Oleh |
HaPPy BiRTHDaY SiTi NoRMaKWa AbduLLaH (SNMA) |
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 11-06-10 17:01
Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali: "Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga." Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu. ... See More Teringat pula kata Imam Ghazali: "Ada manusia yang sedang ketawa .a, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan. "Ya, hari ini ulang tahun kelahiranku. Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku? Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun. Aku tidak akan datang ya Allah. rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima? Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini. Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata: "Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi." Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi `hati' yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah. Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan `dilahirkan' semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni. ..A simple notes from my best friend (Nazri), semoga kita semua terjaga selepas ini.. Amin... ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 11-06-10 18:20
amboi kak..hebat jugak tulisan tu,..boleh copy paste tak? hehe.. anyway happy birthday lah.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
are_dibah92
Warga Rasmi Menyertai: 29.12.2006 Ahli No: 27935
Posting: 10
Dari: Seri Manjung
|
Posting pada: 11-06-10 18:20
Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht... Moga panjang Umur, murah rzki, sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.. InsyaAllah... jadi muslimah, anak yang solehah dunia akhirat.. InsyaAllah.. -----------------
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 11-06-10 20:22
Selamat Hari Lahir wawa. Moga murah rezeki dan berbahagia di samping anak-anak.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
nadia_khalit
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.06.2008 Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 11-06-10 21:12
ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan SiTi NoRMaKWa AbduLLaH, ALLAH selamat kan kamu..... semoga kak wawa panjang umur , murah rezeki serta bahagia dunia akhirat...aaaaminn ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 11-06-10 21:16
Hahaha siapa yang nak copy paste dipersilakan sebab Tuan punya artikel memang 'pemurah' ilmu agama orangnya.. sebenarnya.. posting ni, bukan bertujuan untuk nak cari glamour tapi, > kepada nak mengingatkan saja.. ye lah, secara jujurnya..pagi tadi, bila buka saja facebook, banyak sangat birthday wishes yang Wawa dapat (ALHAMDULILLAH) tapi 'notes' ni lah yang paling menarik untuk Wawa kongsikan dengan semua.. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 11-06-10 21:19
Pada 11-06-10 18:20 , are_dibah92 posting:!!! QUOTE !!! Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht... Moga panjang Umur, murah rzki, sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.. InsyaAllah... jadi muslimah, anak yang solehah dunia akhirat.. InsyaAllah..
Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht... -Dibah, apa maksudnya tu..? ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
are_dibah92
Warga Rasmi Menyertai: 29.12.2006 Ahli No: 27935
Posting: 10
Dari: Seri Manjung
|
Posting pada: 11-06-10 22:31
Pada 11-06-10 21:19 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! Pada 11-06-10 18:20 , are_dibah92 posting:!!! QUOTE !!! Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht... Moga panjang Umur, murah rzki, sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.. InsyaAllah... jadi muslimah, anak yang solehah dunia akhirat.. InsyaAllah..
Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht...
-Dibah, apa maksudnya tu..?
Sanah helwah wa eid mikad tu = Selamat Hari lahir.. yang itu bahasa arb.. hehe... -----------------
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 12-06-10 15:20
happy birthday kakak.. may evthing goods come to u...
|
bezita
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.11.2009 Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL
|
Posting pada: 14-06-10 08:49
pergh...hebat...buka topik untuk member wish birthday kat diri sendiri...hehehehe
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 14-06-10 12:27
Selamat hari lahir. Moga diberkati dan dirahmati Allah s.w.t -----------------
|