Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-02-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: ShannonTodd
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43149

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
razani: 12 hari yang lalu
abid_19: 12 hari yang lalu
JonathanBaker: 14 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: jawapan istikarah yang tepat dan senang...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» jawapan istikarah yang tepat dan senang...

Please Mendaftar To Post


Oleh jawapan istikarah yang tepat dan senang...

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-04-10 22:36


sangat sukar untuk menjawab apabila ditanya persoalan ini...
tolong sahabat kongsikan...


-----------------
Alangkah susahnya menjaga hati
kerana...
hati itu menjadi rebutan
antara...
syaitan dan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-10 23:15


DOA ISTIKARAH...

YA ALLAH,sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dariMU,
dengan ilmuMU,
aku minta kekuatan dariMU dengan kekuatanMU.
Aku meminta dari MU dari kelebihanMU yang banyak,
maka sesungguhnya Engkau berkuasa ,aku tidak berkuasa,
Engkaulah yang mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara2 ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusan buat masa kini dan masa akan datang
maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku,
jika engkau mengetahui perkara ini tidak baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusan buat masa kini dan masa akan datang
maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya,
tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada sesungguhnyaEngkau berkuasa di atas segala sesuatu..


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 11:11


syukran...ana nak tau cara contohnya ada orang tulis atas kertas letak bawah sejadah dan ambik...ada yang lain???


-----------------
Alangkah susahnya menjaga hati
kerana...
hati itu menjadi rebutan
antara...
syaitan dan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 11:52


Pada 16-04-10 11:11 , muslimahkusza posting:

!!! QUOTE !!!

syukran...ana nak tau cara contohnya ada orang tulis atas kertas letak bawah sejadah dan ambik...ada yang lain???



Kenapa kena tulis atas kertas dan letak bawah sejadah...? :berfikir:


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 12:12


contoh istikarah untuk calon suami....tulis atas dua kertas terima atau tidak terima....letak bawah sejadah kemudian solat istikarah...usai solat cabut kertas itu tengok jawapan yang dapat.....agak sukar untuk hadir dalam mimpi jadi salah satu inisiatif dibuat macam tu lah.....


-----------------
Alangkah susahnya menjaga hati
kerana...
hati itu menjadi rebutan
antara...
syaitan dan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 14:34


Pada 16-04-10 12:12 , muslimahkusza posting:

!!! QUOTE !!!

contoh istikarah untuk calon suami....tulis atas dua kertas terima atau tidak terima....letak bawah sejadah kemudian solat istikarah...usai solat cabut kertas itu tengok jawapan yang dapat.....agak sukar untuk hadir dalam mimpi jadi salah satu inisiatif dibuat macam tu lah.....



Assalamualaikum,

Cara di atas tu macam meragukan saja. Rasanya tak pernah dengar lagi cara ini. Baik hentikan saja cara ni sebab dah ada unsur-unsur yang meragukan saja.

Istikharah tidak semestinya hadir melalui mimpi. Ini kerana bukan semua orang akan mendapat petunjuk melalui mimpi. Ketetapan hati juga suatu bentuk istikharah. Contoh ketetapan di hati adalah seperti rasa yakin (di hati) yang memang si folan ialah calon suami.

Orang yang mendapat petunjuk melalui mimpi tidak semestinya lebih baik daripada mereka yang mendapat petunjuk melalui ketetapan hati.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan:
1. Pastikan hati tidak cenderung kepada mana-mana keputusan sebelum melakukan istikharah
2. Banyakkan berdoa, bersedekah dan tinggalkan maksiat serta bertaubat.
3. Lakukan solat/doa istikharah berulang-ulang kali. (jangan berhenti selagi tidak dapat petunjuk)
4. Setelah mimpi atau ada ketetapan di hati, yakinlah pada pilihan tersebut dan bertawakkallah pada Allah.


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 15:59


syukran syedzai...kalau ada cara lain bolehlah dikongsikan....


-----------------
Alangkah susahnya menjaga hati
kerana...
hati itu menjadi rebutan
antara...
syaitan dan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 19:13


pasal kertas tu..

kawan-kawan dulu sewaktu matriks memang ramai yang buat. bukan lah untuk KAWIN, tapi untuk pilih kursus time degree.

apa pun Kalau saya lebih kepada ringan hati dan mimpi.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 21:13


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Sahabat Ukhwah yang dikasihi Allah SWT, ana cuba quote kan persoalan dan kekeliruan tentang solat istikharah ke sini, minta izin, boleh..:-)


!!! QUOTE !!!

Pendapat: 1

saya kalau buat s.istikharah..
saya lebeh suka guna gulungan kertas..
macam kita buat cabut kutu tu/kertas cabutan bertuah yang bergulung lah...
contoh saya nak minta petunjuk..
nak tinggal kat asrama ataupun tak(rumah)?..
ok..
begini..
mula-mula tu saya buat 10/8/6 gulungan kertas..
lepas itu saya bahagi dua sama banyak..
contoh asrama-5 GULUNGAN kertas
rumah pun 5 GULUNGAN kertas..
bagi sama banyak(seimbang)..
gulung sampai kita tak tahu yang mana kertas asrama ataupun rumah..
lepas tu letakkan dalam satu bekas..goncang2kan..

lepas tu bangun solat istikharah yang pertama.ok sesudah salam dan minx doa diberi petunjuk.
ambil bekas gulungan kertas tadi dan goncang2 sekali pergi...lepas itu jangan lah tengok lagi kita dapat apa,kita letak bawah kain sejadah dulu yang kertas kita cabut tadi(1 da lah)..

bangun solat kali kedua pula..goncang2 dan cabut,lepas itu letak bawah sejadah jugak.jangan tengok lagi...jujur dengan diri sendiri lah....

lepas itu bangun solat kali ketiga pulak..ok buat macam tadi juga....

nanti lepas solat selesai..
kita buka lah apa yang kita dapat tu..
3 kali solat,3 keputusan dapat...

kalau dapat 2-asrama 1-rumah..(2 maksud dia,kita kena duduk asrama)
kalau dapat 2-rumah 1-asrama..(2 maksud dia,kita kena duduk rumah)
kalau dapat 3 rumah 0-asrama(2 maksud dia ,kita kena duduk rumah)

saya lebeh suka guna cara begini,
kerana,keputusan tak payah tunggu dalam mimpi,,
kadang-kadang mimpi,takut-takut syaitan nak was2kan kita..

lepas itu kalau tak yakin jugak buatla 3 malam berturut2..
insyallah..

pernah saya buat istikharah tak ikut,,
memang dapat musibah...

start dari tu..
saya tak pernah dah tak ikut..
alhamdulillah,Kalau kita ikut.insyallah memang betul apa yang kita lakukan..
sebab..kan kita minta petunjuk ALLAH,,
saya yakin ALLAH akan tolong hambanya yang mminta pertolongan..
tambah-tambah kita yang lemah ini...


!!! QUOTE !!!

Pendapat: 2

nak share bagaimana saya istikharah dengan quran.. ni d ajar oleh seorang motivator yang datang ke tempat saya belajar... xegat name dia..huu

teknik ni tujuan nak surekan kita patut buat o tidak apa yang menjadi dilema dalam kepala kita...
1-ambil quran yang ada tafsir..
2-niat untuk minx petunjuk Allah...
3-buka mne2 maka surat yang kowang suka o tergerak aty untuk buka dalam quran
4-then buka 7page forward... xtermasok maka surat 1st yang kowang da buka itu..
5-da 7mke surat ke hadapn,, kowang baca ayat yang ketujuh kat page tu..baca maksud dia pula..
6-law maksud sal azab ,, kemusnahn dan sebagainya,, meaning ptunjuk tak elok..law maksud sal syurga,, nikmat dan sebagainya,, insyaAllah petunjuk yang elok...

Apa pun,, semua ketentuan d tangan tuhan dan Allah juga yang gerakkn haty kita tok buka page dalam quran itu.... ini sekadar perkongsian... salah silap harap dbtulkn... thank you



ini pun suatu kaedah baru.. ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH.

ukhti.. 7 m/s kedepan atau kebelakang?
contoh gerak hati buka bagi 50, then forward 7 page maknanya 57? atau 43?

tapi bukan ke ukhti ku sayang apa-apa jua urusan perlu ikut kepada yang ada dalam AL-QURAAN & AS-SUNNAH. Iaitu dengan SOLAH dan DOA..

Persoalannya: Bolehkah cara penggulungan kertas dan rujukan m/s Al-Quraan dijadikan panduan dalam mencari petunjuk. Sebelum ini ana pernah dengar dan ianya sesuatu yang baru bagi ana. Apa pun minta ustaz dan mod yang lebih arif dalam bab ini untuk menjelaskannya kerana dikhuatiri dalam kebaikan yang kita lakukan.. ada unsur khurafat.

ana ingat kisah yang diceritakan seorang ustaz ini, mungkin boleh dijadikan renungan dan ikhtibar bersama...

seorang adik memerhatikan perlakuan abangnya, abangnya yang rajin solat dan mohon doa kepada Pencipta. Suatu hari adik ini kelihatan janggal dan tertanya melihat amalan abangnya. ditanya, mengapa abangnya menggantungkan kalung dilehernya dan dibawa ke dalam solah? akibat daripada membunuh seekor tikus yang hanya ambil sedikit makanan, maka abangnya berasa sungguh bersalah dan dirinya begitu kejam sehinggakan termimpi tikus itu datang dalam jelmaannya yang mengatakan bahawa (lebih kurang ayat ini) "Aku hanya mengambil sedikit nikmat kurniaan ALLAH kepadaMU, mengapa engkau melakukan sedemikian (pembunuhan) terhadapku? baiklah.. jika engkau hendak menghapuskan dosa dan rasa serba salahmu terhadapku ada satu cara engkau boleh lakukan, iaitu dengan mencari bangkai ku yang telah engkau tanam, bungkus dan bawalah aku setiap kali dalam solatmu sebagai tanda keampunanmu terhadapku"

lihat sahabat, tipu daya iblis dalam mainan hidup secara halus, lebih-lebih lagi mereka yang kuat imannya dalam menuju keredhaan ALLAH.

Kesimpulannya: Ilmu merupakan tunjang kekuatan dalam menjalani Ibadah seharian agar mendapat keredhaanNYA serta sesuai dengan apa yang ada didalam Al-Quraan. Carilah ilmu dari Ulama' dan tokoh-tokoh agama. Dalam ibadah ini ... tak boleh ikut padangan manusia semata dan kajian biasa serta fikiran semata tanpa rujukan kuat kepada kitab ALLAH juga SUNNAH baginda SAW.

Apa yang utama.. tak perlulah sahabat lakukan perkara yang nabi sendiri tak pernah buat, takut undang perkara yang bertentangan dengan Islam.

Lepas solah Isyak tadi ana kemukan perkara ini kepada ayah ana yang berguru dengan seorang ustaz.. dan ayah ana pun menyatakan perkara ini suatu yang tak pernah dilakukan.

Jadilah kita hamba yang mengikut hanya 2 perkara sahaja, AL-Quraan & As-Sunnah juga Hadith2 nabi sebagai panduan. Mana yang tiada itu dah termasuk perkara diragui dan menjadi was-was bagi sebahagian umat kini. sebaiknya elakkan ya...

"YaALLAH pandulah kami mengikuti jalan kebenaranMU iaitu jalan yang lurus dan jalan mereka yang mendapat petunjuk rahmat dan keredhaanMU"

jadinya.. jangan ragu-ragu dengan solat istikharah..biar selama manapun, lakukanlah sehingga kamu benar-benar yakin dengan petunjuknya. Jangan sesekali ikut sesuatu yang kita tidak tahu dan pasti impaknya kepada akidah juga iman kita.. dan jalan mudah ini bukan yang terbaik.. ingat sahabat!!! selagi berpandukan ajaranNYA sahaja kita selamat dari sebarang anasir didunia & diakhirat.

maaf, sinar mohon. mungkin ada kesilapan dimana-mana.. minta jasa baik antum perbetulkan.

!!! QUOTE !!!

Ulasan Moderator (sebuah portal):

Saya juga turut merasa khuatir dengan ‘ilmu moden’ yang diajarkan menjurus kepada perbuatan khurafat. Amalan yang tidak didasarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, dapat membawa kepada Bida’ah Amaliyah seperti sabda Nabi Muhammad SAW :

"Siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak di atas perintah kami maka amalannya itu tertolak".

Sebaiknya, dalam proses penerimaan ilmu disertakan dengan rujukan iaitu dengan bertanya kepada mereka yang arif dalam bidang agama seperti ustaz atau ustazah dan ditambah dengan pembacaan lalu dipadankan dengan nas- nas daripada al- Quran dan sunnah bagi mempertimbangkan kesahihan sesuatu ilmu yang kita peroleh. Jangan terlalu mudah mengikut dengan hanya membenarkannya melalui logik akal sahaja.

Saya tidak kata amalan seperti yang disebutkan oleh sahabat- sahabat kita sebelum ini dalam menentukan pilihan selain solat istikharah adalah SALAH dan termasuk perkara Bida’ah kerana jauh sekali daripada bidang saya. Cuma, saya sekadar ingin berpesan buat renungan kita bersama agar tidak mudah menafsir sesuatu ajaran dan ilmu itu melalui pengetahuan akal kita yang cetek lalu hanya bertindak sebagai pengikut. Berhati- hatilah.

Istikharah merupakan salah satu cara yang ALlah SWT berikan kepada hamba-Nya di saat hamba-Nya merasa buntu dalam membuat keputusan. Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan ALlah SWT sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap ALlah SWT. Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH SWT telah aturkan. Ia sebagai tanda kita benar- benar merintih dan berharap kepada-Nya dalam mencari peleraian kepada kekusutan yang timbul. Setelah berusaha dengan optimum dan istikharah dengan sesungguhnya, kita harus bertawakkal dengan meletakkan segala yang bakal terjadi sebagai Ketentuan Allah SWT.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar"

Salah satu hikmah mengapa Istikharah itu dikerjakan melalui solat kerana di dalam solat itulah saat ALlah berada paling dekat dengan hambaNYA. Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya. Namun, Kasih sayang Allah SWT melebihi kasih sayang seorang ibu. Dengan solat juga, ianya peluang untuk mengingati ALlah SWT dengan lebih khusyuk. Manakala setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , dan tahiyyat sebagai tanda memuji ALlah, Penguasa sekalian Alam. Solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang tandus dengan kasih sayang juga buat hati yang memerlukan bimbingan. Jadi, solatlah kerana ianya punca kedamaian dan ketenangan.

“Sesungguhnya berbahagialah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada (perebutan dan perkataan) yang tiada berguna.”

!!! QUOTE !!!

... wrote:
Salam.ana nak tanya..ana harap author atau yang lebih arif mnjwbnya..ana ada sayangkan seseorang..lepas tu org tu buat istikharah..setiap hari buat dan dapat mimpi yang sama..ana kwen dengan laki lain..before dia buat istikharah,dia pernah mimpi dibaling ular dan ana ada dalam mimpi itu..bila kami rujuk dengan ustad,ustad kata itu ptanda kami akan kwen tapi bagaimana dengan istikharah yang di buat?lepas itu kami pts hubungan dan lepas itu berbaik semula..kami2 buat istikharah tapi tak dapat ptnjk dan kami stop buat istikharah..sekarang dia kata hati dia dah tetapi untuk ana tapi sedangkan ana sayangkan dia..ana mampu berdoa dalam solat..mulai hari ni ana buat solat hajat dan solat istikharah minta ptunjuk allah dan minta agar dialah jdh ana d dunia dan akhirat


Tidak ada satu keterangan pun yang menjelaskan bahwa hasil dari solat istikharah berupa sebuah mimpi. Sejumlah ulama di antaranya Imam An-Nawawi menyatakan bahwa pilihan akan diberikan kepada orang yang melaksanakan solat tersebut adalah dengan dibukakan hatinya untuk menerima atau melakukan suatu hal.

Mimpi boleh datang sebagai ilham dan boleh juga sebagai gangguan syaitan. Jika boleh, janganlah mendasarkan keputusan itu kepada mimpi. Selami dahulu konsep daripada solat istikharah itu sendiri. Istikharah bukan bererti kita meletakkan kuasa memilih kepada ALlah SWT dengan hanya mendirikan solat istikharah lalu hanya berdiam diri menantikan jawapan (contoh seperti mimpi). Ianya perlulah didahului dengan usaha. Contoh dalam soal jodoh ini sebagai umat Islam, kita rujuk pesanan Nabi Muhammad SAW di bawah :

"Wanita itu dinikahi karena empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka perhatikanlah agamanya kamu akan selamat."

Setelah kita merasakan dialah jodoh yang terbaik buat kita, kemudian lakukanlah solat istikharah agar diberikan ketetapan hati oleh ALlah SWT dalam membuat keputusan yang terbaik. Setelah kita merasa tenang untuk membuat keputusan serta yakin dialah jodoh buat kita, berdoalah kepada ALlah SWT agar Dipermudahkan dalam segala urusan dan diberikan kesabaran untuk menghadapi cabaran yang mendatang serta berserahlah segalanya kepada Dia Yang Maha Kuasa.

p/s: Moderator agama harap sudi perbetulkan jika terdapat kejahilan dalam penyampaian saya.



!!! QUOTE !!!

Istikharah jawapan untuk kekeliruan

!!! QUOTE !!!

SOALAN

SAYA mempunyai masalah membuat keputusan atau pilihan. Semuanya tidak meyakinkan.
Selepas membuat sesuatu keputusan, saya akan memikirkan kembali keputusan yang sudah dibuat itu.

Kadangkala, keputusan saya akan berubah kepada satu keputusan lain.

Tolonglah saya Dr bagaimana untuk membuat keputusan dengan penuh keyakinan? Bagaimana kaedah diguna pakai Islam dalam membuat keputusan?


JAWAPAN

KESUKARAN membuat keputusan yang baik boleh memberi masalah kepada adik.Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah.

Solat ini bagi memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusan.

Istikharah bermaksud 'meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan' adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.

Adik bukan sahaja boleh melakukan solat Istikharah yang membabitkan pemilihan bakal pasangan, tetapi memohon petunjuk Allah dalam perkara lain.

Solat Istikharah membantu adik memohon petunjuk mesngenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.

Apabila adik melakukan solat dan doa Istikharah, ia bererti adik memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik.

Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.

'Maksudnya: "Ya Allah. Aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

Melakukan solat istikharah memberi faedah besar kerana Allah berfirman: "...dan berbincanglah dengan mereka (sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah..." (AQ Ali Imran 3:159) (hari Bukhari 7/162)

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)




!!! QUOTE !!!

Ulasan ustaz:

!!! QUOTE !!!

HADIS 5

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah .a.beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain
berbunyi:

Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak



ini first time saya mendapat cara istikharah ini.

cara ini tiada dalam mana-mana kitab muktabar.

jadi, pandangan saya, solat saja istikharah. diakhiri dengan doa istikharah. faham baik-baik doa itu.

wallahu a'lam.

p/s: saya rasa orang yang ajar isthikarah cara itu perlu belajar bab mengenal diri terlebih dahulu. soal ini ada dibincangkan dalam Akidah. Ia berkait dengan rukun iman ke-6 (Qadha dan Qadar)



- Mana yang berguna disini, jadikan panduan & rujukan agar tidak tersalah langkah sahabat.:bunga:

Jazakallah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Sinar_Izati
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.08.2006
Ahli No: 25991
Posting: 36
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-04-10 21:27


erm..banyak yang berguna yang dapat saya pelajari..terima kasih semua


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Sinar_IzatiProfil   Hantar PM kepada Sinar_Izati   Quote dan BalasQuote

drssm
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.03.2010
Ahli No: 39536
Posting: 33
Dari: kb

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-04-10 12:24


..

lepas solat istikharah seelok-eloknya mohon pada Alllah diberi mimpi petunjuk.

caranya ialah....

sebelum tidur baca 10x surah al- kautsar. lepas baca terus tidur. jangan bercakap-cakap.

try lah... insyaallah tuhan menolong hambanya yang inginkan petunjuk dariNYA.

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For drssmProfil   Hantar PM kepada drssm   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-04-10 13:54


ada petua yang diberi tidak pandai untuk ditafsir...contoh kita mimpi dapat tangkap ikan...apa maknanya...


-----------------
Alangkah susahnya menjaga hati
kerana...
hati itu menjadi rebutan
antara...
syaitan dan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-04-10 09:11


yang ustaz ana ajar dulo, isthikhoroh tak semestinya dapat mimpi.adakah kita pasti mimpi kita tu adalah mimpi yang benar.isthikoroh ini adalah solat menunjukkkan betapa kerdil dan lemahnya kita kepada tuhan.bukti permohonan kita kepada Kholiq.sila hayati doa isthikoroh tu sendiri.andai perkara dah baik dari segi syariat teruskan saja lah.syariat dah menjadi panduan untuk kita membuat penilaian sementara istikoroh menjadi penyerahan diri kepada Allah dalam keputusan yang kita ambil.cuba kita hayati"andai betul pilihan kita maka mudahkan ia bagiku, andai tak elok jauhkan ia".maknanya disitu kita berusaha dulo menyelidik dan sebagainya.pernah masa kat universiti dulo, B.M seorang muslimin ditolak kerana muslimat tu tak dapat mimpi.ini adalah kefahaman yang salah.kita tidak mengetahui perkara yang akan datang.yang ustaz ana ajr dulo.contoh dalam memilih calon hidup.katakan mamat berkenan kat minah.pada pandangan mamat, minah adalah seorang perempuan yang baik.lalu mamat mula merisik minah untuk mengenali lagi siapa minah.setelah dirisik, mamat mengetahui minah seorang perempuan yang baik, anak yang taat, menjaga aurat, menjaga solat dll.lalu sebelum membuat keputusan final setelah dengan data2 diperolehi maka mamat buat isthikoroh bagi mengadu kepada Allah tentang pilihan hatinya.setelah mamat buat istikorh,mamat rasa tenang dengan pilihan yang diambilnya,lalu mamat pun masuk meminang minah.so kesimpulannya, andai dari segi syariat perkara tu telah terbukti elok maka istikoroh adalah pengukuh bagi hajat kita.andai dalam persimpangan maka istikoroh adalah ubat penenang hati bagi kita supaya memudahkan pilihan.


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-04-10 09:28


betul sahabat.,

"Andai baik dia bagi urusan agama, kehidupan dunia & akhirat maka minta dipermudahkan ia bagiku, andai tidak baik..minta dijauhkan dariku"

Itu pun dah cukup jelas. Allah Lebih Memahami mana yang terbaik dan sesuai untuk hamba-Nya. Mohonlah pada-Nya. Jangan sesekali ambil kesimpulan dan penyelesaian melalui mimpi dan 'rasa-rasa' atau 'dah jodoh'. Perlu minta, minta yang baik supaya dapat yang baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

CapGurl
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.02.2010
Ahli No: 39234
Posting: 39
Dari: Petaling Jaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-04-10 16:42


Salam,

bersyukurrr sangat...
banyak ilmu yang saya dapat dalam forum ini.......
terima kasih pada semua mentor2 yang sudi berkongsi ilmu..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For CapGurlProfil   Hantar PM kepada CapGurl   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 22-04-10 18:23


amboi..ramianye yang cabut2 undi...erm..musykil jugak...ikutkan mana boleh vabut2 undi...ia seolah-olah mencuba nasib...cuma nampak islamiknye bila before tu solat istikhrah dulu...saya bukan nak blame kalian..tapi nak ajak kalian berpikir sikit mengenainya...dan yang menariknye...saya pun pernah jugak buat macam ni..haha...tapi kadang-kadang ragu jugak hukum Kalau buat macam ni...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-04-10 09:25


huuhu.tak pernah dengar pulak ada gulung2 kertas...hehehe
solat 2rakaat macam biasa and baca doa istiharah... minta petunjuk dr ALLAH.. BUkan dr mimpi..tapi kadang-kadang hati kita sendiri kuat menyatakan pilihan yang sepatutnya...dan ulang setiap hari..jika ia benar..semakin kuat rasanya pemilihan yang sepatutnya....


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-04-10 09:33


dan apa-apa pun pilihan yang kita buat...kita kena redha....jangan menyesal tak berair mata atau mengeluh...sesungguhnya ingtlah pilihan yang telah dibuat juga atas ptunjuk dr ALLAH......ada hikmah disebaliknyer...

(ada pgalaman)- walaupun pada mulanya rasa sedih sangat...kecewa tak terhingga time tu.agak lama jugak..tapi akhirnyer tersedar..ye..ye...bukan tak buat istiharah..buat saja..jadi apa yang berlaku telah ditakdirkan...jadi redha dan kembali bersemangat kembali..alhamdulillah...ALLAH telah memberikan hambaNYA yang terbaik...ada hikamh disebalik apa yang berlaku.....SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU...


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-04-10 22:12


solat istikoroh dalam melakukan sesuatu keputusan...bukan ke setelah kita berusaha mencari kebaikan dan keburukan sesuatu, mendapat pandangan dari org yang lebih arif mengenai sesuatu..contohnya, jodoh......bertanyekan sahabat-sahabat yang boleh dipercayai mengenai jodoh kita..mendapat kebenaran dari ibubapa....semua dah ok, baru lah buat istikorohh.....tandanya kita berserah atas qada dan qada'NYa..bukan macam tu ke??berusaha dahulu..kemudian tawakal..kira final decision lah..allhualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

robhunhayati
Warga Rasmi
Menyertai: 09.06.2010
Ahli No: 39962
Posting: 5
Dari: kuala lumpur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-06-10 09:04


salam... istikharah dibuat apabila kita mempunyai pilihan yakni memerlukan kita kita membuat keputusan. istikharah dibuat bukan semata-mata untuk memilih jodoh tetapi istikharah dibuat apabila kita mengahadapi kesukaran untuk membuat pilihan skaligus membuat keputusan. petunjuk istikharah itu tak semestinya hadir dalam mimpi. apa yang penting bila kita istikharah kita mohon dengan bersungguh petunjuk yang terbaik dari ALLAH swt... dan kita mohon dilapangkan jalan dan urusan yang bakal kita tempuhi.. sesungguhnya setiap manusia mempunyai keyakinan terhadap Penciptanya dalam memohon petunjuk dan pertolongan untuk menempuh liku2 kehidupan.. dan 1 nasihat yang senior saya pernah bagitahu saya masa saya masih menuntut d ipt, sebelum kita dirikan Solat Sunat Istikharah, dirikanlah Solat Sunat Taubat dan sebolehnya amalkan setiap mlm Solat Sunat Taubat.. moga-moga ALLAH buka hijab kita untuk mendapat petunjuk yang terbaik... Wallahu'alam... wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For robhunhayatiProfil   Hantar PM kepada robhunhayati   Quote dan BalasQuote

ct_umairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.10.2007
Ahli No: 31316
Posting: 24

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-06-10 09:39


salam...
saya nak berkongsi pengalaman saya buat solat istikharah..masa nak pilih jodoh..sebelum kawin saya ada 2 pilihan calon...keliru nak pilih yang mana saya buat melalui cabutan undi....caranya macam ni saya sediakan 3 pilihan kertas . kertas pertama ada nama si A, kertas kedua ada nama si b dan kertas ke tiga dibiarkan kosong...saya letakkan dibwah sejadah..sebelum solat istikharah saya buat solat hajat dulu minta diberikan petunjuk yang baik dalam solat istikharah tu...lepas tu baru buat solat istikharah...lepas solat saya cabut 1 kertas dan saya buat selama 7 malam berturut2..tapi menggunakan kertas yang lain-lain..maksudnya saya tukar ketiga2 kertas tersebut pada setiap malam...supaya saya tak macam dan tak mengambil kertas yang sama ...calon yang paling banyak saya dapat kertas yang tertulis namanya itu telah pun menjadi suami saya..setakat ni alhamdulillah kami bahagia...akan datang tak taulah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ct_umairahProfil   Hantar PM kepada ct_umairah   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-06-10 17:51


salam~

saya pun nak berkongsi jugak tentang istikharah ini.. tapi daripada pengalaman kawan saya lah.. masa tu saya study kat matrix.. kawan baik saya dapat offer daripada utp untuk sambung dalam bidang engineering. kawan saya ni keliru sama ada nak teruskan matrix atau terima tawaran utp. kawan saya melakukan istikhrah selama seminggu. satu hari saya chatting dengan seorang pelajar utp di YM. Jadi kbtulan saya teingt kawan saya yang tengah keliru, saya suruh kawan saya cuba hubungi student UTP ini untuk meminta pandangan dan nsihat. atas nasihat student UTP tu, kawan saya menolak twrn utp dan meneruskan pengajian di matrix. sekarang kawan saya dah jadi seorang Dentist.. kesimpulannya istikahrah tak semestinya dari mimpi sahaja.. tapi ia berlaku dalam aktiviti seharian kita.. sama ada kita nampak atau tidak sahaja...


-----------------
::....mencari ketenangan
menjiwai peranan...::


Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104081 saat. Lajunya....