Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
khairoo84: 1 jam, 8 minit yang lalu
wyd1014: 2 hari yang lalu
lidah-penghunus: 5 hari yang lalu
muslimiman: 20 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 21 hari yang lalu
nur_tinta: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: JuaL aYaM TaK HaLaL, TesCo DiSaMaN RM1.6 JuTa


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» JuaL aYaM TaK HaLaL, TesCo DiSaMaN RM1.6 JuTa

Please Mendaftar To Post


Oleh JuaL aYaM TaK HaLaL, TesCo DiSaMaN RM1.6 JuTa

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 08:24


From: Hasni Hassan

To: SIM
Sent: itu, June 1, 2010 8:17:56 AM
Subject: IN THE NEWS : Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta



Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta

May 31, 10 5:41pm
Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.
Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.
Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.
Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.
Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.
Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.
- Bernama


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 10:15


Assalamualaikum

Macam mana supermarket Tesco boleh jual barangan tak halal ni ? Mungkin kurang pemantauan dari pihak JAKIM :berfikir:


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 17:27


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Dengan izin & rahmatNya..,


Sinar pernah bekerja under sebuah badan Islam..related to JAKIM. Frankling speeking..after 3 days...resign sebab perkara ini. Harus ingat..tak semestinya badan yang dikenali seperti ini..boleh dipercayai 100% kepenggunaannya..kadang terlepas pandang & disalahgunakan juga oleh customer.

Meragukan pengguna untuk membeli ayam.

Persoalannya... boleh percaya ke ayam yang dijual itu halal & diikut dengan cara yang dibenarkan islam..? Banyak kejadian & situasi hari ini..ayam disebalik tanpa pemotongan mengikut syariat Islam. Dengan menggunakan mesin & air panas untuk mematikan nyawa. Benarkah begini yang hendak disalurkan kedalam tubuh kita. Berhati-hati & elakkanlah memakan ayam..

Kesimpulannya..., elakkan memakan ayam yang dijual dipasaraya mahupun pasar. Adalah lebih baik, pergi ke pasar.. sendiri sembelih ayam. Seperti ayahku.. :kelip: itupun jarang makan ayam. Kalau ayah yang tak belikan & sembelih..jawapannya..langsung tak usik. Bimbang akan melalaikan hati dengan makanan yang syubhah. mungkin kelakar..tapi itulah kepentingan mengutamakan makanan dalam kehidupan.

Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-06-10 10:01


:-) Meluat sangat dengan org yang pandai berkata2/ayat baik..islamic sokmo tapi bila diteliti ..."cakap tak serupa bikin.."..!


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-06-10 11:18


erk..sinar kata elakkan makan ayam?
become vegetarian?

kalau ada ayah/suami tolong sembelih ok jugak.kalau single alone ladies bagaimana ek?kena belajar menyembelih?
alternatif perlu dicari..bukan terus declare jangan makan ayam dik.. naya lah macam tu..


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-06-10 11:29


.. sebelum mendapatkan sijil halal.. jaga betul-betul lah tu.. bila dah dapat.. mungkin ada pihak2 tertentu terlepas pandang.. mungkin juga kurang kakitangan.. jadi seterusnya akan membuka dan memberi peluang kepada pihak yang tidak amanah ini menggunakan jalan mudah.. tidak boleh juga menyalahkan terus pihak2 yang berkenaan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-06-10 15:15


Bismiillah
Salam

Vegetarian...pun boleh juga. Itu pandangan sinar sahaja. Jika rasa tak ok abaikan.. pangkalnya berhati-hati.

Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 05-06-10 12:06


Pada 03-06-10 17:27 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Dengan izin & rahmatNya..,


Sinar pernah bekerja under sebuah badan Islam..related to JAKIM. Frankling speeking..after 3 days...resign sebab perkara ini. Harus ingat..tak semestinya badan yang dikenali seperti ini..boleh dipercayai 100% kepenggunaannya..kadang terlepas pandang & disalahgunakan juga oleh customer.

Meragukan pengguna untuk membeli ayam.

Persoalannya... boleh percaya ke ayam yang dijual itu halal & diikut dengan cara yang dibenarkan islam..? Banyak kejadian & situasi hari ini..ayam disebalik tanpa pemotongan mengikut syariat Islam. Dengan menggunakan mesin & air panas untuk mematikan nyawa. Benarkah begini yang hendak disalurkan kedalam tubuh kita. Berhati-hati & elakkanlah memakan ayam..

Kesimpulannya..., elakkan memakan ayam yang dijual dipasaraya mahupun pasar. Adalah lebih baik, pergi ke pasar.. sendiri sembelih ayam. Seperti ayahku.. :kelip: itupun jarang makan ayam. Kalau ayah yang tak belikan & sembelih..jawapannya..langsung tak usik. Bimbang akan melalaikan hati dengan makanan yang syubhah. mungkin kelakar..tapi itulah kepentingan mengutamakan makanan dalam kehidupan.

Wallahua'lam.



Waalaikumsalam

Betul tu saudari sinar, Ana fikir MAKANAN adalah asas utama untuk kita hidup dengan cara yang baik. Kalau makanan tu halal maka jiwa kita akan dihiasi dengan keimanan tetapi kalau makanan itu dari sumber yang haram maka perjalanan hidup pula akan menjadi sukar.


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108802 saat. Lajunya....