Oleh |
apa perasaan anda bila baca hasil kaian ini??? |
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 22-06-10 12:21
Dimana nak cari bini yang 'ori'? Banyak 'Second-hand' Berita Oleh Ustaz Saiful Bahri Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan. Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi. Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu. Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi. Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya. !!! QUOTE !!! Antara tanggungjawab sebuah kerajaan dalam Islam adalah menjaga 5 asas kehidupan manusia.
1. Menjaga Agama. 2. Menjaga Harta. 3. Menjaga Akal. 4. Menjaga Zuriat & Keturunan. 5. Menjaga nyawa.
Ia juga dianggap sebagai perkara dhoruriyat yang penting demi maslahah dan kepentingan sesuatu kehendak syariah. Amat malang apabila pihak kerajaan gagal dalam menjaga semua ini dan kerajaan juga gagal menegakkan syariah Islam padanya. Hukum riddah, mencuri & merompak, minum arak, zina dan bunuh balas serta qisas adalah berkaitan dengannya. Suasana hari ini tidak selesa perkembangan anak-anak membesar dengan budaya Islam tetapi tetapi budaya kehaiwanan dan hawa nafsu serta syahwat. Penzinaan berlaku merata-rata dan bahkan sudah menjadi bala Allah Swt keatas bangsa Malaysia. Anak luar nikah sudah menjangkau juta. Malaysia sudah tidak selamat lagi untuk hidup terpelihara mengikut persekitaran melayu yang penuh budaya ketimuran apatah lagi mengharapkan persekitaran dan cara hidup Islam. Malaysia umpama mekah diera jahiliyyah. Bagaimana generasi era 2020 nanti? Adakah lagi Insan di Malaysia ini? Adakah lagi bakal ibu muslimah untuk anak-anak mujahid sabilillah? Kalau hanya baki 1/4 dari remaja yang tidak mengamalkan sek bebas. Dimanakah nak dicari calon isteri yang ori? Adakah nanti semuanya barang second-hand? !!! QUOTE !!!
الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin (Surah an-Nur: 3) Kalau berdasarkan ayat diatas nescaya tidak wajar orang yang beriman kawin dengan yang berzina, demikian pula sebaliknya. Habis dimanakah nak dicari bakal ibu yang soleh kepada anak-anak yang 3/4 sudah ditebuk tupai dan bagaimana pula seorang muslimah yang suci hendak mencari suami-suami atau bakal bapa yang soleh buat anak-anaknya yang tidak pernah berzina. Huhh dahsyatnya umat sekarang. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
permata_keluarga88
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.06.2010 Ahli No: 39992
Posting: 31
|
Posting pada: 22-06-10 20:20
saya sokong pendapat ini... "Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi." hari ni 22.6,surat khabar metro....pelajar sekolah agama mati akibat keguguran yang teruk....meninggal dibilik hotel yang disewa tm lelaki yang juga pelajar sekolah agama...huhuuhuh
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 22-06-10 21:49
apa nak jadi dengan orang sekarang...yang sedihnya umat ISLAM yang banyak membuat kerja-kerja terkutuk itu..... ----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 23-06-10 15:16
Pada 22-06-10 20:20 , permata_keluarga88 posting:!!! QUOTE !!! saya sokong pendapat ini...
hari ni 22.6,surat khabar metro....pelajar sekolah agama mati akibat keguguran yang teruk....meninggal dibilik hotel yang disewa tm lelaki yang juga pelajar sekolah agama...huhuuhuh masyaAllah...apa lagi yang tinggal sebagai benteng masa hadapan jika generasi yang dididik di madrasah agama ini pun kalah dengan hawa nafsu dan hamba kepada ajakan syaitan....na'uzubillah ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 23-06-10 15:30
!!! QUOTE !!! Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi. macamana boleh mengaku mendapat didikan agama yang cukup kalau mudah terpesona dengan pengaruh kawan-kawan yang rosak ?....tak cukup terdidik dengan agama lagi lah tu .... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 23-06-10 15:49
teman lelaki yang juga pelajar sekolah agama? Benarkah berita begitu atau disensasikan untuk tujuan komersial? dalam sebuah akhbar lain tidak pula dinyatakan perempuan itu pelajar sekolah agama dan pelajar lelaki sekolah agama tersebut teman lelakinya. Bagaimana pula andai pelajar lelaki sekolah agama itu seseorang yang ingin membantu setelah mendengar masalah seorang pelajar perempuan tersebut? Anda boleh rujuk beberapa akhbar dan anda akan dapati ada kekeliruan di sana lalu jangan cepat melatah yang menyebabkan kita tersilap dalam menghukum.
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 23-06-10 20:43
Pada 23-06-10 15:30 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.
macamana boleh mengaku mendapat didikan agama yang cukup kalau mudah terpesona dengan pengaruh kawan-kawan yang rosak ?....tak cukup terdidik dengan agama lagi lah tu ....
Soalan yang bernas juga tu. Mungkinkah faktor pengaruh rakan-rakan antara penyebab utama masalah ini berlaku. Diharapkan umat Muslim berusaha untuk menghindar dan terjebak dengan rakan-rakan yang hanya membawa kepada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T Sentiasalah ingat kepada Allah dan balasan yang akan diterima di akhirat kelak. -----------------
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 24-06-10 11:21
Pada 23-06-10 15:49 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! teman lelaki yang juga pelajar sekolah agama? Benarkah berita begitu atau disensasikan untuk tujuan komersial? dalam sebuah akhbar lain tidak pula dinyatakan perempuan itu pelajar sekolah agama dan pelajar lelaki sekolah agama tersebut teman lelakinya. Bagaimana pula andai pelajar lelaki sekolah agama itu seseorang yang ingin membantu setelah mendengar masalah seorang pelajar perempuan tersebut? Anda boleh rujuk beberapa akhbar dan anda akan dapati ada kekeliruan di sana lalu jangan cepat melatah yang menyebabkan kita tersilap dalam menghukum. mungkin betul ada pihak yang cuba nak mencalar imej sekolah agama.Tapi saya lebih suka juga kita melihat isu ini dari sudut pelajar itu sendiri....kalau namanya pelajar, walau dari aliran mana sekalipun tidak layak untuk terlibat dengan gejala kerosakan moral yang sangat jelek itu. Saya insaf, penyakit sosial tidak hanya menular di sekolah akademik, bahkan giat mempengaruhi sekolah2 agama juga. Saya di sini ramai kenalan dari guru2 yang mengajar di sekolah agama bahkan saya sendiri guru di aliran agama...kesimpulan yang boleh saya buat, pelajar sekolah agama juga menghadapi krisis moral yang kronik... kadang-kadang 'takut' membayangkan nasib generasi depan jika insan dari madrasah agama juga rosak akhlak dan terlibat dengan gejala moral yang dashat. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 24-06-10 11:58
sumber maksiat di luar rumah terlalu banyak. yang dapat membuat perubahan besar dengan tangan tidak mengubah. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 24-06-10 12:10
Sumber maksiat di dalam rumah juga terlalu banyak. TV, Radio dan paling wahid internet. Cukup menakutkan. anak-anak terdedah dengan cara hidup selebriti, glamour, berfoya foya sehingga menenggelamkan cara yang baik dan amaran Allah SWT tentang azab. Kematian tidak digambarkan sebagai sesuatu yang menakutkan.
|
jojoi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang
|
Posting pada: 24-06-10 16:44
Bila nafsu di letakkan di depan.... MasyaAllah....semua ruang untuk berfikir pun tertutup Biar sesempurna manapun didikan agama yang di terima, ingatlah,iblis akan terus menyesatkan anak-anak adam, walau dengan apa cara sekalipun... ----------------- Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...
|
hasanrijal
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.11.2009 Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD
|
Posting pada: 24-06-10 21:09
Pada 24-06-10 12:10 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! Sumber maksiat di dalam rumah juga terlalu banyak. TV, Radio dan paling wahid internet. Cukup menakutkan. anak-anak terdedah dengan cara hidup selebriti, glamour, berfoya foya sehingga menenggelamkan cara yang baik dan amaran Allah SWT tentang azab. Kematian tidak digambarkan sebagai sesuatu yang menakutkan. satuju dengan faqir....kadang-kadang, ancaman dari dalam rumah sebenarnya lebih dahsyat dari luar rumah...tapi pada akhirnya, semua terpulang kepada diri kita sendiri jugak...Allah bagi kita akal untuk berfikir..untuk tentukan mana yang baik & mana yang buruk... ----------------- Somewhere, something incredible is waiting to be seen
|
daLL
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.04.2005 Ahli No: 15609
Posting: 148
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 24-06-10 21:32
fakta yang sangat menakutkan...sekarang ni unsur hiburan sangat banyak, salah satu punca ialah remaja terdedah dengan dunia tanpa sempadan dengan adanya internet. sekarang ni murid sekolah berusia 11 tahun pun ada faebook, agaknya parents mereka ni tahu ke tidak anak-anak mereka berinternet. bila berinternet, macam-macam yang mereka boleh explore..memang tak dinafikan kepentingan celik komputer di kalangan pelajar sekolah, tetapi mesti dipantau oleh ibu bapa... ----------------- >
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 25-06-10 09:08
rancangan TV berbentuk realiti untuk melahirkan artis terlalu banyak, sama ada TV swasta, TV berbayar mahupun TV kerajaan! Cuba kita renungkan sebentar apa yang ingin mereka cari? Jika setahun satu rancangan TV melahirkan 20 org artis realiti, bagaimana jika 3 atau 4 rancangan TV? Bagaimana jika setelah 5 tahun? Tentu ramai anak-anak muda telah dihanyutkan dalam dunia glamour. Ironinya majoriti adalah anak-anak melayu islam. Siapakah yang berjaya dan mengaut keuntungan dalam perkara ini dan lebih parah lagi siapakah yang kecundang dan merugi.
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 25-06-10 10:57
Pada 23-06-10 15:30 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.
macamana boleh mengaku mendapat didikan agama yang cukup kalau mudah terpesona dengan pengaruh kawan-kawan yang rosak ?....tak cukup terdidik dengan agama lagi lah tu ....
mungkin sebab dia punyai latar belakang dr keluarga yang baik, itu yang mengakui menerima didikan agama yang cukup... biasanya mak ayah dah bagi didikan yang sebaiknya, tapi bila dah berjauhan pengaruh kawan-kawan pulak yang main peranan.. kalau setiap hari didedahkan dengan perkara tak elok, lama-lama akan jadi tak elok lah... tak dinafikan kebanyakkan aktiviti2 mereka-mereka ni luar pengetahuan mak ayah...mak ayah tak tahu apa yang anak-anak buat di luar sana.. silap juga pada mak ayah yang bulat2 percayakan anak-anak... pendapat yang tak seberapa dari saya...
|
pu3_umairah86
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.10.2009 Ahli No: 37764
Posting: 22
Dari: selangor
|
Posting pada: 25-06-10 11:27
Di Malysia ni hukuman terlalu ringan untuk kes2 macam ni..media massa pulak selalu mengeluarkan cerita2 pasangan dicekup..cerita yang dikeluarkan dasyat tetapi jarang hendak menceritakan hukuman dengan panjang lebar..kadang-kadang pembaca lagi exited nak tau apa pasangan itu buat dr nak mengetahui hukuman yang dikenakan.. terbaca paper semalam ada pasangan yang dicekup berkhalwat ketawa apabila ditangkap oleh pegawai pencegah maksiat..geram saja saya membacanya..ini menunjukkan mereka dah tak takut dan sudah tidak ada perasaan malu.. saya yakin kalau hukum hudud dijalankan untuk kes2 ni,mesti masalah ini terus dapat ditangani..siapa tak takut kena sebat dan rejam kan..
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 25-06-10 11:28
Menurut kata beberapa org guru sebuah sekolah agama swasta di selatan tanah air terdapat dua kategori pelajar di sekolah agama. Pertama, pelajar dan ibubapa yang cenderung kepada pendidikan agama. Kedua, pelajar yang nakal (mungkin samseng) yang dihantar ibubapa dengan harapan sekolah agama boleh mengubah anak mereka menjadi baik setelah dibuang dari sekolah biasa atas masalah disiplin. Kategori kedua ini sering membawa masalah kepada pihak sekolah seperti masalah disiplin, akhlak dan sebagainya. Ada juga yang mengatakan keadaan yang serupa juga berlaku pada Jab Agama di mana ramai kakitangan jabatan kerajaan lain yang mpy masaalah disiplin ditukarkan ke Jab Agama sebagai hukuman. Kesimpulan yang boleh dibuat, sekolah atau jabatan agama yang diharapkan sebagai sebelanga susu untuk memutihkan nila telah menjadi biru oleh nila tersebut.
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 26-06-10 08:14
saya percaya segalanya berpongkok pangkal kepada tuan empunya diri.. walau sebanyak mana didikan di beri.. kalau jiwa bersifat memberontak... masalah sosial tetapi akan wujud... didikan dari awal terutama dari ibu bapa dan persekitaran keluarga sangat memainkn pranan bagi meminimakan masalah ini.. ibu bapa perlu sentiasa dekat di hati anak-anak. sekiranya ramai isteri yang tak ori wujud sekarang ini.. so suami tak ori pun sama lah nisbahnya..
|