Oleh |
Apa dah jadi ni???? |
JKK
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.10.2008 Ahli No: 35465
Posting: 39
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 04-04-10 21:22
KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala. Katanya, dia terpaksa akur memuaskan nafsu suami meskipun ketika mereka 'perang besar' antara 30 Disember 2007 dan 4 April 2008. Guru dari Kedah itu mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab soalan peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa yang mewakilinya. "Dia (Abdul Rashid) tergamak mengheret saya dari ruang tamu untuk mendapatkan nafkah batin sedangkan ketika itu kami tidak bertegur sapa. "Ketika bisul ada di punggung, saya terpaksa tidur meniarap kerana teramat sakit namun dia tetap mahukannya. Dengan nada marah dia mengatakan bahawa sakit itu sekejap sahaja. Ketika dia melakukannya, saya bukan sahaja sakit bisul malahan hati juga cukup sakit," tegasnya. Selesai sahaja bersetubuh, dakwa Siti Rosmala, suami mengarahkannya keluar dari bilik dan pergi tidur bersama anak-anak. Siti Rosmala juga mendakwa, keinginan seks Abdul Rashid cukup tinggi sejak mereka mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu. Dia mendakwa, defendan sering bertindak kejam termasuk memukulnya di kepala dengan rotan dan kitab ekoran kesalahan kecil. Pasangan itu dikurniakan tiga anak, Abdul Qayyum, 10, Hannan, 5, dan Bazlina, 3 tahun. Sambil menangis, Siti Rosmala mendakwa, disebabkan mahu menjadi isteri yang solehah maka dia terpaksa mengikut sahaja kemahuan suaminya itu. Abdul Rashid diwakili peguam syarie, Zulmi Sabri. Perbicaraan bersambung 27 Mei ini. - Utusan  ada sapa pnyokong kuat Pas boleh bagi pandangan????  ----------------- Hidup Melayu Kena Bersatu....
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 04-04-10 22:19
baru dibicarakan di mahkamah, belom diputuskan kedudukan pihak mana yang bersalah....kalau ada unsur fitnah macamana ? !!! QUOTE !!! Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks.
"Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.
Katanya, dia terpaksa akur memuaskan nafsu suami meskipun ketika mereka 'perang besar' antara 30 Disember 2007 dan 4 April 2008. lerrr...hal ini pun jadi isu ke?....dah tentu itu kewajipan kamu wahai isteri. Alang belakang unta pun isteri dituntut melayan suami, ingat dengan kamu masam muka tak bertegur dengan suami maka gugur hak batin dia atas kamu ?...ustazah jenis apa ni tak faham perkara macam ni ?? yang saya kurang jelas...dah sepuluh tahun hidup bersama.....sampai lahir 3 anak, apakah baru sekarang beliau didera suami ?Kenapa tak repot dari dulu lagi ? !!! QUOTE !!! Sambil menangis, Siti Rosmala mendakwa, disebabkan mahu menjadi isteri yang solehah maka dia terpaksa mengikut sahaja kemahuan suaminya itu. membiarkan diri menjadi mangsa deraan suami sehingga bertahun-tahun lamanya bukanlah cara mencapai tahap isteri solehah....saya dengar sampai dipaksa untuk bersama ketika sakit bisul dan ketika nifas....sebagai ustazah/guru dia patut sangat faham akan hal itu.... apa-apa pun ini versi satu pihak saja.... kita tunggu dulu pembelaan pihak satu lagi.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 04-04-10 22:55
aduhai.... usah lah hal-hal rumah tangga di hlite ke umum gini..... sama-sama lah jaga air muka... lebih-lebih Kalau orang-orang dikenali begini.. -----------------
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 04-04-10 22:58
tak suka cerita provok macam ni.. tak perlu hilight siapakah gerangan orangnya..lebih-lebih lagi tak terputus lagi salah betulnye.. 2 unsur yang nak ditayang kat sini, ustazah dan ketua dewan pemuda pas! huh.. jangan percaya cerita paper! ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 04-04-10 23:04
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 04-04-10 23:06
Pada 04-04-10 22:19 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! baru dibicarakan di mahkamah, belom diputuskan kedudukan pihak mana yang bersalah....kalau ada unsur fitnah macamana ?
setuju... oleh itu.. kutuk sang suami pun tak perlu.. dan kutuk sang isteri pun sama sekali tak perlu... kerana kita tidak tahu.. yang ditulis hanya sekadar mainan penulisan atau hakikat.. jadi harus berhati-hati agar tak mendapat dosa kering secara percuma.. cuma doakan..semoga Allah s.w.t membantu yang teraniaya..tidak kira suami atau isteri..amin ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
si-tanah
Warga Rasmi Menyertai: 02.11.2009 Ahli No: 38022
Posting: 14
Dari: Selangor
|
Posting pada: 04-04-10 23:54
'apa dah jadi?' tak jadi apa-apa pun. tak payah sebok rmhtgga org.
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 05-04-10 10:58
Pada 04-04-10 21:22 , JKK posting:!!! QUOTE !!! KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung.
Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60.
Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks.
"Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.
Katanya, dia terpaksa akur memuaskan nafsu suami meskipun ketika mereka 'perang besar' antara 30 Disember 2007 dan 4 April 2008.
Guru dari Kedah itu mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab soalan peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa yang mewakilinya.
"Dia (Abdul Rashid) tergamak mengheret saya dari ruang tamu untuk mendapatkan nafkah batin sedangkan ketika itu kami tidak bertegur sapa.
"Ketika bisul ada di punggung, saya terpaksa tidur meniarap kerana teramat sakit namun dia tetap mahukannya. Dengan nada marah dia mengatakan bahawa sakit itu sekejap sahaja. Ketika dia melakukannya, saya bukan sahaja sakit bisul malahan hati juga cukup sakit," tegasnya.
Selesai sahaja bersetubuh, dakwa Siti Rosmala, suami mengarahkannya keluar dari bilik dan pergi tidur bersama anak-anak.
Siti Rosmala juga mendakwa, keinginan seks Abdul Rashid cukup tinggi sejak mereka mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu.
Dia mendakwa, defendan sering bertindak kejam termasuk memukulnya di kepala dengan rotan dan kitab ekoran kesalahan kecil.
Pasangan itu dikurniakan tiga anak, Abdul Qayyum, 10, Hannan, 5, dan Bazlina, 3 tahun.
Sambil menangis, Siti Rosmala mendakwa, disebabkan mahu menjadi isteri yang solehah maka dia terpaksa mengikut sahaja kemahuan suaminya itu.
Abdul Rashid diwakili peguam syarie, Zulmi Sabri.
Perbicaraan bersambung 27 Mei ini. - Utusan
ada sapa pnyokong kuat Pas boleh bagi pandangan???? 
rasulullah dah pernah mengingatkan untukmu wahai wanita, berhati-hati lah..wanita tu sangat mudah melupakan kebaikan-kebaikan suaminya. hal yang paling buruk, wanita menceritakan hal tempat tidur dengan suami kepada orang lain. semoga ALLAH melaknat wanita-wanita yang macam ni.
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 05-04-10 11:02
satu pesan ingatlah wahai wanita, rasulullah telah mengingatkan bahwa wanita tu kurang agama dan kurang akal. kurang agama "kurang ibadah sebab adanya haid". kurang akal" perlunya lebih banyak saksi untuk seorang wanota" mengapa perlu banyak saksi?sebab wanita lagi bernai brbohong. wahai wanita-wanita..ikatlah dirimu dengan rasa takut kepada ALLAH..sehingga engkau takut untuk melupakan kebaikan suamimu, dan engkau suka mengingat kebaikannya. peluang ke neraka bagi wanita tu lagi besar. ingatlah itu.. "bukan brarti lelaki tak masuk neraka"
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 05-04-10 11:17
maaf.. sekadar nak tahu.. kalau penderaan seksual macam mana nak pakai saksi? ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
muhdevori
Warga 1 Bintang Menyertai: 12.12.2009 Ahli No: 38634
Posting: 26
Dari: kl
|
Posting pada: 05-04-10 11:57
salam.. tak perlu agaknya nak cerita detail macam 2.. malu lah bila bacenya..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 05-04-10 12:46
Pada 04-04-10 23:06 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! Pada 04-04-10 22:19 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! baru dibicarakan di mahkamah, belom diputuskan kedudukan pihak mana yang bersalah....kalau ada unsur fitnah macamana ?
setuju... oleh itu.. kutuk sang suami pun tak perlu.. dan kutuk sang isteri pun sama sekali tak perlu... kerana kita tidak tahu.. yang ditulis hanya sekadar mainan penulisan atau hakikat.. jadi harus berhati-hati agar tak mendapat dosa kering secara percuma..
cuma doakan..semoga Allah s.w.t membantu yang teraniaya..tidak kira suami atau isteri..amin
saya respon untuk setakat berita yang keluar termasuk dari akhbar sinar harian yang agak pertengahan....tidak pro kerajaan dan tidak sangat lah pro pembangkang. setakat ini isteri yang laju sangat bongkar aib suaminya hingga ke cerita yang sulit-sulit... namun belum terbaca lagi pembelaan dari dari pihak suami. saya harap tulisan saya di atas tidaklah keterlaluan pada si isteri atau bermaksud berlebihan mengutuk beliau. namun beliau sebagai seorang ustazah yang ada asas agama, dan terpelajar...saya tercari-cari kewajarannya bersikap demikian terhadap suami setelah bertahun berkongsi hidup bersama. Terlalu dasyat keaiban yang dipalitkan untuk suaminya... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
strawberri
Warga 5 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur
|
Posting pada: 05-04-10 12:49
tak boleh ke buat perbicaraan tertutup tanpa kehadiran wartawan? tak ada wartawan tak ada lah keluar cerita2 macam ni dalam paper
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 05-04-10 13:17
cerita dalam kain semuanya nak dijaja kat luar.. nak minta pengadilan sangat tapi masa yang sama mengaibkan tuan punya diri...
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 05-04-10 13:22
Pada 05-04-10 12:49 , strawberri posting:!!! QUOTE !!! tak boleh ke buat perbicaraan tertutup tanpa kehadiran wartawan? tak ada wartawan tak ada lah keluar cerita2 macam ni dalam paper
yep yep...itulah permasalahannya di sini.. sekarang ni.. andaikata saya di pukul.. dan tentu di mahkamah saya akan cerita setelah digasak peguam.. -pukul kat mana? -berapa inci luka -dia tendang ala kungfu ke main kuis2 kaki saja -dan segala macam soalan lagi..(kalau anda pernah menyaksikan perbicaraan sebenar, anda akan tahu betapa sengalnya soalan-soalan yang boleh dilontarkan oleh seorang peguam.tambahan lagi kepada wanita.dan yang paling sadis, mangsa rogol.terpaksa dicerita satu persatu) manakala yang tertuduh nak kata apa? ya saya tendang dia...? saya rogol dia? jangan haraplah kan..dah tentu2 dia akan nafikan.. lepas tu silap-silap.. saya pulak yang diaibkan. "minah ni cabar kelakian saya..sebab tu saya marah..tapi tak tendang pun...lalalalaaa...." letakkan diri sebagai mangsa, baru pedihnya akan terasa.. ada isteri yang menahan sepak terajang suami berpuluh tahun lebih lama berbanding coretan di atas.. walaubagaimanapun ini cuma contoh..tidak merujukk kepada kes diatas. apa yang baik, seharusnya perbicaraan sebegini dihalang penglibatan pihak media seperti kata strawberi..biarlah dibicara antara keluarga2 tertuduh, menuduh dan pihak mahkamah sahaja.. setelah dibuktikan, itu lain cerita.kerana kebenaran ..tidak harus disorok..supaya mangsa seterusnya dapat berhati-hati.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 05-04-10 13:24
Pada 05-04-10 13:17 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! cerita dalam kain semuanya nak dijaja kat luar.. nak minta pengadilan sangat tapi masa yang sama mengaibkan tuan punya diri...
huhu..hati-hati.. jangan marah sangat takut satu jari ditunjuk, baki jari lain tunjuk diri sendiri balik.. jangan sampai diri sendiri terpaksa menanggung derita akibat kelancangan ... ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 05-04-10 13:25
tertarik dengan perkataan ustazah tu tu saja.. kadang-kadang mereka cuma mengajar kelas2 yang tertentu saja dah di labelkan ustazah contoh macam raja sms pernah di labelkan sebagai ustaz kerana pernah menjadi guru ganti. dan pernah juga ada ustazah dr sabah dr sabah buka tudung masuk ptandingan nyanyian di rtm, alasan dia bagi, dia memang tak minat jadi ustazah tapi di paksa oleh keluarga. so, apa yang ada pada title ustaz dan ustazah...
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 05-04-10 13:26
kalau dah cerai, semua dilupakan. dulu berkasih2, tidur sama, setelah tu diceritakan pada orang. lepas tu musuh2, macam bukan akhlak manusia saja. islam pun ada cara untuk menceritakan kesalahan oarng jika diperlukan. ada caranya. taklah perlu hal-hal yang sngt2 pribadi disebutkan. untuk dimahkamah tu beberapa bukti dan saksi pun dah cukup. tak perlu kuarkan semua jurus2 yang ada..
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 05-04-10 14:41
Pada 05-04-10 13:24 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-04-10 13:17 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! cerita dalam kain semuanya nak dijaja kat luar.. nak minta pengadilan sangat tapi masa yang sama mengaibkan tuan punya diri...
huhu..hati-hati.. jangan marah sangat takut satu jari ditunjuk, baki jari lain tunjuk diri sendiri balik.. jangan sampai diri sendiri terpaksa menanggung derita akibat kelancangan ...
nampak macam marah ke? tak ada sebab saya nak marah... berita tentang aib orang, buruk orang semua nak dibuka.. nak protect diri sendiri pun janganlah sampai nak malukan diri sendiri...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-04-10 14:59
|
JKK
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.10.2008 Ahli No: 35465
Posting: 39
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 05-04-10 15:16
Pada 04-04-10 23:54 , si-tanah posting:!!! QUOTE !!! 'apa dah jadi?' tak jadi apa-apa pun. tak payah sebok rmhtgga org. KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas KETUA DEWAN ULAMA PAS Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. INI lah YANG 'APA-APA' TU...... ketua dewan ulama????????  ----------------- Hidup Melayu Kena Bersatu....
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 05-04-10 15:28
Pada 05-04-10 14:59 , sakinahazzahra posting:alhamdulillah.. terima kasih banyak.. terbayangkan andaikata perkara yang sama terjadi dikalangan sendiri (nauzubillah..) ketika itu, macam mana nak buat kalau siap diminta didatangkan saksi.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
JKK
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.10.2008 Ahli No: 35465
Posting: 39
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 05-04-10 15:31
Pada 05-04-10 15:16 , JKK posting:!!! QUOTE !!! Pada 04-04-10 23:54 , si-tanah posting:!!! QUOTE !!! 'apa dah jadi?' tak jadi apa-apa pun. tak payah sebok rmhtgga org.
KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas KETUA DEWAN ULAMA PAS Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung.
INI lah YANG 'APA-APA' TU...... ketua dewan ulama???????? 
patut lah kat laman web haraKAkdaily banyak jual 'ubat kuat'.......hehe  ----------------- Hidup Melayu Kena Bersatu....
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 05-04-10 15:32
Pada 05-04-10 14:41 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!!
nampak macam marah ke? tak ada sebab saya nak marah...
berita tentang aib orang, buruk orang semua nak dibuka.. nak protect diri sendiri pun janganlah sampai nak malukan diri sendiri...
tak marah baguslah.. saya ni pun cuma manusia biasa..bukanlah org yang alim dan bagus sangat seperti mana yang ramai kat sini..sekadar memperingati.. sebab bagi saya tak perlu nak kata wanita malah suaminya sekali tu yang menjaja cerita. sebab wartawan yang tulis artikel ni..bukan wanita tu pun.. silap-silap fakta pun salah..macam tak biasa dengan mainan media pula... ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 05-04-10 16:06
Pada 05-04-10 15:32 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-04-10 14:41 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!!
nampak macam marah ke? tak ada sebab saya nak marah...
berita tentang aib orang, buruk orang semua nak dibuka.. nak protect diri sendiri pun janganlah sampai nak malukan diri sendiri...
tak marah baguslah.. saya ni pun cuma manusia biasa..bukanlah org yang alim dan bagus sangat seperti mana yang ramai kat sini..sekadar memperingati.. sebab bagi saya tak perlu nak kata wanita malah suaminya sekali tu yang menjaja cerita. sebab wartawan yang tulis artikel ni..bukan wanita tu pun.. silap-silap fakta pun salah..macam tak biasa dengan mainan media pula...
ok, terima kasih mengingatkan saya..
|
ridhuan-ajmain
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.10.2009 Ahli No: 37967
Posting: 26
Dari: Dari ALLAH Kita Datang & kepada ALLAH Jua Kita Akan D Kembalikan, untuk D Hisab segala Kerja buat
|
Posting pada: 05-04-10 17:35
dengan NAMA ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.... PERTAMA sekali AKU NAK MARAH aka HAMUN ( MAKI LAIN TAHUN ) kepada JKK. JKK macam ni lah yang ALLAH TAALA PANGGIL DULU untuk D HADAPKAN D HADAPAN NYA... PARA PEMEGANG JAWATAN & PEMERINTAH ( ai`nal Muluq ) BARU saja dapat NAMA JKK DAH LUPA DIRI, LAGAKAN org macam MAKAN GORENG PISANG NANGKA PANAS dengan AIS CENDOL BERSAMA org T`sayang. DAH jadi TABIAT JKK, UDAH SEBATI jadi DARAH DAGING. FIRAUN, RAJA yang HEBAT ALLAH TAALA TAK MALU NAK AZABNYA, KETURUNAN PARA NABI ( BANI ISRAEL D PALESTIN sekarang ) ALLAH TAALA TAK MALU NAK AZABNYA... inikan pulak EN. JKK yang BARU SETAHUN JAGUNG D ARENA PEMEGANG JAWATAN LAGI LAGI LAGI ALLAH TAALA TAK MALU NAK AZAB. SEORANG LELAKI yang SOLEH, BUDIMAN DAN B`KASIH sayang SESAMA MUSLIM BILA dapat TAHU KEBURUKAN SAUDARANYA, MAKA DIA yang LAST dapat BERITA ITU, TIDAK lagi D HEBAHKAN KEJELEKAN SAUDARANYA. JKK !!! anda suka buka JELEK org ye.. TIKA anda sihat saja anda BOLEH MENAIP anda BOLEH B`fikir... BILA SEMUA ITU DAH D TARIK OLEH ALLAH, anda macam POKOK KAYU yang MATI TUNGGU MASA NAK D TEBANG BUAT KAYU API MAJLIS KENDURI KAWIN ANAK org INDON.. SOMBONG PUNYA JKK, anda yang bawa CERITA INI dapat 2... yang TAK TAHU HUJUNG PANGKAL TERUS BELASAH saja dapat juga SEKETUL... NABI SAW B`SABDA lebih kurang " dapat sesuatu berita check dulu ya ke tidak, jangan main terjah saja. Aku NAK tanya anda 1 saja JKK... Kalau anda BOLEH JAWAP NI HEBAT LAH anda. BILA PEMIMPIN KESAYANGAN anda Rosmah anak Mansor NAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD & QISAS... Nak pakai jilbab pun tak b`daya, macam lah jilbab tu berat 5 tan. Baca kitab suci al Quran saban tahun tak pernah mis tapi nak melaksanakan isi kandungan Nya tak ada peluang langsung. So Buat lah apa jua teknik2, plan2, kursus2 untuk kurangkan jenayah... sampai kiamat pun umat manusia d malaysia ni hidup tarak aman SELAGI undang-undang ALLAH TAALA TIDAK D LAKSANAKAN... En. JKK yang D HORMATY. yang ke 2.... untuk diri saya dan PARA sahabat-sahabat UKHWAH yang D SYGi, MARILAH KITA SELALU B`ISTIGHFAR POHON KEAMPUNAN DR ALLAH yang MAHA PENGAMPUN SUKA BERI AMPUN sebaik-baik PEMAAF... KITA t`masuk saya ini banyak DOSA... DULU,KINI & AKAN datang. T`masuk anda JKK.. jangan MENGULAR minta Ampun.
|
si-tanah
Warga Rasmi Menyertai: 02.11.2009 Ahli No: 38022
Posting: 14
Dari: Selangor
|
Posting pada: 05-04-10 20:38
Pada 05-04-10 15:31 , JKK posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-04-10 15:16 , JKK posting:!!! QUOTE !!! Pada 04-04-10 23:54 , si-tanah posting:!!! QUOTE !!! 'apa dah jadi?' tak jadi apa-apa pun. tak payah sebok rmhtgga org.
KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas KETUA DEWAN ULAMA PAS Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung.
INI lah YANG 'APA-APA' TU...... ketua dewan ulama???????? 
patut lah kat laman web haraKAkdaily banyak jual 'ubat kuat'.......hehe 
oh begitu ke... suka betul saudara dengan crite2 macam ni. setakat tu saja lah otak org umno ... padan lah pun.
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 05-04-10 21:49
Pada 04-04-10 23:06 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! Pada 04-04-10 22:19 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! baru dibicarakan di mahkamah, belom diputuskan kedudukan pihak mana yang bersalah....kalau ada unsur fitnah macamana ?
setuju... oleh itu.. kutuk sang suami pun tak perlu.. dan kutuk sang isteri pun sama sekali tak perlu... kerana kita tidak tahu.. yang ditulis hanya sekadar mainan penulisan atau hakikat.. jadi harus berhati-hati agar tak mendapat dosa kering secara percuma..
cuma doakan..semoga Allah s.w.t membantu yang teraniaya..tidak kira suami atau isteri..amin
ana setuju sangat,banyakkan muhasabah diri dan betulkan saja..insyallah
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-04-10 01:49
Pada 05-04-10 15:28 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-04-10 14:59 , sakinahazzahra posting:
alhamdulillah.. terima kasih banyak.. terbayangkan andaikata perkara yang sama terjadi dikalangan sendiri (nauzubillah..) ketika itu, macam mana nak buat kalau siap diminta didatangkan saksi..
kan dalam artikel itu ada dijelaskan juga....eni tak baca habis agaknya.. hukum asal...bawa saksi.... jika tiada saksi... Jika masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain' atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
puteri_85
Warga Rasmi Menyertai: 22.03.2010 Ahli No: 39539
Posting: 6
Dari: TAIPING,PERAK
|
Posting pada: 06-04-10 02:10
jkk jawab ar soalan ridhuan-ajmain tu......ke tak ada jawapan???
|
puteri_85
Warga Rasmi Menyertai: 22.03.2010 Ahli No: 39539
Posting: 6
Dari: TAIPING,PERAK
|
Posting pada: 06-04-10 02:10
jkk jawab ar soalan ridhuan-ajmain tu......ke tak ada jawapan???
|
i-shah03
Warga 1 Bintang Menyertai: 14.02.2010 Ahli No: 39274
Posting: 34
Dari: Puchong
|
Posting pada: 06-04-10 02:47
Pada 06-04-10 02:10 , puteri_85 posting:!!! QUOTE !!! jkk jawab ar soalan ridhuan-ajmain tu......ke tak ada jawapan???
maaf saya mencelah... buat saudara JKK, akhbar hanya menyiarkan iklan, penjual ubat mengiklankan produk mereka, pengguna mengguna produk mereka... siapa yang kita nak persalahkan???? bagaiamana bial orang cuba pertikaikan dan ingin kita kemukakan jawapan seperti puteri_85 minta??? sebaiknya kita bincang sesuatu perkara dari sudut yang positif tanpa kita menghina atau meremeh mana-mana pihak... dalam forum sebegini, kita sepatutnya lebih matang dalam mengemukan idea dan pendapat... jangan ada sikap berniat untuk kenakan orang atau meremehkan pihak lain... saya lebih suka sikap nurkamar dan shermaley serta pandangan myhoney. maaf kalau saya terlalu berterus terang. ----------------- Nur kasih impian kasih Hingga termakbul Impian Kasih http://i-shah03.blogspot.com
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 06-04-10 07:06
Pada 06-04-10 01:49 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-04-10 15:28 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!!
alhamdulillah.. terima kasih banyak.. terbayangkan andaikata perkara yang sama terjadi dikalangan sendiri (nauzubillah..) ketika itu, macam mana nak buat kalau siap diminta didatangkan saksi..
kan dalam artikel itu ada dijelaskan juga....eni tak baca habis agaknya..
hukum asal...bawa saksi.... jika tiada saksi...
Jika masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan
Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain' atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan.
erk... saya kata time kasih kat sakinah kerana membuat saya lebih jelas pun akak boleh tafsir saya baca tak habis? mengapalah sampai hati sekali akak berfikiran macam tu pada saya?  ...berbaik sangka lah wahai seorang kakak. saya cuma kata terima kasih to kinah for making myself clearer to deal with the situation(maaf andaikata bahasa melayu saya kurang jelas sebelum ini).it is a little terrifying if there is no way out for sexual victim unless with 4 eyewitness.after reading from the link that kinah provided for me, i understand there is another way.. so i thanked her for that.. harap ucapan terima kasih kepada sakinah tidak mengganggu ketenteraman dan menimbulkan salah faham kepada akak dan orang lain.. ayat tersebut ditujukan khusus kepada sakinah  terima kasih sakinah sekali lagi... ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 06-04-10 07:34
banyaknya terima kasih kak eni.. sama-sama  kata-kata yang ditaip tanpa melihat air muka dan tanpa mendengar intonasi ini agaknya mudah buat orang salah faham.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-04-10 08:54
!!! QUOTE !!! erk... saya kata time kasih kat sakinah kerana membuat saya lebih jelas pun akak boleh tafsir saya baca tak habis? mengapalah sampai hati sekali akak berfikiran macam tu pada saya? ...berbaik sangka lah wahai seorang kakak. astaghfirullah..... apa masalah eni ni ?.... tulisan saya nampak macam saya berburuk sangka dengan eni ke ? saya mungkin silap faham kerana menyangka eni belum faham tentang perkara ini dan belum baca keseluruhan, ....maka saya quote kan sekali lagi.... mengapa pula eni sampai merasakan saya berburuk sangka pula dengan eni ?...jauh sangat eni pergi..... saya minta maaf jika eni tersinggung....silap saya kerana gagal memahami tulisan eni.....maaf sekali lagi... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 06-04-10 13:14
Pada 06-04-10 08:54 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! saya mungkin silap faham kerana menyangka eni belum faham tentang perkara ini dan belum baca keseluruhan, ....maka saya quote kan sekali lagi....
itulah "masalahnya" yang saya kesalkan.. tiba-tiba saja saya dianggap tidak membaca keseluruhan.mungkin juga saya menggunakan tatabahasa yang silap dalam membentuk ayat. tapi tak mengapa.. saya harap sudah jelas duduk perkaranya.. saya lebih selesa bila kita saling bermaaf2 dari memendam rasa.saya juga mohon maaf pada akak kembali kerana dah buat akak fikir begitu  ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-04-10 13:57
Pada 06-04-10 13:14 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! Pada 06-04-10 08:54 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! saya mungkin silap faham kerana menyangka eni belum faham tentang perkara ini dan belum baca keseluruhan, ....maka saya quote kan sekali lagi....
itulah "masalahnya" yang saya kesalkan.. tiba-tiba saja saya dianggap tidak membaca keseluruhan.mungkin juga saya menggunakan tatabahasa yang silap dalam membentuk ayat.
tapi tak mengapa.. saya harap sudah jelas duduk perkaranya.. saya lebih selesa bila kita saling bermaaf2 dari memendam rasa.saya juga mohon maaf pada akak kembali kerana dah buat akak fikir begitu 
syukron .....  ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 06-04-10 14:15
publisiti murahan ni.nak famous dengan jalan pintas.sampai tak ada malu langsung.Kalau betul pun kes tu.selesai saja lah cara yang tak sampai jadi heboh.tak ke malu itu ----------------- abu muadz
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 07-04-10 12:24
Pada 06-04-10 14:15 , pejuang_terakhir posting:!!! QUOTE !!! publisiti murahan ni.nak famous dengan jalan pintas.sampai tak ada malu langsung.Kalau betul pun kes tu.selesai saja lah cara yang tak sampai jadi heboh.tak ke malu itu
Inilah masalah dalam amalan kewartawanan hari ini. Begitu juga prosedur mahkamah. Paling silap undang-undang yang digunakan. Kemudian, ada pula pihak yang nak mengambil kesempatan. Senang kata bila sistem dah busok berair, nanahnya dah berulat, amputasi saja jawapannya. Permasalahan dalam rumah tangga, apatah lagi yang melibat perkara dalam kelambu haram sama sekali didedahkan kepada pihak lain. Maka jika terjadi permasalahan dan dibawa kepada Qadhi, hearing dilakukan secara tertutup dikalangan yang terlibat. Mereka yang terlibat ini haram sama sekali mendedahkan kepada pihak lain. Ini melibatkan amanah dan maruah. Apabila Islam tidak dijadikan petunjuk, maka inilah yang terjadi, maruah wanita dan lelaki Islam jadi bahan bacaan nasional, sunguh memalukan. Saya agak terkejut dengan respon yang diberikan diukhwah ini. Bagi yang cuba mempertahankan ustaz tersebut, dibelakang unta pun jadi huraian. Sememangnya suami itu wali bagi isteri, tetapi hubungan suami isteri itu Islam gariskan penuh dengan kasih sayang dan penuh setiakawan, bukan sekadar melampiskan nafsu. Isteri bukan objek seks. Tindakan sedemikian, neither gentleman nor Islamic. Hizbut Tahrir membahaskan perkara ini dalam kitab Nizamul Ijtimaei, cukup jelas keindanhan perkongsian hidup ini jika dilihat dari kacamata Islam. Saya sarankan bagi yang masih berpandangan sedemikian, baik lelaki mahupun wanita, bacalah kitab tersebut. Betapa Islam memuliskan wanita sebagai isteri dan menghormati lelaki sebagai ketua rumahtangga. Kepada yang cuba menyerang Bekas Ketua Dewan Ulama' PAS tersebut, saya kira ini adalah satu bentuk serangan yang tidak Islam, ia cukup menjijikkan. Tergamak kalian mensensasikan perkara sebegini untuk memalukan saudara seislam, ingatlah Allah akan membuka keaiban kalian di yaumil mahsyar kelak. Sukar untuk menentukan siapa yang benar dalam hal ini, si suami atau isteri tersebut. Jika telah diputuskan mahkamah pun, apakah benar atau salah mahkamah itu standardnya Islam? Dan paling utama kita perlu faham, sebenarnya kita tak perlu sibuk masuk campur hal ini. Memang sesak nafas apabila kehidupan tidak Islam.
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 07-04-10 12:33
Pada 07-04-10 12:24 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!!
Sukar untuk menentukan siapa yang benar dalam hal ini, si suami atau isteri tersebut. Jika telah diputuskan mahkamah pun, apakah benar atau salah mahkamah itu standardnya Islam? Dan paling utama kita perlu faham, sebenarnya kita tak perlu sibuk masuk campur hal ini.
setuju dengan ini ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
sharinor
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.03.2010 Ahli No: 39398
Posting: 29
Dari: seremban
|
Posting pada: 07-04-10 13:05
Saya simpati pada nasib wanita seperti ini. Dia sendiri meletakkan dirinya dalam keadaan yang mengaibkan. Ada cara sebenarnya untuk mendapatkan pembelaan dan tidak perlu diriuhkan kisah rumahtangga di mahkamah dunia. Allah maha mengetahui. Ada balasan bagi orang yang teraniaya sekiranya benar. Cara ini semacam ada agenda yang tersirat. Mungkin sesuai dengan suami yang tidak memuliakan isteri dan sebaliknya.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 07-04-10 15:22
!!! QUOTE !!! Saya agak terkejut dengan respon yang diberikan diukhwah ini. Bagi yang cuba mempertahankan ustaz tersebut, dibelakang unta pun jadi huraian. Sememangnya suami itu wali bagi isteri, tetapi hubungan suami isteri itu Islam gariskan penuh dengan kasih sayang dan penuh setiakawan, bukan sekadar melampiskan nafsu. Isteri bukan objek seks. Tindakan sedemikian, neither gentleman nor Islamic. Hizbut Tahrir membahaskan perkara ini dalam kitab Nizamul Ijtimaei, cukup jelas keindanhan perkongsian hidup ini jika dilihat dari kacamata Islam. Saya sarankan bagi yang masih berpandangan sedemikian, baik lelaki mahupun wanita, bacalah kitab tersebut. Betapa Islam memuliskan wanita sebagai isteri dan menghormati lelaki sebagai ketua rumahtangga. saya membawa perbandingan belakang unta itu adalah untuk menjelaskan tentang betapa wajibnya isteri memenuhi hak suaminya jika tiada keuzuran syarak. Tidak boleh wewenang menolak kerana ia boleh menjadikan dia isteri yang nusyuz. Apakah dengan bermasam muka dengan suami maka gugur hak suaminya untuk mendatangi dirinya??.... bukan bermaksud menafikan keharmonian perasaan suami isteri ketika berhubungan, sebaliknya menentang sikap isteri yang menolak ajakan suami dengan alasan dalam' musim bergaduh dan bermasam muka....adakah itu penolakan yang dibenar syarak?? betolkan jika saya salah faham. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 08-04-10 11:12
salam isu ini memang banyak berlaku dalam rumahtangga, tak kira siapa ,status, pangkat atau pun umur.. saya berpandangan ada isu lain yang menjadi penyebab, setakat 1. Suami kuat seks 2. Suami garang atau bengis terlampau 3. kes ada bisul... 4. mereka sering bergaduh , tapi sampai sekarang tak tau apa isunya(yang sebenarnya akar kepada semua masalah ni) ini semua adalah dakwaan hasil ketidak puasan hati kepada isu pokok yang si pengadu tak bagi tahu kepada hakim. 1. suami kuat seks, memang tanggungjawab isteri untuk memenuhi dan melayan suami. jangan sampai dia makan luar...ini biasalah dan si suami yang saya rasa lebih tinggi ilmunya agamanya tentu tahu nasihat Nabi bagaimana nak berurusan secara baik dengan isteri. 2. suami garang atau bengis ..ini saya kurang pasti sebab saya hanya mendengar dakwaan isteri....garang yang macam mana tu kena di siasatdulu lah oleh pehak berwajib 3. kes ada bisul hehe..ni saya no komen lah... apa pun ada isu besar yang menghasilkan natijah kepada semua ini.. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 08-04-10 11:25
tu kan issu rumah tangga orang.kita sama sekali tak boleh nak kata ustaz tu salah or istrinya yang salah. sebab kita pun tak tahu pastinya. memang ada yang dikatakan istrinya, tapi tu sama sekali tak boleh nak kita jdkn alasan untuk menyalahkn.
|
alhikam
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.09.2007 Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal
|
Posting pada: 08-04-10 11:53
Saya harap isu ini tak perlu dipanjangkan lagi . Saya sememangnya sahabat kepada ustaz tersebut dan juga pernah keluar makan bersama dengan mereka berdua . Apa yang ditulis itu sememannya terlalu keterlaluan . Saya sendiri pun taklah menyokong ustaz itu . Bila nak berpisah bermacam-macam alasan yang diberikan . Sekarang ini mereka bukan kes nak bercerai mereka dah tak serumah pun . Tapi yang jadi isu adalah untuk hak penjagaan anak-anak . Si isteri sebenarnya sampai sekarang tak membenarkan si suami menjenguk anak2nya . Si isteri tak mahu bagi langsung kepada suami untuk menjenguk anak2nya walau sekejap itu yang menyebabkan si suami memfailkan di mahkamah . Si suami dah pun redha dengan isteri yang tak mahu bersamanya lagi . Lagi satu ustaz tu sakit pun macam-macam , kurus sangat dan tenaga pun dah lemah ustazah pula seorang yang berbadan tegap dan besar .Jadi fikirlah sendiri macam mana situasi di atas akan berlaku .. saya pun pernah tidur sebilik dengan ustaz ini memang bekalan ubat tu banyak dan sentiasa kena makan . Saya sendiri tak berani nak katakan siapa benar dan salah cuma biar mahkamah yang tentukan kes2 sebegini . Ustaz tersebut pun dah letak jawatan beliau awal-awal lagi sebelum perbicaraan supaya ianya tak dimain2kan oleh media . Maklumlah memegan jawatan Ketua Dewan Ulamak ....
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 08-04-10 16:53
Pada 08-04-10 11:53 , alhikam posting:!!! QUOTE !!! Saya harap isu ini tak perlu dipanjangkan lagi . Saya sememangnya sahabat kepada ustaz tersebut dan juga pernah keluar makan bersama dengan mereka berdua .
Apa yang ditulis itu sememannya terlalu keterlaluan . Saya sendiri pun taklah menyokong ustaz itu . Bila nak berpisah bermacam-macam alasan yang diberikan . Sekarang ini mereka bukan kes nak bercerai mereka dah tak serumah pun . Tapi yang jadi isu adalah untuk hak penjagaan anak-anak . Si isteri sebenarnya sampai sekarang tak membenarkan si suami menjenguk anak2nya . Si isteri tak mahu bagi langsung kepada suami untuk menjenguk anak2nya walau sekejap itu yang menyebabkan si suami memfailkan di mahkamah . Si suami dah pun redha dengan isteri yang tak mahu bersamanya lagi .
Lagi satu ustaz tu sakit pun macam-macam , kurus sangat dan tenaga pun dah lemah ustazah pula seorang yang berbadan tegap dan besar .Jadi fikirlah sendiri macam mana situasi di atas akan berlaku .. saya pun pernah tidur sebilik dengan ustaz ini memang bekalan ubat tu banyak dan sentiasa kena makan .
Saya sendiri tak berani nak katakan siapa benar dan salah cuma biar mahkamah yang tentukan kes2 sebegini . Ustaz tersebut pun dah letak jawatan beliau awal-awal lagi sebelum perbicaraan supaya ianya tak dimain2kan oleh media . Maklumlah memegan jawatan Ketua Dewan Ulamak .... ALLAH pasti tahu apa yang terbaik untuk ustaztu. semoga ALLAH menjaga ustaz tu, aminn ya ALLAH..
|
ridhuan-ajmain
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.10.2009 Ahli No: 37967
Posting: 26
Dari: Dari ALLAH Kita Datang & kepada ALLAH Jua Kita Akan D Kembalikan, untuk D Hisab segala Kerja buat
|
Posting pada: 10-04-10 12:17
mana JKK HAPRAK ni, tak nampak btg idong pun... ke dah b`kg d HULU S`GOR, dia punya pasal lah Para Sahabat Ukhwah lain dah HOT kat sini saling b`cakaran. JKK suka sangat lah tengok dr jauh nak masuk dekat tarak berani. JKK ni memang reporter atas pokok macam penyamun 40.... alibaba bujang lapok. hari ini anda siarkan cerita yang tak pasti ( RAGU-RAGU ) pasal org, tak lama lagi t`balik pada anda pulak apa yang t`jadi dalam laporan anda tu JKK.Tak kena pada anda, anak cucu cicit mu menanti.Masa itu baru anda tahu Langit Tinggi Ke Rendah. JANGAN rasa DIRI SELAMAT, MUSUH ADA dalam DIRI MU SENDIRI. jangan SOMBONG JKK.
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 12-04-10 21:16
Salam ... Kenapa isu-isu sprt ini perlu dikeluarkan di akhbar? Apakah pemberita2 ini tidak beretika? Apatakah lagi jika pemberita yang mengeluarkan berita itu beragama Islam ... Saya pernah dengar pendapat seorang Habib tentang kes Anwar Ibrahim ... menurut beliau kes aib sprt itu tak perlu didedahkan diakhbar, memadai dengan sumpah atas nama Allah dan dilakukan secara tertutup ...
|
sharinor
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.03.2010 Ahli No: 39398
Posting: 29
Dari: seremban
|
Posting pada: 13-04-10 11:47
Saya setuju dengan lili mawar... saya memang tidak suka membaca cerita mengenai aib orang, takut diri sendiri diaibkan nanti bagaimana? Terutama orang-orang Islam, dan orang-orang yang nak diaibkan pula adalah golongan orang-orang besar dalam Islam. Kalau semua sudah diaibkan dan dicari salahnya siapa lagi yang tinggal yang tidak diaibkan? Boleh tak sampaikan cerita-cerita orang yang membuat kebaikan selain dari nabi muhd saw. Agar semua boleh mencontohinya.  ----------------- “Sesungguhnya dalam jasad manusia itu trdapat seketul daging apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan."
|
cruncing
Warga 1 Bintang Menyertai: 09.02.2010 Ahli No: 39239
Posting: 29
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 13-04-10 13:02
Pada 12-04-10 21:16 , lily_mawar posting:!!! QUOTE !!! Salam ...
Kenapa isu-isu sprt ini perlu dikeluarkan di akhbar? Apakah pemberita2 ini tidak beretika? Apatakah lagi jika pemberita yang mengeluarkan berita itu beragama Islam ...
Saya pernah dengar pendapat seorang Habib tentang kes Anwar Ibrahim ... menurut beliau kes aib sprt itu tak perlu didedahkan diakhbar, memadai dengan sumpah atas nama Allah dan dilakukan secara tertutup ... Salam.... Pada pendapat saya, apa yang ada dalam akhbar tu mungkin dah ditambah atau diolah untuk sedapkan lagi jalan cerita bagi mereka yang berkepentingan. Kita kena lah guna kewarasan akal untuk fikir mana yang baik dan buruk, supaya boleh dijadikan sempadan dan tauladan.... Ada juga baik nya perkara begitu didedahkan supaya kita sedar dan ambil tahu bahawa sememangnya ia berlaku dikalangan masyarakat kita, tak perlu nak menyalahkan sesiapa..... Kalau benda macam ini kita sembunyikan sampai bila pun kita akan anggap kita adalah yang terbaik dalam semua perkara, hakikatnya tidak..... Lihat lah dengan mata hati..... ----------------- Kita adalah apa yang kita fikirkan.......
|
JKK
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.10.2008 Ahli No: 35465
Posting: 39
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 13-04-10 19:32
Pada 06-04-10 02:10 , puteri_85 posting:!!! QUOTE !!! jkk jawab ar soalan ridhuan-ajmain tu......ke tak ada jawapan??? hmm rsnye tak perlu jawab soalan ridhuan-ajmain tu.....merapu saja lebih.  ----------------- Hidup Melayu Kena Bersatu....
|
JKK
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.10.2008 Ahli No: 35465
Posting: 39
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 13-04-10 19:41
Pada 05-04-10 17:35 , ridhuan-ajmain posting:!!! QUOTE !!! dengan NAMA ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG....
PERTAMA sekali AKU NAK MARAH aka HAMUN ( MAKI LAIN TAHUN ) kepada JKK. JKK macam ni lah yang ALLAH TAALA PANGGIL DULU untuk D HADAPKAN D HADAPAN NYA... PARA PEMEGANG JAWATAN & PEMERINTAH ( ai`nal Muluq ) BARU saja dapat NAMA JKK DAH LUPA DIRI, LAGAKAN org macam MAKAN GORENG PISANG NANGKA PANAS dengan AIS CENDOL BERSAMA org T`sayang. DAH jadi TABIAT JKK, UDAH SEBATI jadi DARAH DAGING. FIRAUN, RAJA yang HEBAT ALLAH TAALA TAK MALU NAK AZABNYA, KETURUNAN PARA NABI ( BANI ISRAEL D PALESTIN sekarang ) ALLAH TAALA TAK MALU NAK AZABNYA... inikan pulak EN. JKK yang BARU SETAHUN JAGUNG D ARENA PEMEGANG JAWATAN LAGI LAGI LAGI ALLAH TAALA TAK MALU NAK AZAB. SEORANG LELAKI yang SOLEH, BUDIMAN DAN B`KASIH sayang SESAMA MUSLIM BILA dapat TAHU KEBURUKAN SAUDARANYA, MAKA DIA yang LAST dapat BERITA ITU, TIDAK lagi D HEBAHKAN KEJELEKAN SAUDARANYA. JKK !!! anda suka buka JELEK org ye.. TIKA anda sihat saja anda BOLEH MENAIP anda BOLEH B`fikir... BILA SEMUA ITU DAH D TARIK OLEH ALLAH, anda macam POKOK KAYU yang MATI TUNGGU MASA NAK D TEBANG BUAT KAYU API MAJLIS KENDURI KAWIN ANAK org INDON.. SOMBONG PUNYA JKK, anda yang bawa CERITA INI dapat 2... yang TAK TAHU HUJUNG PANGKAL TERUS BELASAH saja dapat juga SEKETUL... NABI SAW B`SABDA lebih kurang " dapat sesuatu berita check dulu ya ke tidak, jangan main terjah saja. Aku NAK tanya anda 1 saja JKK... Kalau anda BOLEH JAWAP NI HEBAT LAH anda. BILA PEMIMPIN KESAYANGAN anda Rosmah anak Mansor NAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD & QISAS... Nak pakai jilbab pun tak b`daya, macam lah jilbab tu berat 5 tan. Baca kitab suci al Quran saban tahun tak pernah mis tapi nak melaksanakan isi kandungan Nya tak ada peluang langsung. So Buat lah apa jua teknik2, plan2, kursus2 untuk kurangkan jenayah... sampai kiamat pun umat manusia d malaysia ni hidup tarak aman SELAGI undang-undang ALLAH TAALA TIDAK D LAKSANAKAN... En. JKK yang D HORMATY.
ni lah perangai org yang tak boleh bincang dengan akal yang waras......asyik2 nak maki saja kerjanya.dah tu merapu pula lagi....siap pisang nangka & ais cendol lagi.....ish2  kasihan bila masa pula aku buka jelek org.....ni dr paper. semua org baca dr paper.terpulang pada semua untuk membuat tanggapan.kalau nak marah.....marah lah reporter tu. ----------------- Hidup Melayu Kena Bersatu....
|
mujahadah85
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.12.2009 Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam
|
Posting pada: 13-04-10 23:59
lebih baik berdiam diri..dari berkata2 yang memudaratkan..dan memufliskan kita diakhirat..huhu..silent (^_^)
|
floranfauna
Warga Rasmi Menyertai: 09.11.2009 Ahli No: 38150
Posting: 7
Dari: ipoh
|
Posting pada: 16-04-10 20:21
nak jadi isteri solehah banyak cara lagi. kasihan dengar selalu wanita diperlakukan begini ada yang kena simbah asid pun .kepada yang mendapat suami yang mmahami bersyukurla ye ...
|