Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shanejohnson
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43101

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




  Yang Masuk Ke Sini
shanejohnson: 2 hari yang lalu
wadud: 7 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 24 hari yang lalu
muslimin23: 26 hari yang lalu
kasih_kekasih: 30 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Perkara terlarang di dalam doa


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Perkara terlarang di dalam doa

Please Mendaftar To Post


Oleh Perkara terlarang di dalam doa

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-06-10 06:16


Seringkali kita mendengar keluhan sesetengah orang yang mengatakan bahawa dia telah sekian lama berdoa namun tidak dikabulkan. Tahukan anda bahawa perbuatan sebegini sebenarnya adalah antara punca sesuatu doa itu tidak dikabulkan?

Daripada Abu Hurairah .a., bahawa (maksudnya) :

    Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang hamba tentu akan dimakbulkan selama mana dia tidak berdoa yang isinya mengandungi dosa, untuk maksud memutuskan silaturrahim, atau minta segera dikabulkan". Ada seorang yang bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana yang dimaksudkan dengan meminta untuk segera dikabulkan?". Baginda menjawab, "Seseorang berkata, 'Sesungguhnya aku sudah berdoa dan berdoa, namun sehingga saat ini aku belum melihat doaku dikabulkan', sehingga saat itu juga dia merasa penat berdoa dan tidak mahu lagi berdoa". (Hadis riwayat Muslim)


Doa adalah senjata umat islam. Kita digalakkan supaya berdoa setiap hari. Doa tidak semesti hanya untuk diri kita. Kita sebenarnya boleh juga berdoa untuk orang lain, seperti keluarga, sahabat, jiran dan juga kepada sekelian umat islam yang lain. Tidak rugi kalau kita berdoa untuk orang lain kerana kebaikan doa tersebut akan turut diperoleh oleh mereka yang mendoakannya. Daripada Abu Darda' .a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

    Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa pengetahuannya adalah mustajab. Setiap kali dia memanjatkan doa kebaikan untuk saudaranya, dia atas kepalanya ada seorang malaikat yang berkata, "Amin. Semoga engkau juga beroleh perkara yang sama". (Hadis riwayat Muslim)


Nabi SAW melarang umat islam daripada mendoakan keburukan kepada diri, anak-anak dan harta benda, kerana dikhuatiri doa tersebut bertepatan dengan waktu dimana doa dikabulkan. Jika berlakunya sedemikian, maka permintaan tersebut akan dikabulkan. Hadis yang menegaskan perkara ini diriwayatkan Muslim. Daripada Jabir .a., beliau berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda (maksudnya):

    Janganlah kamu mendoakan yang tidak baik untuk diri kamu, anak-anak kamu, dan harta kamu kerana boleh jadi doa kamu itu bertepatan dengan waktu yang mana waktu itu doa dikabulkan sehingga apa yang kamu mohonkan juga dikabulkan. (Hadis riwayat Muslim)



Sebab itu ibu bapa seboleh-bolehnya jangan memanggil anak-anak dengan panggilan-panggilan yang tidak elok. Sekiranya anak-anak melakukan sesuatu yang tidak diingini, sebaiknya panggil anak-anak dengan kata-kata seperti "Anak bertuah", "Anak soleh/solehah, mari sini...", dan sebagainya.

Begitu juga halnya dengan diri kita sendiri. Jangan sekali-kali suka mencerca diri dengan menyebutkan perkataan-perkataan seperti, "Celaka. Kalau aku tau aku takkan ....." atau perkataan seumpamanya. Kalaulah kita berkata sedemikian diwaktu mustajabnya doa, maka kecelakaan akan menimpa diri kita.

Begitu juga halnya dengan harta kita. Seringkali kita dengar perkataan-perkataan seperti "Tak guna punya kereta....", "Lembap punya PC...", "Bodoh punya handset..." dan sebagainya. Akibat daripada tidak sabar dan menahan diri daripada mengucapkan perkataan-perkataan sedemikian, maka kita mungkin terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk penjagaan harta benda kita. Walaupun benar harta kita bermasalah, kawal lah diri daripada mendoakan keburukan kepada harta kita.

Akhir kata, rajin-rajinlah berdoa dan bersabarlah kerana setiap doa itu sebenarnya suatu aset yang bernilai untuk kita di akhirat kelak. Oh ya, doakanlah saya agar dapat terus menulis dan menyumbangkan ilmu yangbermanfaat. Doakanlah juga agar semua umat islam menjadi umat yang bersatu dan kembali kepada cara hidup islam yang sebenar.

Selamat berdoa...


Sumber: syedzai.blogspot.com


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-06-10 12:18


Pada 28-06-10 06:16 , syedzai posting:

!!! QUOTE !!!

Daripada Abu Hurairah .a., bahawa (maksudnya) :

    Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang hamba tentu akan dimakbulkan selama mana dia tidak berdoa yang isinya mengandungi dosa, untuk maksud memutuskan silaturrahim, atau minta segera dikabulkan". Ada seorang yang bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana yang dimaksudkan dengan meminta untuk segera dikabulkan?". Baginda menjawab, "Seseorang berkata, 'Sesungguhnya aku sudah berdoa dan berdoa, namun sehingga saat ini aku belum melihat doaku dikabulkan', sehingga saat itu juga dia merasa penat berdoa dan tidak mahu lagi berdoa". (Hadis riwayat Muslim])



!!! QUOTE !!!

Doa adalah senjata umat islam. Kita digalakkan supaya berdoa setiap hari. Doa tidak semesti hanya untuk diri kita. Kita sebenarnya boleh juga berdoa untuk orang lain, seperti keluarga, sahabat, jiran dan juga kepada sekelian umat islam yang lain. Tidak rugi kalau kita berdoa untuk orang lain kerana kebaikan doa tersebut akan turut diperoleh oleh mereka yang mendoakannya. Daripada Abu Darda' .a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

    Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa pengetahuannya adalah mustajab. Setiap kali dia memanjatkan doa kebaikan untuk saudaranya, dia atas kepalanya ada seorang malaikat yang berkata, "Amin. Semoga engkau juga beroleh perkara yang sama". (Hadis riwayat Muslim)


Nabi SAW melarang umat islam daripada mendoakan keburukan kepada diri, anak-anak dan harta benda, kerana dikhuatiri doa tersebut bertepatan dengan waktu dimana doa dikabulkan. Jika berlakunya sedemikian, maka permintaan tersebut akan dikabulkan. Hadis yang menegaskan perkara ini diriwayatkan Muslim. Daripada Jabir .a., beliau berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda (maksudnya):

    Janganlah kamu mendoakan yang tidak baik untuk diri kamu, anak-anak kamu, dan harta kamu kerana boleh jadi doa kamu itu bertepatan dengan waktu yang mana waktu itu doa dikabulkan sehingga apa yang kamu mohonkan juga dikabulkan. (Hadis riwayat Muslim)


Bismillah
Salam

Alhamdulillah. Syukran atas penyampaian.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

permata_keluarga88
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.06.2010
Ahli No: 39992
Posting: 31

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-06-10 18:56


Janganlah kamu mendoakan yang tidak baik untuk diri kamu, anak-anak kamu, dan harta kamu kerana boleh jadi doa kamu itu bertepatan dengan waktu yang mana waktu itu doa dikabulkan sehingga apa yang kamu mohonkan juga dikabulkan. (Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga halnya dengan diri kita sendiri. Jangan sekali-kali suka mencerca diri dengan menyebutkan perkataan-perkataan seperti, "Celaka. Kalau aku tau aku takkan ....." atau perkataan seumpamanya. Kalaulah kita berkata sedemikian diwaktu mustajabnya doa, maka kecelakaan akan menimpa diri kita.





Selamat berdoa...








salam....
betul...tu
kerana 'kata-kata' itu satu doa....
bila menyebut sesuatu yang tak elok ibarat kita mendoakan sesuatu yang tak elok juga untuk diri kita...uhuhuh
:(
syukran atas pemberitahuan awak ini....
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_keluarga88Profil   Hantar PM kepada permata_keluarga88   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10661 saat. Lajunya....