Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 18 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Umat islam sedang diserang !


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Umat islam sedang diserang !

Please Mendaftar To Post


Oleh Umat islam sedang diserang !

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 13:42


Assalamualaikum,

Untuk versi penuh artikel ini (dengan gambar), sila ke http://syedzai.blogspot.com/2010/05/umat-islam-sedang-diserang.html

--- Dipetik dari syedzai.blogspot.com


Umat islam sedang diserang !


Poster di atas merupakan salah satu poster yang diletakkan pada 30 buah bas Miami Dade Transit di sekitar New York. Poster berkenaan adalah sebahagian daripada kempen SIOA atau Stop Islamization of America anjuran Pamela Geller dan Robert Spencer. Iklan ini pada mulanya diletakkan pada 10 buah bas di South Florida namun ditarik semula disebabkan bantahan oleh CAIR (Council on American-Islamic Relations). Namun, setelah pihak SIOA membawa isu ini ke mahkamah, iklan ini dikeluarkan semula dan jumlah iklan ditambah kepada 30 buah bas seperti yang ada sekarang .


SIOA memang terkenal dengan semangat "Anti-Islam" mereka. Merekalah yang menganjurkan program "Everyone Draw Muhammad Day" dimana orang ramai diseru untuk melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dan memuat naik karikatur masing-masing di laman Facebook mereka (http://www.facebook.com/group.php?gid=110841015612178) . Anehnya, laman Facebook ini masih kekal sehingga ke hari ini (28 May 2010) walaupun ia jelas menghina agama Islam. Inilah punca kepada pengharaman (Ban) Facebook oleh kerajaan Pakistan.

Tidak sukar untuk mengagak Kenapa Facebook tidak menutup site itu kerana Facebook sendiri menjana keuntungan melalui pengiklanan. Isu-isu sensitif sebegini akan menyebabkan trafik ke laman sosial itu meningkat kerana wujud laman lain di Facebook yang akan membantah program tersebut (http://www.facebook.com/group.php?gid=120989617916358). Ini akan menyebabkan berlakunya perlumbaan antara dua (atau lebih) group yang akhirnya menguntungkan Facebook sendiri.



Mereka jugalah yang menentang pembinaan Masjid berdekatan dengan tapak kejadian serangan 11 September (911) dengan melancarkan petisyen di laman web (http://sioaonline.com/?p=336) dan bercadang mengadakan perhimpunan pada 6 June 2010 jam 12 tengahari di 'Ground Zero' (tapak runtuhan 911) bagi menyuarakan bantahan mereka.

Cara mereka melaksanakan kempen cukup bijak, iaitu dengan memainkan isu islam sebagai pengganas. Mereka juga mengaitkan perkara murtad (keluar islam) sebagai kebebasan kerana kononnya islam mengongkong kebebasan dan menindas . Oleh itu, mereka tidak dipandang sebagai ektremis agama, sebaliknya sebagai 'penyelamat' kerana cuba menyelamatkan orang islam (supaya keluar agama) dan menyampaikan mesej 'sebenar' tentang islam (kononnya agama pengganas).





Apa yang menarik tentang isu di atas adalah usaha mereka dijalankan hasil kutipan wang melalui blog Pamela Geller sendiri dan juga laman web berkaitan seperti FDI (Freedom Defence Initiative), yang juga merupakan sebuah organisasi yang diterajui Pamela Geller, serta SIOA. Mereka menjana sendiri kewangan mereka bagi membantu usaha bagi memburukkan imej islam.

Sedang umat islam di Amerika (dan di beberapa tempat di dunia ini) diserang dengan perang memburukkan imej islam, umat islam di sini masih leka dan alpa dibuai mimpi. Tidak dinafikan, serangan terhadap islam di Malaysia sudah dijalankan sejak sekian lama (sejak zaman penjajah lagi) namun apa yang menyedihkan ialah keadaan umat islam di Malaysia sekarang yang nampaknya semakin mundur walaupun sudah merdeka lebih 50 tahun. Kes buang bayi berleluasa, pesta seks (sejenis dan berlainan jantina), dadah, dan pelbagai lagi gejala buruk yang terpapar di media, hampir semuanya melibatkan orang islam.

Sekarang ini bukan lagi masa untuk saling menyalahkan, sebaliknya semua perlu memainkan peranan masing-masing. Keadaan di Malaysia ibarat rumah yang sedang terbakar (akibat dibakar orang). Yang penting ialah masing-masing cuba memadamkan kebakaran secepat mungkin, bukannya masing-masing sibuk mencari pesalah yang membakar rumah kerana api sedang marak. Kalau asyik sibuk mencari pesalah, habislah rumah terbakar dan hilanglah tempat berteduh.



Rujukan :
- SIOA LEGAL VICTORY! BIG WIN FOR FREE SPEECH! HUGE CAIR DEFEAT! LET’S ROLL! MIAMI BUS ADS ROLL OUT IN BIGGER NUMBERS THAN BEFORE. 21 April 2010. http://sioaonline.com/?p=93
- May 20th: Everyone Draw Muhammad Day and Upload to SIOA Facebook Page. 26 April 2010. http://sioaonline.com/?p=104
- STEAL THIS FLYER. 18 Mei 2010. http://sioaonline.com/?p=336
- Refuge From Islam. http://freedomdefense.typepad.com/leave-islam/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 29-05-10 11:27


Assalamualaikum

Nauzubilillah, Kenapa ya umat Islam masih alpa dan leka sedangkan kita boleh melihat serangan mereka untuk merosakkan Islam tidak mengira secara halus dan terang-terangan.

Semoga umat Islam akan sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh Allah s.w.t


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 07:50


Allahurabbi..tersentak hati ana melihatkan poster penentangan tu, inilah yang membezakan islam dan juga agama-agama lain ciptaan manusia jahil..islam tidak menyekat kebebasan beragama berdasarkan surah Al-Kaafiruun yang bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Betapa bertoleransi dan betapa indahnya agama islam itu, namun mereka itu tetaplah sentiasa didalam kesesatan yang nyata.

Semoga Allah beri hidayah kepada mereka dan lindungi umat islam untuk teruskan kerja dakwah..


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145551 saat. Lajunya....