Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 12 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 13 hari yang lalu
nur_tinta: 19 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Sejarah al-Quran


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Sejarah al-Quran

Please Mendaftar To Post


Oleh Sejarah al-Quran

Kokseikokde
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.03.2008
Ahli No: 32873
Posting: 48

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-05-10 12:19


Tidak ada umat yang lebih bertuah daripada umat Nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul akhir zaman. Ini kerana mereka sentiasa diberi petunjuk dan rujukan mutlak dengan diberi jaminan tidak akan sesat selagi petunjuk dan rujukan mutlak itu tidak diingkari.

Induk bagi segala induk rujukan itu adalah al-Quran manakala penjelasan lanjutnya pula terkandung dalam al-Hadis. Bila kedua-duanya diimani, maka akan babas dan terselamatlah dari sebarang kesesatan.

Apakah itu al-Quran?

Ia membawa maksud ‘bacaan’, berasal dari perkataan qara’a. Kata al-Quran berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul yakni maqru’ (dibaca). Tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, dihafal, dihayati, diimani dan diamalkan.
Firman Allah SWT bermaksud: Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikutinya. (al-Qiyaamah: 17-18).

Al-Quran kini didefinisikan sebagai himpunan khusus Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW yang ditulis, dimushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah yang sangat dituntut.

Terdapat juga Kalamullah yang diturunkan kepada nabi selain Rasulullah SAW dan tidak dinamakan al-Quran. Contohnya, Kalamullah yang terhimpun dalam Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.,, Taurat kepada Nabi Musa a.s. dan Injil kepada Nabi Isa a.s.

Ada jua Kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW yang tidak dinamakan al-Quran dan membacanya dianggap sebagai ibadat dinamakan Hadis Qudsi.

Penurunan dan Penerimaan Wahyu Tidak Mudah

Oleh kerana nilai al-Quran itu sangat tinggi dan tidak ada barang benda yang boleh disamakan dengannya, maka penurunan dan penerimaan al-Quran melalui wahyu bukanlah satu kerja atau proses yang mudah.

Ia diturun dan diterima oleh Rasulullah dengan pelbagai cara.

Antaranya:

lMalaikat (Jibril) memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah. Dalam hal ini Rasulullah tidak melihat sesuatu apa pun. Baginda merasa wahyu itu sudah berada dalam kalbu baginda. Mengenainya baginda menyatakan: “Ruhul qudus mewahyukan ke dalam kalbulku”. Hal ini boleh dirujuk melalui ayat 51, surah Asy-Syura.

lMalaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal.

lWahyu datang kepada baginda seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh baginda. Kadang-kadang pada kening baginda terpercik peluh walaupun wahyu turun pada musim dingin. Kadang-kadang unta baginda terpaksa berhenti dari berjalan dan terduduk kerana merasa amat berat sekiranya ketika wahyu diturunkan, baginda sedang menunggang unta.

Sebagai penulis wahyu, Zaid bin Sabit diriwayatkan berkata: “Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Aku lihat ketika turunnya wahyu, Rasulullah yang menerimanya seakan-akan diserang demam yang teruk dan peluh baginda bercucuran seperti permata. Setelah selesai turunnya wahyu, barulah baginda kembali seperti biasa”.

lMalaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal. Hal ini terkandung dalam ayat 13-14, Surah An-Najm yang bermaksud: Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidarulmuntaha).

Penurunan al-Quran

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun yakni 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur adalah:

◦ Lebih mudah dimengerti dan dilaksanakan penyebaran dan penghafalannya. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu dibuat dalam keadaan banyak sekali gus selain dari ia akan membebankan.

Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus.

◦ Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih mengesankan dan lebih meresap ke dalam sanubari.

◦ Memudahkan penghafalan.

◦ Di antara ayat-ayat itu ada yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan sesuatu pendapat atau perbuatan.

Ayat Makiyyah Dan Madaniyyah

Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah.

Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah.

Beza antara keduanya adalah:

◦ Ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1,456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4,780 ayat. Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6,236 ayat dengan kira-kira 1.2 juta huruf.

Dalam bentuk surahnya sebanyak 114 surah dan juzuknya sebanyak 30 juzuk. Membaca al-Quran diberi 10 ganjaran untuk setiap satu huruf.

◦ Dalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat ayat ya ayyuhalladzina aamanu (Wahai orang yang beriman) dan amat sedikit terdapat ayat ya ayyuhanass (Wahai manusia), manakala dalam ayat-ayat Makiyyah pula adalah sebaliknya.

◦ Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.

Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya.

Oleh Ramli Abdul Halim - Murid tua Madrasah Al-Balaghulmubin, Rong Chenak, Pasir Mas, Kelantan.

Sumber : Utusan 4 Ramadhan 1429

Bookmark and Share

    


  Member Information For KokseikokdeProfil   Hantar PM kepada Kokseikokde   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 27-05-10 12:22


Tidak ada umat yang lebih bertuah daripada umat Nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul akhir zaman. Ini kerana mereka sentiasa diberi petunjuk dan rujukan mutlak dengan diberi jaminan tidak akan sesat selagi petunjuk dan rujukan mutlak itu tidak diingkari.

!!! QUOTE !!!



Assalamualaikum

Syukran dengan info tersebut, Sesungguhnya Al-Quran ialah petunjuk yang benar dan sebaik-baik kitab untuk rujukan dalam menjalani dunia ini.


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

api
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.10.2009
Ahli No: 37576
Posting: 48
Dari: Bandaraya ISLAM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-05-10 23:50


yeah..........
jom pakat baca al - quran

:)


-----------------
membangun bersama ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For apiProfil   Hantar PM kepada api   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 08:54


Pada 27-05-10 12:22 , Awani posting:

!!! QUOTE !!!

Tidak ada umat yang lebih bertuah daripada umat Nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul akhir zaman. Ini kerana mereka sentiasa diberi petunjuk dan rujukan mutlak dengan diberi jaminan tidak akan sesat selagi petunjuk dan rujukan mutlak itu tidak diingkari.

!!! QUOTE !!!



Assalamualaikum

Syukran dengan info tersebut, Sesungguhnya Al-Quran ialah petunjuk yang benar dan sebaik-baik kitab untuk rujukan dalam menjalani dunia ini.



ana setuju!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103476 saat. Lajunya....