Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 1 hari, 19 jam, 12 minit yang lalu
lidah-penghunus: 5 hari yang lalu
muslimiman: 20 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 21 hari yang lalu
nur_tinta: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Rahsia Surah Yassin


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Rahsia Surah Yassin

Please Mendaftar To Post


Oleh Rahsia Surah Yassin

hati_suci83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36571
Posting: 52
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-06-10 22:13


Berikut ini disenaraikan fadhilat dan kelebihan-kelebihan Surah Yaasin…Semoga kita semua dapat amal insyaAllah.

Rahsia Kelebihan Ayat 1 - 9 :
Untuk keselamatan diri

Rahsia Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Tapi janganlah digunakan untuk elak daripada Kastam/polis. Tu dah niat lain.

Rahsia Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Rahsia Kelebihan Ayat 13 - 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Rahsia Kelebihan Ayat 22 - 23 :
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Rahsia Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Rahsia Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Rahsia Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Rahsia Kelebihan Ayat 33 - 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Rahsia Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Rahsia Kelebihan Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Rahsia Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan ilmu falak.

Rahsia Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Rahsia Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Rahsia Kelebihan Ayat 45 - 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Rahsia Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Rahsia Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Rahsia Kelebihan Ayat 78 - 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Rahsia Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Rahsia Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut lepas itu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
•    Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Seelok-eloknya dibaca :
1.    Selepas sembahyang subuh
2.    3 Jumaat berturut-turut
3.    Ayat 1 - Yassin baca 7x
4.    Ayat 38 - 12x
5.    Ayat 58 - 7x
6.    Ayat 82 - 14x
7.    Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8.    Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yang dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9.    Perlu yakin, insyallah dengan berkat Allah ianya termakbul.
Sekian, Selamat Beramal!
Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hati_suci83Profil   Hantar PM kepada hati_suci83   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 21:40


Selama ni, Wawa tak pernah baca tafsir/terjemahan surah Yassin ni, hari ni..lepas baca artikel ni, teringin pula nak baca terjemahannya.. thank you penulis..!


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

madyie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2007
Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-06-10 10:57


terima kasih ya hati suci.semoga usaha anda diberkati dan semua yang membacanya juga mendapat kebaikannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For madyieProfil   Hantar PM kepada madyie   Pergi ke madyie's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-06-10 11:56


Salam

Syukran sahabat. Perkongsian yang menarik. Semoga sama-sama peroleh manfaat atas penyampaiannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 14-06-10 12:24


Assalamualaikum

Syukran dengan info tersebut :) Moga kita sebagai hamba Allah sentiasa mengamalkan doa-doa yang telah diturunkan. Amin.


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

hati_suci83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36571
Posting: 52
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-06-10 22:22


insyaAllah..sama-sama lah kita berkongsi dengan ilmu yang ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hati_suci83Profil   Hantar PM kepada hati_suci83   Quote dan BalasQuote

hati_suci83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36571
Posting: 52
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-06-10 22:22


insyaAllah..sama-sama lah kita berkongsi dengan ilmu yang ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hati_suci83Profil   Hantar PM kepada hati_suci83   Quote dan BalasQuote

znia80
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.03.2010
Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-10 08:24


assalamualaikum tuan2 dan puan2 yang dimuliakan oleh Allah,

disini saya nak share sikit mengenai surah yassin, sebelum Allah jadikan dunia ni, selama 1000 tahun Allah baca surah yassin, (rujuk hadis nabi)

sebagai hambanye, eloklah dibaca setiap hari, barang siapa buat sesuatu untuk tujuan dunia, maka dunia akan datang padanya dan akhirat tiada bahagian untuknya, sebaliknya sesiapa buat untuk tujuan akhirat maka dunia dengan hina datang padanya. Anda semua buat pilihan sendiri lah ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For znia80Profil   Hantar PM kepada znia80   Pergi ke znia80's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-10 09:45


Pada 15-06-10 08:24 , znia80 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum tuan2 dan puan2 yang dimuliakan oleh Allah,
maaf..saya belum puan lagi. ;-) :-D. kena tambah 'cik2' sekalian.
nice info and advice en. znia. goood. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-06-10 17:13


InsyaAllah.. syukran atas peringatan yang baik. Semoga Allah merahmati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

robhunhayati
Warga Rasmi
Menyertai: 09.06.2010
Ahli No: 39962
Posting: 5
Dari: kuala lumpur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-06-10 11:59


thanks 4 the info... actually, if dapat amalkan baca yaasin setiap hari selepas subuh sebelum zohor... tak dapat baca dengar pun dah ok... now, zaman dah canggih. smbl drive boleh pasang cd. smbl naik bas boleh dengar by earfon telefon bimbit. smbl buat kerja boleh dengar dr comp masing-masing...

Bookmark and Share

    


  Member Information For robhunhayatiProfil   Hantar PM kepada robhunhayati   Quote dan BalasQuote

ct_umairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.10.2007
Ahli No: 31316
Posting: 24

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-06-10 16:48


salam..
terima kasih atas perkongsian..sangat lah bermakna...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ct_umairahProfil   Hantar PM kepada ct_umairah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123373 saat. Lajunya....