Oleh |
Antara pilihan mak @ sendiri.... |
alamin313
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.03.2010 Ahli No: 39521
Posting: 55
Dari: ajil,terengganu
|
Posting pada: 27-03-10 12:56
salam... Antara pilihan mak atau pilihan sendiri untuk mencari pasangan hidup..yang mana akan anda pilih...? menurut orang yang lebih tua pilihan mak&ayah adalah lebih terbaik kerana mereka lebih mengenali seseorang yang ingin di buat menantu dan mereka mesti akan mencari yang terbaik untuk anak mereka.... kata-kata mak&ayah: "mak dan ayah khawin pun dipilih atuk kau dan tak pernah kenal pun boleh saja kekal sampai sekarang" menurut remaja sekarang mereka lebih suka memilih pasangan sendiri kerana nak cari keserasian tapi nak diikutkan kalau dah sayang semua nampak baik..... kata-kata remaja: "kita dah zaman moden sekarang...kalau masih suruh mak yang cari pasangan hidup itu di namakan kolot...." berikan pendapat tentang pilihan anda.... wsalam.. ----------------- Travelog Satu Perjalanan (masih banyak yang perlu ku cari)
|
nathirah-sadiqah
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.03.2010 Ahli No: 39470
Posting: 60
Dari: Labuan
|
Posting pada: 27-03-10 13:11
dalam hal ni ada dua keadaan juga... zaman sekarang bukan senang cari lelaki atau perempuan yang baik kan... bila jodoh itu atas pilihan orang tua, janganlah juga terus diturutkan. tengok siapa pilihan orang tua tu. kalau pilihan dia bagus, turutkan saja... sebab perkahwinan perlu ada restu orang tua. tapi, kalau dah tahu pilihan tu memang salah...orang tu memang dah diketahui tidak baik, tetapi pandai berlakon depan orang tua, cakap lah baik-baik dengan orang tua kamu... mereka pasti ingin yang terbaik untuk anaknya... kalau atas pilihan sendiri,,, ada juga orang tua yang beri anaknya pilih sendiri. tapi, jangan asyik nak ikut keputusan sendiri saja. bincang juga dengan orang tua, minta pendapat. dalam masa yang sama minta juga pendapat daripada kawan mengenai pasangan tu. yang penting, perlu dapat yang baik untuk diri...bila sentiasa ikut hati, bimbang akhirnya tersilap langkah... -----------------
|
mutmainah
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37471
Posting: 96
Dari: sbh-kedah
|
Posting pada: 27-03-10 21:17
..hmm..saya ada juga bagi tau emak...minta dia yang carikan jodoh... ...tapi mak tak mahu..dia kata..." km yang nak kawin km carila sendiri...nt kalau kena carikan...dapat yang tak km suka salahkan mak.." ----------------- there is no such thing as a safe journey life is full of ups dan downs
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 07-05-10 02:32
Salam ... Antara pilihan ibu/bapa dan sendiri .... saya rasa pilihan sendiri tu lebih baik, sebab dah kenal dan dapat tentukan keserasian itu ada atau tidak ... Pilihan ibu/bapa tak semestinya 100% terbaik ... sebab tak pernah kenal keperibadian pasangan dan bagaimana jika selepas kawin tak ada keserasian ... Bercerai???????? ....
|
mohdazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.04.2010 Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor
|
Posting pada: 07-05-10 08:51
salam... pada pandangan saya cubalah ikut jalan selamat,nula-mula tanyakan pada mak ayah,jika mereka nak carikan jodoh untuk kita.maka kita kena patuh, kalau pilihan diberi sepenuhnya kepada kita silakan mencari ----------------- http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 07-05-10 16:09
sentiasalah berdoa agar pilihan kita seiring searah sejalan setempat dengan pilihan mak ayah -----------------
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 07-05-10 19:12
assalamualaikum w.b.t.. pilihan sendiri atau ibu bapa??? bagi saya dua-dua pun boleh asalkan pilihan itu yang terbaik bagi yang ingin mendirikan rumahtangga.. kedua-dua pihak antara ibu bapa dan anak dah mencapai kata sepakat bagi memilih pasangan tersebut.. apapun minta petunjuk dariNya mudah-mudahan kabahagiaan yang ingin dibina berkekakalan hingga ke akhir sana..
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 07-05-10 20:39
actually tak kisah sangat pilihan parent..tapi yang tak suka tu bila parent kita tu dok promote kita sana sini..segan gila! --------> my atok selalu lah sebok ajak p temankan dia p bertandang2 rumah saudara marah dia..tapi tak pernah saya nak folow..tau da..dia nak promote org lah tu..ceh.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.10.2005 Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe
|
Posting pada: 07-05-10 20:58
Pada 07-05-10 20:39 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! actually tak kisah sangat pilihan parent..tapi yang tak suka tu bila parent kita tu dok promote kita sana sini..segan gila!
--------> my atok selalu lah sebok ajak p temankan dia p bertandang2 rumah saudara marah dia..tapi tak pernah saya nak folow..tau da..dia nak promote org lah tu..ceh..
nak gelak pun ada...tapi itulah realitinya..bukan encik saja yang terkena begitu =) ----------------- HiDuP iNi InDah JikA sEgAlAnyA kEraNa AllAH
|
sahabat83
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2005 Ahli No: 15922
Posting: 151
Dari: skpc(1)-sesma-ikip3-upm-cosmopoinkb
|
Posting pada: 15-06-10 07:48
bagi ana kedua-duanya ada kelebihan masing-masing..bergantung kepada kebijaksanaan kita...perkahwinan ini suatu ibadah...Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin". "Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik" ----------------- Jika dikatakan embun pagi itu suci...suci lagi pengorbanan & keikhlasan...jika dirasakan permata nilam itu indah...indah lagi ukhwah yang terjalin antara k
|
syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 15-06-10 08:37
salam... pilihan keluarga ye...ikutkan saya ni menjadi pilihan seorang ibu untuk anak sulungnye.tah macam mana si ibu tersebut berkenan pada saya. dan lagi satu,kami ni berjiran.hehe.kedua-dua belah famili saya dan si dia nampak macam setuju dengan kami berdua. hrpnye ada jodoh buat kami.amin. ----------------- ANDAI kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya,dan menurut ibu,tiang serinya adalah agama (FT, Tuhan Manusia)
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 15-06-10 08:46
Bismillah Salam Alaiyk Tak kisah pilihan ibu ayah atau sendiri. Apa yang menjadi utama pegangan agama. Ibu bapa..adalah mereka yang melahirkan, membesarkan..mendidik.. mereka juga yang memahami anak mereka yang mana baik untuknya. Orang yang beriman & bertaqwa InsyaAllah mampu membawa rumahtangga dengan baik. Sebaliknya mereka yang hanya mengejar dunia..maka sementara sajalah nikmat yang diperolehinya. SemuaNya atas izin dan perancangan Allah. Terima dengan ikhlas tanpa mengira pelbagai kekurangan mahupun persoalan. Sama-sama perbaiki dahulu urusan kita dengan Maha Pencipta.. InsyaAllah kita mampu menilai dan membuat sesuatu tindakan berlandaskan syariat.
|
permata_keluarga88
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.06.2010 Ahli No: 39992
Posting: 31
|
Posting pada: 15-06-10 20:53
salam... dua-dua boleh saja.. yang penting keserasian.,dan saling menghormati.... antara satu sama lain wujud dalam diri pasangan itu... serta ikhlas menerima pasangan masing-masing... i`allah....bahagia....
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 16-06-10 21:10
kedua-duanya pun tak kisah... saya tak kisah Kalau mak ayah pilih....insyaallah plhn ibubapa yang terbaik... mereka pun tak kisah saya cari sendiri..tapi banyak lah kena soal nanti..macam interview pula.....itu ini begitu gini.. ----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|
hanisahani
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai
|
Posting pada: 18-06-10 09:30
Pada 15-06-10 08:46 , SiNaRaBaDi posting:!!! QUOTE !!! Bismillah Salam Alaiyk
Tak kisah pilihan ibu ayah atau sendiri. Apa yang menjadi utama pegangan agama.
Ibu bapa..adalah mereka yang melahirkan, membesarkan..mendidik.. mereka juga yang memahami anak mereka yang mana baik untuknya.
Orang yang beriman & bertaqwa InsyaAllah mampu membawa rumahtangga dengan baik. Sebaliknya mereka yang hanya mengejar dunia..maka sementara sajalah nikmat yang diperolehinya.
SemuaNya atas izin dan perancangan Allah. Terima dengan ikhlas tanpa mengira pelbagai kekurangan mahupun persoalan.
Sama-sama perbaiki dahulu urusan kita dengan Maha Pencipta.. InsyaAllah kita mampu menilai dan membuat sesuatu tindakan berlandaskan syariat. ana sokong & setuju
|
madyie
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2007 Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung
|
Posting pada: 21-06-10 22:29
pilihan keluarga biasanya terbaik untuk anaknya...adamaya
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 22-06-10 22:06
Pada 21-06-10 22:29 , madyie posting:!!! QUOTE !!! pilihan keluarga biasanya terbaik untuk anaknya...adamaya insyaallah... ----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|
daLL
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.04.2005 Ahli No: 15609
Posting: 148
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 24-06-10 21:44
boleh juga pilihan sendiri atau pilihan keluarga, janji dapat restu keluarga...itu yang penting....(^_^) ----------------- >
|
zatie
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM
|
Posting pada: 14-08-10 20:12
ini pendapat saya.... pandangan saya sendiri pengalaman saya sendiri... mak da ayah saya berkahwin...pilihan keluarga....tapi tak bahagia...mak saya syik berendam air mata...sebab ayah saya panas baran dengan anak-anak disepak trajang saja... so....pandangan saya...nanti saya akan cari pasangan sendiri....tapi tersera pada Allah untuk tentukan ----------------- bantulah aku mencari sinar yang lebih terang
|
jojoi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang
|
Posting pada: 14-08-10 21:59
Rasanya baik pilih sendiri sebab..... andaikata pasangan buat hal satu hari nanti tak perlu salahkan mak yang pilih calon, salahkan lah diri sendiri... Mak pun tak terasa hati ----------------- Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 15-08-10 00:05
Pada 24-06-10 21:44 , daLL posting:!!! QUOTE !!! boleh juga pilihan sendiri atau pilihan keluarga, janji dapat restu keluarga...itu yang penting....(^_^)
pandangan saya sama dengan daLL...tapi sekarang memang saya serahkan hal jodoh saya kat mak ayah saya.. ----------------- "Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 15-08-10 18:06
tol... saya dulu pilih sendiri. doa-doa dapat yang baik dan best. pas tu dapat... sampai sekarang ok bahagia. dulu sebelum tu, ingat nak mak carikan. tapi tah bagaimana nampak yang ni terus berkenan. baca yassin dulu sebelum nak kasitau jatuh cinta. punyalah seramm... -----------------
|
Aqoo
Warga 1 Bintang Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37470
Posting: 23
Dari: Melaka
|
Posting pada: 18-08-10 17:42
aqoo nak moyang yang pilih kan... hehehehehe assalamualaikum .. mana-mana pun boleh agaknya, tak kisah.. kalau baik akhlak ,boleh hidup bahagia dengannya, ambik saja lah... habis cerita...yang penting seagama.. ----------------- Sentiasa Mencari Keredhaan Allah
|
imni_1612
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 21-08-10 10:44
Pada 15-06-10 08:37 , syahadahtul_nur posting:!!! QUOTE !!! salam...
pilihan keluarga ye...ikutkan saya ni menjadi pilihan seorang ibu untuk anak sulungnye.tah macam mana si ibu tersebut berkenan pada saya.
dan lagi satu,kami ni berjiran.hehe.kedua-dua belah famili saya dan si dia nampak macam setuju dengan kami berdua.
hrpnye ada jodoh buat kami.amin.
salam shahadatul nur..dah lama saya tak masuk sini..dah lima bintang awak... apa pun keputusan yang kalian capai nanti..saya akan terus menyokong awak dan doakan kebahagian anti nanti... ----------------- ::teruskan kejayaan menuju keunggulan::
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 24-09-10 23:38
Saya rasa pilihan sendiri itu lebih baik ... tak semestinya pilihan org tua tu yang terbaik ... Pada pendapat saya, kalau pilih sendiri kita dapat buat pilihan org yang sekufu (sealiran) ...
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 26-09-10 19:15
Pada 14-08-10 21:59 , jojoi posting:!!! QUOTE !!! Rasanya baik pilih sendiri sebab..... andaikata pasangan buat hal satu hari nanti tak perlu salahkan mak yang pilih calon, salahkan lah diri sendiri... Mak pun tak terasa hati
betul3x... tak kisah plhn sendiri pun...tapi yang penting restu dari org tua... ----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|