Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-02-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: ShannonTodd
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43149

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
razani: 12 hari yang lalu
abid_19: 12 hari yang lalu
JonathanBaker: 14 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pasangan Remaja Mengaku Tanam Bayi


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pasangan Remaja Mengaku Tanam Bayi

Please Mendaftar To Post


Oleh Pasangan Remaja Mengaku Tanam Bayi

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 10:13


MELAKA 18 Mei - Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini.

Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.

Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah.

''Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran,'' katanya.

Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T, stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar.

''Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah,'' katanya.

Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing.

Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.

Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.

Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit.


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 10:21


Lemah jantung rasanya dengar berita begini. Apa nak jadi negara ini? Apa nak jadi dengan pelapis negara ini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 10:37


Beginilah agaknya bagaimana bayi itu ditanam...

/



/

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 12:29


Inilah bahananya anak-anak muslim terdidik dengan pendidikan acuan barat yang tidak memberikan hak yang sewajarnya kepada ilmu2 agama.Mereka membesar dalam masyarakat kebendaan yang rosak dan tidak dapat melihat dimana sepatutnya diletakkan kehidupan remaja mereka yang sebaik-baiknya. Mereka terkongkong dalam naluri seks yang primitf dan melihat hubungan kelamin seperti berkelaminnya para binatang....bebas dan tiada digantung pada rasa pertanggunjawaban melainkan kepuasan shahwat semata-mata. Bukan saja mereka jadikan diri menjadi tidak berharga bahkan hubungan yang haram itu juga melahirkan natijah yang mendorong mereka untuk dosa yang lebih keji yakni membunuh.....

hukumannya....dibebaskan dengan ikat jamin sahaja......
saya kurang arif apakah keadilan undang-undang syarak untuk golongan seperti mereka. undang-undang negara mungkin ada 'pelepasan' kerana usia dibawah umur....tapi tahap yang membolehkan seorang wanita hamil dan lelaki pula memiliki benih ini bukankah sudah ditahap dipertanggungjawabkan kesalahan mereka?


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 20-05-10 14:43


Inilah kejayaan Islam Hadhari yang dituai 1Malaysia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

carrotsusu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32924
Posting: 134
Dari: klate...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 14:50


astagifullah..memang sangat-sangat terkejut bila dengar berita ni kat tv hari tu..sesungguhnye kita kembali ke zaman jahiliyah...nauzubillah ya Allah...sangat-sangat takut bila dengar berita macam ni..takut bila nanti kita dipersoalkan oleh Allah..apa tindakan kita bila tengok maksiat berleluasa...


-----------------
Senyum secantik ciptaan Allah dalam dirimu...senyum ye. because of your smile you make life more beautiful..^___^ .

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrotsusuProfil   Hantar PM kepada carrotsusu   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 15:52


ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak ilmu dunia dan agama. kalau keadaan sekeliling maksiat banyak atau malaysia ini bukan "negara Islam" pun anak-anak masih boleh jaga diri sebab didikan agama yang baik dari rumah. apapun persekitaran memang pengaruhi seseorang buat maksiat. tidak sia-sia Allah sediakan dalam Islam garis panduan kewajiban setiap orang; ibubapa, anak-anak, pemimpin. --> pendapat sayalah.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 17:18


Bismillah
Salam

Waliya'uzubillah...minta dijauhkan bencana dariNya. Zaman kembali ke fasa zaman jahiliyah.

Apakah bayi ini ditanam hidup2?
Bagaimana ini semua boleh berlaku berleluasa?

Hanyasanya, tidak akan ada semua ini,... jika diri remaja itu yang mengawal & mengikuti PERINTAHNYA.

pelik juga...ibu kepada pesalah ini takkan tidak tahu akan anaknya semasa awal hingga akhir penghamilan tersebut.

Semoga Allah mengampuni dosa & keterlanjuran akhlak dan peribadi insan tersebut. Sama-sama kita ambil pengajaran dan pemerhatiaan kepada saudara yang lain.

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 21:44


Pada 20-05-10 14:50 , carrotsusu posting:

!!! QUOTE !!!

astagifullah..memang sangat-sangat terkejut bila dengar berita ni kat tv hari tu..sesungguhnye kita kembali ke zaman jahiliyah...nauzubillah ya Allah...sangat-sangat takut bila dengar berita macam ni..takut bila nanti kita dipersoalkan oleh Allah..apa tindakan kita bila tengok maksiat berleluasa...



Ini pendapat yang kelima secara spontan saya dengar..sesungguhnya kita telah kembali ke zaman Jahiliyah. Maka siapkanlah diri hidup di dunia akhir zaman.


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 22:11


Na'uzubillahiminzalik... memang menakutkan dan menyedhkan perkara2 yang berlaku di akhir zaman ini... semoga zuriat kita, keluarga kita dan muslimin muslimat seluruhnya dijauhi dari perkara sebegini.... Amiiin.... tepuk dada, tanyalah iman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-05-10 00:57


Dalam Semak – Amuk

Dalam semak dalam longkang
Yang dibungkus yang telanjang
Ada yang masih hidup
Ada juga yang tidak lagi
Hai bernyawa

Tepi surau tepi sekolah
Tak dihirau tak diendah
Ada bayi masih merah
Ditinggalkan manusia
Tak bermaruah

Di mana jiwamu di mana
rasa belas ikhsan rasa kecintaan
Demi menutup malu dan terhina
Si kecil rela kau persiakan

Kaulah syaitan bertopengkan insan
Tahu makan tak tahu simpan
Sedangkan yang bernama haiwan
Tidak membuang anak yang dilahirkan

Demi nama kedudukan
Takut malu tidak takut dosa
Gembiralah masa mudamu
Sambil menabung dosa sampai tua
Hey….

Tangisan si kecil itu
Menagih simpati ibu dan ayah
Dan engkau pun berlalu
Seolah-olah tiada bersalah


-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen


Bookmark and Share

    


  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-10 20:43


Pada 20-05-10 15:52 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak ilmu dunia dan agama. kalau keadaan sekeliling maksiat banyak atau malaysia ini bukan "negara Islam" pun anak-anak masih boleh jaga diri sebab didikan agama yang baik dari rumah.


ibubapa sekarang memandang 'pendidikan' untuk anak-anak ialah pastikan mereka dapat keputusan cemerlang dalam exam .Soal adab, akhlak, agama tidak begitu diberi perhatian....bertungkus lumus dan berhabis duit mak bapak hantar anak-anak tuisyen dari darjah satu lagi untuk membolehkan anak-anak tidak tertinggal dalam arus pendidikan yang mementingkan 'banyak A'.....mana-mana anak yang cemerlang ekademik dianggap 'emas' dan 'maruah' keluarga dalam masyarakat...ditatang bagai minyak yang penuh...nak buat apa pun tak dikisah sangat sebab pada ibubapa, anak yang cemerlang akademik ni 'tahu nilai mana baik buruk'.....kalau nak ada boyfriend atau awek, nak dating dan keluar ke mana saja, bila-bila masa saja langsung mak ayah tak kisah/bimbang sebab anak bijak ni mesti tahu jaga diri....atau 'akhlak lingkup' pun tak pa janji periksa dapat banyak "A".....tu lah kat IPT sekarang, buang anak, melacur , khalwat dan zina dah jadi 'trend' budak "U"......


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 10:05


Nak tengok negara akan datang, tengoklah pada remaja hari ini. Bila tengok remaja hari ini, nampak tak negara akan datang macamana??? ....hmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 16:37


Pada 24-05-10 10:05 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Nak tengok negara akan datang, tengoklah pada remaja hari ini. Bila tengok remaja hari ini, nampak tak negara akan datang macamana??? ....hmmm


Nampak... :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094752 saat. Lajunya....