Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 176
Ahli: 0
Jumlah: 176

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: Kebanyakan Muslimah Engkar HUKUM HIJAB!

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kebanyakan Muslimah Engkar HUKUM HIJAB!

Please Mendaftar To Post

Oleh Kebanyakan Muslimah Engkar HUKUM HIJAB!

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 14-05-10 22:08

Assalamualaikum

Salam ukhwah & salam kasih sayang buat sahabat yang dirahmati Allah sekelian. Terima kasih atas kesudian meneruskan perkongsian ilmu. Sinar mohon izin untuk berkongsi apa yang sinar peroleh daripada rujukan & pendapat oleh hamba Allah yang terlibat. Mari sama-sama kita hayati & ambil kebaikan atas ilmu yang disampaikan ini. InsyaAllah semoga perkongsian ini memberi penyelesaian terbaik bagi setiap kemusykilan & keraguan dalam kehidupan sahabat sekelian.

Mana yang baik ambil, yang kurang perbaiki. Jika benar, akur & terima dengan hati terbuka, jika tidak..huraikan dengan cara berhikmah. Boleh ye sahabat-sahabat.

Alhamdulillah Wa Syukurillah atas keizinan individu terbabit untuk sinar kongsikan pada ruangan umum. Sahabat ini bukan penulisan sinar, tapi hasil daripada penulisan seorang yang sememangnya layak mengulas lebih lanjut. Tahniah & Syabas buat beliau kerana sudi berkongsi & membenarkan semula penulisan ini diperluaskan. Semoga dalam Rahmat Allah sentiasa. Barakallah

Jazakallah.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 14-05-10 22:09

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEBANYAKAN WANITA MENGENGKARI HUKUM HIJAB

Apabila disebut Hukum Hijab, kebanyakan kita terbayang akan wanita bertudung atau berjilbab. Tetapi ini Cuma sebahagian hukum didalam pengertian HUKUM HIJAB yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala.

Didalam Syari’at Islam, HUKUM HIJAB adalah meliputi segala hukum yang berhubung dengan batasan2 wanita didalam menghadapi lelaki ajnabi (lelaki bukan muhrimnya)

PERTAMA : PERINTAH TINGGAL TETAP DI RUMAH

Seorang wanita beriman WAJIB tinggal tetap dirumahnya dan tidak dibenarkan keluar rumahnya kecuali ada urusan2 yang mengharuskannya. Ini berdasarkan perintah Allah Ta’ala :

وَقَرْنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَـهِلِيَّةِ الاٍّولَى

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu………….. “

Zahir makna ayat ini ditujukan kepada isteri2 Nabi صلى الله عليه وسلم. Makna umumnya adalah di tujukan kepada seluruh wanita Islam yang beriman.

Berkata Qurtubi dalam mentafsirkan ayat…

وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;

Berkata Al-Qurtubi:
Makna ayat ini menyuruh kaum perempuan sentiasa berada di rumah, walaupun ayat ini dituju kepada isteri-isteri Nabi, adalah sekalian perempuan termasuk di dalam makna ayat ini.
Maka Allah menyuruh mereka itu tingal di rumah kerana hendak memuliakan mereka itu. Allah juga melarang mereka tabarruj yakni berhias bukan kerana suami,

Berkata Ibnu Kathir :

Firman Allah “وقرن في بيوتكن ” ertinya hendaklah mereka itu sentiasa berada di rumah maka mereka itu tidak dibenarkan keluar kecuali perkara yang penting. Salah satu perkara yang disebut didalam ayat ini adalah solat di Masjid selama mereka mematuhi syarat2nya sebagaimana yang disebut oleh junjungan Besar Nabi صلى الله عليه وسلم :

«لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ وَلْيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَات»

(Jangan melarang mereka (wanita) pergi ke Masjid, tetapi hendaklah mereka pergi tanpa memakai wangi-wangian.) Menurut satu riwayat lain : “Walaubagaimana pun rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka”

﴿وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَـهِلِيَّةِ الاٍّولَ
(dan jangan tabarruj seperti di zaman jahiliyyah kamu) Mujahid Mengatakan : Wanita lazimnya keluar rumah dan berjalan dihadapan lelaki , dan ini adalah Tabarruj jahiliyyah.”

.'' Qatadah mengatakan :
“Apabila mereka (wanita) keluar dari rumah mereka, mereka berjalan tanpa perasaan malu dan didalam keadaan menggoda. Dan Allah melarang demikian”

Telah bercerita Sa’lab dan lainnya:

أن عائشة رضي الله عنها كانت إذا قرأت هذه الآية تبكي حتى تبل خمارها.
Sesunguhnya Aisyah menangis apabila dibacakan ayat ini kepadanya sehinga basah tudung kepalanya.
Telah berkata orang yang meriwayatkan cerita ini:
Demi Allah tidak keluar Aisyah dari pintu biliknya sehinga dikeluarkan mayatnya.

Berkata Ibnu A’tiyyah:

Aisyah menangis kerana musafirnya pada hari perang jamal, yang mana telah berkata Ammar kepadanya “sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu tinggal tetap di rumah.

Seluruh keterangan di atas memberikan penjelasan dan amaran kepada wanita-wanita beriman supaya tetap tinggal didalam rumah mereka kecuali perkara2 yang mengharuskan mereka keluar :

Tujuan2 yang mengharuskan seseorang wanita keluar rumah adalah :

(1)    Untuk tujuan menuntut Ilmu Fardhu Ain.

Iaitu untuk tujuan menuntut Ilmu yang perlu bagi dia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang beriman. Ilmu ini meliputi Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.

Imam Ghazali menyebut bahawa jika seorang suami boleh mengajar isterinya Ilmu Fardhu ‘Ain, maka haram bagi dia keluar rumahnya untuk belajar di tempat lain.

(2)     Untuk tujuan menuntut Ilmu Fardhu Kifayah yang manfaatnya diperlukan oleh wanita.

Ini adalah ilmu Fardhu Kifayah seperti Ilmu perubatan, kedoktoran, jururawat , perguruan dan sepertinya yang sangat diperlukan untuk kebaikan golongan wanita.

(3)    Untuk tujuan perubatan.

(4)    Untuk tujuan berjual beli yang diharuskan.

(5)    Untuk tujuan menyara hidup. (jika tiada yang memberi nafkah untuk hidupnya)

(6)    Untuk tujuan2 lain yang tidak boleh tidak memerlukan kehadirannya menurut pandangan syara’.

Sesungguhnya perintah Allah Ta’ala agar wanita tetap tinggal di rumahnya adalah satu penghormatan dan kemuliaan bagi mereka!.

wanita-wanita solehah bukanlah bukan bahan murahan yang berjalan ke sana kemari tanpa tujuan yang dibenarkan syara’.
Wanita solehah bukan wanita murahan yang menjadi tontonan lelaki ajnabinya.
Wanita solehah bukan wanita yang membiarkan dirinya di sentuh oleh mata dan pandangan lelaki ajnabinya.

Tetapi mereka adalah permata, mereka adalah mutiara yang tersimpan rapi di kamar kemuliaan Ilahi!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 14-05-10 22:10

!!! QUOTE !!!

Ayat perintah hijab didahului dengan ayat perintah lelaki menundukkan pandangan. Orang lelaki jangan ambil mudah. Merasa tidak berdosa merupakan satu DOSA!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bagus peringatan kepada semua yang bergelar lelaki!!!

Pak Arab sengaja mulakan topik2 berkaitan Muslimah, bukan bertujuan memburukkan wanita tetapi adalah untuk menyedarkan mereka yang telah lama di buai "mimpi" indah.

Padahal "mimpi" indah pada pandangan dan perasaan mereka pada hakikatnya akan berkesudahan dengan mimpi yang paling dahsyat dan menakutkan. "Kesudahan" dahsyat ini tidak dapat dikembalikan kepada kebaikan kerana "masa yang membawanya" bersama tidak dapat dikebalikan lagi. Kecuali bagi mereka-mereka yang di liputi Rahmat dan Kurniaan Allah Yang Maha Penyayang!

Bukan bermakna juga Pak Arab tidak membuat teguran2 pada lelaki! Bahkan kita akan melihat nanti pada penghujung huraian ini, bahwa banyak lelaki akan menjadi celaka kerana WANITA!

Iaitu seorang LELAKI akan ditarik masuk neraka oleh 4 macam wanita :    

1. Ibunya
2. Isterinya
3. Anak perempuannya
4. Sauadara Perempuannya

....jika dia tidak menunaikan AMANAH nya terhadap mereka!

Jadi....tunggulah huraian akhir nanti ye!!!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 11:31

Salam,

Bagus, bagus teruskan ....!

Banyak manfaat!

Kosong belum penuh!

-----------------
0

Bookmark and Share

  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 11:53

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEDUA : PERINTAH MENUTUP AURAT - MELABUHKAN JILBAB KE SELURUH TUBUH

Apabila seorang wanita keluar rumahnya (kerana suatu hajat yang diizinkan syara’) atau ketika berhadapan lelaki bukan muhrimnya kerana (suatu hal yang diizinkan syara’), WAJIB atas dia menutupi seluruh tubuhnya dengan jilbab (pakaian luar yang labuh) sebagaimana perintah Allah Ta’ala :

يأَيُّهَا النَّبِىُّ قُل لاًّزْوَجِكَ وَبَنَـتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَـبِيبِهِنَّ ذلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbabnya (pakaian labuh diluar) bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَـتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ ءَابَآئِهِنَّ أَوْ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَآئِهِنَّ أَوْ أَبْنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِى إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِى أَخَوَتِهِنَّ أَوْ نِسَآئِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَـنُهُنَّ أَوِ التَّـبِعِينَ غَيْرِ أُوْلِى الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُواْ عَلَى عَوْرَتِ النِّسَآءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُواْ إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Rasulullah     صلى الله عليه وسلم

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Aisyah     رضي الله عه bahawa Asma’ binti Abi Bakr datang menemui Rasulullah    صلى الله عليه وسلم dengan berpakaian nipis. Rasulullah berpaling daripadanya seraya bersabda :

“Wahai Asma’, perempuan yang sudah mengalami haid, tidak boleh dilihat kecuali ini” Baginda lalu menunjuk kepada muka dan dua tapak tangan baginda " (Abu Daud)

Batas aurat wanita dihadapan ajnabi (bukan muhrim)

Ulama2 dahulu dan juga sekarang berbeza pendapat mengenai perintah Allah pada erti “jangan perlihatkan perhiasan” dan “kecuali yang zahir padanya”.

Jumhur Ulama mengatakan aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi (bukan muhrim) adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangannya.

Syarat2 pakaian wanita dihadapan lelaki ajnabi

Beradasarkan ayat2 di atas dan juga hadis2 Nabi, pakaian muslimah wajib menepati syarat2 pakaian seorang wanita beriman iaitu. pakaian luar atau disebut “jilbab” wajib menepati syarat2 nya :

1..Jilbab itu wajib dilabuhkan dan menutupi seluruh tubuhnya iaitu dari kepala, tengkuk, dada dan kebawah sampai hujung kakinya (dan termasuk kakinya.)
(yang dikecualikan daripada menutupnya hanya muka dan tapak tangan)

2. Jilbab itu longgar/ tidak menampakkan bentuk tubuh.

3. Jilbab itu tebal / tidak nipis sehingga ternampak kulitnya.

4. Jilbabnya tidak mengandungi hiasan yang menarik perhatian. sebaik-baiknya warna suram yang tidak menarik perhatian lelaki.

5. Pakaiannya tidak menyerupai pakaian lelaki.

6. Pakaiannya tidak menyerupai pakaian wanita fasiq.

Catitan penting untuk renungan :

1. Memakai seluar panjang (didalam jilbab) adalah sangat di galakkan untuk Muslimah memakainya agar lebih terjaga ketika suatu keadaan yang tidak dijangka seperti jilbab terselak ketika berjalan atau ketika menaiki tangga. Muslimah yang memakainya (seluar panjang didalam pakaian jilbabnya) adalah dikatakan mendapat Rahmat Allah. Sabda Rasulullah     صلى الله عليه وسلم :

“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah)”

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi     صلى الله عليه وسلم     memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai Rasulllah صلى الله عليه وسلم memuji dan menyebut hadith di atas.

2. Ditegah keras memakai make-up muka, gincu dan sebagainya. ketika keluar rumah atau ketika tetamu bukan muhrim datang ke rumah. Kerana ianya termasuk “hiasan yang wajib dilindungi” atau tidak boleh diperlihatkan melainkan kepada suami atau muhrimnya. (Ibnu Abbas kecualikan cincin dan celak)

3. Malapetaka besar akhir zaman!

Kebanyakan wanita muslimah zaman ini mengengkari perintah Allah mengenai adab berpakaian ini. Tiga unsur penting yang membawa kepada penentangan ini adalah :

1.    Kebanyakan wanita ini memakai berbagai fesyen yang ketat memperlihatkan bentuk tubuh tubuh.
2.    Pakaian mereka terlalu nipis sehingga terlihat kulit di bawahnya.
3.    Menyerupai pakaian wanita fasiq.
4.    Menyerupai pakaian lelaki.

wanita-wanita yang memakai pakaian tetapi pakaian tersebut ketat pada pinggang, menampakkan bentuk buah dada dan sebagainya adalah termasuk wanita-wanita yang di kutuk dan tidak akan masuk syurga.    wanita-wanita berkelakuan seperti ini bukan sahaja melanggar perintah Allah tetapi juga menyebabkan lelaki mendapat dosa kerana memandangnya. Dengan sebab itu maka bertambah2 lah dosanya sebanyak mana orang lelaki yang melihatnya. Cuba bayangkan dosa yang dibuat oleh wanita ini setiap hari. beribu-ribu mata memandang dan mendapat dosa. Saham dosa ini menghinggapinya dengan tidak berkurang daripada orang-orang yang melihatnya!!!

Sebab itu amaran sangat keras daripada Nabi    صلى الله عليه وسلم :

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); dan Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Dizaman kita, inilah satu malapetaka besar. wanita-wanita muslimah tanpa segan silu memakai pakaian ketat, menampakkan tubuh seolah-olah sudah menjadi tradisi ; mereka berhimpun di tepi jalan, disekolah, di pusat pegajian tinggi, di pusat beli belah, majlis2 perkahwinan - dimana saja dengan berbagai fesyen pakaian ketat setengahnya menyerupai lelaki dan setengahnya menyerupai pakaian wanita-wanita fasiq…..keadaan ini sungguh menyedihkan dan membimbangkan!!!

Sebahagian lagi wanita seolah-olah mempermainkan hukum Allah mengenai perintah menutup aurat ini.

-    Bertudung tetapi terbelah kainnya.
-    Bertudung tetapi memakai baju yang menampakkan bentuk buah dadanya.
-    Bertudung tetapi terbelah baju pada lehernya.
-    Bertudung tetapi kain singkat sehingga betis
-    Bertudung tetapi memakai seluar jeans yang ketat hadapan dan belakangnya.

Media, majalah, s.khabar pula mengambil kesempatan menayangkan wajah-wajah wanita seperti di atas sebagai bahan pelaris mengaut keuntungan!
Mengapa terjadi demikian?

Adakah mereka tidak tahu?
Adakah mereka ini bodoh tidak berpelajaran?
Adakah ibubapa yang bersalah?
Apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang memerintah?

Dan pertanyaan terakhir untuk renungan bersama….. siapa wanita-wanita ini? Mereka adalah ibu, mereka adalah anak, mereka adalah saudara kepada kita semua.!

Wal hasil apabila keruntuhan akhlak dikalangan wanita berlaku, apabila mereka tiada lagi sifat malu, apabila mereka berkeliaran seperti haiwan ternakan yang tiada peraturan maka itu tandanya masyarakat akan binasa, negara2 akan runtuh, dunia menuju kebinasaannya!

Siapa2 yang mempunyai hati, siapa2 yang mempunyai Iman, siapa2 yang percaya pertemuan mereka dengan Tuhan Rabbul Jalil, tolonglah selamatkan baki yang tesisa!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 22:41

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KETIGA : PERINTAH TUNDUKKAN PANDANGAN

Asal hukumnya atas wanita adalah ; Allah Ta’ala memerintahkan wanita tetap didalam rumahnya dan hanya membenarkannya keluar apabila ada keperluan yang di izinkan syara’. (seperti yang telah dibicarakan dahulu).

Apabila dia terpaksa keluar untuk sesuatu urusan yang di izinkan syara’, maka Wanita Islam diperintahkan oleh Allah Ta’ala untuk menundukkan pandangan mereka daripada memandang lelaki yang bukan muhrim atau sesuatu yang lain yang diharamkanNya.    Firman Allah Ta’ala :

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَـتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـرِهِنَّ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang lelaki ajnabi atau lain-lain yang haram)…..”

Dari Tafsir Ibnu Kathir,

Wanita dilarang melihat kepada seorang lelaki selain dari suaminya. Sebahagian Ulama mengharuskan melihat lelaki bukan muhrimnya tanpa syahwat. "

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

Apakah yang harus aku lakukan jika aku tidak sengaja memandang?
Jawab Baginda: 'Palingkanlah pandanganmu itu'. (Ahmad, Muslim, Abu Dawud, dan Thirmidhi)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “

"Ya Ali, jangan di ikuti pandangan yang kedua setelah pandangan pertama. Pandangan pertama dimaafkan tetapi tidak pandangan yang kedua."
(Ahmad, Abu Dawud, Tirmdihi)

Hadis ini memberi penejalasan kepada ayat di atas bahawa pandangan pertama seorang lelaki kepada wanita dan sebaliknya adalah dimaafkan. Tetapi hendaklah dialihkan pandangan tersebut segera tanpa lama memandang. Tetapi pandangan ke 2 dan seterusnya adalah dilarang.

Tegahan ini berlaku sama ada wanita itu menutup aurat dengan sempurna ataupun tidak ; sama saja hukumnya. Kerana walaupun seorang wanita telah menutup auratnya dengan sempurna, pandangan yang berterusan padanya akan membawa kepada fitnah kepada hati. Demikian juga sebaliknya walaupun seorang lelaki telah menutup auratnya dengan sempurna (jarang lelaki kelihatan tededah auratnya dijalanan), wanita di larang melihat kepadanya. Inilah maksud perintah Allah dan penjelasan hadis Nabi.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 22:42

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KE EMPAT : LARANGAN LEMBUTKAN SUARA.

Apabila seorang wanita terpaksa bertemu seorang lelaki bukan muhrimnya untuk suatu tujuan yang diizinkan syara’ maka wajib dia kasarkan suara dia /tidak bercakap lembut, manja atau menggoda.! Tentang ini Allah Ta’ala memberikan peringatan melalui KalamNya :

ينِسَآءَ النَّبِىِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَآءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Imam Qurtubi mentafsirkan :
“Suara begini (suara lemah lembut manja) akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli ma’siat berfikir jahat.

Imam Ibnu Kathir mengatakan :
“Ini adalah adab2 yang baik yang diperintahkan oleh Allah keatas isteri2 Nabi agar mereka menjadi contoh kepada wanita-wanita Ummah ini.” (iaitu perintah ini adalah untuk seluruh kaum wanita Islam)

Selain dari tegahan melembutkan dan memanjakan suara di hadapan lelaki, Perintah Allah Ta’ala ini juga menjadi dalil Ulama2 menetapkan hukum bahawa wanita di larang memperdengarkan nyanyian di hadapan lelaki bukan muhrim sama ada ianya berbentuk keagamaan atau lainnya, sama ada wanita itu menutup aurat atau tidak. Hukumnya sama ; tetap haram.

Al-Murtadha Al-Zabeedi, seorang sufi ternama, didalam komentarnya kepada Ihya Imam Al-Ghazali, menyebutkan begini :

"A group of Scholars have distinguished between the singing of males and females. Listening to the singing of non-Mahram women has been declared by them as Haram, and the listening to the singing of Mahram women is deferred upon. Qadi Abu Tayyib al-Tabari said: If the singer is a non-Mahram female, then it will not be permissible for main to listen to her. This ruling will apply, regardless of whether the woman is with or without Hijab" (Ithaf Al-Sadat Al-Muttaqeen:6, P:501).

Ibn Humam menyebut didalam Fath Al-Qadir, menukil dari an-Nawazil :

"Suara lembut berirama dari seorang wanita dan nyanyiannya adalah awrah. Inilah sebabnya dia lebih baik mempelajari Al-Qur’an daripada seorang guru wanita daripada mempelajarinya daripada seorang lelaki yang buta, kerana bacaannya yang berirama adalah awrah. Rasulullah     صلى الله عليه وسلم bersabda : “Bacaan tasbih adalah bagi lelaki dan tepuk tangan bagi wanita.” (iaiti ketika Imam solat telah tersilap didalam solatnya, lelaki akan membaca Subhanallah sementara wanita hanya dibenarkan tepuk tangannya.)”    

Shaikh Wahbah al-Zuhayli berkata :
"Adakah haram mendengar suara wanita berupa irama dan alunan suara lembut, walaupun ianya dari bacaan Al_Qur’an” ('al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu)

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 22:47

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KE LIMA : LARANGAN TABARRUJ (MEMPERLIHATKAN KECANTIKAN) DAN MEMAKAI HARUMAN /WANGI-WANGIAN

Apabila seorang wanita keluar dari rumahnya wajiblah dia menjaga dirinya daripada memperlihatkan kecantikannya kepada lelaki ajnabi. Ini perintah Allah:

وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَـهِلِيَّةِ الاٍّولَى

“Dan janganlah kamu tabarruj (mendedahkan perhiasan diri)seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu”

Larangan memperlihatkan perhiasan membawa maksud kepada tiga bahagia :

1.)    Perhiasan tubuh badan yang asal iaitu kecantikan yang asli.
2.)    Perhiasan tambahan seperti hiasan pada pakaian, anting2, rantai leher, solekan pada pipi, gincu, wangi2an dan sebagainya
3.)    Pergerakan tubuh yang lemah gemalai dan menggoda

Dari Tafsir Ibnu Kathir :

“Dan jangan bertabarruj seperti tabarruj zaman jahilyyah”    Mujahid berkata : “Wanita gemar berjalan dihadapan lelaki dan ini dinamakan tabarruj seperi zaman jahiliyyah”

Qatadah mengatakan : Apabila mereka keluar dari rumah, mereka berjalan tanpa perasaan malu dan didalam keadaan menggoda orang lain. Dan Allah Ta’ala melarang demikian.”

Muqatil bin Hayyan menyebut:
Tabarruj ialah apabila seorang wanita memakai “Khimar” menutup kepalanya tetapi dia tidak menutupnya dengan sempurna, ini menyebabkan rantainya, subang dan leher – semua ini boleh dilihat oleh orang.”
(tamat petikan tafsir)

Semu jenis perhiasan sama ada kecantikan asli pada tubuh atau kecantikan disebabkan perhiasan tambahan seperti alat solek, haruman dan wangian , maka semua ini di tegah diperlihatkan kepada bukan muhrimnya.

Dari Abu Musa al Asy’hari رضي الله عه berkata, Rasulullah    صلى الله عليه وسلم    bersabda:

“Tiap-tiap wanita yang menggunakan harum-haruman kemudian keluar melewati sekelompok kaum supaya dicium baunya oleh kaum itu, maka dia adalah seorang wanita penzina (pelacur) dan setiap mata yang memandangnya juga telah (ikut) melakukan zina (berzina).” (An-Nasai)

Hadits yang lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah رضي الله عه Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Siapa saja wanita yang terkena asap wangi-wangian, maka jangan ikut bersama kami untuk melakukan shalat Isya’ pada akhir malam.” (Muslim)

Dari Abu Hurairah, bahwa ia suatu saat bertemu dengan seorang wanita yang tercium olehnya bau wangi-wangian, dan di bagian belakang pakaiannya terdapat kain yang menyapu tanah. Abu Hurairah berkata, “Wahai amah (hamba) al-Jabbar, apakah engkau datang dari masjid?” Wanita itu menjawab, “Ya”. Abu Hurairah berkata lagi, “Apakah untuk-Nya engkau memakai wangi-wangian?” Wanita itu menjawab, “Ya”. Kemudian Abu Hurairah menjelaskan, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Tidak akan diterima shalat seorang wanita yang memakai wangi-wangian dalam masjid ini, sehingga ia kembali dan mandi seperti ia mandi janabah (junub).” (Abu Dawud)

Demikian beratnya perbuatan dan dosa wanita yang berhias memakain wangian2 ketika dia keluar dari rumahnya. Mengapa Nabi صلى الله عليه وسلم begitu tegas memberi amaran terhadap perkara ini sehingga dikaitkan sebagai wanita pezina dan pelacur?    Ini kerana perbuatan memakai wangian, solekan dan sebagainya ketika keluar rumahnya adalah perbuatan pezina2 dan pelacur pada zaman jahilyyah. Mereka berbuat bagitu untuk menarik perhatian lelaki. Maka wanita-wanita yang meniru perbuatan mereka adalah tergolong kepada wanita-wanita pezina dan pelacur.

Tidak dinafikan wangi2an dan haruman yang dipakai oleh wanita memberikan kesan yang sangat kuat pada hati lelaki yang mencium baunya sehingga mendorong kepada perbuatan zina, sekurang2 nya dia telah berbuat zina mata dan zina hati.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 11:25

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KE ENAM : LARANGAN HENTAK KAKI DAN LARANGAN BERJALAN DI TENGAH2 JALAN.

Firman Allah :

وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka…..”

Mentafsirkan ayat ini, berkata Ibnu Kathir,

“Pada zaman jahiliyyah apabila wanita berjalan keluar dan tiada siapa mendengar, mereka akan menghentak kaki agar lelaki mendengar bunyi gelang kaki mereka. Allah melarang wanita beriman berbuat demikian. Demikian juga jika mereka memakian perhiasan lain (seperti gelang, anting2 dan sebagainya) mereka di tegah melakukan pergerakan2 yang boleh memperlihatkan hiasan yang mereka pakai itu.    

Juga mereka ditegah memakai wangian apabila mereka keluar rumah, agar wangian mereka di cium oleh lelaki. Abu Isa At-Tirmizi رضي الله عه melapurkan Abu Musa    رضي الله عه , Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
”Setiap mata melakukan kekejian dan perzinaan, apabila seorang wanita memakai wangian dan melintasi himpunan manusia, maka dia adalah demikian dan demikian…(iaitu wanita pezina).    Beliau berkata, terdapat satu riwayat hamper serupa dan ianya Hasan Sahih.    Hadis ini juga di kemukakan oleh Abu Dawud dan An-Nasai.

Mengambil I’tibar dari ini, wanita juga dilarang berjalan di bahagian tengah2 jalan kerana ini adalah sebagai mempamirkan diri kepada orang ramai yang tidak diperlukan. Abu Dawud melapurkan Abu Usayd Al-Ansari berkata, beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “

” Kalian tidak dibenarkan berjalan di bahagian tengah jalan tetapi hendaklah sentiasa berjalan dibahagian tepi jalan.”
(tamat petikan Tafsir)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah رضي الله عه : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Tidak boleh bagi wanita berjalan di jalan bagian tengah”. Hadits Hasan.
( Ibnu Hibban, Al Baihaqi)

Tujuan dari perintah Allah dan Rasul ini adalah supaya terpelihara kehormatan para wanita yang baik-baik serta membezakan mereka dari wanita-wanita fasiq yang suka bergaul bebas dengan lelaki.

Ulama2 mengambil I’tibar dari perintah ini ; iaitu jika wanita dilarang bergaul dengan lelaki di tengah jalan / dikhlayak ramai, maka lebih-lebih lagi tegahan ini wajib di patuhi ketika mereka berkumpul didalam rumah atau suatu perhimpunan.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 12:05

Pada 15-05-10 11:53 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEDUA : PERINTAH MENUTUP AURAT - MELABUHKAN JILBAB KE SELURUH TUBUH

Apabila seorang wanita keluar rumahnya (kerana suatu hajat yang diizinkan syara’) atau ketika berhadapan lelaki bukan muhrimnya kerana (suatu hal yang diizinkan syara’), WAJIB atas dia menutupi seluruh tubuhnya dengan jilbab (pakaian luar yang labuh) sebagaimana perintah Allah Ta’ala :

يأَيُّهَا النَّبِىُّ قُل لاًّزْوَجِكَ وَبَنَـتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَـبِيبِهِنَّ ذلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbabnya (pakaian labuh diluar) bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَـتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ ءَابَآئِهِنَّ أَوْ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَآئِهِنَّ أَوْ أَبْنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِى إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِى أَخَوَتِهِنَّ أَوْ نِسَآئِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَـنُهُنَّ أَوِ التَّـبِعِينَ غَيْرِ أُوْلِى الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُواْ عَلَى عَوْرَتِ النِّسَآءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُواْ إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Rasulullah     صلى الله عليه وسلم

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Aisyah     رضي الله عه bahawa Asma’ binti Abi Bakr datang menemui Rasulullah    صلى الله عليه وسلم dengan berpakaian nipis. Rasulullah berpaling daripadanya seraya bersabda :

“Wahai Asma’, perempuan yang sudah mengalami haid, tidak boleh dilihat kecuali ini” Baginda lalu menunjuk kepada muka dan dua tapak tangan baginda " (Abu Daud)

Batas aurat wanita dihadapan ajnabi (bukan muhrim)

Ulama2 dahulu dan juga sekarang berbeza pendapat mengenai perintah Allah pada erti “jangan perlihatkan perhiasan” dan “kecuali yang zahir padanya”.

Jumhur Ulama mengatakan aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi (bukan muhrim) adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangannya.

Syarat2 pakaian wanita dihadapan lelaki ajnabi

Beradasarkan ayat2 di atas dan juga hadis2 Nabi, pakaian muslimah wajib menepati syarat2 pakaian seorang wanita beriman iaitu. pakaian luar atau disebut “jilbab” wajib menepati syarat2 nya :

1..Jilbab itu wajib dilabuhkan dan menutupi seluruh tubuhnya iaitu dari kepala, tengkuk, dada dan kebawah sampai hujung kakinya (dan termasuk kakinya.)
(yang dikecualikan daripada menutupnya hanya muka dan tapak tangan)

2. Jilbab itu longgar/ tidak menampakkan bentuk tubuh.

3. Jilbab itu tebal / tidak nipis sehingga ternampak kulitnya.

4. Jilbabnya tidak mengandungi hiasan yang menarik perhatian. sebaik-baiknya warna suram yang tidak menarik perhatian lelaki.

5. Pakaiannya tidak menyerupai pakaian lelaki.

6. Pakaiannya tidak menyerupai pakaian wanita fasiq.

Catitan penting untuk renungan :

1. Memakai seluar panjang (didalam jilbab) adalah sangat di galakkan untuk Muslimah memakainya agar lebih terjaga ketika suatu keadaan yang tidak dijangka seperti jilbab terselak ketika berjalan atau ketika menaiki tangga. Muslimah yang memakainya (seluar panjang didalam pakaian jilbabnya) adalah dikatakan mendapat Rahmat Allah. Sabda Rasulullah     صلى الله عليه وسلم :

“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah)”

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi     صلى الله عليه وسلم     memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai Rasulllah صلى الله عليه وسلم memuji dan menyebut hadith di atas.

2. Ditegah keras memakai make-up muka, gincu dan sebagainya. ketika keluar rumah atau ketika tetamu bukan muhrim datang ke rumah. Kerana ianya termasuk “hiasan yang wajib dilindungi” atau tidak boleh diperlihatkan melainkan kepada suami atau muhrimnya. (Ibnu Abbas kecualikan cincin dan celak)

3. Malapetaka besar akhir zaman!

Kebanyakan wanita muslimah zaman ini mengengkari perintah Allah mengenai adab berpakaian ini. Tiga unsur penting yang membawa kepada penentangan ini adalah :

1.    Kebanyakan wanita ini memakai berbagai fesyen yang ketat memperlihatkan bentuk tubuh tubuh.
2.    Pakaian mereka terlalu nipis sehingga terlihat kulit di bawahnya.
3.    Menyerupai pakaian wanita fasiq.
4.    Menyerupai pakaian lelaki.

wanita-wanita yang memakai pakaian tetapi pakaian tersebut ketat pada pinggang, menampakkan bentuk buah dada dan sebagainya adalah termasuk wanita-wanita yang di kutuk dan tidak akan masuk syurga.    wanita-wanita berkelakuan seperti ini bukan sahaja melanggar perintah Allah tetapi juga menyebabkan lelaki mendapat dosa kerana memandangnya. Dengan sebab itu maka bertambah2 lah dosanya sebanyak mana orang lelaki yang melihatnya. Cuba bayangkan dosa yang dibuat oleh wanita ini setiap hari. beribu-ribu mata memandang dan mendapat dosa. Saham dosa ini menghinggapinya dengan tidak berkurang daripada orang-orang yang melihatnya!!!

Sebab itu amaran sangat keras daripada Nabi    صلى الله عليه وسلم :

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); dan Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Dizaman kita, inilah satu malapetaka besar. wanita-wanita muslimah tanpa segan silu memakai pakaian ketat, menampakkan tubuh seolah-olah sudah menjadi tradisi ; mereka berhimpun di tepi jalan, disekolah, di pusat pegajian tinggi, di pusat beli belah, majlis2 perkahwinan - dimana saja dengan berbagai fesyen pakaian ketat setengahnya menyerupai lelaki dan setengahnya menyerupai pakaian wanita-wanita fasiq…..keadaan ini sungguh menyedihkan dan membimbangkan!!!

Sebahagian lagi wanita seolah-olah mempermainkan hukum Allah mengenai perintah menutup aurat ini.

-    Bertudung tetapi terbelah kainnya.
-    Bertudung tetapi memakai baju yang menampakkan bentuk buah dadanya.
-    Bertudung tetapi terbelah baju pada lehernya.
-    Bertudung tetapi kain singkat sehingga betis
-    Bertudung tetapi memakai seluar jeans yang ketat hadapan dan belakangnya.

Media, majalah, s.khabar pula mengambil kesempatan menayangkan wajah-wajah wanita seperti di atas sebagai bahan pelaris mengaut keuntungan!
Mengapa terjadi demikian?

Adakah mereka tidak tahu?
Adakah mereka ini bodoh tidak berpelajaran?
Adakah ibubapa yang bersalah?
Apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang memerintah?

Dan pertanyaan terakhir untuk renungan bersama….. siapa wanita-wanita ini? Mereka adalah ibu, mereka adalah anak, mereka adalah saudara kepada kita semua.!

Wal hasil apabila keruntuhan akhlak dikalangan wanita berlaku, apabila mereka tiada lagi sifat malu, apabila mereka berkeliaran seperti haiwan ternakan yang tiada peraturan maka itu tandanya masyarakat akan binasa, negara2 akan runtuh, dunia menuju kebinasaannya!

Siapa2 yang mempunyai hati, siapa2 yang mempunyai Iman, siapa2 yang percaya pertemuan mereka dengan Tuhan Rabbul Jalil, tolonglah selamatkan baki yang tesisa!

Ada keadaan yang agak mengelirukan sekarang yang 'tersebar' dikalangan masyarakat kita. Di sedari atau tidak, saya rasakan ada pihak patut tampil bertindak.....saya rasanya pernah cuba timbulkan perkara ini.

Terdapat majalah islamik yang bertemakan kaum hawa dengan mengetengahkan isu-isu yang menarik sekitar isu keluarga, rumahtangga, remaja, masyarakat, ibadah, isu-isu semasa dsbgnya.

isu-isu yang ilmiah ini dan mengandungi banyak panduan serta petua untuk kembali memegang pada ajaran agama memang bermanfaat apatah lagi ustaz2 dan ustazah yang hebat serta bagus turut menjadi kolumnis berkongsi ilmu di sini. Tapi yang lemasnya mereka masih menampilkan 'wanita bertabaruj' sebagai model untuk cover majalah berkenaan. Saya tak nafikan majalah perlu memikirkan faktor2 'tarikan pembeli untuk membeli' sebagai usaha mengkomersilkan majalah mereka, tapi patutkan wanita muslimah pula yang diekploitasi untuk jadi bahan tarikannya? Tidak wajarkan difikirkan perkara lain sebagai ganti gambar muslimah2 ni...gambar bunga2, daun, objek2 tak bernyawa, bintang dan pandangan alam semulajadi tentu lebih menyeronokkan dan menjaga iman semua orang.

Anda boleh perhatikan, bukan saja solekan yang tebal....kening yang dinipiskan, balutan pakaian yang mahal tapi tak menepati syarak, bahkan 'lengguk' posingnya juga boleh menggoda pandangan lelaki yang menatapnya. Kita kalangan wanita pun akan akui kecantikan mereka yang sengaja 'ditonjolkan' ini, bayangkan pula di pihak lelaki. Sekalipun mereka bertudung, ustaz di sekolah saya kata “ ini bertelanjang'.Tak cukup di muka depan, aksi muslimah cover ni melentik di depan lensa telah disambung dibahagian 'cerita mereka' di dalam.

Seorang teman pernah emailkan teguran supaya penampilan muka depan majalah berkenaan diperbaiki tapi emailnya tak dilayan dan tiada tindakan perubahan dilakukan.

Sayang, isi dalamnya bagus dan saya suka juga membacanya....tapi terganggu dengan keghairahan pihak majalah berkenaan yang 'mempergunakan wanita islam' sebagai bahan tarikan untuk melariskan majalahnya...ini tidak dapat mendidik masyarakat bahkan mengundang kekeliruan yang sangat merbahaya......hmmm..tu tak campur lagi iklan di tv produk kecantikan wanita, Sendayu Tinggi dengan model muslimah dalam niqabnya....semuanya merosakkan 'maksud pakaian menutup aurat' seorang wanita islam......wallahuallam........

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 12:24

Pada 16-05-10 12:05 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Tapi yang lemasnya mereka masih menampilkan 'wanita bertabaruj' sebagai model untuk cover majalah berkenaan. Saya tak nafikan majalah perlu memikirkan faktor2 'tarikan pembeli untuk membeli' sebagai usaha mengkomersilkan majalah mereka, tapi patutkan wanita muslimah pula yang diekploitasi untuk jadi bahan tarikannya? Tidak wajarkan difikirkan perkara lain sebagai ganti gambar muslimah2 ni...gambar bunga2, daun, objek2 tak bernyawa, bintang dan pandangan alam semulajadi tentu lebih menyeronokkan dan menjaga iman semua orang.

Anda boleh perhatikan, bukan saja solekan yang tebal....kening yang dinipiskan, balutan pakaian yang mahal tapi tak menepati syarak, bahkan 'lengguk' posingnya juga boleh menggoda pandangan lelaki yang menatapnya. Kita kalangan wanita pun akan akui kecantikan mereka yang sengaja 'ditonjolkan' ini, bayangkan pula di pihak lelaki. Sekalipun mereka bertudung, ustaz di sekolah saya kata “ ini bertelanjang'.Tak cukup di muka depan, aksi muslimah cover ni melentik di depan lensa telah disambung dibahagian 'cerita mereka' di dalam.

!!! QUOTE !!!

Seorang teman pernah emailkan teguran supaya penampilan muka depan majalah berkenaan diperbaiki tapi emailnya tak dilayan dan tiada tindakan perubahan dilakukan.

Sayang, isi dalamnya bagus dan saya suka juga membacanya....tapi terganggu dengan keghairahan pihak majalah berkenaan yang 'mempergunakan wanita islam' sebagai bahan tarikan untuk melariskan majalahnya...ini tidak dapat mendidik masyarakat bahkan mengundang kekeliruan yang sangat merbahaya......hmmm..tu tak campur lagi iklan di tv produk kecantikan wanita, Sendayu Tinggi dengan model muslimah dalam niqabnya....semuanya merosakkan 'maksud pakaian menutup aurat' seorang wanita islam......wallahuallam........

wah...benar tu ukhti myhoney. Sinar setuju...... aduh...lama dah nak keluarkan statement ni... tapi dah ada yang keluarkan. Alhamdulillah, moga yang membaca ini dapat memberi perhatian & memikirkannya.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.01.2010
Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 21:39

salam..
pemakaian hijab sekarang ini dah jadi macam trend pulak kan..
bukan pakai untuk menutup aurat tapi ala kadar saja.. macam artis yang seorang itu, tak payah sebut nama lah..bukan artis pun da ramai macam tu..
yang sedih lagi, ada yang pakai tudung tapi baju lengan pendek.. tau rambut tu aurat tapi aurat yang lain pulak yang didedahkan.. sedih..

-----------------
PRaiSe To YoU,
JuST FoR You,
ALLAH....

Bookmark and Share

  Member Information For chiyo_kajujiProfil   Hantar PM kepada chiyo_kajuji   Pergi ke chiyo_kajuji's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 22:55

Pada 16-05-10 21:39 , chiyo_kajuji posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
pemakaian hijab sekarang ini dah jadi macam trend pulak kan..
bukan pakai untuk menutup aurat tapi ala kadar saja.. macam artis yang seorang itu, tak payah sebut nama lah..bukan artis pun da ramai macam tu..
yang sedih lagi, ada yang pakai tudung tapi baju lengan pendek.. tau rambut tu aurat tapi aurat yang lain pulak yang didedahkan.. sedih..

bukan tudung saja di jadikan pelbagai fesyen.... abaya pun dah hilang 'keasliannya'. Hmmm sifat wanita barangkali.....dalam nak menutup aurat pun masih terselit rasa 'nak tunjuk' jugak.

yang dikatakan menutup aurat itu bukannya nama kebaya ke, baju kurung ke, jubah ke atau abaya ke.... kalau baju kebaya longgar dan labuh....itu menutup aurat. Tapi kalau jubah biarpun labuh namun ada cutting yang ikut lekuk tubuh....tak 'tutup aurat' lah tu...

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 10:30

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KETUJUH : PERINTAH MEMINTA SESUATU DARI BELAKANG HIJAB

Firman Allah Ta’ala :

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَـعاً فَاسْـَلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ

“dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan kamu…..

Dari Tafsir Ibnu Kathir,

Maksud ayat ini, sebagaimana kamu dilarang dilarang sama sekali memandang kepada mereka. Jika salah seorang kamu memerlukan sesuatu, dia jangan melihat mereka tetapi mintalah dari sebalik tabir.”

Dalam keadaan yang serupa, apabila ada suatu keperluan kepada wanita, lelaki adalah di perintah memintanya dari belakang tabir. Perintah ini bermaksud apabila ada pertemuan di antara wanita dan lelaki ajnabi kerana suatu keperluan yang diizinkan syara’, maka wajib dipisahkan tempat duduk mereka dan diadakan tabir antara mereka. Dengan melakukan demikian, terpelihara pandangan dan hati masing-masing daripada melakukan kemungkaran.

Di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, walaupun wanita dibenarkan solat jemaah di Masjid namun mereka di pisahkan jauh daripada saf2 lelaki. Bahkan Nabi menyebut saf yang paling afdhal bagi wanita adalah saf yang paling belakang.

Didalam Sahih Bukhari, Ibnu Abbas رضي الله عه meriwayatkan, pada Solat Hari Raya Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan memberikan khutbah kemudian Baginda akan memberikan khutbah yang sama kepada kepada golongan wanita.

Ibnu Hajar Asqalani menyebut didalam Fathul Bari, mensyarahkan Hadis ini, “Rasulullah pergi kepada golongan wanita secara berasingan menunjukkan para wanita ini di himpun secara berasingan dari lelaki dan tidak bercampur.” (Fathul Bari)

Aisyah رضي الله عه meriwayatkan seorang wanita menghulurkan tangannya dari sebalik tabir untuk menyerahkan sekeping kertas kepada Nabi صلى الله عليه وسلم segera menarik tangan Baginda dan berkata,

“Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau tangan wanita.” Aisyah رضي الله عه, mengatakan ia adalah tangan wanita.” (Riwayat Abu Dawud)

Ulama menarik kesipulan : Apabila ada pertemuan antara lelaki dan wanita di suatu tempat, maka wajib di pisahkan mereka dan di adakan tabir antara mereka.

Ibn Hajr Asqalaani Ibn Hajr Asqalaani رضي الله عه berkata,
“Lelaki dan wanita di larang bercampur gaul di tengah jalan, maka betapa sepatutnya pergaulan demikian di tegah berlaku didalam rumah? (Fathul Bari)

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 14:51

Hihi .. kat tempat kerja, memang Wawa malas nak pakai/Tudung hijab sebab dah terbiasa. Tapi, kadang-kadang tu, seronok juga bertudung .. :-)

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Nur_Espace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2010
Ahli No: 39588
Posting: 27
Dari: Tanah Rata

france   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 17:28

Pada 17-05-10 14:51 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Hihi .. kat tempat kerja, memang Wawa malas nak pakai/Tudung hijab sebab dah terbiasa. Tapi, kadang-kadang tu, seronok juga bertudung .. :-)

apa maksudnya? tak paham....malas nak pakai tudung?
tempat kerja enti tu macamana? :berfikir:

Bookmark and Share

  Member Information For Nur_EspaceProfil   Hantar PM kepada Nur_Espace   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 18-05-10 10:16

Pada 17-05-10 17:28 , Nur_Espace posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-05-10 14:51 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Hihi .. kat tempat kerja, memang Wawa malas nak pakai/Tudung hijab sebab dah terbiasa. Tapi, kadang-kadang tu, seronok juga bertudung .. :-)

apa maksudnya? tak paham....malas nak pakai tudung?
tempat kerja enti tu macamana? :berfikir:

semua perempuan .. :welcome:

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 19-05-10 10:01

!!! QUOTE !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Perkara ini yang sukar sikit, bila bekerja tentu berhadapan dengan perkara berkaitan
walau diri sendiri tidak rela dan setuju untuk mengikuti, Alhamdulillah bila tak kerja ni rasa free dari permasalahan ini.

YaRabb Hanya DIA Mengetahui keperitan yang ditanggung., nak jaga mata & pergerakan ini memang sukar,
wanita bekerja dirumah lebih baik daripada bekerja diluar rumah, elak segala perkara yang tanpa disedari atau diduga.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah Ta'ala mengampuni dosa2 kita yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak, sama ada dengan sedar atau diluar kawalan kita! sama ada rela atau terpaksa!

ahli-ahli yang lain......!

Memang ini dilema yang mencengam jiwa mereka-mereka yang ingin kembali kejalan Allah. Dan juga halangan bagi mereka-mereka yang ingin istiqamah didalam ketaatan dan ketaqwaan! Betapa tidak orang-orang yang kuat Imannya dan terdidik dengan agama pun, ketika menghadapi suasana kemungkaran sedikit sebanyak akan berubah hatinya kepada keburukan dan kekejian!

Selain dari tempat kerja, keadaan seperti diatas juga hampir tidak dapat dielakkan di sekolah, universiti.......percampuran bebas didalam kelas, bilik kuliah, 'group discussion' dan banyak lagi tidak terlepas dari penceroban keatas perintah Allah ini.

Inilah masalah yang dihadapi oleh kita semua. Salah satu punca utamanya adalah kerana sistem yang mengatur kehidupan kita adalah sistem jahiliyyah. Dibawah pemerintahan jahiliyyah keutamaan adalah kepada kemajuan duniawi. Tujuan utamanya adalah mengaut keuntungan sebanyak mana yang boleh tanpa mengira halal dan haram, tanpa mengira dosa atau ma'siat, tanpa mengambil peduli hukum Allah.!

Islam tidak melarang kemajuan dan pembangunan.
Al-Qur'an dan Sunnah Nabi tidak melarang kita memajukan dunia dan kehidupan.
Allah dan RasulNya tidak melarang manusia berjaya didalam mengusai ekonomi dan perdagangan!

Tetapi Islam memerintahkan semua itu wajib di capai dengan mematuhi Hukum Allah dan RasulNya!

Kita sekarang tersepit diantara meneruskan kehidupan mencari rezeki yang halal dengan segala sistem yang membuka ruang kepada ma'siat, kemungkaran dan penentangan kepada ALlah. Bagaimana kita nak hidup didalam suasana ini.? Bagaimana kita dapat menjaga keimanan kita ditengah2 kejahilan dan kekufuran sistem manusia?

Nampaknya kita tidak mempunyai banyak pilihan kerana kefasikan dan kemungkaran telah berleluasa menguasai kehidupan seluruh kehidupan manusia. Pak Arab selalu memberikan nasihat kepada mereka-mereka yang menghadapi tekanan begini :

1. Jauhkan seboleh mungkin pertemuan dengan lelaki. (jangan jadi macam wanita yang rela mengikut majikannya kemana saja seperti yang kita berikan kisah seorang pekerja wanita dulu. Ini namanya menepah 'maut')
2. Jika terpaksa duduk berhampiran lelaki/wanita dipejabat, jauhi perbualan2 yang tiada kaitan dengan urusan kerja. Lazimkan istighfar jika terbuat tercakap, terpandang!.
3. Lazimkan solat taubat tiap-tiap hari, istighfar mohon keampunan Allah Ta'ala atas kelemahan diri.
4. Banyakkan zikir lah-Ilaha Illa-Allah 100 kali, 500 kali, 1000 kali atau lebih. mudah-mudahan ALlah Ta'ala menyucikan hati kita yang telah ternoda dengan pandangan, pendengaran dan gerak2 hati yang tidak dapat dielakkan.

Semoga Allah Ta'ala selamatkan kita daripada sekalian fahsya' dan mungkar!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 19-05-10 10:03

!!! QUOTE !!!

Kebanyakan Muslimah Engkar HUKUM HIJAB!

Contohnya cerita di bawah ini...
Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu'aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimanan sifat malu yang wujud pada Anak Syu'aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu'aib.

amin.

LELAKI & WANITA SAMA-SAMA AMBIL PENGAJARAN KISAH INI.

Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran, Surah Al-Qasas ayat 23-25.

"Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing) , dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua). Dia bertanya: Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)? Mereka menjawab: Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengemba lah itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya."

"Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan."

"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami".

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu'aib yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah. Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita.

Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu'aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.

Sifat malu yang sangat tinggi

Anak-anak Nabi Syu'aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting – memberikan minuman kepada ternakan mereka.

Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka.

Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu'aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundang kecederaan.

Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik. Tetapi lihatlah Anak-anak Syu'aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.

Tidak memanjangkan bicara 1(situasi diajak bicara)

Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.

"Mengapa dengan kamu berdua?"

Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu'aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek, tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: "Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengemba lah itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya"

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbal a itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –

Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –

Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu. Kata-kata "dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya" itu telah menjawab soalan-soalan seperti: "Habis, mana ayah awak?", "Abang awak tak ada ke?", "Ish, kesiannya, Kenapa ya macam tu?" dan lain-lain.

Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu'aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.

Tidak memanjangkan bicara 2(situasi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu'aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu'aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.

Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:

"Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami"

Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:

"Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla"

"Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla"

Tetapi Anak Syu'aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami – Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.

Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu'aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan `gedik' oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangka dan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.

Bagaimanakah kita hari ini?

Melihat Anak-anak Syu'aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.

Bagaimana kita hari ini?

Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di Facebook, YM, dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?

Di sini perlu kita lihat. Bagaimana Allah menunjukkan sikap Anak Syu'aib dan Musa AS. Anak Syu'ain mewakili perempuan, dan Musa AS mewakili lelaki. Bagaimanakah keadaan mereka, pergaulan mereka, akhlak dan peribadi mereka.

Adakah kita mencontohi?

Kebanyakan kita, kalau bercerita akan kisah Musa dan Anak Syu'aib, tak habis-habis menceritakannya dari sudut percintaan. Entahlah, saya pun tak faham. Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha pun pergi cerita macam itu juga, balik kepada cinta.

Cinta nak kecoh. Malu tak mahu cerita. Macam mana masyarakat nak jadi bagus?

Penutup: Saya sangat kagum dengan Anak Syu'aib

Huraian ini diceritakan oleh pensyarah Hadith saya semester ini, Dr Samirah Tohir. Semasa dia menceritakan cerita ini, saya tak henti-henti tersengih. Entah Kenapa, saya terbayang-bayangkan wanita yang mempunyai sifat malu seperti ini.

Alangkah indahnya dunia kalau dipenuhi wanita-wanita sebegini. Terjaga pergaulan mereka, bersih peribadi mereka, cantik akhlak mereka, mahal harga diri mereka.

Kisah ini membuatkan saya berazam untuk mendidik diri dengan lebih kuat lagi. Biar nanti kalau Allah kurniakan saya anak perempuan, saya senang anak perempuan saya terjaga seperti terjaganya anak-anak perempuan Syu'aib.

Semestinya, anak-anak perempuan Syu'aib mempunyai akhlak yang sedemikian kerana terdidik dengan didikan ayahanda mereka, Nabi Syu'aib AS.

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu Anak Syu'aib itu kepada perempuan hari ini.

Ya Allah, kurniakanlah juga keindahan akhlak Musa itu kepada lelaki hari ini.

Tazkirah Jumaat : 23 April 2010/9 Jamadil Awal 1431 H
Lajnah Tarbiah dan Dakwah PPIMI
oleh: Hilal Asyraf

posticon Posting pada: 19-05-10 10:05

!!! QUOTE !!!

saya secara peribadi cuba menggenggam dan melaksana hukum hijab walaupun berada dalam bidang akademik. mudah-mudahan memberi pengaruh yang positif kepada biah/persekitaran.

Saya ada satu persoalan, 'jilbab' dalam surah al-Ahzab ayat 59, ditafsirkan oleh sesetengah ulama sebagai pakaian bahagian luar yang menutup tubuh (seperti jubah), kiranya memakai jubah merupakan kewajipan kepada wanita muslimah maka 'tidak boleh tidak' perlu bagi muslimah memakai jubah walaupun sudah memakai baju kurung atau sebagainya di dalam jubah tersebut. Apa pandangan Pak Arab tentang perkara ini kerana fesyen baju kurung sudah menjadi budaya masyarakat melayu dan apakah memadai sekiranya muslimah mengenakan baju kurung yang diperbuat daripada fabrik yang tidak nipis seperti sutera dan sebagainya?

Bagaimana pula dengan fesyen berseluar yang semakin popular di kalangan muslimah? Walaupun berseluar adalah baik sekiranya disertakan pakaian luar (jubah/abaya), namun muslimah moden kini cenderung untuk memakai seluar dengan tershirt labuh dan sebagainya, harap pak arab dapat mengupas sedikit mengenai isu ini sebagai peringatan di samping menambah pengetahuan halaqian, insyaAllah.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah MeRahmati Muslimah2 yang memelihara diri mereka dari sekalian perbuatan fahsya dan memelihara diri mereka daripada menjadi fitnah kepada lelaki!

Berdasarkan perintah Allah :

"Hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka...."

Ulama2 berkata bahawa yang dimaksudkan dengan "jilbab" adalah sejenis pakaian luar (diatas pakaian yang biasa di pakai untuk menutup aurat di dialam lingkungan rumah), iaitu dihadapan suami atau muhrimnya.

Walau bagaimana pun mereka tidak mengkhususkan bentuk pakaian "jilbab" tersebut sama ada seperti satu jubah yang sekaligus dari kepala sampai ke kaki (seperti yang dipakai oleh ramai Muslimah di negara kita) atau ianya terdiri dari dua kain seperti baju kurung yang longgar. Syarat utama yang wajib dipatuhi adalah :

1..Pakaian luar tersebut itu wajib dilabuhkan dan menutupi seluruh tubuhnya iaitu dari kepala, tengkuk, dada dan kebawah sampai hujung kakinya (dan termasuk kakinya.)
(yang dikecualikan daripada menutupnya hanya muka dan tapak tangan)

2. Pakaian luar itu longgar/ tidak menampakkan bentuk tubuh.

3. Pakaian luar itu tebal / tidak nipis sehingga ternampak kulitnya.

4. Pakaian luar itu tidak mengandungi hiasan yang menarik perhatian lelaki. sebaik-baiknya warna suram yang tidak menarik perhatian lelaki.

5. Pakaiannya tidak menyerupai pakaian lelaki.

6. Pakaiannya tidak menyerupai pakaian wanita fasiq.

Apabila kesemua syarat2 diatas di penuhi maka tertunailah kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki ajnabi.

!!! QUOTE !!!

Bagaimana pula dengan fesyen berseluar yang semakin popular di kalangan muslimah? Walaupun berseluar adalah baik sekiranya disertakan pakaian luar (jubah/abaya), namun muslimah moden kini cenderung untuk memakai seluar dengan tershirt labuh dan sebagainya

Jika apa yang disebut seluar itu pada adatnya menyerupai pakaian lelaki, maka wajib di tutup seluruhnya, sampai kaki.

Jika apa yang disebut T-Shirt memenuhi syarat "jilbab" maka ianya boleh diterima. Tetapi jika ianya hanya separuh, ketat menampakkan bentuk tubuh atau lutsinar maka ianya tidak memenuhi syarat "jilbab"

Jika ada sesiapa mempunyai makluman lain, boleh kongsi bersama.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 19-05-10 10:06

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

APA PERLU BERCAKAP HUKUM2 HIJAB KALAU KITA TAK DAPAT BUAT.

Ini persoalan dari beberapa hamba Allah (sebahagiannya ustaz/ustazah) ; Kenapa perlu kita becakap tentang2 hukum2 hijab berjela2 sedangkan semua itu bukannya praktikal, dan kita sendiri tak boleh buat?

Sebagai contoh kata mereka:

1.    Sekolah /universiti sekarang semuanya campur lelaki perempuan. Kita cakap soal hijab pun tak guna. Sebab kita sendiri tak boleh buat. Takkan kita nak berhenti belajar.???

2.    Guru/pensyarah wanita sekarang semuanya bersolek, pakai macam-macam perhiasan bila pergi mengajar. Tak boleh elak dah zaman ni. Kalau kita kempen hukum hijab pun, kalau kita tak boleh buat apa guna.

3.    Kita kempen saja suruh tundukkan pandangan. Sedangkan kita sendiri tak boleh buat. Ini tak boleh pakai lagi zaman ni sebab tiap-tiap hari kena tengok perempuan.

4.    Tempat kerja semuanya campur lelaki perempuan. Sesekali kena tegur juga. Kena gurau juga. Kalau tidak orang kata sombong.

5.    Negara kita ni udaranya lembap. Jadi kenalah pakai wangi2an sikit. Ini tak boleh elak lagi. Kalau tidak orang komen busuk.

6.    Zaman ini semua orang pakai media elektronik. Bercinta2 dalam chatting ini tak boleh elak. Apa masalahnya kita gurau2 dalam chatting, bukannya ada suara pun.

7.    Kebanyakan lelaki/wanita sekarang sudah biasa dengan bercinta dahulu sebelum kahwin. Apa nak dihairankan!

Jadi, kata mereka, “Tak payahlah nak kempen lebih-lebih sangat. Zaman ni semua da berubah. Hukum hijab ni susah kita nak amal. Cakap bolehlah, cuba buat tengok, boleh tak boleh”

Alhamdulillah…..satu pengakuan jujur dari orang-orang Islam akhir zaman ini. Anehnya sebahagian yang bersuara seperti in adalah mereka yang bergelar ustaz./ usatazah. !!!

Komen kita begini .....!

1.    Sesiapa yang di bukakan oleh Allah Ta’ala, akan melihat betapa beratnya hukuman dan balasan akhirat berbanding sedikit kepayahan dunia.

2.    Kewajipan kita adalah menyampaikan da’wah dan seruan agama yang benar kepada semua, tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Sesiapa yang takut kepada Allah akan segera menyahut. Sesiapa yang ada penyakit dalam hati, akan berpaling - memberi seribu alasan.

3.    Kita wajib melaksanakan semua hukum sedaya upaya tanpa memberi peluang kepada Iblis memasukkan jarum hasutan dia walau sedikit.

4.    Boleh dikatakan semua institusi pengajian, perbankan, perniagaan, syarikat2 semuanya amalkan system yang bertentangan dengan hukum Allah, sehingga terlalu sukar untuk kita amalkan Islam.

5.    mereka-mereka yang di paksa atau terpaksa melakukan sesuatu kerana suasana system jahiliyyah telah meratai dunia, umpamanya tiada pilihan lain melainkan menuntut di universiti yang tidak amalkan system Islam maka banyak2lah bertaubat kepada Allah. Jauhilah semua kemungkinan2 yang boleh membawa kepada kemungkaran. Tiada siapa pun suruh kalian meninggalkan tempat belajar.

6.    Adakah disebabkan kita menuntut di universiti yang bercampur lelaki wanita, kita lupakan semua adab dan hukum. Bukankah di sana banyak lagi bahagian lain yang boleh diselamatkan. Contohnya mengapa cari kawan lelaki/wanita untuk belajar, yang pastinya akan berakhir dengan berbagai zina?

7.    Mengapa pula guru2 /pekerja mesti pakai alat solek dan berhias? Mereka yang menggunakan alasan bau badan untuk memakai wangi2an adalah mereka yang mengambil kesempatan untuk melanggar hukum. Banyak cara untuk mencari jalan keluar kalau kita benar-benar beriman.

8.    Adakah disebabkan berlaku percampuran lelaki/wanita pejabat/syarikat/tempat kerja, kita abaikan terus hukum2 hijab.?

Kesimpulan :
Islam itu sangat indah. Al-Qur’an dan Hadis Nabi sudah pun menjelaskan segala hukum hakamnya. Yang halal tetap halal. Yang haram tetap haram. Jangan sesiapa pun cuba mengubahnya. Jangan sesekali rela dengan segala kemungkaran. Setiap keuzuran kerana tiada upaya kita melawan hukum2 jahilyah, wajiblah kita taubat atasnya. Kerana hakikatnya tiada apa pun alasan untuk kita melakukan kemungkaran.! Semua itu adalah kelemahan dan kekurangan diri kita yang lemah tidak berdaya. Kita wajib taubat atas kelemahan dan kekurangan kita ini.!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.122454 saat. Lajunya....