Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 116
Ahli: 0
Jumlah: 116




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Hentikan budaya forward tanpa usul periksa


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Hentikan budaya forward tanpa usul periksa

Please Mendaftar To Post


Oleh Hentikan budaya forward tanpa usul periksa

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 09:40


Sudah macam menjadi suatu kebiasaan masyarakat kita sejak zaman berzaman lagi, iaitu apabila diterima suatu berita (terutamanya melibatkan berita-berita yang panas, hangat dan sensasi), berita tersebut akan terus disebarkan tanpa usul periksa. Sama ada secara lisan, SMS, atau sebarang bentuk medium penghantaran moden seperti Facebook, Twittter, blog dan sebagainya, berita-berita tersebut akan terus di 'forward' kepada semua rakan-rakan terdekat. Persoalannya, adakah ini dibolehkan dalam islam?

Tahukan kita akan kebenaran berita yang kita sebarkan? Ramai yang menyangkan berita yang disebarkan selalunya benar. "Takkanlah kawan aku nak bohong...". Itu mungkin ayat pertama yang keluar apabila ditanya tentang kebenaran sesuatu kisah. Kawan kita mungkin berkata benar namun masalahnya disini, kebanyakan cerita yang kita dengar di zaman moden ini biasanya telah melalui pelbagai jenis manusia (yang kita tidak tahu akan latar belakangnya) sebelum kisah tersebut sampai kepada kita. Dengan itu, mustahil untuk kita sahkan sesuatu cerita kerana kredibiliti penyampaian cerita itu boleh dipersoalkan.


Kenapa perlu pastikan cerita yang kita dengar sahih? Tak boleh ke kita terima saja?

Allah berfirman (maksudnya),

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Islam meletakkan syarat tersebut bagi mengelakkan kesan buruk akan berita yang akan kita sampaikan (terutamanya melibatkan berita yang mana kredibiliti penyampainya boleh dipersoalkan) daripada menimpa masyarakat keseluruhannya.

Allah berfirman (maksudnya),

    "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf, ayat 18).



Kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap tindak tanduk kita kerana malaikat sentiasa mencatata setiap perbuatan kita. Bukan sukar untuk kita terlibat di dalam penyebaran berita palsu terutamanya di zaman ini.

Sebagai contoh, katakan kita ada menerima suatu e-mel yang menceritakan tentang sesuatu kisah. Tanpa berfikir panjang, kita forward-kan e-mel tersebut kepada semua rakan kita. Kisah tersebut dihantar oleh rakan baik kita. Rakan baik kita pula menerimanya melalui orang lain. Jika ada salah seorang daripada rantaian penyebar kisah tersebut yang telah meminda/mengubah/menambah sedikit fakta daripada cerita yang disebarkan, kita secara tidak langsung telah dikira menyebarkan berita yang tidak benar, walaupun bukan kita yang mengubah cerita tersebut.

Allah berfirman (maksudnya),

    "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban" (Surah al-Isra', ayat 36)



Aku tak sebar cerita palsu !

Katakan kali ini kita dapat memastikan bahawa cerita yang kita sebarkan itu benar. Walaupun kita tidak menyebarkan cerita palsu, namun jika cerita yang kita sebarkan itu berniat jahat, untuk mengadu domba (Namimah), untuk memburukkan pihak lain, atau menceritakan keburukan pihak lain, tanpa sebarang sebab yang dibolehkan syarak, maka ia sudah cukup untuk mendatangkan dosa yang hanya Allah SWT yang tahu akan banyaknya.

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah .a. bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):

    "Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan semua yang didengarinya." (Hadis riwayat Muslim)



Al-Bukahri dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud .a., bahawa Nabi Bersabda (maksudnya),

    "Sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan; sesugguhnya kebaikan itu akan membawa ke syurga; dan sesungguhnya orang yang selalu berlaku jujur akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada keburukan; sesungguhnya keburukan itu akan mengheret kepada neraka; dan sesungguhnya orang yang sentiasa berdusta akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Ingatlah akan pesan Nabi dan juga larangan daripada Allah SWT. Kesan budaya forward main-forward ini sangatlah buruk baik kepada individu mahupun masyarakat. Saya menyeru kepada anda semua agar kita hentikan segera budaya menyebarkan cerita dengan sesuka hati tanpa usul periksa.

Takutlah pada dosa dan azab Allah SWT.

Sumber: syedzai.blogspot.com


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

mohdazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2010
Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 09:10


saya setuju dengan sahabat di atas,memang sekarang ni lebih suka forword email atau berita dari mengkaji terlebih dahulu.sikap ini jika diteruskan amat bahaya bagi umat islam.contoh paling mudah dalam isu makanan halal, ramai yang tak ada ilmu sebenarnya.tapi bila ada isu terus forword email dan sebagainya.hentikan...


-----------------
http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdazriProfil   Hantar PM kepada mohdazri   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 19:39


memang mudah sangat orang nak forward benda yang belum tentu sahih dan benar.. untuk itu,jika belum pasti sesuatu kebenaran tu,tak perlu untuk disebarkan.. doakan bagi mereka-mereka yang berkeadaan begitu untuk tidak lagi melakukannya.. pastikan berita atau khabar yang diterima diketahui sumber dan kebenarannya sebelum diberitahu kepada umum.. wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 08-05-10 11:12


Setuju

Belum pasti apa yang di forward tu benar atau salah. Sebaiknya kaji terlebih dahulu :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 14:54


Pada 07-05-10 09:10 , mohdazri posting:

!!! QUOTE !!!

saya setuju dengan sahabat di atas,memang sekarang ni lebih suka forword email atau berita dari mengkaji terlebih dahulu.sikap ini jika diteruskan amat bahaya bagi umat islam.contoh paling mudah dalam isu makanan halal, ramai yang tak ada ilmu sebenarnya.tapi bila ada isu terus forword email dan sebagainya.hentikan...



Erm.. isu halal haram satu hal. Ada jugak yang hantar e-mel berantai... kononnya ditimpa musibah kalau tak forward. Kalau ada ahli-ahli kat sini dapat e-mel macam tu, jangan layan sebab e-mel tu tak ada kuasa nak datangkan mudarat pada kita.


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.613277 saat. Lajunya....