Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 192
Ahli: 0
Jumlah: 192




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: bila saya akan jadi solehah


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» bila saya akan jadi solehah

Please Mendaftar To Post


Oleh bila saya akan jadi solehah

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-05-10 16:53


bila lah saya akan jadi solehah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 25-05-10 18:58


Pada 25-05-10 16:53 , habrah posting:

!!! QUOTE !!!

bila lah saya akan jadi solehah?



Assalamualaikum

Banyakkan berdoa dan membaca buku mengenai Islam. Insya-Allah pasti berjaya :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 07:29


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Muhammad adalah PesuruhNya.

Pastikan setiap prlakuan kita lahir dari hati kita sendiri, bukan disebabkan faktor2 luaran seperti ingin mendptkan sesuatu, atau malu kepada manusia, atau sengaja dibuat2 spy dkata baik.

Bagaimana nak tahu ia datang dr dalam diri sendiri? Jawapannya :
1.1. Ia berlaku secara spontan, tanpa perlu difikir2 trlebih dahulu.
1.2. Apabila kita ingin melakukan sesuatu, ia merupakan perkara pertama yang kita fikir untuk buat.
1.3. Apabila kita di tanya, ia merupakan perkara pertama yang kita jawab, secara spontan dan tanpa dfikir2.
1.4 Ia merupakan satu tabiat, rutin harian dan perkara yang telah menjadi kebiasaan dan kita selesa dengannya.

Bagaimana kalau kita buat kebaikan dan ia tidak datang dari luar, keinginan trsebut datang dari dalam diri.... cuma ia tidak datang secara spontan, ia datang setelah difikir2kan, stelah berjihad? Jawapannya :
1.2 Kebaikan tersebut belum sebati dengan diri kita. Tanda sesuatu kebaikan telah sebati dengan diri, kita akan merasa senang melaksanakannya. Jika kita melaksanakan kebaikan, tetapi diiringi dengan rasa susah, masam muka dan rasa terpaksa.... kebaikan tersebut bukan milik kita.
1.2 Biasanya kita akan tahu siapa kita dengan melihat siapa yang menjadi teman kita. Jika kita serasi dengan teman yang nakal... maka kita juga nakal. Jika kita rasa selesa, tenang jiwa dan gembira bertemankan orang yang baik-baik... persaksikanlah, kita adalah orang baik.

Bagaimana jika keinginan untuk melaksanakan kebaikan itu datang dari luar? Umpamanya disebabkan untuk mendapatkan perhatian manusia, nak mendptkan keredhaan suami, nak dapatkan kenaikan pangkat? Jawapan :
1.1 Tindakan seperti ini, tindakan yang salah, walaupun pakaian kita sempurna, akhlak kita lemah lembut.
1.2 Tindakan seperti ini, biasanya didorong oleh keinginan duniawi yang disertai dengan kehendak nafsu.
1.3 Allah tidak menerima tindakan seperti ini sebagai amal soleh.
1.4 Tindakan seperti ini disebut hipokrit, berpura2 atau munafik.
1.5 Tindakan seperti ini disebut riak, iaitu melakukan sesuatu bukan kerana Allah tetapi kerana makhluk.
1.5 Tindakan seperti ini dikira syirik kerana menduakan Allah dari segi matlamat melaksanakan amal soleh.

Maafkan ana dan betulkan ana, jika ana silap.
Wallahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

znia80
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.03.2010
Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 08:12


sekarang lah, nak tunggu bila?, awak ada fikir nak jadi solehah, tindakkan perlu dibuat, sekadar fikir tanpa tindakkan tak akan jadi apa-apa

Bookmark and Share

    


  Member Information For znia80Profil   Hantar PM kepada znia80   Pergi ke znia80's Website   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 08:26


dah cuba dari dulu tapi diri ni rasa lagi teruk sekarang adalah

Bookmark and Share

    


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 10:50


Pada 25-05-10 16:53 , habrah posting:

!!! QUOTE !!!

bila lah saya akan jadi solehah?


sekarang lah masanya.....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 10:51


Pada 26-05-10 08:26 , habrah posting:

!!! QUOTE !!!

dah cuba dari dulu tapi diri ni rasa lagi teruk sekarang adalah


jangan putus asa....cuba lagi...cuba lagi....cuba lagi...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 13:34


Pada 26-05-10 10:51 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-05-10 08:26 , habrah posting:

!!! QUOTE !!!

dah cuba dari dulu tapi diri ni rasa lagi teruk sekarang adalah


jangan putus asa....cuba lagi...cuba lagi....cuba lagi...



Setuju, Kuatkan semangat dalam mencari kebahagian yang hakiki :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

mawarnanmerah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27678
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 14:08


Kita tetapkan hati kita untuk berubah. Muhasabah diri atas dosa2 yang kita lakukan. Cuba bayangkan, kita hamba yang dhaif banyak melakukan dosa tapi Allah tetap sayangkan kita dengan membuka pintu hati kita untuk berubah, memberi kesihatan dan kesenangan kepada kita. Jadi apa perlu tunggu lagi? Segeralah berubah dan istiqamah terhadap perbuatan kita. Banyakkan amalan2 sunat, bacaan2 buku agama, berdamping dengan orang yang dapat mendorong kita untuk berubah. InsyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarnanmerahProfil   Hantar PM kepada mawarnanmerah   Quote dan BalasQuote

hanisahani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 21:44


adakalanya Allah menguji kita..makin kita ingin berubah makin kita diuji...anta sahabat-sahabat doakan kita & carilah sahabat-sahabat yang baik yang boleh mngingtkan kita..kita takkan mampu kalau keseorangan..saya doakan mga habrah diberi kesabaran & kekuatan untuk terus mencari "solehah" insya Allah itu juga harapan saya..=)



Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisahaniProfil   Hantar PM kepada hanisahani   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-05-10 07:30


Bismillahirrahmanirrahim...

Kita perlu bertanya diri kita... APA YANG KITA TUNGGU???

Cuba tanya diri sendiri... apakah yang sebenarnya kita tunggu? kalau kita tunggu hidayah Allah, baru nak jadi baik!!! Bagaimana kalau hidayah tu tak sampai2??? kalau kita dah terfikir untuk melakukan kebaikan... teruskan, jangan tunggu2 lagi.

Kerana.....

Apabila malaikat izrail telah sampai dihadapan kita... kita dah tak boleh nak minta dia tunggu sekejap. Kita nak bertaubat dulu.... Ini mustahil akan berlaku.... Kerana itu... jangan tunggu lagi!!!

Kan Allah ada kata.... Sesungguhnya Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri.

Nasihat saya kepada diri ana, habrah dan rakan-rakan ukhwah sekelian.... marilah kita mengubah diri kita kepada yang lebih baik...... jangan tunggu2 lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

znia80
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.03.2010
Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-05-10 12:01


jangan putus asa dari rahmat Allah, kena usaha lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For znia80Profil   Hantar PM kepada znia80   Pergi ke znia80's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 20:03


Maaf, saya amat jahil dalam agam, meski pun sering mencari jawapan....maaf bertanye, diri tidak lah sebijak laksamana...apakah ciri-ciri solehah? =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 20:49


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Alhamdulillah.. Dengan izin & Rahmat Allah SWT.,

Habrah.., teruskan niat itu dengan kesungguhan yang benar-benar dipraktikkan melalui rutin harian ukhti. Semua orang layak jadi baik, solehah... jika niat ada...kuat azamnya untuk berubah.. sesiapa pun mampu.

Sinar suka dengan jawapan ana., tepat & jelas. Ada benar apa yang diperkatakannya. Dalam mengalami proses perubahan, hati kena kuat untuk menerima cabaran yang datang..

Perubahan memerlukan pengorbanan & pengorbanan memerlukan keikhlasan & redha dengan ketentuanNya. InsyaAllah, semoga berjaya menemui jalan yang dicari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 30-05-10 15:21


kepada mujahadah.... ana ni bukan lah pandai sangat, ana rasa solehah tu maksudnya laksanakan semua perintah Allah dan tinggalkan semua larangannya.

Selalunya dalam nak laksanakan dua perkara ni lah... kita sering tergugat.. digugat oleh nafsu kita, digugat oleh hati kita yang kotor, digugat oleh kejahilan kita, digugat oleh persekitaran kita penuh maksiat, digugat oleh rakan kita yang jahat, digugat oleh orang yang kita sayang, digugat oleh keinginan dunia kita, di gugat oleh syaitan dan iblis yang sentiasa menggugat.

Kepada Habrah.... mulakan dengan latihan berbentuk fizikal dulu.... mulakan dengan jaga aurat, jaga tutur kata, jaga tingkah laku, jaga adab. Ana nak cadangkan supaya habrah baca buku bidayatul hidayah karangan imam al ghazali, pejuang_terakhir yang cadangkan pada ana kitab tu... very practical.

Cubalah... moga Allah beri kekuatan kepada kita semua.

Wallahu A'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 13:36


salam,

cuba buat 3 perkara ni dengan konsisten,
jangan tinggalkan solat lima waktu,
jaga aurat dan
jaga percakapan..
u can feel the different.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 23:25


Pada 31-05-10 13:36 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

salam,

cuba buat 3 perkara ni dengan konsisten,
jangan tinggalkan solat lima waktu,
jaga aurat dan
jaga percakapan..
u can feel the different.


dah buat dah ... tapi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 07:57


Pada 31-05-10 23:25 , habrah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-05-10 13:36 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

salam,

cuba buat 3 perkara ni dengan konsisten,
jangan tinggalkan solat lima waktu,
jaga aurat dan
jaga percakapan..
u can feel the different.


dah buat dah ... tapi...


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Habrah...apa kata ukhti cuba ini pula... ada ustaz yang menyampai ini dulu, beliau dari mekkah menyampaikan tazkirah ini.. InsyaAllah setakat ana amalkan.. memberi kesan positif & perlu bersabar serta istaqamah..dalam masa sama disiplin diri sahaja mampu memandu kehidupan menusia, tanpa disiplin yang teratur.. manusia akan mudah lemah & terikut dengan persekitaran. Disiplin yang dimaksudkan terdiri dari aspek;- hati, emosi, spiritual paling penting perkara akidah berkaitan Iman & Tawqa.

kata ulama tersebut.:
Setiap hari perbanyakkan selawat keatas junjungan Nabi SAW.. bukan lafaz atau ucapan biasa..namun perlu disertai dengan kekhusyukan hati melafazkan "Allahumma Solli Ala'Saiyidina Muhammad Wa Ala Sayyidina Muhammad", dan boleh juga.. "Sollallahu Alaika Wassalam Ya Rasulullaah Fiqullillam hatin wa nafasin adadama wasia'hu ilmullah" dan apa bentuk selawat..

selawat dengan HATI...hayati dengan Iman..kenali dengan sedalam peribadi junjungan, amalkan seharian 100x atau lebih, waktu bila lepas solat, sebelum tidur, buat kerja & keadaan apajuga sesuai dengan adabnya.. InsyaAllah.

Banyak kelebihan Selawat...tanpa kita sedari. Berselawatlah banyak...InsyaAllah, selawat syafaat buat diri dunia & akhirat.

Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 16:04


Bismillahirrahmanirrahim.

Ana juga nak berkongsi pengalaman ana dengan habrah. Cuba habrah tanya diri sendiri.... Kenapa habrah melakukan sesuatu... pastikan jawapannya li mardhatillah (untuk mndapatkan keredhaan Allah). Bagaimana nak dapatkan ??? Cuba pula jawab soalan ini.....

1. Ketika ingin melakukan sesuatu, cuba tanya diri kita siapa yang suruh melaksanakannya. Jawapan :
Mestilah Allah yang menyuruhnya. Pastikan apa sahaja yanng kita nak lakukan adalah kerana Allah yang suruh (mentaati perintah Allah). Siapa suruh kita solat? Jawapannya Allah. Siapa suruh kita basuh baju? Jawapannya Allah. Siapa suruh kita makan? Jawapannya Allah. Pastikan Allah adalah jawapannya. Kerana memang Allah menghendaki kita taat kepada perintahnya. Jadi, pastikan setiap yang kita lakukan adalah atas perintah Allah, bukan perintah kekasih, bukan perintah bos, bukan perintah sahabat handai, bukan perintah nafsu dan bukan perintah iblis dan syaitan.
Kita juga kena sedar, jika setiap kali tita taat perintah Allah, Allah akan beri kita pahala. Setiap kali kita taat perintah Allah, kita sedang menghambakan diri kepadaNya. Setiap kali kita taat perintah Allah, kita sedang beribadah kepadaNya.

Apa jadi, jika kita buat bukan kerana perintah Allah, tetapi kerana perintah nafsu, manusia, iblis atau syaitan? Jawapannya .... kita akan mendapat mardha dari nafsu, manusia, iblis dan syaitan dan kita tidak akan mndapat mardhatillah. Ketika itu kita sedang mentaati makhluk, matlamat kita hanya berakhir kepada makhluk, kita jadi hamba kepada makhluk. Na'uzubillahi min zalik.

2. Ketika kita sedang melaksanakan sesuatu, kita nak siapa lihat amalan kita, kita nak siapa nilai amalan kita? Jawapan....
Pastilah kita mahukan Allah yang lihat, kita mahu Allah yang beri penilaian terhadap apa jua yang kita buat. Kenapa demikian.... kerana penilaian Allah adalah penilaian Yang Maha Tepat, Maha Adil dan Saksama.

Apa jadi kalau kita nak makhluk yang nilai, manusia yang nilai? Jawapannya.... penilaian manusia tidak akan adil dan saksama, kerana :
a. Manusia menilai menggunakan mata, mata manusia sentiasa menipu, mata manusia tak nampak di dalam gelap, mata manusia tak nampak disebalik dinding, mata manusia tak nampak event yang terlepas dan akan datang dan manusia tak nampak apa yang terkandung di dalam hati. Sedangkan penglihatan Allah adalahMaha Tembus.
b. Penilaian manusia berdasarkan prinsip pribadi. Prinsip setiap manusia adalah berbeza. Katakan kita berpakaian cantik, baju yang dibeli mahal harganya, walaupun ramai yang kata cantik, tetapi tetap akan ada yang akan mengatakan tak cantik, membazir saja beli baju mahal2. Kenapa? prinsip cantik pada mata manusia tak sama. Prinsip Allah tidak pernah bias.
c. Manusia menilai berasaskan self interest (untuk kepentingan peribadi). Manusia menilai mengikut kesenangan peribadi, manusia sering mengatakan diri mereka sahaja yang betul dan mahukan semua orang mengikut sepertinya. Jika ada perkara yang berlaku tidak menepati citarasanya... maka kita akan mengatakan salah. Contohnya... ada pertandingan masak nasi goreng, dihakimi oleh seorang hakim..... kita dah masak sesedap rasa, tetapi bila hakim menilai, hakim melihat kepada citarasanya... jika dia seorang yang kuat garam, sdgkan kita tidak, maka hakim akan memberi markah yang rendah kepada kita, kerana masakan kita tidak menepati citarasanya... walaupun ia menepati citarasa kita. Maha Suci Allah dari mempunyai self interest.

3. Kita juga perlu tanya kepada diri kita, setiap amalan yang kita laksanakan, kita nak serah kepada siapa? Jawapannya :
Pastikan kita hendak serahkan kepada Allah. Kenapa? Apa faedah yang kita dapat jika kita serahkan amalan kita kepada makhluk? Apa guna kita solat tetapi kita serahkannya kepada ibu mertua kita. Apa guna kita menutup aurat tetapi kita menyerahkannya kepada ustaz di bilik kuliah? Sebenarnya... apapun kita tak dapat. Boleh ke kita katakan kita nak serahkan kepada kedua-duanya.... nak serah kepada ibu mertua dan Allah sekali gus... Maha Suci Allah dari berkongsi dengan makhlukNya.

4. Sekali lagi, cuba tanya diri kita... kita nak siapa yang beri ganjaran atas amalan yang kita buat? Semua orang akan jawb.... Allah. Hatta orang yang solat kerana inginkan keredhaan ibu mertuanya sekalipun akan menyatakan, mahu ganjaran dari Allah. Kenapa ? Kerana kita semua tahu, tiada siapa yang boleh memberi ganjaran, melainkan Allah. Maka, Kenapa kita perlukan ganjaran manusia yang tidak kekal... lebih-lebih pun mak mertua kita akan cakap, baik menantu aku, sejuk perut ibu mengandung.

CUBA TANYA DIRI KITA....DIMANA KITA?

Maaf, panjang sangat. Sekadar berkongsi idea. wallahuA'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

jojoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 16:54


bila ye???jawapannya ada pada diri sendiri.sahabat-sahabat cuma dapat memberi pandangan,selebihnya atas usaha kita sendiri,yang penting jangan putus asa....Allah Maha Berkuasa,Dia akan beri hidayah pada sesiapa saja yang Dia rasa berhak mendapatnya.Peluang masih terbuka luas...teruskan usaha.InsyaAllah mudah-mudahan impian solehah akan tercapai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jojoiProfil   Hantar PM kepada jojoi   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 20:19


amin. tHANKS Kepada anda semua yang prihatin .. kepada sinarabadi Insyaallah saya akan cuba try apa yang sinar cadangkn tu, thanks

Bookmark and Share

    


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 22:48


Pada 25-05-10 16:53 , habrah posting:

!!! QUOTE !!!

bila lah saya akan jadi solehah?



...bila anti kembali kepada agama, kembali kepada tali Allah, yakin hanya Allah adalah rab dan menafikan sekeras-kerasnya akan makhluk, meletakkan seluruh jiwa dan raga hanya untuk Allah, untuk menyembah tiada lain hanya Allah..


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 22:52


kuatkan azam dan doa pada Allah nangis-nangis, pintu taubat sentiasa terbuka bagi hambaNya yang ingin kembali kepada agama dan tali Allah..Allah akan bantu pada hanbaNya yang mencari keredhaanNya.pasti dan pasti..


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 14:24


Semoga kita semua terus menjadi Hamba Allah yang soleh dan solehah..aminnn


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 07:16


Bismillahirrahmanirrahim

Salam Ukhwah kepada semua.

1. Ana nak mengajak sekali lagi.... boleh tak kita pastikan setiap tindak tanduk perlakuan kita terbit dari dalam diri kita sendiri, bukan datang dari luar. Kehendak untuk melakukannya terbit dari dalam diri, atas dasar penghambaan diri kepada Allah. Kalau ia datang dari luar, ia mungkin datang dari syaitan.

2. Pastikan sebelum melakukan sesuatu... kita tanya diri kita.... perkara yang akan kita lakukan itu mendapat pahala atau dosa? kalau dapat pahala teruskan... malah bersegera melaksanakannya.

3. Sentiasalah kita ikat diri kita dengan Allah. Bagaimana? Sebelum melakukan sesuatu.... pejam mata kita, cuba renung hati kita dan hakikatkan bahawa ada satu tali yang mengikat terus antara hati kita direct naik ke atas, kepada Allah. Apabila ada keyakinan bahawa kita sedang diikat oleh Allah dengan tali rahmat, maghfirah dan redhaNya... alangkah bestnya. Kita perlu ingat.... bila kita diikat dengan tali Allah ini..... kita tidak akan sesat... sebab, apabila kita mula nak tersasar, Allah akan tarik kita, sentap kita sikit. Macam main layang2, bila layang2 kita dah nak tesangkut di pokok, cepat-cepat kita tarik ketengah semula, bila layang2 kita dah nak belaga dengan orang lain punya, cepat-cepat kita tarik selamatkan. Malah, yang bestnya bila dah ada ikatan ini, Allah akan tarik tali tu semakin dekat, semakin dekat, semakin dekat denganNya..... alangkah indahnya.

JOM kita pakat ikat diri kita dengan Allah.

Wallahu A'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-06-10 08:40


thanks kepada ana zalil...

"Malah, yang bestnya bila dah ada ikatan ini, Allah akan tarik tali tu semakin dekat, semakin dekat, semakin dekat denganNya..... alangkah indahnya."

Bookmark and Share

    


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 13:55


hidayah itu milik ALLAH..bukan manusia punya...
kena berusaha juga..
yang penting kena ada dalam hati kita apa yang ALLAH lrg kita hindarkan..dan yang ALLAH perintah kita ikut...sebab semua itu WAJIB..
yang sunat cubalah sedikit demi sedikit..tetapi konsisten
moga-moga suatu hari nanti kita sama-sama akan menjadi wanita solehah..mukminah solehah...insyaallah


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 14:42


Merasa tidak solehah merupakan satu pemulaan sifat yang baik. Itu ciri ciri sifat tawadhuk. Tidak ramai org yang bersifat tawadhuk. org alim pun ada yang tidak tawadhuk. org yang memohon ampun kerana mengenang dosanya jauh lebih baik dari org yang tidak memohon ampun kerana merasakan diri tidak melakukan apa apa dosa. Merasa tidak berdosa merupakan satu dosa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 17:39


Salam habrah dan semua..saya juga sering bertanyakan soalan ini pada diri saya sendiri..

cuma pendapat saya untuk berubah.. bermula dari hati.. bukan sekadar akal yang bertindak atau jasmani. kalau hati tak berubah.. kita tak akan ke mana-mana..

mungkin boleh bermula dengan muhasabah diri.. cari ruang untuk diri kita sahaja untuk berkata2 dengan diri kata. beri ruang untuk hati kecil kita mengungkap keinginannya. saya percaya hati kecil kita sentiasa nak jadi baik.. dalami waktu2 yang sepi.. apakah tujuan kita di jadikan di dunia ini..

en zulman, saya setuju bila kita menutup aurat.. kelakuan kita juga boleh di kawal..

semoga kita sama-sama berjaya menjadi insan yang solehah.. amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 09:48


assalamualaikum...

Ana nak berkongsi sedikit pengalaman.... cuba kita bersihkan hati melalui zikrullah. caranya ..... sebelum zikir niat : sahaja aku berzikir untuk membersihkan hatiku lillahita'ala. ada kawan-kawan kata mana boleh niat macam tu... niat mestilah terus kepada Allah. bagi ana, kita doa melalui zikir, maka zikir kita seperti ini adalah doa.... (jangan pening, ni serius) lepas itu tu kita zikir gunakan hati, maksud ana hati kita yang berzikir. kalau tak dapat.... cuba cara ni... kosongkan otak, pejamkan mata, hakikatkan... mata kita melihat hati dan dari hati naik ke atas terus kepada Allah.

Zikirnya apa??? apa-apa sahaja... cuma caranya sahaja macam yang ana jelaskan.

wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 10:28


syukran akhi! hakikatnya benar. Sebenarnya..mula-mula agak rumit.. perlu terus biasakan, bila-bila terlupa @ tertinggal...secara tak sedar hati akan tidak tenang selagi tidak berzikir. Zikir itu doa, zikir juga ubat bagi hati.

!!! QUOTE !!!

kosongkan otak, pejamkan mata, hakikatkan... mata kita melihat hati dan dari hati naik ke atas terus kepada Allah.



minta penjelasan/ulasan lanjut boleh. Pasti ada fadhilat disebalik penyampaian ini. Boleh kongsi dengan rakan-rakan lain.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 12:06


Assalamualaikum...

Ramai orang nak cari Tuhan dengan otak, nak beribadat pun dengan otak. Otak bukan alat untuk mendekati Tuhan, otak hanya alat untuk mengenali Tuhan. Ramai orang yang mengenali Tuhan, tapi tak dekat dengan Tuhan.

Lagi pun, alat untuk mendampingi Tuhan adalah hati bukan otak. sebab tu, kita kena gunakan hati.... kadang-kadang ana biasa juga.... kosongkan otak (jangan fikir apa-apa) kemudian ana hakikatkan, ana tarik otak ana, masukkan ke dalam hati dan berzikir dengan hati itu, tidak menggunakan lidah.

Kalau masih tak dapat masuk ke hati.... cuba cara ni.... dengan cara yang sama, lipat lidah ke atas dan tekan dengan langit2... kemudian zikir dengan hati. Cara ni sebenarnya kita paksa hati berzikir bukan lidah berzikir. Bila dah dapat rasa hati kita berzikir, lepaskan lidah kembali.

wallahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126408 saat. Lajunya....