Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 273
Ahli: 0
Jumlah: 273




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: LOTERI PIALA DUNIA 2010


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» LOTERI PIALA DUNIA 2010

Please Mendaftar To Post


Oleh LOTERI PIALA DUNIA 2010

faiz_ins
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6972
Posting: 51
Dari: sik ,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 21:49


Mei 6, 10 5:56pm     
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator dengan Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama



PSSSSSS.../SSS
APA CERITA ini SEMUA
senang-senang NAK KELUAR LESEN
TAK PAYAH KAWAL JUDI HARAM TU.. bagi LESEN bagaimana PUN HARAM macam TU juga lah,..
siapa YANG SURUH KAWAL JUDI TU..
BUKAN KAWALLL tapi KENA BANTERASS

macam ini KE NAK IKTIRAF MALAYSIA NEGARA ISLAM
UNTUK PENGETAHUAN KALAU macam ini LAH GAYANYA
MALAYISA BUKAN NEGARA ISLAM
TETAPI CUMA NEGARA UMAT ISLAM
DIMANA MENGAMALKAN undang-undang NEGARA BANGSAT..

BERUBAHHH... BERUBAH...
KIAMAT DAH DEKAT...
jangan MATI dalam MUNAFIKK..

siapa TAK PUAS HATI TOLONG bagi KOMEN
MANA TAU ADA ALASAN yang BOLEH MENJADIKAN JUDI TU HALAL dengan KELUARKAN LESEN...

Bookmark and Share

    


  Member Information For faiz_insProfil   Hantar PM kepada faiz_ins   Pergi ke faiz_ins's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 07-05-10 09:12


hehheh kalau ada lesen judi jadi halal agaknya, selepas ini kita keluar pula lesen pelacur, so dah boleh jadi halal, keluar lesen untuk mencuri, untuk minum arak dan pelbagai lagi yang jadi haram, keluarkan lesen.... dunia2.. matlamat menghalalkan cara....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 10:15


ya Allah...teruknya kerajaan Malaysia ni.sampai macam tu sekali ye.takkan tak tau yang perjudian ni memang diharamkan dalam Islam.

da lah yang berkata tu org Islam sendiri.


-----------------
ANDAI kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya,dan menurut ibu,tiang serinya adalah agama (FT, Tuhan Manusia)


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

ramadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4566
Posting: 32

Perak  


posticon Posting pada: 07-05-10 14:20


Bagus sangat lah tu.....
hasil "HALAL" yang dapat daripada penjualan lesen boleh digunapakai untuk pembangunan...buat masjid, sekolah, dewan orang ramai, hospital dll...

hancus semua...huhu.nak kata tak berpelajaran semua berpelajaran tinggi, tetapi tak dapat nak bezakan perkara yang sudah terang dan jelas HARAM.

Dr Masyitah mungkin boleh keluarkan fatwa bagi pihak kerajaan Kenapa boleh jadi halal agaknya..hehe.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ramadhanProfil   Hantar PM kepada ramadhan   Quote dan BalasQuote

kasturi-putih
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2007
Ahli No: 29209
Posting: 2
Dari: Bawah langit atas bumi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 14:34


Bangunlah wahai kalian yang diberi AMANAH di sebagai Ahli Jawatankuasa FATWA KEBANGSAAN... Sesungguhnya Hukum Allah bila diturunkan akan menimpa kepada semua umat baik yang berdosa maupun tidak... NAUZUBILLAHI MIN ZAALIK..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasturi-putihProfil   Hantar PM kepada kasturi-putih   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 14:41


Zina arak judi dan umno bn memang tak boleh dipisahkan sejak dahuulu kala.



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 16:05


Astafirrullahalazim... Bukakanlah hati-hati mereka yang dalam kegelapan.... apalah daya kita, tak mampu nak menegur, tapi hanya mampu berdoa....


-----------------
http://senikatalagu.blogspot.com/
http://selokamelayu.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 19:22


Pada 07-05-10 16:05 , usop79 posting:

!!! QUOTE !!!

Astafirrullahalazim... Bukakanlah hati-hati mereka yang dalam kegelapan.... apalah daya kita, tak mampu nak menegur, tapi hanya mampu berdoa....



hmm.. ada ke patut nak halalkan yang haram..pening-pening..
nak bina pembangunan dari sumber haram?? dah tak ada dari sumber yang halal ke???hmm... :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

faiz_ins
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6972
Posting: 51
Dari: sik ,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 23:05


KITA KEKADANG ASYIK LIHAT NEGARA LUAR BUAT BENDA yang TAK SENONOH tapi dalam TAK SEDAR NEGARA SENDIRI BOLEH BUAT BENDA YANG lagi TAK SENONOH sebab MENGAKU NEGARA ISLAM

NEGARA ISLAM IDAMAN KITA tapi dengan ISLAM DALAM SEMUA ASPEK BUKAN HANYA pada NAMA.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI..
KAU BUKAKANLAH PINTU HIDAYAH MU DAN BERIKANLLAH KEPADA KAMI SEMUA DAN KEPADA MEREKA YANG JAUH DIPERSIMPANGAN, yang SELALU LEKA DAN TERLALU SESAT PETUNJUK. JAUHKAN LAH KAMI DARI FITNAH DUNIA DAN DAJJAL.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faiz_insProfil   Hantar PM kepada faiz_ins   Pergi ke faiz_ins's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-05-10 00:09


tu dekat puncak gunung tu si tokey dah mati pun kaya lagi.......mana semua penyokong2 KERAjaan????


tak mahu berhujah ke???


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 09-05-10 00:44


yang halal dan haram itu telah jelas..
bahkan ad adalil yang sahih..
janganlah kita memutar belitkan hukum Allah hanya kerana menurut tuntutan nafsu

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 10-05-10 07:12


Kaki judi kelantan berbangga dengan Awang agah.mana pergi ulama dan mufti malaysia, agaknya pisang dah penuh dalam mulut ye.



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-05-10 11:15


isk,isk,isk.....nak cuci baju kena taik anjing yang melekat dengan berus bulu bab...bijok,,,bijok.


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 11:31


yang hak tetap hak, yang salah tetap salah, berpegang lah pada kebenarannya... tak perlu menunding jari pada sesiapa, tapi kita yang perlu berusaha, usaha membenterasnya, selemah-lemah kita cukup lah berdoa agar dibukakan hati-hati mereka agar dapat menuju kejalan yang benar, kalau berkemampuan tarbiah lah mereka, tapi siapalah kita.... tapi apa-apa pun bersatu kita teguh, bercerai kita roboh....


-----------------
http://senikatalagu.blogspot.com/
http://selokamelayu.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 11:48


:-) Assalamualaikum



Judi tu termasuk dalam dosa-dosa besar.....walau bagi lesen macam mana pun tetap dosa besar....inilah jadinya bila pemimpin dari kalangan mereka yang jahil...rosak masyarakat......


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 12:12


'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10 11:00am     
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

sumber: malaysiakini


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

faiz_ins
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6972
Posting: 51
Dari: sik ,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-05-10 22:04


penyokong kerajaan malaysia sekarang mana???
takkan nak mati dalam munafik agaknya..
ini setakat nak sembang nak perjuang agama , bangsa tak payah cakap lah
selagi dok sokong kerajaan ala malaun ini sampai bila pun negara tak akan dapat rahmat tapi dapat cubaan yang lebih dasayat...
tu pun tak sedar2.
yang halal itu nyata dan haram juga nyata..
sanggupkah hidup dalam keadaan redho bil maksiat -maksit waredho bil kufr-kufr. memang kita tiada kuasa nak halang keputusan kerajaan yang dianggap mereka berkuasa buat apa sahaja tetapi fikirkan siapa yang menaikkan mereka menjadi orang yang tertinggi di malaysia..
walupu anda tidak main judi tetapi menyokong orang yang memnadang judi sebagai satu perkara biasa dan boleh hukum boleh dimain-mainkan..
astaghfirallahal'azim...

YA ALLAH SELAMATKAN AGAMA KAMI
SELAMATKAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA
BUKAKAN PINTU HATI MEREKA YANG MASIH KELAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For faiz_insProfil   Hantar PM kepada faiz_ins   Pergi ke faiz_ins's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 15-05-10 10:28


Pada 12-05-10 11:31 , usop79 posting:

!!! QUOTE !!!

yang hak tetap hak, yang salah tetap salah, berpegang lah pada kebenarannya... tak perlu menunding jari pada sesiapa, tapi kita yang perlu berusaha, usaha membenterasnya, selemah-lemah kita cukup lah berdoa agar dibukakan hati-hati mereka agar dapat menuju kejalan yang benar, kalau berkemampuan tarbiah lah mereka, tapi siapalah kita.... tapi apa-apa pun bersatu kita teguh, bercerai kita roboh....




kita perlu berdoa ... jika mampu tarbiah ... tapi yang pastinya bagi mereka yang berumur 21 tahun keatas jangan lagi beri undi anda kepada mereka-mereka ini .... itulah tarbiah yang paling berkesan ketika ini ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-05-10 12:24


bila dengar saja berita ini, terasa Islam itu dihina oleh orang Islam sendiri...tidakkah 'mereka' peduli dengan sensitiviti umat Islam di negara ini? tidakkah 'mereka' merasa' perbuatan 'mereka' ini sudah melampau? Moga rancangan nak menghalalkan benda yang memang haram ini tidak menjadi.


-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen


Bookmark and Share

    


  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 01:32


Pada 12-05-10 12:12 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10 11:00am     
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

sumber: malaysiakini



setakat copy paste saja berita kah3,

ni kan semua asal dari si tua mamak kerala tu.....jangan lupa tanya dia berapa banyak tokey judi di belakang dia


22 tahun semua kena tipu hidup dan mati oleh si mamak tu


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 11:40


1 malaysia.. rakyat didahulukan.. pencapaian diutamakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-05-10 14:15


hmmmmm.....tak mustahil...malaysia akan kena bala lah gamaknye.........ada mufti ada orang yang berkepentingan nak menegur kerajaan senyap pula itu....berila respon anda......ingatlah.....tanggungjawab dan peranan anda sebagai muslim....yang di beri tanggung jawab menegur dan memimpin


sedih bila difikirkan.....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-05-10 20:30


1 malaysia, YAHUDI didahulukan TOKEY JUDI diutamakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

affenry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 00:58


salam.......

eeemmm......
tentang perkara ni elok rasanya para MUFTI2 kita bersuara...
kerana ada bbrapa perkara yang perlu di kaji semula...

1.haram tetap haram...
    cara tak boleh mhalalkan punca.
    so, judi tetap judi.

2.memang benar dengan keuntungan yang kerajaan dapat boleh menampung banyak    perblanjaan negara...
tapi sanggup ke rakyat makan hasil yang datang dari sumber yang dah nyata haram????

3.dengan mngeluarkan lesen untuk pjudian, ini bermakna negara khususnya kerajaan mbnarkan perjudian.....
maka secara ilmiahnya layak ke malaysia diiktiraf sebagai negara islam yang pernah mempengerusi kan persidangan negara2 islam??????

pelik nya mana MUFTI2, para bijaksana agama, tokoh2 maal hijrah, bah kan jabatan2 agama sendiri Kenapa tidak bersuara untuk menegakkan kebenaran?????

* pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang mencari tok guru
    tetapi pemimpin yang tamak ialah pemimpin yang mnyuruh tok guru mencari nya.....

kita tak sebaik mana tapi masih berusaha menjadi yang terbaik....

wassalam......

[email protected]


-----------------
hidup xp gurauan ibarat pokok xp buah nya.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For affenryProfil   Hantar PM kepada affenry   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 09:50


Kerajaan cuma nak ambil duit dari hasil memberi lesen judi. Maklumlah, kerajaan dah banyak habiskan duit untuk janji manis pilihanraya. Kalau tak tertunai janji-janji manis tu nanti kata mungkir janji pulak. Kerajaan tak suka dituduh begitu..

ish..ish..ish..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 02:44


Nampaknya kerajaan yang mencintai kemungkaran ini semakin berani. Sudahlah menolak hukum hudud & qisas, lepas tu halalkan budaya barat & hiburan yang melalaikan. Kemudian, halalkan arak & judi! Elok lawan saja kerajaan macam ni. Menentang kerajaan BN adalah sama seperti menentang pihak yang zalim!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 23:31


yang ni macam mana pula

.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 04-06-10 09:21


Pada 03-06-10 23:31 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

yang ni macam mana pula

.



sedihnya tengok banner tu. nampak sangat orang-orang melayu islam ni makin jahil. rela membenarkan apa saja untuk mencapai matlamat. dulu semasa sultan dihina pelbagai golongan mempertikaikan dan memberi pendapat termasuk mufti2 negeri. tapi bila isu penghalalan judi bola sepak semua jadi bisu termasuk menteri hal elwal agama dan juga ustaz& usatzah dalam umno. perlulusan lesen judi tu seolah-olah kita menghina Allah, dengan mengatakan peraturan kita lagi bagus dari peraturan yang di tetapkan Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-06-10 21:38


utusan.com

Bantahan lesen judi bola lebih bersifat politik - Dr. Mahathir
14/06/2010 9:39pm

KUALA TERENGGANU 14 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata.

Katanya, langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.

"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.

"Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam.

"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka,” katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, bantahan yang dilakukan oleh parti pembangkang terutama Pas berikutan pengeluaran lesen judi berkenaan, adalah lebih bermotif politik dan bukan kerana Islam.

"DAP pun bantah, takkan DAP pun nak sokong ajaran Islam. Ini politik parti pembangkang yang nak cari isu. Sedangkan dalam muktamar Pas, ada cadangan semua jenis judi diharamkan tetapi Pas tak nak.

"Sekarang ini terdapat judi di Genting Highlands, Sport Toto dan bermacam lagi. Tetapi dia (Pas) kata yang ini saja tak boleh," katanya. - Bernama


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ramadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4566
Posting: 32

Perak  


posticon Posting pada: 15-06-10 16:34


Sekarang dalam setiap segmen sukan Buletin Utama ada pula dipaparkan Teka Skor dimana ditunjukkan ramalan keputusan setiap perlawanan yang akan berlangsung.

Pelik juga sebab tak nampak apa motif dan kegunaan teka skor melainkan seolah-olah memberikan satu panduan atau tips pulak buat kaki judi untuk membuat pertaruhan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ramadhanProfil   Hantar PM kepada ramadhan   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-10 15:37


ye ke, tak pernah dengar pun.. macam-macam hal lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141774 saat. Lajunya....