Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tonghuan
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43136

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
tonghuan: 11 jam, 37 minit yang lalu
khairoo84: 1 hari, 49 minit yang lalu
wyd1014: 3 hari yang lalu
lidah-penghunus: 6 hari yang lalu
muslimiman: 21 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 22 hari yang lalu
nur_tinta: 28 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: HaPPy BiRTHDaY SiTi NoRMaKWa AbduLLaH (SNMA)


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» HaPPy BiRTHDaY SiTi NoRMaKWa AbduLLaH (SNMA)

Please Mendaftar To Post


Oleh HaPPy BiRTHDaY SiTi NoRMaKWa AbduLLaH (SNMA)

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 17:01


Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:
"Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga."
Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.
... See More
Teringat pula kata Imam Ghazali:
"Ada manusia yang sedang ketawa .a, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.

"Ya, hari ini ulang tahun kelahiranku. Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun. Aku tidak akan datang ya Allah. rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.

Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:
"Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi."
Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi `hati' yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan `dilahirkan' semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

..A simple notes from my best friend (Nazri), semoga kita semua terjaga selepas ini..
Amin... :bunga:


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 18:20


amboi kak..hebat jugak tulisan tu,..boleh copy paste tak? hehe.. anyway happy birthday lah.. :D


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

are_dibah92
Warga Rasmi
Menyertai: 29.12.2006
Ahli No: 27935
Posting: 10
Dari: Seri Manjung

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 18:20


Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht...
Moga panjang Umur, murah rzki, sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.. InsyaAllah... jadi muslimah, anak yang solehah dunia akhirat.. InsyaAllah.. :)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For are_dibah92Profil   Hantar PM kepada are_dibah92   Pergi ke are_dibah92's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 20:22


Selamat Hari Lahir wawa. Moga murah rezeki dan berbahagia di samping anak-anak..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 21:12


ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan SiTi NoRMaKWa AbduLLaH,
ALLAH selamat kan kamu.....

semoga kak wawa panjang umur , murah rezeki serta bahagia dunia akhirat...aaaaminn


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 21:16


Hahaha :-D siapa yang nak copy paste dipersilakan :-) sebab Tuan punya artikel memang 'pemurah' ilmu agama orangnya..

sebenarnya.. posting ni, bukan bertujuan untuk nak cari glamour tapi, > kepada nak mengingatkan saja.. ye lah, secara jujurnya..pagi tadi, bila buka saja facebook, banyak sangat birthday wishes yang Wawa dapat (ALHAMDULILLAH) tapi 'notes' ni lah yang paling menarik untuk Wawa kongsikan dengan semua..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 21:19


Pada 11-06-10 18:20 , are_dibah92 posting:

!!! QUOTE !!!

Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht...
Moga panjang Umur, murah rzki, sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.. InsyaAllah... jadi muslimah, anak yang solehah dunia akhirat.. InsyaAllah.. :)



Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht...

-Dibah, apa maksudnya tu..? :-D


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

are_dibah92
Warga Rasmi
Menyertai: 29.12.2006
Ahli No: 27935
Posting: 10
Dari: Seri Manjung

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 22:31


Pada 11-06-10 21:19 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 11-06-10 18:20 , are_dibah92 posting:

!!! QUOTE !!!

Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht...
Moga panjang Umur, murah rzki, sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.. InsyaAllah... jadi muslimah, anak yang solehah dunia akhirat.. InsyaAllah.. :)



Sanah Helwah wa Eid Milad ya ukht...

-Dibah, apa maksudnya tu..? :-D



Sanah helwah wa eid mikad tu = Selamat Hari lahir..
yang itu bahasa arb.. hehe... :sopan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For are_dibah92Profil   Hantar PM kepada are_dibah92   Pergi ke are_dibah92's Website   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-10 15:20


happy birthday kakak..
may evthing goods come to u...

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 14-06-10 08:49


pergh...hebat...buka topik untuk member wish birthday kat diri sendiri...hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 14-06-10 12:27


Assalamualaikum

Selamat hari lahir. Moga diberkati dan dirahmati Allah s.w.t :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111369 saat. Lajunya....