Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 121
Ahli: 0
Jumlah: 121




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 10 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: lagi perumahan orang islam diroboh


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» lagi perumahan orang islam diroboh

Please Mendaftar To Post


Oleh lagi perumahan orang islam diroboh

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 09:54


ni adalah catatan di tempat kejadian

!!! QUOTE !!!

CATATAN SEKITAR OPERASI MEROBOH RUMAH SETINGGAN KG. DENAI PINGGIRAN, KEMPAS
CATATAN INI ADALAH TULISAN SDR SUHAIZAN BIN KAYAT

Kita mulakan hari penuh sejarah 24.3.2010 di Surau Denai Pinggiran Kempas dengan bermunajat kepada Allah seawal jam 4 pagi di ketuai oleh ustaz Ibrahim Misran. Kita mohon agar Allah memberi kekuatan dan Allah membantu golongan yang lemah di Kg Denai Pinggiran.

Jam 7.00 penduduk Kg Denai Pinggiran mula bersarapan. Mulai jam 8.30 pagi pihak berkuasa polis termasuk 2 trak FRU berada dihadapan Surau Kg Denai Pinggiran. Penduduk & penyokong membuat rantaian manusia di hadapan jalan masuk ke Kg Denai Pinggiran. Akhirnya FRU bergerak keluar daripada kawasan ini.Jam 10 am kenyataan media dibuat dihadapan lebih 10 media tempatan.

Jam 11.00 am Rumah Sdr. Ramli Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Setinggan Kempas mahu di robohkan. Sdr. Ramli merayu kepada Pegawai PTD Johor Baharu Sdr. Hishamuddin untuk dapat menangguhkan perobohan dalam masa satu hari. Pada mulanya Sdr. Hishmuddin bersetuju kemudian tidak bersetuju. Akhirnya rumah Sdr. Ramli hancur di mamah JCP. Saya tidak sempat berunding dengan pihak berkuasa kerana masa perundingannya terlalu pantas dan saya berada jauh daripada rumah Sdr Ramli.

Jam 12.00 tengah hari Penguatkuasa PTDJB, Polis & JCP bergerak kerumah Sdr Alias. Beliau baru lepas kemalangan jatuh pokok beberapa bulan lepas. Penguatkuasa mengepong rumah tersebut. Saya merayu kepada En. Hishmuddin agar mempertimbangkan agar memberi masa. Beliau berkeras. AKhirnya alhamdulillah hanya barang sahaja dikeluarkan. Sedikit dinding dipecahkan. Tetapi rumah tersebut tidak dipecahkan. Walaubagaimana pun bila hujan turun barang-barang Sdr. Alias mengalami kerosakkan.

Jam 1.00 tengahari JCB bergerak kerumah Sdr. Shukri & Sdr. Sulaiman. Saya cukup sedih melihat kedua-dua keluarga ini. Isteri Shukri menangis dihadapan saya mengenangkan anak-anaknya yang kecil tiada tempat perlindungan selepas ini.Lebih menyedihkan lagi keluarga Sdr. Sulaiman Kassim. Isterinya mengandung 8bulan. Sedang menunggu hari untuk bersalin. Sdr. Sulaiman & isteri menangis dihadapan saya. Beliau berkata beliau adalah ahli UMNO dan anggotai rela. Bertugas menjaga pemimpin UMNO. Tetapi rumahnya mahu dirobohkan. Saya cukup sebak melihat anaknya menangis dihadapan saya. Kebetulan anaknya sebaya dengan anak saya. Sdr. Sulaiman ada 5 org anak. 3 berada di asrama di KL. Beliau sebenarnya memiliki rum sewa di Projek Perumahan Kempas (PPR Kempas) tetapi sudah 7 bulan tidak dapat membayarnya kerana kesesakkan wang ringgit. Rumah tersebut telah disita. Dia tiada pilihan terpaksa mendiami rumah setinggan di situ. Saya agak lama berada dirumah beliau dengan harapan dapat merayu kepada PTDJB. Alhamdulillah 2 rumah ini tidak diroboh setakat hari ini.

Jam 2.00 petang YB Osman Sapian, Adun Kempas lalu dihadapan kelompok penduduk Kg Denai Pinggiran. Apabila penduduk mohon pertolongan. YB Osman Sapian berkata " Pergilah jumpa hero awak Sdr. Suhaizan Kayat. Dia boleh tolong awak semua" Penduduk bertambah berang dengan kenyataan seorang yang bergelar YB. Nasib baik dapat ditenteramkan oleh rakan-rakan mereka.

Jam 3.00 petang Penguatkuasa ingin merobohkan Kedai Raja Sulaiman Ketua Cawangan UMNO Denai Pinggiran. Berlaku sedikit pertengkaran. YB Osman Sapian pun turut hadir & cuba merayu. Tetapi malangnya YB Osman tidak mampu menghalang kedai Raja Sulaiman dirobohkan. Saya tidak sempat pergi kelokasi tersebut sebab membuat persediaan di kawasan Surau Denai Pinggiran yang mahu dirobohkan.

Jam 5.00 petang Penguatkuasa bergerak di Surau Denai Pinggiran. Mulanya elektrik dipotong. Penduduk & penyokong cuba membuat rantaian manusia sambil berselawat. Semakin lama semakin ramai anggota polis datang. Saya berada ditengah-tengah manusia itu sambil memberi semangat kepada mereka. En Hishamuddin datang berjumpa saya mempertegaskan untuk merobohkan rumah penduduk. Beliau berkata persetujuan telah disepakati bahawa bila kedai Raja Sulaiman diroboh maka kawasan kawalan saya di Surau Denai mesti diroboh. Saya kata siapa yang bersetuju? Saya tak ada hantar wakil pun untuk berbincang. Isu itu tidak ada kait mengait. Saya minta tempoh seminggu. Beliau tak setuju. Saya tidak layan amaran mereka. Polis merapatkan kereta black maria. Saya bangkitkan simpati pihak polis dengan anak-anak sekolah yang menangis dihadapan polis. Akhinya En Hishmuddin memberi peluang 3 hari. Saya minta elektrik disambung semula. Alhamdulilah TNB sambung semula.

9.30 mlm saya mahu menguruskan hal kebajikan penduduk selepas ini.


ni pula gambar di tempat kejadian

.

.

.

.

.

.

.

http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2010/03/catatan-sekitar-operasi-meroboh-rumah.html


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 10:08


!!! QUOTE !!!

Operasi roboh setinggan Kg. Denai lancar

JOHOR BAHRU 24 Mac - Operasi merobohkan rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran di sini hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini walaupun penduduk merayu supaya ia ditangguhkan.

Namun Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru terpaksa bertegas berikutan tempoh yang diberikan sudah memadai untuk penduduk berpindah ke Pangsapuri Kempas Permai iaitu satu daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.

Seramai 32 keluarga menerima notis kedua untuk mengosongkan tanah kampung itu dalam tempoh dua minggu daripada tarikh notis yang dikeluarkan pada 1 Mac lalu.


Penduduk berkenaan mendakwa tindakan merobohkan rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu itu tidak wajar berikutan tiada wang pampasan diberikan dan kenderaan untuk memindahkan barang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, penduduk mula berkumpul seawal pukul 8 pagi namun operasi meroboh rumah hanya bermula kira-kira 1 petang.

Utusan Malaysia dimaklumkan, hingga pukul 4 petang sebanyak 10 daripada 35 rumah penduduk telah dirobohkan.

Lebih 50 kakitangan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, Bahagian Perumahan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru hadir di tempat kejadian dengan dibantu anggota polis dan Rela untuk mengawal keadaan.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Denai Pinggiran, Abdul Talib Ithnin berkata, pihaknya sedia berpindah ke Pangsapuri Kempas Permai namun mengharapkan ihsan kerajaan negeri memberi wang sagu hati sebagai timbal balas kepada penduduk kampung.


Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 10:22


nak suruh keluar pun bagilah pampasan ni sesen tak dapat apa cerita pula???


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-03-10 16:04


tu lah masalahnya...manusia ni tak ada timbang rasa ke....

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 16:08


awat kes roboh hati ni tak kecoh kat tv dengan surathabaq macam kat penang dengan selangor tu?
bias kah?


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 16:11


dah bagi rumah pun sepatutnya dah bersyukurlah. setakat nak keluar duit sewa lori dan angkat barang dalam RM 300.00 pun nak berkira ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 18:13


Pada 25-03-10 16:11 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

dah bagi rumah pun sepatutnya dah bersyukurlah. setakat nak keluar duit sewa lori dan angkat barang dalam RM 300.00 pun nak berkira ke?


1. mereka ni dapat rumah free ke??bukan kah PPRT tu kena bayar bulan2 lagi??

2. di kerajaan yang dituduh MENINDAS melayu seperti penang dan selangor pun dapat pampasan..mengapa di negeri org yang kononya memperjuangkan MELAYU menindas melayu..

3. mereka ni pun dah tinggal lama di kawasan setinggan ni,,bukanya 1 atau 2 tahun..

4. melayu di suruh duduk kat FLAT PPRT...macam mana cina dan india tidak beli semua rumah yang ada tanah..akhirnya melayu tiada tanah,,cina juga yang dipersalah kan...

5. Wilayah iskandar jual sama singapura..bukit genting higland jual sama tokey judi..rakyat malaysia terutamanya melayu islam disuruh berhempit-hempit kat FLAT PPRT...bagus lah dasar kerajaan ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 21:21


Pada 25-03-10 16:08 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

awat kes roboh hati ni tak kecoh kat tv dengan surathabaq macam kat penang dengan selangor tu?
bias kah?




media tu siapa pegang????presiden dan ketua pengarah penyiaran tu kroni siapa???


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 21:24


Pada 25-03-10 16:04 , itqaan_muslim posting:

!!! QUOTE !!!

tu lah masalahnya...manusia ni tak ada timbang rasa ke....



bila duit beraja dihati,inilah jadinya....tanah pusaka dan wakaf untuk masjid dan kubur serta subsidi2 untuk orang islam pun mereka sanggup rampas


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 23:58


ni pula adalah video nya

http://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE


.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 26-03-10 09:20


Pada 25-03-10 16:11 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

dah bagi rumah pun sepatutnya dah bersyukurlah. setakat nak keluar duit sewa lori dan angkat barang dalam RM 300.00 pun nak berkira ke?


rumah tu bukan free saudara bezita . Kena bayar sewa bulan2 . Rumah sekarang tak payah bayar sewa .

PPinang roboh rumah diheboh2kan sedangkan penduduk kg pala sekarang tu rumah dapat free dan pampasan pun dapat . Tapi tak pula akhbar sudi nak tunjuk kerajaan negeri serah rumah dan pampasan tu ......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 26-03-10 11:54


satu kes di selangor sebelum 2008, kawasam tnah rizab krjn negeri, bangsa lain duduk buat kebun .ber ekar luasnya.. bila kerajaan nak ambil tanah tu, tuan kebun pergi minta bntuan mca , akhirnya tuan kebun tu dapat tanah....cuba kalau bangsa kita di halau macam anjing kurap oleh bangsa kita sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-03-10 13:25


pemimpin UMNO kata...rumah setinggan dulu-dulu disebut 'rumah haram'...rumah yang dimiliki dan diduduki secara haram yakni penceroboh tanah kerajaan wajar dihalau dan rumah dirobohkan......

mengong kerajaan UMNO ni.....tak ada hati perut...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-03-10 16:48


Pada 26-03-10 11:54 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

satu kes di selangor sebelum 2008, kawasam tnah rizab krjn negeri, bangsa lain duduk buat kebun .ber ekar luasnya.. bila kerajaan nak ambil tanah tu, tuan kebun pergi minta bntuan mca , akhirnya tuan kebun tu dapat tanah....cuba kalau bangsa kita di halau macam anjing kurap oleh bangsa kita sendiri



tu kg berembang ke????

kerajaan apa macam ni
??

kerajaan yang mengalahkan ISRAEL.....perangai pun sebiji macam zionis


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-10 18:31


macam nila yang pernah jadi kat kg saya. Rumah kena roboh & di pindahkan ke PPR..yang jadi masalahnya kena bayar sewa seumur hidup..kalau sewa beli boleh jugak diterima.kuranglah sakit kepala orang kampung.


-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen


Bookmark and Share

    


  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-10 19:14


Pada 25-03-10 21:21 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-03-10 16:08 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

awat kes roboh hati ni tak kecoh kat tv dengan surathabaq macam kat penang dengan selangor tu?
bias kah?




media tu siapa pegang????presiden dan ketua pengarah penyiaran tu kroni siapa???



SABAR2 DULU...CHECK DULU sebelum KATA yang BUKAN2.,..HEHE...NI DIA....TU DIA BERITANYA...HEHE...

KLIK SINI DA..BERITA HARIAN -25 MAC

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-10 22:01


1. di israel, mereka ambil tanah org palestin dan dibagi kepada yahudi, tapi di malaysia ni, tanah org islam diambil oleh melayu dan diberikan kepada bukan islam..siapa lebih jahat???

2. keluar di surat khabar pun sekadar ruangan kecil di tengah2 paper siapa nak baca..tapi kalau di penang dan selangor,,semua media dia keluar muka depan,lepas tu tiap hari lagi di tayangkan...tapi apa boleh buat,,itu akhbar dia, memang perangai dia macam tu..tapi yang sedih bila massa kerajaan dibuat macam massa dia pula sebagai contoh RTM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-03-10 09:28


Pada 26-03-10 19:14 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!



SABAR2 DULU...CHECK DULU sebelum KATA yang BUKAN2.,..HEHE...NI DIA....TU DIA BERITANYA...HEHE...

KLIK SINI DA..BERITA HARIAN -25 MAC


erm..bab ni tak boleh nak sokong lah..
yelah ada masuk paper...
setakat syarat..
time buah pala dulu...humangaih...
tiap-tiap hari muka depan..
buletin2 perdana lagi lah...
sampai berita terkini pun cerita bab tu jugak..
interbiu penduduk sana sini.. penduduk punya komentar sampai berpuluh2..
yang ni.... saya tengok kat berita di hari itu..cinonet saja kisah...
sekarang dah ala2 senyap pun ada juga..

tapi itu tidak bermakna saya mengatakan apa yang berlaku ini merupakan satu kezaliman..
siapa pun kalau nak buat rumah, beli tanah dulu kan..kalau tak perlu beli pun boleh dapat tanah..syok lah.. saya pun nak bina banglo kat mana-mana tanah rizab yang ada kat malaysia ni.. lepas itu bila kerajaan nak pakai saya minta rumah banglo sebijik semula..
tidak dapat dinafikan..macam tak berperikemanusiaan halau2 org macam tu..
sepatutnya kalau dah tuan tanah lapar sangat duit tanah tu.. tawarkan geran pembelian tanah.. suruh tuan rumah beli tanah tu dari tuan tanah kedaun..tuan rumah bayar nilai tapak rumah, selesai lah kes..dah jadi hak milik kekal..

tapi kita pun tahu...pemaju kalau beli tanah..dah tentu2 harga tinggi..sebab tu pemaju diutamakan..
dalam kes2 sebegini, saya menyalahkan kedua-dua pihak..

-sedari awal, kalau menyewa rumah kampung buruk berharga RM50 sebulan pun, tapi memang diizinkan sewa adalah lebih baik dari membina pondok tanpa minta izin dari tuan tanah..

-dan tuan tanah yang nak duit dari tanah tu..siapa suruh tak pagar tanah tu awal-awal? haa..padan muka..
kalau penempatan tu dah wujud sebelum pagar dicipta pun..tak payah lah berlaku kejam.. nak duit dari tanah kan?
jual sajalah tanah tu kepada tuan2 rumah.beri geran.biar sah.(bukan beri free..tak acila)
ini sanggup buat rumah khas sebab nak tanah tu balik(minta sewa pula tu..haiya)..
pemaju offer harga tinggi ye...

huhu...ngee.. ekceli saya tak mahu komen banyak topik ni sebab isu keadilan dan tatacara pengendalian kurang dibincangkan pun.. ia lebih kepada perbincangan kerajaan negeri mana yang lagi jahat..parti mana yang lagi tak best..
tapi pagi2 sabtu yang sunyi ni..gatal pulak jari menaip...hehe..
maaf lah atas coretan ini.. kerana ia sekadar coreta..bukan perkara yang saya mahu bahaskan..kalau nak bantah ke.. nak komen ke..terpulang lah..
untuk saya..cukup setakat ini saja :)

: assalamualaikum and peace:


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-03-10 20:59


Roboh rumah: Penduduk buat rayuan di Parlimen


.

Sekumpulan penduduk dari Kampung Denai Pinggiran Kempas, Johor Baharu berkunjung ke Parlimen hari ini bagi meminta bantuan beberapa ahli parlimen PAS untuk memperjuangkan pampasan ke atas rumah mereka yang bakal dirobohkan di kampung berkenaan.

Wakil penduduk itu, Ramli Ibrahim berkata mereka mengetahui bahawa tanah di kawasan itu adalah milik kerajaan apabila mereka meneroka kawasan hutan berkenaan untuk mendirikan penempatan mereka kira-kira 20 tahun lalu.

Namun itu tidak boleh dijadikan alasan kepada kerajaan untuk tidak memberikan apa-apa pampasan kepada kira-kira 320 keluarga di kawasan itu, kata Ramli.

Jelasnya, pada 24 Mac lalu pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan sebanyak tujuh buah rumah dan lima buah kedai penduduk, termasuk premis warung makan dan kedai runcit di kampung itu.

Kira-kira 20 buah rumah lagi dan juga sebuah surau di kawasan sama dijangka akan menerima nasib yang sama, seperti yang dialami serama 200 penduduk kampung itu sebelum ini, kata Ramli.

Menurutnya lagi, 200 penduduk berkenaan kini ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Denai Kempas Permai sejak awal tahun lalu.

Keluarga yang terlibat dengan operasi perobohan pada 24 Mac dan untuk kawasan rumah yang masih berbaki pula akan ditempatkan di PPR Desa Mutiara, Tebrau yang terletak kira-kira 28 Km daripada kawasan sedia ada.

"Apa yang kami ingin minta di sini ialah supaya penduduk kampung ini diberikan pampasan dan supaya perobohan ini ditangguhkan. Kita hanya minta setakat RM30 ribu sahaja.

"Masalahnya sekarang ini langsung tidak ada pampasan. Kenapa kami tidak boleh diberikan pampasan, sedangkan penduduk Kampung Berembang di Selangor, Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dapat layanan lebih baik," soalnya.

Dalam sidang media sama, wakil Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata beliau akan membawa isu tersebut dalam perbahasannya di dalam dewan.

Turut memberi sokongan ialah wakil Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang berkata kerajaan perlu memberi ihsan kepada penduduk kampung berkenaan dengan memberikan pampasan.

http://malaysiakini.com/news/127793

dah rumah roboh minta juga tolong pada PAS...dulu masa PRU bukan main hina PAS akhirnya PAS juga yang tolong...masa kg plentong dulu pula hina DAP tapi bila rumah kena roboh DAP,PKR dan PAS yang datang tolong siap bagi khidmat guaman percuma lagi


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-10 21:17


Pada 29-03-10 20:59 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!



Wakil penduduk itu, Ramli Ibrahim berkata mereka mengetahui bahawa tanah di kawasan itu adalah milik kerajaan apabila mereka meneroka kawasan hutan berkenaan untuk mendirikan penempatan mereka kira-kira 20 tahun lalu.



1. Lihat lah kerakusan UMNO..ini adalah tanah HUTAN yang DITEROKA..Walaupun status nya milik kerajaan, apa kah salah nya TANAH tersebut diberikan kepada orang-orang MISKIN??

2. Lagipun mereka meneroka hutan tersebut lebih dari 20 tahun..

3. Tokey JUDI Genting tidak pernah meneroka hutan PAHANG..alih2 dapat lesen membangunkan pusat perjudian..

4. TOKEY JUDI dia beri satu GUNUNG..Rakyat MELAYU ISLAM yang ''konon''nya dia bela hanya diberikan PPRT..Itupun suruh bayar bulan2..

5. Benda zalim ni pun masih nak di UNDI???masih nak berdiam diri??atau sudah terlalu taksub...

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 30-03-10 09:48


Pada 29-03-10 21:17 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-03-10 20:59 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!



Wakil penduduk itu, Ramli Ibrahim berkata mereka mengetahui bahawa tanah di kawasan itu adalah milik kerajaan apabila mereka meneroka kawasan hutan berkenaan untuk mendirikan penempatan mereka kira-kira 20 tahun lalu.



1. Lihat lah kerakusan UMNO..ini adalah tanah HUTAN yang DITEROKA..Walaupun status nya milik kerajaan, apa kah salah nya TANAH tersebut diberikan kepada orang-orang MISKIN??

2. Lagipun mereka meneroka hutan tersebut lebih dari 20 tahun..

3. Tokey JUDI Genting tidak pernah meneroka hutan PAHANG..alih2 dapat lesen membangunkan pusat perjudian..

4. TOKEY JUDI dia beri satu GUNUNG..Rakyat MELAYU ISLAM yang ''konon''nya dia bela hanya diberikan PPRT..Itupun suruh bayar bulan2..

5. Benda zalim ni pun masih nak di UNDI???masih nak berdiam diri??atau sudah terlalu taksub...
nampak gayanya kita kena buka 1 lagi pust pjudian lah baru boleh dapat gunung.. tunggu juga president perkasa yang duduk laung2 pertahankan bangsa melayu, tak ada pula datang menolong , depan kamera saja lebih.....lebih cakap dr kerja

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-03-10 11:56


dan akhirnya orang yang dicela sebahagian orang selama ni pun dicari untuk minta bantuan


Umno 'Juara Rakyat' Kecewakan Rakyat Kempas

KUALA LUMPUR 29 Mac - Setelah dikecewakan oleh parti yang berbangga sebagai 'Juara Rakyat', penduduk setinggan kawasan Kempas di Johor Bharu yang kebanyakan adalah penyokong Umno terpaksa meminta pembelaan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan di pejabat di tingkat 14 Bangunan Parlimen, penduduk malang yang dihalau daripada penempatan yang menjadi tempat berteduh mereka selama lebih 30 tahun menyerahkan memorandum kepada Anwar.

Anwar berkata Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pada 31 Mac dan akan turut membincangkan masalah penduduk di kampung tersebut.

"Kita akan teliti isi kandung memorandum ini di mesyuarat Pakatan Rakyat pada 31 Mac nanti dan apa bentuk tindakan yang kita boleh ambil untuk meringankan beban penduduk," jelas beliau.

Wakil penduduk, Ramli Ibrahim berkata setakat ini lebih 2,000 penduduk daripada 320 keluarga telah dihalau daripada sekitar kawasan setinggan Kempas tanpa sebarang pembelaan atau pampasan.

Baki sebanyak kira-kira 7,600 penduduk daripada 1,600 keluarga kini menunggu saat mereka diarah keluar oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) yang memiliki tanah tersebut.

"Apa yang kita mahu ialah pampasan sebanyak RM30,000 setiap keluarga. Kita lihat di Kampung Buah Pala, kerajaan negeri berusaha sampai penduduk dapat RM200,000 pampasan setiap keluarga dan begitu duga Kampung Berembang di Selangor.

"Kami jumpa wakil rakyat Kempas, Datuk Osman Sapian tapi dia menunjukkan sikap nak gaduh dengan kami. Dia kata,"pergilah minta tolong dari pembangkang, kalau saya minta awak semua RM100 sebulan selama 30 tahun tinggal di atas tanah kerajaan berapa awak kena bayar?". Macam inikah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno kepada kami rakyat Melayu miskin?," tegas Ramli.

Ramli mempertikaikan sikap kerajaan negeri yang memilih untuk memberi pampasan kepada pindah yang diarah berpindah.

"Ada kawasan setingga di sekitar Kempas mendapat pampasan, ada yang dapat RM10,000. RM20,000 tapi kami disini dihalau begitu sahaja.

"Kami amat berharap Datuk Seri Anwar sebagai pejuang rakyat boleh membantu kami mendapatkan pampasan dan pembelaan yang amat kami harapkan. Kami orang Melayu tapi Umno biat tak tahu sahaja untung nasib kami," kata Ramli lagi.

http://suara-keadilan.com/news-section?t=2094


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124401 saat. Lajunya....