Oleh |
Cinta bersandarkan nafsu hati-hati lah. |
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 22-03-10 12:31
kebanyakan cinta remaja lelaki nak tuut...saja yang perempuan pulak nak cinta sejati....kununnya.. Cinta bersandarkan nafsu Oleh Zalifah Mohd Yatim [email protected]2010/03/19 KUALA LUMPUR: Matlamat cinta remaja lelaki tidak sama dengan remaja perempuan kerana ia bersandar keinginan seksual dan mahu menyahut cabaran rakan sebaya tetapi tidak sanggup bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Antara maklum balas yang diberikan remaja lelaki dalam kajian dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke atas pelajar di lima sekolah menengah di negara ini, sekiranya teman wanita hamil, mereka akan menuduh kehamilan disebabkan perempuan itu mengadakan hubungan dengan lelaki lain, melarikan diri malah sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti. Sedangkan remaja perempuan beranggapan teman lelaki akan menjadi suami dan ia menyebabkan mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga tanpa mengetahui matlamat cinta remaja lelaki. Pengarah Bahagian Reproduktif Manusia LPPKN, Dr Norliza Ahmad, berkata akibat kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam perhubungan antara wanita dan lelaki menyebabkan kes kehamilan turut membabitkan remaja perempuan yang mempunyai tahap akademik yang baik. “Kes kehamilan di kalangan remaja turut membabitkan mereka yang mempunyai kelayakan akademik tinggi kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam soal berkenaan menyebabkan mereka gagal mengawal emosi dan tekanan terhadap perasaan dan akhirnya terperangkap,” katanya. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Remaja LPPKN pada forum Konsultatif PKRS Apa Acuan Malaysia?, di sini semalam, yang dirasmikan Pengerusi LPPKN, Datuk Alex Mathews serta turut hadiri Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
mutmainah
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37471
Posting: 96
Dari: sbh-kedah
|
Posting pada: 23-03-10 00:18
 ...hmm..betul..zaman sekarang susah nak cari lelaki yang baik....tapi tak boleh juga 100% salahkan kaum adam ini...kaum hawa kena lah juga peka...sayangi diri sendiri dulu sebelum org lain...kita diberikan akal untuk befikir ada agama untuk pelihara kita dari kejahilan....semoga kat dijauhi dr maksiat dan syaitan.... sekiranya tiada cinta insan untukmu cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu terhadapNya.....  ----------------- there is no such thing as a safe journey life is full of ups dan downs
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 23-03-10 04:02
kalau dikatakan cinta pada mulanya untuk mencari teman hidup bukan tuttt tu, tapi lama-lama, tutttt tu akan mula menguasai diri...jadi berhati2lah ye...niat pada mulanya bukan tuttt tapi dah lama-lama....fikirlaah ye
|
hajime_kindaichi
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 23-03-10 11:31
ikut nafsu binasa.. selalunye yang terjadi kes2 yang xsepatutnye tu disebabkan mengikut nafsu haiwan yang dirajai oleh syaitan.. iman xkuat.. tak ada tembok yang memisahkannye..
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 23-03-10 14:13
tapi semuanya sebab nafsu kan?kalau tak ada nafsu, apa pula lah rasanya... sekuat apa pun iman, kalau dah di hadapkan dengan keadaan tiiiitttt..,setiap orang akan kalah, melainkan orang yang tak ada tak normal. sebab yang namanya tiiiitttt tu adalah fitrah manusia. namun tiiitt tu haruslah selalu dalam jalan yang telah disediakan oleh islam.
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 23-03-10 15:42
jangan dok nak salahkan lelaki manjang... Kalau perempuan sendiri tak geti nak jaga diri. kucing... di sua ikan... mula-mula memang malu... lama-lama mana boleh tahan.. melainkan yang kuat akan terus lari dari situ si anak ikan ni pun satu, dah banyak kali masuk berita dah diri tu bakal jadi mangsa keadaan, bila dinasihat dengo dan TAAT lah. ni bila ditegur, tunjuk kepala batu. balik kita pula dikhutbahnya. cinta ISLAMIK lah, apa lah, lepas itu dah terlajak sendir juga merana. -----------------
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 23-03-10 15:47
Pada 23-03-10 15:42 , nurkamar posting:!!! QUOTE !!! jangan dok nak salahkan lelaki manjang...
Kalau perempuan sendiri tak geti nak jaga diri.
kucing... di sua ikan... mula-mula memang malu... lama-lama mana boleh tahan.. melainkan yang kuat akan terus lari dari situ
si anak ikan ni pun satu, dah banyak kali masuk berita dah diri tu bakal jadi mangsa keadaan, bila dinasihat dengo dan TAAT lah. ni bila ditegur, tunjuk kepala batu. balik kita pula dikhutbahnya. cinta ISLAMIK lah, apa lah, lepas itu dah terlajak sendir juga merana.
Pengajarannya lelaki dan wanita mesti jaga diri dan sentiasa beristigfar  -----------------
|