Oleh |
harga setem naik huhuuuuuuu |
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 07-04-10 14:58
Posmen naik gaji, setem lebih mahal 2010/04/07 Strategi Pos Malaysia berkuatkuasa Julai KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd meningkatkan produktiviti dan kecekapannya. Ini adalah kali pertama Pos Malaysia menyemak harga (setem) sejak pengkorporatannya pada 1992, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, semalam. Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata kenaikan itu akan memberikan dana tambahan bagi Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan lebih berkualiti, setara amalan terbaik antarabangsa. Apabila dilaksanakan nanti, harga setem pos domestik bagi mel standard seberat hingga 20 gram akan dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan mel seberat hingga 50 gram harga setem akan dinaikkan daripada 40 sen kepada 70 sen. Kenaikan harga itu juga membabitkan mel standard yang beratnya kurang daripada 50 gram, mel bukan standard yang beratnya kurang daripada 100 gram, bahan cetak berkala, PosDokumen, mel berdaftar dan bungkusan kurang daripada dua kilogram. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan mel bukan standard melebihi 100 gram hingga dua kilogram, Peti Surat, beg berkunci dan serahan tingkap. Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata penyusunan semula tangga gaji dan elaun hampir 2,000 posmen dan kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain akan berkuatkuasa Julai ini. Katanya, penyusunan semula yang sudah mendapat persetujuan kerajaan itu akan diumumkan Pos Malaysia Bhd selepas urusan pentadbiran dan penstrukturan semula selesai. "Seperti yang diketahui umum, gaji pokok posmen sekarang ialah RM610 sebagai permulaan dan RM710 untuk kerani pos, itu boleh dikatakan sebagai di bawah paras kemiskinan. "Dengan dasar untuk menyemak semula gaji ini dan beberapa elaun pokok maka dapatlah dianggap bahawa posmen serta kerani pos kita nanti sejajar pendapatan mereka dengan mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di Istana Budaya, di sini, semalam. – Bernama hmmm macam mahal saja...baik sms. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 07-04-10 15:17
ye lah ukhti.. kalau perkataan saja takpa nak sms, mms dan email.. tapi kalau barang macam mana pula.
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 08-04-10 00:01
setem... zaman saya kecil-kecil dulu doposen... time nak kawin dulu hantar kad kawin kat kekawan guna setem tigeposen... lama juga jarak masa dia nak ambil... tapi kali ni... erk. mahalnye~ -----------------
|
nhuda
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.11.2009 Ahli No: 38441
Posting: 47
|
Posting pada: 08-04-10 01:45
tak mengapalah harga dinaikkan, asalkan kerja semakin cekap. ----------------- -- koleksi nasyid
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 08-04-10 08:53
.. elok juga naik.. bila naik.. pendapatan naik.. gaji naik.. bonus pun ada.. mudah-mudahan menjadi pemangkin untuk setiap warga Pos bekerja dan memberi perkhidmatan yang lebih baik.. insyaAllah..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 08-04-10 09:39
aargh,TURUNKAN BALIK HARGA SETEM BUKAN SEMUA YANG MAMPU BELI ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 08-04-10 10:40
dah tak releven harga 30 sen ni... lagi pun banyak cara komunikasi dah sekarang ni.. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 09-04-10 10:18
Makin berkuranglah dapat kad raya dan kad birthday pasnih.. hehehe -----------------
Hargai semasa ada....
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 09-04-10 11:22
Pada 09-04-10 10:18 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! Makin berkuranglah dapat kad raya dan kad birthday pasnih.. hehehe
actually online card lagi bagus..dulu kalau manual kard yang ada music atau yang ada dua tiga page kurang-kurang kena RM10, tapi kalau online card kita boleh design , tambah lagu atau music , tempel gambar kita, kos dia tak sampai seringgit pun, silap-silap free lagi.. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
ridhuan-ajmain
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.10.2009 Ahli No: 37967
Posting: 26
Dari: Dari ALLAH Kita Datang & kepada ALLAH Jua Kita Akan D Kembalikan, untuk D Hisab segala Kerja buat
|
Posting pada: 09-04-10 12:39
sapa kat sini yang minat dan ada koleksi2 setem yang otai punya... setem yang time tu kita kecil-kecil @ tak budak lagi... dulu kan yang 1 sen, 3 sen, 5 sen dah mahal. Saya ada seorang mak saudara, hobinya dulu suka kumpul setem 2 3 4 5 book, lebih sayang dr duitnya tau.Katanya Duit dapat d cari, setem otai2 payah nak dapat kalau dapat mahal pula nilainya.Tapi sekarang tak tahu lagi lah ada ke tidak koleksi kesayangan nya itu...
|
nordalily
Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14076
Posting: 178
Dari: sg buloh
|
Posting pada: 09-04-10 19:18
salam ukhwah. dulu ada sahabat pena, ...saat yang paling disukai ialah terima surat dan tulis surat .... sebab tulis surat menggunakan tulisan tangan... ada hati disitu ..... ada perasaan disitu......
|
ridhuan-ajmain
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.10.2009 Ahli No: 37967
Posting: 26
Dari: Dari ALLAH Kita Datang & kepada ALLAH Jua Kita Akan D Kembalikan, untuk D Hisab segala Kerja buat
|
Posting pada: 10-04-10 10:20
begitu juga bila kita tulis surat layang, surat letak jawatan, surat khabar, lebih-lebih lagi SURAT CINTA... Maka HATI & PERASAAN ada d situ. PERASAAN nak marah/dengki, PERASAAN gembira + sedih, PERASAAN tawar hati,Riang,lidah b`cbg dan PERASAAN RINDU DENDAM... Ini yang paling POWER sampaikan surat tu d jaga dengan baik kalau boleh nak liminate itu surat tak nak bagi lupus.. buat kenangan.
|
nordalily
Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14076
Posting: 178
Dari: sg buloh
|
Posting pada: 10-04-10 14:08
hati tu yang paling terkesan dilaminate daripada surat itu dilaminate....
|