Oleh |
Diagnosis Kesihatan Hatimu |
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 26-03-10 23:28
DIAGNOSIS KESIHATAN HATIMUBukan senang hendak mencari kesalahan dan cacat-cela diri sendiri. Jika sudah terjumpa keaiban diri, bukan mudah pula untuk mengakuinya. Lebih-lebih lagi kerana sudah sekian lama ia dibela, dibelai dan dimanja-manjakan. Itu belum lagi kepayahan yang harus ditelan ketika berusaha untuk mengubah cacat-cela dan kelemahan diri. Kenapa demikian susah jadinya? Apa tidaknya, perkara yang baik pasti mendapat halangan dan tentangan. Tentangan dari dalam diri tentunya halangan dari nafsu yang telah liar dan hati yang telah keras kerana mazmumah yang telah bersarang. Hati juga telah menjadi gelap hingga buta dari kebaikan dan kebenaran akibat tompokan dosa dan noda. Kadang-kadang usaha mengenal kecelaan diri telah dibuat. Begitu juga mengubah dan memperbaiki budi pekerti yang buruk sudah dibuat. Namun kita cepat puas hati dan sangka baik terhadap diri kita. Maka kita gagal di tengah jalan kerana kejahilan. Agar tidak kecundang, perlu diketahui tanda-tanda dijangkiti penyakit dan juga tanda-tanda sudah sembuh untuk diagnosis (kenal pasti) diri sendiri dengan tepat. Tanda-tanda dan alamat itu boleh juga dicari dengan berjumpa doktor pakar atau merujuk buku perubatan yang terbaik. Sesungguhnya tiada kitab perubatan penyakit rohani yang terbaik selain yang datang dari Allah. Dan tiada pakar perubatan hati yang terbaik selain Nabi SAW. Dari Abu Hurairah nabi SAW bersabda:“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Al-Bazzar) Inilah sumber yang paling berwibawa. Sebenarnya budi pekerti ada kaitan dengan keimanan dan kemunafikan. Ia juga ada kaitan dengan amal ibadah sama ada lulus atau pun tidak; banar-benar ikhlas atau berpura-pura. Mutu akhlak pula menjadi penanda aras mutu iman dan kejayaan amal ibadah. Sehubungan ini, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik orang Mukmin itu ialah yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) TANDA SIHAT IMANIman itu keyakinan pegangan di hati yang diikrarkan oleh lidah dan dibuktikan oleh amal perbuatan. Jika hati tempat duduk iman itu sihat maka iman pun boleh tumbuh dengan baik. Sebaliknya jika hati sakit maka iman pun tidak akan sihat. Allah SWT menjelaskan antara tanda-tanda orang yang sihat iman dihatinya dalam ayat 1 hingga 11, Surah Mukminun. Mereka itu ialah: ~ Orang yang dapat khusyuk dalam solatnya ~ Orang yang Berjaya menjauhkan dirinya daripada terlibat dengan perkara kotor, keji dan sia-sia (lahir dan batin) ~ Orang yang menaja dan berusaha membuat kebaikan dan pembaikan (lahir dan batin) ~ Orang yang menjaga maruah dan kehormatan diri ~ Orang yang tidak melampaui batas ~ Orang yang memelihara janji dan amanah serta kepercayaan orang lain terhadap kita. ~ Orang yang menjaga solatnya; baik waktunya, rukun dan syaratnya mahupun yang fardhu atau sunat dan seumpamanya.Allah SWT perjelaskan lagi tanda-tanda mereka dalam FirmanNYA: “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara huku-hukum ALLAH. Dan gembirankanlah orang-orang Mukmin itu.” (at-Taubah:12) Oleh itu, tambahan kepada tanda-tanda orang yang sihat iman dihatinya berdasarkan ayat 112, suarah at-Taubah ialah: > Orang yang sentiasa dalam keadaan bertaubat kepada Allah. Ertinya sentiasa rasa bersalah dan tidak sempurna. > Orang yang banyak beribadah kepada Allah. Ertinya sangat taat dan patut. > Orang yang banyak memuji Allah. Ertinya banyak bersyukur dan berzikir. > Orang yang banyak rukuk dan sujud. Ertinya banyak solat fardhu dan sunat serta bangun malam. > Orang yang banyak berdakwah yakni menyuruh orang berbuat baik dan mencegah buat mungkar. > Orang yang tegas memelihara hukum-hukum Allah.Senarai panjang mereka yang sihat hatinya tidak terhenti setakat itu, Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNYA bertambah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal. (Iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.” (Al-Anfal: 2-4) Maka senarai mereka yang sihat keimanannya dan celik mata hati menjadi bertambah panjang. Iaitu termasuk:- - Orang yang apabila disebut sahaja nama Allah, maka hatinya gementar. - Orang yang apabila membaca hokum/mendengar ayat-ayat Allah (Al-Quraan), maka bertambah ketakutan hati (keimanan) kepada Allah. - Orang yang bertawakal penuh kepada Allah. - Orang yang mendirikan tuntutan solat (tunai solat dan dirikan solat adalah dua perkara berbeza). - Orang yang membelanjakan rezeki yang Allah berikan (pada jalan Allah). Ertinya mereka tidak kedekut atau berkira-kira. - Orang yang bersungguh-sungguh (dalam tekad, usaha ikhtiar dan daya upaya serta harta benda) berjuang untuk dapat darjat di sisi Allah (bukan pangkat di sisi manusia), pengampunan dan rezeki yang mulia.Demikianlah antara tanda-tanda yang ada pada jiwa orang mukmin. Tanda-tanda ini jugalah menjadi cermin watak, tabiat, kebiasaan dan kelakuan orang yang berbudi pekerti luhur. Perhalusi dengan jujur tanda-tanda orang yang sihat hati dan bandingkan dengan dirimu sendiri. Selain daripada itu Rasulullah SAW juga ada menjelaskan tanda-tanda lain dilihat daripada keperibadian mereka. Antaranya: 1. Orang yang cinta dan sayang kepada orang lain macam dia sayang dan cinta akan dirinya sendiri. Apa yang dia suka untuk dirinya, maka demikian juga dia akan akan suka berlaku pada orang lain. Apa yang dia benci dan tidak suka berlaku pada diri, maka demikian juga dia benci untuk memperlakukan kepada orang lain. (Riwayat Bukhari Muslim) 2. Orang yang memuliakan jiran tetangganya (dengan tidak menyakiti mereka) Ini termasuk juga jiran atau regu di tempat kerja, belajar dan lain-lain cara pergaulan / perhubungan antara manusia. (Riwayat Bukhari Muslim) 3. Orang yang berkata baik-baik atau jika tidak mampu akan berdiam diri. (Riwayat Bukhari Muslim) 4. Orang yang tidak memandang saudaranya dengan pandangan yang menyakitkan. (Riwayat Ibnul Mubarak) 5. Orang yang tidak membuat sesuatu yang mendatangkan ketakutan kepada saudaranya yang Muslim. (Riwayat Tabrani) 6. Orang yang dalam pergaulannya tidak melahirkan sesuatu yang menimbulkan kebencian kepada kawannya. (Riwayat Hakim dan lain-lain)Demikian beberapa mutiara ilmu yang ditinggalkan oleh Imam Ghazali rhm. Rujuklah dalam kitab Ihya’ atau ringkasannya (Bimbingan Mukmin) untuk lebih lanjut. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki kelemahan diri. (panduan juga buat diri sebelum memasuki Bulan Ramadhan Al-Mubarak nanti). Daripada: Salah sebuah Majalah Islam.
|
hasanrijal
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.11.2009 Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD
|
Posting pada: 27-03-10 07:15
Salam. Artikel yang baik..moga-moga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang sihat hatinya. Cumanya saya tak faham maksud - Orang yang mendirikan tuntutan solat (tunai solat dan dirikan solat adalah dua perkara berbeza). Boleh siapa2 saudara-saudari kat ukwah ni jelaskan perbezaan tunai solat dan dirikan solat??? T.Kasih. ----------------- Somewhere, something incredible is waiting to be seen
|
sakinah283
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2006 Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi
|
Posting pada: 27-03-10 11:13
~ Orang yang menjaga solatnya; baik waktunya, rukun dan syaratnya mahupun yang fardhu atau sunat dan seumpamanya. yang ni lah kadang-kadang gagal juga sebab hati ni selalu lalai.....huhu ----------------- "The way to love anything is to realize that it might be lost"
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 27-03-10 15:54
Thanks 4 da article Bersama kita memperbanyakkan amal ibadah Moga Islam akan terus gemilang di dunia! Amin -----------------
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 28-03-10 13:22
besalah dah nama pun manusia tak ada yang dapat dilakukan dengan sempurna,cumanya sebagai manusia hanya dapat melakukan yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat ...insyallah =)
|
asmahulhusna
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.03.2006 Ahli No: 23748
Posting: 106
|
Posting pada: 28-03-10 22:27
sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang... -----------------
|
asmahulhusna
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.03.2006 Ahli No: 23748
Posting: 106
|
Posting pada: 28-03-10 22:27
sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang... -----------------
|
asmahulhusna
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.03.2006 Ahli No: 23748
Posting: 106
|
Posting pada: 28-03-10 22:27
sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang... -----------------
|
asmahulhusna
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.03.2006 Ahli No: 23748
Posting: 106
|
Posting pada: 28-03-10 22:27
sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang... -----------------
|