Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 6 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 17 hari yang lalu
eme86: 17 hari yang lalu
sunan-faqih: 22 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: bagaimana sambutan hari guru di sekolah anda


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» bagaimana sambutan hari guru di sekolah anda

Please Mendaftar To Post


Oleh bagaimana sambutan hari guru di sekolah anda

Nur_Espace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2010
Ahli No: 39588
Posting: 27
Dari: Tanah Rata

france   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 17:01


hari ni kebanyakan sekolah mengadakan sambutan hari guru.
macam biasa,pagi ada perhimpunan,pengetua baca perutusan dari Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran.
lepas itu ikrar guru, guru nyanyi lagu 'guru Malaysia'. Yang tu ok lagi,tambah lagi satu lagu ' biarku menjadi lilin'....
nak ketawa pun ada tengok cikgu2 ni nyanyi dengan semangatnya. macam nak masuk pertandingan nyanyi,agaknya nak lepaskan geram tak dapat masuk..hihi..macam buat konsert!
anak murid kat bawah bersorak2...lambai2 tangan...lampu kamera berkelip2..hai,susah betul berada dalam sistem yang rosak ni,tiada langsung bi'ah Islam..kalau kita betul-betul nak menjaga,memang kita akan terasing. teringat satu hadis:
" Islam itu bermula dengan asing,dan akan kembali menjadi terasing, berbahagialah mereka yang terasing itu".

hadis ni lah yang menjadi motivasi untuk saya terus istiqamah.
semoga Allah menitipkan kesabaran buat kita semua..

cuma 1 nak minta pendapat semua,
setiap kali hari guru, ada anugerah yang diberikan.
salah satunya,guru perempuan paling bergaya.
saya tengok,bila ada anugerah macam ni, guru2 perempuan ni bukan main lagi melaram,macam artis! mekap tebal2,baju liplap2,kebaya singkat,seksi!! sakit mata tengok,macamana nak tunjukkan contoh yang baik untuk anak murid? saya tak tahu macamana nak ubah benda ni....ok tak kalau slow talk dengan pengetua supaya pantau benda ni, atau tulis surat saja masuk peti cadangan. minta pendapat terutama guru2...thank you

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_EspaceProfil   Hantar PM kepada Nur_Espace   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 18-05-10 10:29


Pada 17-05-10 17:01 , Nur_Espace posting:

!!! QUOTE !!!



cuma 1 nak minta pendapat semua,
setiap kali hari guru, ada anugerah yang diberikan.
salah satunya,guru perempuan paling bergaya.
saya tengok,bila ada anugerah macam ni, guru2 perempuan ni bukan main lagi melaram,macam artis! mekap tebal2,baju liplap2,kebaya singkat,seksi!! sakit mata tengok,macamana nak tunjukkan contoh yang baik untuk anak murid? saya tak tahu macamana nak ubah benda ni....ok tak kalau slow talk dengan pengetua supaya pantau benda ni, atau tulis surat saja masuk peti cadangan. minta pendapat terutama guru2...thank you


Guru adalah contoh kepada para pelajar. Semakin hari kita dapati semakin ramai guru berpakaian seksi ke sekolah. Berhadapan pula dengan anak-anak murid yang terdedah dengan pelbagai rangsangan yang tidak sepatutnya melalui internet. Ini semua menjadi faktor kepada kerosakan akhlak remaja hari ini.

Kita sebagai Muslim apatah lagi mereka yang bergelar pendidik seharusnya mengamati dan mengambil peringatan dari hadith nabi yang bermaksud
“Barangsiapa yang mencontohkan dalam Islam sunnah yang baik, maka bagi dia pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya. Barangsiapa yang mencontohkan sunnah yang jelek, maka atasnya dosa dan dosa orang yang mengerjakannya.” (hari.Muslim)

Saya menyambut Hari Guru buat isteri di kopitiam saja malam tadi. Semoga beliau terus komited sebagai guru pembina negara Islam, bukan negara bangsa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

kluangman2001
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2010
Ahli No: 39756
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 10:38


Saya sambut hari Guru dengan Mengucapkan Selamat Hari Jadi Kepada Ibu Saya dan Selamat Hari Guru Buat Abang dan Kakak Ipar Saya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluangman2001Profil   Hantar PM kepada kluangman2001   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 13:47


!!! QUOTE !!!

cuma 1 nak minta pendapat semua,
setiap kali hari guru, ada anugerah yang diberikan.
salah satunya,guru perempuan paling bergaya.
saya tengok,bila ada anugerah macam ni, guru2 perempuan ni bukan main lagi melaram,macam artis! mekap tebal2,baju liplap2,kebaya singkat,seksi!! sakit mata tengok,macamana nak tunjukkan contoh yang baik untuk anak murid? saya tak tahu macamana nak ubah benda ni....ok tak kalau slow talk dengan pengetua supaya pantau benda ni, atau tulis surat saja masuk peti cadangan. minta pendapat terutama guru2...thank you


guru2 yang macam ni lah yang nak bagi 'haru' kat murid2. yang gagal menimbulkan suasana yang Islamik dalam dunia keguruan mereka akan mewariskan bakal lepasan sekolah yang 'merapu' kebanyakannya.

pengertua memang boleh memainkan peranan....sebab pengetua ada kuasa menegur dan menolak apa-apa yang tak bersesuaian untuk dilaksanakan oleh guru2 dan murid2 di sekolahnya. Biasanya kalau pengetua yang ada fikrah islam, sekalipun pendidikan di sekolah ditekan oleh pemerintah yang sekular ni, tapi mereka akan sedayanya cuba menolak unsur2 serta budaya songsang yang cuba dijalankan di sekolahnya.....cubalah pengetua sesekali atau banyak-banyak kali bagi ceramah atau teguran tentang penampilan guru seperti yang dikehendaki oleh agama kita.... elok nur espace hantar surat pada pengetua bagi cadangan....kalau pengetua jenis yang terbuka dan boleh berbincang, bersemuka saja...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 13:54


Alhamdulillah...sambutan hari guru di sekolah saya biasanya kami mulakan dengan solat hajat...kemudian ada sedikit pengisian dari mana-mana ustaz, persembahan pelajar dan penyampaian cenderamata untuk semua guru...tak ada tanding apa-apa.... baik atau buruk, pelajar tiada hak nak cop guru tu paling ni paling tu.... semua guru wajar mendapat penghormatan yang sama dari murid2nya...

last sekali mesti ada sukaneka guru2 lawan dengan pelajar...ishhh tak sabar tunggu sambutan kat sekolah...sekarang depa tengah exam...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 18-05-10 14:06


!!! QUOTE !!!

last sekali mesti ada sukaneka guru2 lawan dengan pelajar...ishhh tak sabar tunggu sambutan kat sekolah...sekarang depa tengah exam...


Saya teringat sambutan hari guru semasa saya tingkatan 5, perlawanan bola sepak tetapi menggunakan bola ragbi antara guru lelaki dengan pelajar tingkatan 5. Saya jadi referee. kita orang memang nak bagi menang kat cikgu, so saya asyik foulkan dan bagi kad kuning kat kekawan, dan bagi free kick kat cikgu2, tu pun cikgu2 tak boleh score. Jadi dah nak habis masa, tak pasal-pasal saya bagi penalti kat cikgu dan goal keeper sengaja bagi bola masuk, so akhirnya cikgu-cikgu menang 1-0, kami pulak yang bersorak sakan berbanding cikgu2 tu. semput bukan kerana berlari, tapi berdekah2 ketawa, satu sekolah tengok kat tepi padang. hihi...menggembirakan guru kami sempena hari guru.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 15:22


Pada 18-05-10 14:06 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

last sekali mesti ada sukaneka guru2 lawan dengan pelajar...ishhh tak sabar tunggu sambutan kat sekolah...sekarang depa tengah exam...


Saya teringat sambutan hari guru semasa saya tingkatan 5, perlawanan bola sepak tetapi menggunakan bola ragbi antara guru lelaki dengan pelajar tingkatan 5. Saya jadi referee. kita orang memang nak bagi menang kat cikgu, so saya asyik foulkan dan bagi kad kuning kat kekawan, dan bagi free kick kat cikgu2, tu pun cikgu2 tak boleh score. Jadi dah nak habis masa, tak pasal-pasal saya bagi penalti kat cikgu dan goal keeper sengaja bagi bola masuk, so akhirnya cikgu-cikgu menang 1-0, kami pulak yang bersorak sakan berbanding cikgu2 tu. semput bukan kerana berlari, tapi berdekah2 ketawa, satu sekolah tengok kat tepi padang. hihi...menggembirakan guru kami sempena hari guru.


pandai ambik hati guru2 ya....

selalunya kalau lawan game apa-apa dengan pelajar...satu team tu combine lah guru dengan pelajar...kalau team guru2 saja, memang comfirm cikgu2 tak boleh menang...usia depa tengah lincah dan ringan sedang kami kebanyakannya ramai yang dah mengembang dan repu tulang temulang ..kah kah kah...

ada satu pengalaman hari guru yang saya tak terlupakan.....guru kelas kena jadi model untuk dimekapkan dan diandam oleh anak-anak murid....alat mekapnya terdiri dari tepung gandum dan water color.....busana pula dari paper lama....
depa tangkap gambar saya sampai sekarang masih saya simpan....teruk betul rupa saya bila bagi can kat depa 'balas dendam'.....

:lol:


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 17:25


hehe...bcakap tth sambutan hari gur d sekolah..lebih kurang macam yang lain lah... cuma saya rasa kecewe sikit lah..buat pertama kali since 2004 (kata senior saya lah) karaoke d adakan.. huh..memang sakit jiwa lah..kemeriahan ni tercemar dek murid dan guru sama-sama bkaroke..ni idea drpada seorang guru muzik baru yang postg ke sekolah kami..memang menggeleng kapala kami..yang ustzah2 beberapa org keluar dewan naik bilik guru...ada guru2 akademik dok tanya, bagaimana boleh jadi...nak jawab bagaimana..

tapi secara peribadi even da tahun ketiga saya jadi cikgu saham masih tak jatuh..masih selevel dengan guru2 baru postg sini..hehe...

dan d rumah pun kami adekan sambutan juga..suami kepada ibu saya meraikan siterinya dengan anaknye ini dengan belanja seisi rumah aiskrim wall conetto.. lepas itu pula petang smalam lepas balik sekolah adik-adik belanja tengok wayang dan makan pizza....

apapun saya harap tahun depan sambutan tak lah over macam ni..malah nak lebh islamic..sebab guru yang bawa onar tu baru saja masa hari guru menerima arahan untuk bertukar jabatan d BPG..hehe..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 18-05-10 20:22


Selamat Hari Guru untuk diri sendiri...ekeke...hari Sabtu 22.5.10 ni baru buat sambutan kat sekolah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

are_rule1981
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3442
Posting: 293
Dari: Ampang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-05-10 11:49


Sambutan hari lecturer tak ada ke?hehe


-----------------
Rindukan Syahid


Bookmark and Share

    


  Member Information For are_rule1981Profil   Hantar PM kepada are_rule1981   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125441 saat. Lajunya....