Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 56 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: mudahnya mencari isteri solehah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» mudahnya mencari isteri solehah

Please Mendaftar To Post


Oleh mudahnya mencari isteri solehah

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-10 12:02


.:: MUDAHNYA MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH
Assalamualaikum wbkt,

Dipetik dari cerita kawan saya.....


(( MUDAHNYA MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH ))

“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
“Macam cari gagak putih,” tambahnya.
“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.
“Belum lagi….”
“Kenapa?” dia pula tersenyum.
“Belum dapat yang solehah?” saya terus mengusik.

“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak lah ni.”
“Oh begitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.
“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.
“Kalau tak jumpa, macam mana?”
“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”
“Apa syaratnya?”
“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….”
“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.

UKUR TAKWA

“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.
“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya.
“Tu yang pening.Takwa tu dalam hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yang bertakwa!”
“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.

ADA CARA LAIN

“Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”
“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”.
“Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi”
“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”

LEBIH TEPAT

“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. sebelum ni, kita bincang pasal menilai diri orang laindulu.Tu yang kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”

TERLALU IDEAL

“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sebab nak jadi lelaki soleh?”
“Tak begitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”
“Ok juga tu!Serampang dua mata,”katanya.
“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dengan tahap sederhana.”
“Maksudnya?”
“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sebab sifat-sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sikit, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

“Boleh lebih kurang lah ni ye?”
“Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”
“Apa kaitannya dengan yang kita bincang sekarang ni?”
“Gini, awak mesti lebih ketat dalam menilai diri sdr. jangan ambil mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi untuk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin /tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sikit … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….”
“Oh saya faham”
“ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yang rendah. Tetapi untuk calon isterinya dinilai dengan solehah yang tinggi. Itu silap!”
“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”
“Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”


......Sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian ...ada betul jugak nya kan


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

AinulYaqan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2007
Ahli No: 28907
Posting: 102

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-10 00:45


Assalamualaikum
maaf ye ana bertanya,mm..kalau tak silap ana artikel ni dari buku ustaz pahrol juoi kan? tapi ana tak ingat tajuknye. yang pasti ana kenal dengan cara penulisan author yang ana gemari ni, hehehe

hehehe...senang tak senang nak cari calon suami/isteri soleh/ah? pada ana, itu satu perkara yang subjekif. maksud ana, bergantung pada mana seseorang tu betul-betul berubah/mempertingkatkan imannya. betul kita harus berubah dulu menjadi seorang yang soleh/ah untuk mendapat calon suami/isteri soleh/ah. tapi jangan sampai berubah untuk mendapatkan suami/isteri soleh/ah tu yang menjadi prioriti. jangan sampai kita mendapat suami/isteri yang diimpikan semata-mata kerana hijrah kita ke arah itu. biarlah seiring dengan keikhlasan serta redha dan rahmat Allah atas perhubungan yang dibina nanti.

wallahu'alam. peringatan untuk diri ana terutamanya ni. mohon diperbetulkan andai ada kesilapan :kelip:

jazakumullahu khairan kathira :bunga:


-----------------
"dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman" (al-Imran:139)


Bookmark and Share

    


  Member Information For AinulYaqanProfil   Hantar PM kepada AinulYaqan   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-04-10 12:35


Benar sangat artikel ni.
Nak cari yang terbaik, kita pun kena baik juga kan.
Segala percaturan Alleh Lebih Mengetahui, mana yang benar-benar & mana yang permainan.
Mana yang bersungguh-sungguh dan mana yang sekadar lepaskan batuk ditangga.

Apapun, fikir dan muhasabah itu yang terbaik. Syukran ukhti atas perkongsian. :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-04-10 13:49


Syukran ukhti,artikel yang menarik.. memang ada benarnya,ukur piawaian pada diri sebelum mengukur orang lain,nak cari baik jadi baik dulu insyallah..
allah maha perencana sebaik2baiknya,setiap yang berlaku ada sebab dan musababnya agar manusia berfikir akan kejadian yang berlaku disebaliknya,banyak muhasabahkan diri serta petunjuk dan bimbinganNya mudah-mudahan kita semua berada dalam keredhaan illahi dalam mencari yang soleh/solehah..

wallahua'lam :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

musafarah_3011
Warga Rasmi
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23240
Posting: 2
Dari: bagan datoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-04-10 10:48


tapi ada juga yang baik dapat jodoh dengan yang sebaliknya..tu mungkin ujian untuk ukur tapi iman..Allah takkan bebnkn hmbaNye kalau seseorang tu tak mampu..betul tak?


-----------------
fafhilah


Bookmark and Share

    


  Member Information For musafarah_3011Profil   Hantar PM kepada musafarah_3011   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-04-10 13:30


Pada 18-04-10 10:48 , musafarah_3011 posting:

!!! QUOTE !!!

tapi ada juga yang baik dapat jodoh dengan yang sebaliknya..tu mungkin ujian untuk ukur tapi iman..Allah takkan bebnkn hmbaNye kalau seseorang tu tak mampu..betul tak?



yup, ada juga ukhti. benar, ujian dari-Nya untuk meningkatkan tahap keimanan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

amna_liana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-04-10 07:47


Pada 15-04-10 12:02 , nadia_khalit posting:

!!! QUOTE !!!

.:: MUDAHNYA MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH
[/quote

......................



SUSAHNYA MENCARI SUAMI YANG SOLEH...........



Bookmark and Share

    


  Member Information For amna_lianaProfil   Hantar PM kepada amna_liana   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 20-04-10 12:48


Ini sekadar pandangan peribadi saya, kalau kalian tak setuju pun tidak mengapa, kerana cukuplah terpakai bagi saya sendiri.

Dalam mencari isteri, sebenarnya tidak semestinya ia tampil dengan pakej Islamik. Pada saya (mungkin tidak pada orang lain) , paling penting kita tengok kita suka, tak kisahlah apa latar belakang dia. Jika ada keinginan untuk berubah dan dididik seorang suami, itu pokok pangkalnya.

Selebihnya apabila berumah tangga, sama-samalah kita saling melengkapi kekuatan dan kekurangan masing-masing. InsyaAllah igauan isteri solehah bukanlah ilusi one in a million. :)

Tetapi ini tidak terpakai pada memilih suami, kerana suami pengemudi rumah tangga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-04-10 13:40


!!! QUOTE !!!

Dalam mencari isteri, sebenarnya tidak semestinya ia tampil dengan pakej Islamik. Pada saya (mungkin tidak pada orang lain) , paling penting kita tengok kita suka, tak kisahlah apa latar belakang dia. Jika ada keinginan untuk berubah dan dididik seorang suami, itu pokok pangkalnya.


menongkah arus....

nampaknya ini agak bertentangan dengan saranan hadis yang disebut baginda....dan bertentangan dengan saranan ramai alim ulama yang menekankan soal pembentukan rumahtangga yang baik bermula dari pemilihan isteri yang baik.

ramai ke yang tidak pentingkan l/belakang wanita yang nak disunting ??....
namun tidak salah mencuba....jika ada upaya apa salahnya....

cuma saya lebih suka jika ramai lelaki mengutamakan 'islamik' sebagai syarat memilih isteri......


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

arnabputih
Warga Rasmi
Menyertai: 05.04.2010
Ahli No: 39621
Posting: 19

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-04-10 14:28


Pada 20-04-10 13:40 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Dalam mencari isteri, sebenarnya tidak semestinya ia tampil dengan pakej Islamik. Pada saya (mungkin tidak pada orang lain) , paling penting kita tengok kita suka, tak kisahlah apa latar belakang dia. Jika ada keinginan untuk berubah dan dididik seorang suami, itu pokok pangkalnya.


menongkah arus....

nampaknya ini agak bertentangan dengan saranan hadis yang disebut baginda....dan bertentangan dengan saranan ramai alim ulama yang menekankan soal pembentukan rumahtangga yang baik bermula dari pemilihan isteri yang baik.

ramai ke yang tidak pentingkan l/belakang wanita yang nak disunting ??....
namun tidak salah mencuba....jika ada upaya apa salahnya....

cuma saya lebih suka jika ramai lelaki mengutamakan 'islamik' sebagai syarat memilih isteri......



aa'h lah kak myhoney,:kelip: kalau sekadar nak lihat cantik walaupun tak islamik (pakaian tak menepati syariat-maknanya tak ke, kerana penglihatan dan...) sebaiknya carilah yang mementingkan islam dan tegas dalam pendirian kerana-Nya, itu yang lebih kekal abadi, Insyaallah isteri tersebut mampu tawadhuk & menjaga dirinya dan suami, bukan bermakna sebaliknya saya katakan tidak pandai jaga, tapi mungkin mereka akan lihat bahawa kecantikan itu segalanya, harta pelengkapnya.(pengalaman sendiri sebelum ini dengan kehidupan. huhu...nak mengaku juga)

(segelintir sahaja, bukan semua ye) :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For arnabputihProfil   Hantar PM kepada arnabputih   Quote dan BalasQuote

Nur_Espace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2010
Ahli No: 39588
Posting: 27
Dari: Tanah Rata

france   avatar


posticon Posting pada: 20-04-10 15:11


Pada 20-04-10 12:48 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Ini sekadar pandangan peribadi saya, kalau kalian tak setuju pun tidak mengapa, kerana cukuplah terpakai bagi saya sendiri.

Dalam mencari isteri, sebenarnya tidak semestinya ia tampil dengan pakej Islamik. Pada saya (mungkin tidak pada orang lain) , paling penting kita tengok kita suka, tak kisahlah apa latar belakang dia. Jika ada keinginan untuk berubah dan dididik seorang suami, itu pokok pangkalnya.

Selebihnya apabila berumah tangga, sama-samalah kita saling melengkapi kekuatan dan kekurangan masing-masing. InsyaAllah igauan isteri solehah bukanlah ilusi one in a million. :)

Tetapi ini tidak terpakai pada memilih suami, kerana suami pengemudi rumah tangga.


musykil jugak ni,macam ni ke cara wuzaraa pilih isteri dulu?
macam tak betul saja.... :berfikir:


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_EspaceProfil   Hantar PM kepada Nur_Espace   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-04-10 15:47


!!! QUOTE !!!

musykil jugak ni,macam ni ke cara wuzaraa pilih isteri dulu?
macam tak betul saja.... :berfikir:


ok lah tu .... tak baik kita nak musykil pasal ni pulak... setakat akak boleh komgsi.....isteri dia cantik, bijak dan solehah...InsyaAllah ...

u turn u turn :D


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-04-10 15:49


Pada 19-04-10 07:47 , amna_liana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-10 12:02 , nadia_khalit posting:

!!! QUOTE !!!

.:: MUDAHNYA MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH
[/quote

......................



SUSAHNYA MENCARI SUAMI YANG SOLEH...........



ada...kalau benar-benar mencari....

kalau dah jumpa....segeralah anda pinangkan...lambat kan terlepas pula :-D


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Nur_Espace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2010
Ahli No: 39588
Posting: 27
Dari: Tanah Rata

france   avatar


posticon Posting pada: 20-04-10 15:51


Pada 20-04-10 15:47 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

musykil jugak ni,macam ni ke cara wuzaraa pilih isteri dulu?
macam tak betul saja.... :berfikir:


ok lah tu .... tak baik kita nak musykil pasal ni pulak... setakat akak boleh komgsi.....isteri dia cantik, bijak dan solehah...InsyaAllah ...

u turn u turn :D



ooo....akak kenal isteri wuzaraa eh?
kira rapat jugak lah akak dengan wuzaraa ni.... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_EspaceProfil   Hantar PM kepada Nur_Espace   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 20-04-10 15:57


Pada 20-04-10 13:40 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!


menongkah arus....


Hahah… saya memang dah jangka ianya mengundang persoalan. Sebab itu saya katakan, ianya mungkin terpakai bagi saya tetapi mungkin tidak pada orang lain. Persoalannya begini, anda sukakan seseorang tetapi dia tidaklah Islamik, tetapi tidaklah sampai dikatakan jahat. Kalau hati dah suka, maka tanggungjawab andalah sebagai suami untuk membimbingnya.

Pada 20-04-10 15:11 , Nur_Espace posting:

!!! QUOTE !!!



musykil jugak ni,macam ni ke cara wuzaraa pilih isteri dulu?
macam tak betul saja.... :berfikir:


Maksud saya kalau hati dah suka.
Tetapi isteri saya Alhamdulillah menjaga agama. Hasil didikan Maahad Muhammadi lil banat dan tarbiah Hizbi Islami , jadi senanglah kerja saya. hihi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 20-04-10 16:02


Pada 20-04-10 15:47 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!



ok lah tu .... tak baik kita nak musykil pasal ni pulak... setakat akak boleh komgsi.....isteri dia cantik, bijak dan solehah...InsyaAllah ...




Akak kenal ke isteri saya?
Kalau Nur_Espace nak kenal dengan isteri saya pun boleh. Kak Myhoney dah lama saya pelawa, tapi rupanya dia dah kenal lah pulak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

amna_liana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-04-10 22:34


Pada 20-04-10 15:49 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-04-10 07:47 , amna_liana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-10 12:02 , nadia_khalit posting:

!!! QUOTE !!!

.:: MUDAHNYA MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH
[/quote

......................



SUSAHNYA MENCARI SUAMI YANG SOLEH...........



ada...kalau benar-benar mencari....

kalau dah jumpa....segeralah anda pinangkan...lambat kan terlepas pula :-D



susahla kalau macam tu...memang saidatina khadijah mampu untuk meminang rasulullah...tapi saya bukan sehebat saidatina khadijah.....hehehehehe



Bookmark and Share

    


  Member Information For amna_lianaProfil   Hantar PM kepada amna_liana   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 10:55


Pada 20-04-10 15:51 , Nur_Espace posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-04-10 15:47 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

musykil jugak ni,macam ni ke cara wuzaraa pilih isteri dulu?
macam tak betul saja.... :berfikir:


ok lah tu .... tak baik kita nak musykil pasal ni pulak... setakat akak boleh komgsi.....isteri dia cantik, bijak dan solehah...InsyaAllah ...

u turn u turn :D



ooo....akak kenal isteri wuzaraa eh?
kira rapat jugak lah akak dengan wuzaraa ni....
:-D


sebenarnya....secara adabnya, kita akan puji mana-mana pasangan kepada sahabat kita....itu saja....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 10:57


Pada 20-04-10 16:02 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-04-10 15:47 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!



ok lah tu .... tak baik kita nak musykil pasal ni pulak... setakat akak boleh komgsi.....isteri dia cantik, bijak dan solehah...InsyaAllah ...




Akak kenal ke isteri saya?
Kalau Nur_Espace nak kenal dengan isteri saya pun boleh. Kak Myhoney dah lama saya pelawa, tapi rupanya dia dah kenal lah pulak.


InsyaAllah .... kalau ada rezeki saya.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 11:01


Pada 20-04-10 22:34 , amna_liana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-04-10 15:49 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-04-10 07:47 , amna_liana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-10 12:02 , nadia_khalit posting:

!!! QUOTE !!!

.:: MUDAHNYA MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH
[/quote

......................



SUSAHNYA MENCARI SUAMI YANG SOLEH...........



ada...kalau benar-benar mencari....

kalau dah jumpa....segeralah anda pinangkan...lambat kan terlepas pula :-D



susahla kalau macam tu...memang saidatina khadijah mampu untuk meminang rasulullah...tapi saya bukan sehebat saidatina khadijah.....hehehehehe



untuk meminang lelaki baik yang anda berkenan tidak perlu menjadi sehebat Khadijah. Cukup adab dan tatacara dijaga dan anda mudahkan urusannya.

Kalau anda ikhlas, usaha yang menyongsang adat ini tidak akan dilihat cela..... sebaliknya anda mungkin beroleh keberkatan yang banyak...

yang penting....redha Allah yang kita utamakan...bukan pandangan atau pegangan org ramai.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-06-10 10:40


Pada 21-04-10 11:01 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-04-10 22:34 , amna_liana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-04-10 15:49 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-04-10 07:47 , amna_liana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-10 12:02 , nadia_khalit posting:

!!! QUOTE !!!

.:: MUDAHNYA MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH
[/quote

......................



SUSAHNYA MENCARI SUAMI YANG SOLEH...........



ada...kalau benar-benar mencari....

kalau dah jumpa....segeralah anda pinangkan...lambat kan terlepas pula :-D



susahla kalau macam tu...memang saidatina khadijah mampu untuk meminang rasulullah...tapi saya bukan sehebat saidatina khadijah.....hehehehehe



untuk meminang lelaki baik yang anda berkenan tidak perlu menjadi sehebat Khadijah. Cukup adab dan tatacara dijaga dan anda mudahkan urusannya.

Kalau anda ikhlas, usaha yang menyongsang adat ini tidak akan dilihat cela..... sebaliknya anda mungkin beroleh keberkatan yang banyak...

yang penting....redha Allah yang kita utamakan...bukan pandangan atau pegangan org ramai.









tak salah pun jadi seperti khadijah macam org kita saja pandang pelik. cubalah minta mak risikkan org yang kita berkenanan. Cara risikan penuh hikmah dan adab. insyaAllah Allah mudahkan...ana pun tengah cuba cara ni ;-)


-----------------
Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>


Bookmark and Share

    


  Member Information For suntikan_srikandiProfil   Hantar PM kepada suntikan_srikandi   Pergi ke suntikan_srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.326475 saat. Lajunya....