Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 44 hari yang lalu
al-biruni03: 73 hari yang lalu


Kelakar
Topik: 25 sebab suami


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» 25 sebab suami

Please Mendaftar To Post


Oleh 25 sebab suami

pakdo_wee
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.03.2010
Ahli No: 39476
Posting: 21

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 15:41


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "suami i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ke tu, sorry lah cuma nak cakap..malam ini kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto saja ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah lah ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka lah news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, Kenapa awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat ini nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Fahrin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam ini i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab suami dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner saja, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry lah i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi ini.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam ini.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak ini ada affair ke Kenapa sms beep beep beep tak henti henti ini...GRO universiti mana pulak awak nak ini..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak suami i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..Kenapa u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk ini dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."



Bookmark and Share

    


  Member Information For pakdo_weeProfil   Hantar PM kepada pakdo_wee   Quote dan BalasQuote

ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.10.2005
Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-03-10 20:22


macam tak kelakar pulak...ramai yang macam ni kat luar sana kan...


-----------------
HiDuP iNi InDah JikA sEgAlAnyA kEraNa AllAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_mardhiah86Profil   Hantar PM kepada ainul_mardhiah86   Quote dan BalasQuote

CapGurl
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.02.2010
Ahli No: 39234
Posting: 39
Dari: Petaling Jaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-04-10 16:44


adoooiii hai...agaknya ieyee pun tak kan lah teruk sangat..........
ini semua tentang wife....
pasal suami nya tak dew ke??
apapun hidop kena lah happy...
saling memberi & menerima....
brula adil kan.....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For CapGurlProfil   Hantar PM kepada CapGurl   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-04-10 17:43


Ada pengajaran ada tauladan,
Syukran kerana mengingatkan, berguna juga future.

ukhti ainul_mardhiah86 beritahu ramai diluar sana..
betul, cuma kita yang melihat dan membaca ni boleh jadikan panduan & pembelajaran dimasa akan datang.

Agak tertanya bila baca ni..
kelakar...? tak ada pula, mungkin ada sensitif dan tak kurang sinis nya juga.(tak salah sekadar menasihati kan..)

Apapun, yang baik ambil teladan & buruk jadikan sempadan.:-)

Jazakallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 12-04-10 18:47


Pada 25-03-10 15:41 , pakdo_wee posting:

!!! QUOTE !!!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "suami i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "


Ni lah kesalahan isteri yang paling banyak saya nampak...Mengutuk suami sendiri di hadapan kawan-kawan...Terutamanya perempuan yang berpangkat makcik-makcik ni...Saya jarang nampak suami kutuk isteri sendiri depan kawan-kawan...apa sebabnya ek??? :berfikir:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 13-04-10 16:52


Syukran atas info itu

kepada yang sudah berumah tangga tu bawalah berbincang kalau ada apa-apa masalah, jangan sekali-kali menyusahkan suami barulah hidup aman damai :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

faizzuddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2006
Ahli No: 26288
Posting: 40
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-04-10 17:06


baguz2 bagi ksdran juga lah ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For faizzuddinProfil   Hantar PM kepada faizzuddin   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-10 11:32


huhhu...artikel yang bguz,,untuk semua yang sudah berumahtangga or sebagai panduan yang belum berumahtangga....hehe


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-10 11:32


huhhu...artikel yang bguz,,untuk semua yang sudah berumahtangga or sebagai panduan yang belum berumahtangga....hehe


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 14:46


Benar....

Kepada kaum hawa, ambil ini sebagai pengajaran ye...


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

sharinor
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.03.2010
Ahli No: 39398
Posting: 29
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 15:05


Assalamualaikum

Pakdo... terima kasih info di atas. Seronok juga baca kesilapan seorang isteri dari pandangan mata si suami. Suami jenis ni tidak suka menegur dan mendidik lalu dipendam di dalam hati. Tapi pada lelaki kelakar ke isteri macam ni? Ini contoh isteri yang tidak taat pada suami ni. :kelip:


-----------------
“Sesungguhnya dalam jasad manusia itu trdapat seketul daging apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan."


Bookmark and Share

    


  Member Information For sharinorProfil   Hantar PM kepada sharinor   Pergi ke sharinor's Website   Quote dan BalasQuote

AinulYaqan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2007
Ahli No: 28907
Posting: 102

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-10 16:46


hehehe...terima kasih jugak dari ana untuk pakdo_wee. ana kena banyak menimba ilmu suami isteri ni lebih-lebih lagi dari kaca mata seorang lelaki. setakat ni, mujur bakal zauj ana seorang yang berterus terang (dengan hikmah), dan mudah-mudahan sikap dia akan terus kekal begitu lepas kami bernikah nanti, insyaAllah :sopan:

jazakumullahu khairan kathira buat sahabat-sahabat semua :bye: :bunga:


-----------------
"dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman" (al-Imran:139)


Bookmark and Share

    


  Member Information For AinulYaqanProfil   Hantar PM kepada AinulYaqan   Quote dan BalasQuote

arnabputih
Warga Rasmi
Menyertai: 05.04.2010
Ahli No: 39621
Posting: 19

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-04-10 18:31


.... sebab isteri ada tak? hu

Bookmark and Share

    


  Member Information For arnabputihProfil   Hantar PM kepada arnabputih   Quote dan BalasQuote

hidayattullah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.12.2009
Ahli No: 38772
Posting: 33

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-04-10 21:24


Terima kasih...terhibur juga sikit....
A'aah...suami selalu tegur isteri... yang ini tak kena, itu tak kena, begini, begitu.... tapi dr sudut si suami sendiri bagaimana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayattullahProfil   Hantar PM kepada hidayattullah   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-04-10 21:29


Isteri yang solehah 'no komen' rasanya,
tapi kalau ada yang nak komen pun, Lakukanlah secara berhemah.
Pastikan maruah suami terjaga. Itu yang penting.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

madyie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2007
Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-12-10 10:59


daripada 25 list tu saya kurang bersatuju,tapi amat bersatuju dengan pakdo...
tapi bagi saya,25 list tu dah mmang fitrah seorang wanita.cuma cara praktikalnya saja yang berbeza2...bagi wanita,perubahan boleh dlaksanakn mengikut kemampuan masing-masing.boleh mengambil contoh,tapi jangan mngharapkn sempurna dalam masa yang sngkat dan hanya seketika saja...
kepada wanita,you can do it,tanpa memakai pakaian Nike.suami mmang takkan condem si isteri sebab itu adalah fitrah suami.

Bookmark and Share

    


  Member Information For madyieProfil   Hantar PM kepada madyie   Pergi ke madyie's Website   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 26-12-10 12:16


'Sesungguhnya daripada kesempurnaan orang-orang mukmin lelaki pada imannya ialah mereka itu lebih baik budi pekertinya dan lebih sopan dengan isteri2nya' Hadith Riwayat AtTarmizi dan Hakim
'Wanita yang mati dalam keadaan suaminya redha padanya,nescaya ia masuk syurga' Hadith Riwayat AtTarmizi.
Allah berfirman 'Hai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu, ahli keluargamu dari api neraka.
Kesimpulannya peliharalah isteri2 kamu dan redhalah mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126034 saat. Lajunya....