laporkan,Baby Hatch(Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini)telah pun menerima penghuninya yang pertama sabtu lalu.Ia di lihat sebagai satu usaha yang murni di mana nasib bayi-bayi malang berkenaan agak terbela. Tapi di sebalik kewujudan pusat terbabit,mungkin akan menyebabkan masalah zina akan lebih berleluasa,gadis tidak takut lagi untuk mengandung anak luar nikah kerana telah ada tempat buang bayi yang selamat.Apa pandangan antum?? ----------------- Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...
|
fatin3
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra
|
Posting pada: 30-06-10 08:51
para suami kena buat kerja dakwah.. didik isteri dan anak-anak...
|
pu3_umairah86
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.10.2009 Ahli No: 37764
Posting: 22
Dari: selangor
|
Posting pada: 30-06-10 08:54
betul cakap Mr jojoi..macam nak menggalakkan lagi.. sepatutnya cari hukuman yang betul-betul boleh membanteras masalah buang anak ni..hmm..
|
bezita
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.11.2009 Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL
|
Posting pada: 30-06-10 09:11
bukan nak menggalakkan... tiada pusat tersebut benda 2 perkara yang berlaku zina dan buang bayi. kalau ada pusat tersebut zina berlaku. dan bayi tak berdosa boleh diselamatkan. yang berzina tu nak mati..pergilah mati...yang bayi tak bersalah takkan nak dibiarkan mati jugak. banyak pusat perlindungan sebegini wujud. seperti KEWAJA, raudhah, titian kasih dan bermacam lagi. berfikiran secara baik dan positif.
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 30-06-10 09:14
Bismillahirrahmanirrahim Salam Pendapat sinar, tidak salah untuk menyediakan tempat khas. Berbalik kepada rasa tanggungjawab kepada diri dan Iman dalam diri individu tersebut. Hubungan dengan Allah kalau dapat dijaga.. InsyaAllah., hubungan dengan persekitaran dan kehidupan akan turut mengikuti. Kembali memeriksa sejauhmana hak yang telah kita tunaikan. Bukan sehari 2, malah sehingga akhir hayat insan tersebut. Wallahua'lam. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|
fatin3
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra
|
Posting pada: 30-06-10 09:14
betul cakap bezita, pusat macam ini memang dah lama wujud, cuma tak dihebohkan.. tapi lani, dah diwarwarkan..
|
usop79
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.07.2004 Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar
|
Posting pada: 30-06-10 09:16
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 30-06-10 09:43
salam kita jangan suka nak menyalahkan kewujudan sesuatu menajdi kepada punca kepada sesuatu yang tak baik. kalau kita terus berfikiran begitu, cuba fikirkan apa yang akan terjadi.. - Television - shopping complex - Internet - Handphone - padang bola - taman bunga... - motorsikal. kereta dan lain lain lagi kalau difikirkan...semua benda dan tempat tu boleh jadi kepada punca maksiat. takkan kita nak bantah kewujudan benda tersebut. apa yang penting adalah asas didikan dalam keluarga dan cara kehidupan yang diterapkan dalam diri seseorang dari kecil hingga besar. ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
jojoi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang
|
Posting pada: 30-06-10 09:43
Pada 30-06-10 09:11 , bezita posting:!!! QUOTE !!! bukan nak menggalakkan...
tiada pusat tersebut benda 2 perkara yang berlaku zina dan buang bayi.
kalau ada pusat tersebut zina berlaku. dan bayi tak berdosa boleh diselamatkan.
yang berzina tu nak mati..pergilah mati...yang bayi tak bersalah takkan nak dibiarkan mati jugak.
banyak pusat perlindungan sebegini wujud. seperti KEWAJA, raudhah, titian kasih dan bermacam lagi.
berfikiran secara baik dan positif. Memang bukan nak menggalakkan tapi SEPERTI menggalakkan.Tak mengapalah,masing-masing ada pandangan masing-masing.Tak di nafikan kewujudan pusat tersebut masih ada kebaikannya.Setidak-tidaknya bayi tak berdosa tu selamat.... ----------------- Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...
|
fatin3
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra
|
Posting pada: 30-06-10 09:51
benar, para suami kena tahu tugas sebagai suami dan tanggungjawab sebagai ayah..ibu kena tahu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.. ibubapa kena selalu ambik berat anak-anak kawan dengan siapa. sesekali buat spotcheck tempat tinggal anak-anak. arwah mak saya selalu buat macam ini masa saya bajar dulu, tiap-tiap hari kena buat report, apa aktiviti mlm, sesekali mak sembang dengan housemate, pesan itu ini, lepas itu tiba-tiba saja dah sampai, depan rumah.. erm.. rindunya..
|
FariXa
Warga Rasmi Menyertai: 03.12.2009 Ahli No: 38503
Posting: 3
Dari: kuantan
|
Posting pada: 30-06-10 11:38
Terhakisnya nilai kekeluargaan dan berleluasanya amalan perzinaan.. Bagi yang dah telanjur..jangan membuat kesilapan buat kedua kalinya dengan membunuh nyawa yang tidak berdosa.. ingatlah perbicaraan dan hukuman di hari kemudian.. ----------------- Jangan difikir derita akan berpanjangan...Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan...
|
ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.10.2005 Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe
|
Posting pada: 30-06-10 14:47
setiap perkara itu ada pro dan kontra nya. dalam hal ni, kewujudannya amat perlu sekali..baby yang tak berdosa tu dapat diselamatkan...yang bersalah hanya ibu bapa (boleh nak panggil ibu bapa ke????) baby tu saja.. ----------------- HiDuP iNi InDah JikA sEgAlAnyA kEraNa AllAH
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 30-06-10 15:07
Pada 30-06-10 09:43 , jojoi posting:!!! QUOTE !!! Pada 30-06-10 09:11 , bezita posting:!!! QUOTE !!! bukan nak menggalakkan...
tiada pusat tersebut benda 2 perkara yang berlaku zina dan buang bayi.
kalau ada pusat tersebut zina berlaku. dan bayi tak berdosa boleh diselamatkan.
yang berzina tu nak mati..pergilah mati...yang bayi tak bersalah takkan nak dibiarkan mati jugak.
banyak pusat perlindungan sebegini wujud. seperti KEWAJA, raudhah, titian kasih dan bermacam lagi.
berfikiran secara baik dan positif.
Memang bukan nak menggalakkan tapi SEPERTI menggalakkan.Tak mengapalah,masing-masing ada pandangan masing-masing.Tak di nafikan kewujudan pusat tersebut masih ada kebaikannya.Setidak-tidaknya bayi tak berdosa tu selamat....
betul3x.. kasihan baby2 tu...sekurang2 nya ada tempat untuk mereka... ibu2 kepada bayi tu senang-senang saja buang anaknya...penat2 mengandung 9 bulan....ada akal tak guna dengan betul..tak takut dosa... macam rdwira kata kita jangan suka nak menyalahkan kewujudan sesuatu menajdi kepada punca kepada sesuatu yang tak baik. ----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|
chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.01.2010 Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana
|
Posting pada: 30-06-10 15:34
setiap benda yang tercipta tu ada pro and contrast nya.. so, manusia di kurniakan akal untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk.. ----------------- PRaiSe To YoU, JuST FoR You, ALLAH....
|
alhikam
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.09.2007 Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal
|
Posting pada: 16-07-10 09:08
sebab tu kalau nak terima Islam kena ambil semuanya . Inilah padahnya kalau nak ambil sebahagian2 . Disamping wujudkan Baby Hatch ni .. janganlah pula kerajaan masih terus-menerus dengan program2 maksiat , konsert2 menggalakkan hubungan bukan mahram . Festival2 tarian . Bila konsep AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR tak nak diterima sampai bila-bila takkan sudah benda ini . Kalau Barat memang tidak ada masalah pembunuhan bayi . Dah zina itu bukannya dosa.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 17-07-10 15:52
Persoalannya adakah dengan adanya baby hatch akan dapat menyelamatkan bayi2 dari dibuang ke tempat2 yang tak sepatutnya? mereka-mereka yang membuang ke tong sampah, longkang dan sebagainya selama ini bukan kerana mereka tiada tempat yang lebih selamat untuk meninggalkan bayi mereka. Mereka masih boleh tinggalkan bayi2 mereka di rumah saudara mara, jiran tetangga dan tempat2 yang lebih selesa tetapi mereka membuangnya kerana tidak mahu masyarakat tahu kerana malu. So baby hatch bukan penyelesaiannya. Bagaimanapun tujuan mereka yang mencadangkan baby hatch adalah tujuan yang baik tetapi alasannya yang tidak tepat.
|
hasanrijal
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.11.2009 Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD
|
Posting pada: 18-07-10 21:43
Salam. Secara peribadi, saya tidak nampak kewujudan Baby Hatch boleh menggalakkkan Zina, malah usaha ni patut dipuji kerana matlamatnya adalah untuk membela bayi terbuang... tapi kalau Kelab Malam, MTV etc tu yala-galakkan zina.. ----------------- Somewhere, something incredible is waiting to be seen
|
jojoi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang
|
Posting pada: 29-07-10 21:39
Pada 18-07-10 21:43 , hasanrijal posting:!!! QUOTE !!! Salam. Secara peribadi, saya tidak nampak kewujudan Baby Hatch boleh menggalakkkan Zina, malah usaha ni patut dipuji kerana matlamatnya adalah untuk membela bayi terbuang...
tapi kalau Kelab Malam, MTV etc tu yala-galakkan zina..
Nak kata menggalakkan pun susah juga sebab aktiviti zina sambutannya memang dah menggalakkan pun sekarang... Senang ceritanya...pada fikiran penzina2 ni, 'tak mengapa kalau mengandung lepas bersalin boleh letak baby kat baby hatch,polis tak tangkap sebab buang bayi,paling tidak pun kena kaunseling saja...' Tapi kalau yang jenis tak ada perasaan,tong2 sampah masih pilihan utama... ----------------- Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...
|
hasanrijal
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.11.2009 Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD
|
Posting pada: 30-07-10 17:42
betul ke mereka akan fikir begitu? ----------------- Somewhere, something incredible is waiting to be seen
|
jojoi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang
|
Posting pada: 30-07-10 18:31
Tu yang fikir begitu,rasanya memang tak ada org yang nak kena tangkap polis(lebih takut polis)pelik... yang tak fikir begtiu....tong sampah lah,main tanam2 tepi landasan...huhu ----------------- Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 02-08-10 20:52
Bagi Wawa, ianya wajar. sebab .. dah terlalu ramai org berzina sewenang2nya...and akar umbi sistem pemerintahan kita kuarang tepat, jauh sekali perlaksaan hukum bagi org berzina, so .. kita yang 'menggalakkan', kita lah yang perlu menanggung risikonya.. maksud Wawa, kita yang tak tegas dengan perlakuan zina, so..kita perlulah menanggung 'akibat' daripadanya..! ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
madyie
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2007 Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung
|
Posting pada: 02-08-10 22:34
bagi saya mmang ada pro dan kontranya,tapi lebih sangat jurang kontranya.... semolek2nya,beri kuasa pada polis untuk tngkap "mereka" ni kalau berdua dan undang-undang wahyu dijlnkan...insyallah
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 03-08-10 15:37
Dalam perkara yang dah ada ketentuan Allah, kita tidak boleh memberi pandangan berdasarkan akal kita. Sewajibnya, satu-satunya pandangan kita adalah hukum Islam. Apabila berfikir dengan kerangka kufur dan bukan hukum Islam, inilah hasilnya. Sama seperti kes jarum dan kondom yang dicadang Dato Shahrizat dulu.
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 05-08-10 07:50
Geram betul kadang-kadang .. Tengok bayi yang tak berdosa dibuang begitu saja. Eloknya, org yang buang tu, dihukum mati..! But worst.., undang-undang di Malaysia ni 'menggalakkan' zina, tengok saja pengaruh media massa, iklan yang beraur seks jangan cakaplah.., dah jadi macam 'trend'.. in other words .."please takkrabuz zina". macam mana zina nak dielakkan? Sudahnya ... ...??? Baby hatch tetap wajar ditubuhkan, tetapi sekiranya Malaysia menubuhkan undang-undang syariat ALLAH SWT, Wawa fikir.., baby hatch tu tak kan ada penghuni dan pekerjanya ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
jojoi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang
|
Posting pada: 08-08-10 20:53
bagaimanapun makin menjadi-jadi kan? lihat saja laporan semalam....buang dalam longkang, mereka tak tahu agaknya baby hatch kat mana.... ----------------- Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...
|
jojoi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang
|
Posting pada: 22-08-10 06:03
Baby hatch dah pun bertambah ahlinya... Alhamdulillah...selamat bayi2 tu, tapi yang terus di buang merata tempat pun makin menjadi2. memang elok lah mereka yang buang bayi ni di siasat mengikut seksyen 302, ada juga yang cdgkn yang berzina pun di siasat ikut kanun yang sama... pun bagus juga tapi..... kalau yang dah berzina sampai lhir anak luar nikah,berani ke nak hantar baby tu ke baby hatch :? ----------------- Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...
|
hasanrijal
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.11.2009 Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD
|
Posting pada: 22-08-10 16:21
bulan ramadhan ni nampak macam makin menjadi-jadi pulak kes buang bayi... ----------------- Somewhere, something incredible is waiting to be seen
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 16-09-10 00:14
Saya setuju dengan Fatin3 suami2 kena pergiatkan usaha dalam membina keluarga sakinah ... apa yang saya perhatikan suami2, ramai yang melepaskan tanggung jawab mendidik anak hanya pada isteri ... Suami2 pergilah cari ilmu macam mana nak displinkan anak atau macam mana nak didik anak, sebab anak-anak lebih takut pada ayah daripada ibu ... Saya pernah lihat macam mana anak-anak yang ayah mereka itu ambil berat dalam displin dan pendidikan ... anak-anak jadi lebih teratur akhlaknya ...
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 16-09-10 00:19
Pada 05-08-10 07:50 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! Geram betul kadang-kadang .. Tengok bayi yang tak berdosa dibuang begitu saja. Eloknya, org yang buang tu, dihukum mati..!
But worst.., undang-undang di Malaysia ni 'menggalakkan' zina, tengok saja pengaruh media massa, iklan yang beraur seks jangan cakaplah.., dah jadi macam 'trend'.. in other words .."please takkrabuz zina". macam mana zina nak dielakkan? Sudahnya ... ...???
Baby hatch tetap wajar ditubuhkan, tetapi sekiranya Malaysia menubuhkan undang-undang syariat ALLAH SWT, Wawa fikir.., baby hatch tu tak kan ada penghuni dan pekerjanya
Penguat kuasaan undang-undang tak dijalankan dengan bersungguh2 ... dalam ribuan bayi yang dibuang berapa pasangan yang telah didakwa? kalau mereka bersungguh2 tentu dah ramai yang ditangkap kan ...
|
namirah
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5920
Posting: 232
Dari: Ardhillah
|
Posting pada: 16-09-10 17:26
baby hatch baby hatch jugak, kan elok kalau selaras dengan baby hatch tu, pemerintah jalankan kempen kesedaran intensif untuk pasangan muda yang belum berkahwin ni...
|