Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-11-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shirapaul034
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43098

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 1 hari, 20 jam, 31 minit yang lalu
muslimin23: 3 hari yang lalu
kasih_kekasih: 7 hari yang lalu
syahidatul: 10 hari yang lalu
raudhahasanah: 11 hari yang lalu
drzul-f: 16 hari yang lalu
hafiz_along_83: 17 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kahwinlah dengan orang dewasa


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kahwinlah dengan orang dewasa

Please Mendaftar To Post


Oleh Kahwinlah dengan orang dewasa

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-03-10 14:35


salam , polemik berkahwin dengan budak umur 10-11 tahun ni..adakah betu ikut sunnah Nabi atau sunnah nafsu?


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-03-10 22:10


Kes terpencil. tutup bebenang ini. Jangan membuang masa sama sekali.


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-03-10 07:37


berhati-hati dengan penggunaan perkataan sunnah nafsu..


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-03-10 08:01


Pada 15-03-10 22:10 , sunan-faqih posting:

!!! QUOTE !!!

Kes terpencil. tutup bebenang ini. Jangan membuang masa sama sekali.



tanpa disedari..lebih banyak thread politik kedai kopi yang lebih membuang masa dibincangkan tanpa ditutup bebenangnya (thread) malah dibiar beratus2 posting yang meraban.


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-03-10 09:38


Pada 15-03-10 14:35 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

salam , polemik berkahwin dengan budak umur 10-11 tahun ni..adakah betu ikut sunnah Nabi atau sunnah nafsu?



wujudkah perkataan 'sunnah nafsu' tu?? syeikh, jangan ikut sedap tangan saja menaip..


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-03-10 22:16


Pada 16-03-10 09:38 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-03-10 14:35 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

salam , polemik berkahwin dengan budak umur 10-11 tahun ni..adakah betu ikut sunnah Nabi atau sunnah nafsu?



wujudkah perkataan 'sunnah nafsu' tu?? syeikh, jangan ikut sedap tangan saja menaip..



Salam.,

syeikh? ni pun boleh panggil sesiapa saja ya
baru tau juga ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 09:10


alaa.. tu panggilan yang baik.. takkan tak dapat nak beza..

masalahnya ni.. perkataan sunnah nafsu tu..

cik sinaradabi takpayah lah cari isu lain..


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 09:24


apa pandangan mengenai perkara ini

uucp://img219.imageshack.us/img219/521/ayahpin.jpg

Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 09:56


erk....
hmm... tak sedor diri lah aripin tu..
siap ajak tinggalkan Islam..
words sebegini banyak di bebelkan oleh org kurang Islam...saya selalu bertemu.. tapi kebanyakannya mat saleh..
jarang jumpa org melayu yang keluar ayat2 macam ni.. (mengandaikan mamat aripin ni melayu)
ke..dia ni ayah pin?
hari tu dalam paper ada tulis ayah pin ada akaun facebook..sedang mengumpul kembali pengikut2nya..


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 12:20


Pada 17-03-10 09:10 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

alaa.. tu panggilan yang baik.. takkan tak dapat nak beza..

masalahnya ni.. perkataan sunnah nafsu tu..

cik sinaradabi takpayah lah cari isu lain..



en hafiz_along_83, sinarabadi.. bukan 'adabi'
yes, panggilan yang baik sebab dikalangan ikhwan2 pun ada juga guna perkataan ini.

'sunnah nafsu'? ada eh, ana fikir ini salah satu dalam kategori islam liberal juga. mengada-adakan yang tiada.

saja mencari isu lain, sebab bila bincang perkara ini nak disamakan dengan hukum, langsung tak masuk akal.. ada ke budak-budak yang dijadikan pasangan. macam-macam betul dunia kini. pelik-pelik..

zaman kini nak disamakan dengan zaman nabi. pernah tak agaknya sibukkan diri/bandingkan diri kita dengan akhlak dan kehidupan nabi dalam menegakkan Islam.

renungan buat diri dan sahabat semua:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 13:49


alaa.. adabi pun sedap juga kan?? umpama goreng pisang adabi.. hehe..

(gurau saja..)

sungguh biadap manusia tu.. mengatakan Muhammad utusan ALLAH itu sebagai rendah moralnya.. padahal yang mengatakan itu entah bagaimanalah moralnya sehingga nak menyamakan diri dengan Nabi akhir zaman itu..

mungkinkah dia ayah pin yang dikatakan ada facebook tu..??


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 15:40


ha'ah ye lah.

di zaman akhir memang akan ada ramai yang mengakui dirinya seperti dan menyerupai nabi. Wal'iyauzubillah. minta dijauhkan.

nak kata orang tersebut ayah pin atau tidak... wallahua'lam

kita tak mampu tafsir hati dan siapa seseorang itu sebenarnya. serah kepada ALLAH untuk menguruskannya. kita jangan sesekali terpengaruh dengan hukum baru daripada yang telah sedia ada.

Astagfirullahalazim..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-03-10 10:10


KAHWIN BAWAH UMUR: APA MASALAHNYA?

Dalam kekecohan isu politikus melompat parti yang masih hangat diperkatakan, negara digegarkan pula dengan kisah seorang lelaki tabligh yang mengahwinkan anak perempuannya dan mengahwini pula anak perempuan kawannya yang masing-masing masih lagi kanak-kanak. Shamsuddin Che Derahman, 41, atau lebih dikenali sebagai Shamsudin Ajaib dikatakan mengahwinkan anak perempuannya yang berumur 10 tahun dengan rakannya yang dikenali sebagai Azhar, sambil memandu kereta di dalam satu perjalanan dari Jelawang, Dabong ke Kota Bharu untuk berdakwah pada 19 Februari lepas. Keesokannya, Shamsudin yang dikatakan berjaya mempengaruhi rakannya yang juga dari jemaah tabligh, Hussin Mat Salleh, 54, mengahwini pula anak kawannya itu (Hussin), Siti Nur Zubaidah, 11, dan perkahwinan tersebut berlangsung dengan cara yang begitu mudah di sebuah madrasah di Machang, Kelantan . Kata Hussin, semasa pernikahan itu berlangsung Siti Nur Zubaidah tiada bersama. Sejurus setelah ‘perkahwinan’, Shamsuddin Ajaib terus menghilangkan diri bersama ‘isteri baru’nya dan laporan polis telah dibuat oleh ibu Siti Nur Zubaidah tentang kejadian tersebut.

Kanak-kanak tersebut akhirnya berjaya ditemui semula pada 13 Mac lalu di Masjid Al-Ikhwan, Taman Samudera, Kepong di dalam keadaan lemah. Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan . Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Datuk Azamli Jamaluddin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002 dan menjelaskan bahawa di bawah enakmen itu, katanya, mereka yang tidak mendapat kebenaran hanya boleh dihukum denda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya .

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketika mengulas isu ini menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang menjadikan agama sebagai alasan untuk melakukan amalan sunah yang tidak jelas termasuk berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur . Kita sendiri tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh Jamil Khir sebagai ‘amalan sunah yang tidak jelas’. Ini kerana, menurut peruntukan enakmen Kelantan itu sendiri pun, perkahwinan dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bukanlah perkara yang tidak diperbolehkan, cuma perlu izin mahkamah terlebih dahulu. Ini bermakna, jika mahkamah mengizinkan, maka pernikahan itu boleh dilakukan. Walaupun Enakmen ini tidak mengaitkan bolehnya berkahwin ini sebagai suatu yang Sunnah atau tidak, namun yang pastinya enakmen ini membolehkannya. Justeru, kesalahan yang berlaku dalam kes Shamsuddin ini (jika ada), menurut enakmen ini adalah kesalahan ‘kahwin tanpa izin mahkamah’, bukannya kesalahan ‘kahwin dengan kanak-kanak’. Ini amat jelas dan tidak ada yang tidak jelas darinya. Namun apa yang lebih mengejutkan kita semua dalam kes ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamil Khir di dalam Utusan Malaysia pada 15/03/10 di halaman 2, di mana ‘menteri agama’ ini mengatakan, “Kita mudah sangat letakkan agama dan sunah Rasulullah di depan sedangkan kita sudah tahu semua negeri ada enakmen bahawa yang nak berkahwin mesti berusia 16 tahun ke atas dan kalau ke bawah mesti dapat kebenaran mahkamah syariah dulu”!!! Masya Allah! Apakah beliau mahukan agar umat Islam meletakkan agama dan Sunnah Rasulullah di belakang, dan meletakkan enakmen sekular buatan manusia yang bertentangan dengan hukum Allah itu di depan??? Kata-kata apakah ini??? Astaghfirullahal Azhim!

Hukum Kahwin Bawah Umur

Sebelum mengulas lanjut, sukalah kami mengingatkan bahawa istilah ‘bawah umur’ yang kami maksudkan adalah ‘di bawah umur baligh’ dan bukannya ‘di bawah umur 16 tahun’ sebagaimana yang terdapat di dalam Enakmen Kelantan. Adapun secara syar’inya, hukum mengahwini atau mengahwinkan seorang perempuan yang belum baligh (belum haid) adalah mubah (boleh/harus) dan sah sekiranya memenuhi rukun dan syarat perkahwinan. Dalil bolehnya perkahwinan seperti ini adalah dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dalil Al-Qur’an adalah firman Allah SWT,

“Dan perempuan-perempuan yang sudah tidak haid lagi (menopause) di antara perempuan-perempuanmu, jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya) maka iddah mereka adalah tiga bulan dan begitu (juga) perempuan-perempuan yang belum haid. Dan bagi perempuan-perempuan yang hamil, iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya” .

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “lam yahidhna” (perempuan-perempuan yang tidak haid) adalah “as-shighar al-lah’iy lam yablughna sinna al-haidh” (anak-anak perempuan kecil yang belum mencapai usia haid). Ini sesuai dengan asbabun nuzul ayat tersebut (yakni) di mana sebahagian sahabat bertanya kepada Nabi SAW mengenai masa iddah untuk tiga kelompok perempuan iaitu,

(i) perempuan yang sudah menopause (kibaar)
(ii) perempuan yang masih kecil (sighar) dan
(iii) perempuan yang hamil (uulatul ahmaal).

Jadi, ayat di atas secara manthuq (makna eksplisit)nya menunjukkan masa iddah bagi anak perempuan kecil yang belum haid (dalam kes cerai hidup) iaitu selama tiga bulan.

Imam Suyuthi dalam kitabnya Al-Iklil fi Istinbath At-Tanzil hal. 212 menyebut Ibnul Arabi, yang mengatakan, “Diambil pengertian dari ayat itu, bahawa seorang boleh menikahkan anak-anak perempuannya yang masih kecil, sebab iddah adalah cabang daripada nikah”. Dengan itu, secara tidak langsung, ayat di atas menunjukkan bolehnya menikahi anak perempuan yang masih kecil yang belum haid. Penunjukan makna (dalalah) yang demikian ini dalam usul fiqh disebut dengan istilah dalalah iqtidha’, iaitu pengambilan makna yang mahu tak mahu mesti ada atau merupakan ketentuan (iqtidha’) dari makna manthuq (eksplisit), agar makna manthuq tadi bernilai benar, baik benar secara syar'i (dalam tinjauan hukum) mahupun secara aqli (dalam tinjauan akal). Oleh itu, ketika Allah SWT mengatur (menetapkan hukum) masa iddah untuk anak perempuan yang belum haid, bererti secara tidak langsung Allah SWT telah membolehkan hamba-hambanya menikahi anak perempuan yang belum haid, meskipun kebolehan ini memang tidak disebut secara manthuq (eksplisit) dalam lafaznya.

Berhubung ayat ini juga, menikahi atau menikahkan perempuan di bawah umur baik sebelum haid atau sebelum usianya 15 tahun, dalam pandangan Islam adalah sah. Dalam hal ini, tidak ada ikhtilaf di kalangan ulama’. Demikianlah penjelasan Ibn Mundzir, sebagaimana yang disebut oleh Ibn Qudamah. Dalam penjelasannya, Ibn Mundzir menyatakan, “Semua ahli ilmu, yang pandangannya kami hafal, telah sepakat bahawa seorang ayah yang menikahkan anak gadisnya yang masih kecil hukumnya mubah (sah).” Allah telah menetapkan perempuan dengan predikat “wa al-lah’i lam yahidhna” (yang belum haid) dengan iddah selama 3 bulan, sementara iddah 3 bulan tersebut hanya berlaku bagi perempuan yang ditalak atau difasakh, maka ayat ini menjadi dalalah iltizam, bahawa perempuan yang disebutkan tadi sebelumnya telah dinikahi, kemudian ditalak atau difasakh .

Adapun dalil As-Sunnah, adalah hadis dari Aisyah ra,

“Bahawa Nabi SAW telah menikahi Aisyah sedang Aisyah berumur 6 tahun, dan berumah tangga dengannya pada saat Aisyah berumur 9 tahun, dan Aisyah tinggal bersama Nabi SAW selama 9 tahun” .

Dalam riwayat lain disebutkan,

“Nabi SAW menikahi Aisyah ra ketika Aisyah berumur 7 tahun dan Nabi SAW berumah tangga dengan Aisyah ketika Aisyah umurnya 9 tahun” .

Imam Syaukani dalam kitabnya Nailul Authar (9/480) menyimpulkan dari hadis di atas, bahawa boleh (saja’iz) hukumnya seorang ayah menikahkan anak perempuannya yang belum baligh (yajuuzu lil abb an yuzawwija ibnatahu qabla al-buluugh).

Ibn Hazm, menyebut pendapat Abu Muhammad, bahawa hujah yang digunakan untuk mengesahkan tindakan orang tua menikahkan anak perempuannya di bawah umur adalah tindakan Abu Bakar ra yang menikahkan Aisyah ra dengan Nabi SAW ketika Aisyah berusia enam tahun. Ini merupakan riwayat yang masyhur sehingga tidak perlu dikemukakan lagi isnadnya. Namun, Ibn Hazm juga mengutip pendapat Ibn Syubramah, yang menyatakan bahawa tidak boleh menikahkan anak di bawah umur sampai akil baligh, dan menegaskan bahawa pernikahan Nabi SAW dengan Aisyah ra itu merupakan kekhususan bagi Nabi, tidak untuk yang lain . Pendapat ini sebenarnya telah digugurkan dengan sejumlah fakta pernikahan para sahabat dengan perempuan di bawah umur, seperti yang dilakukan oleh Umar bin al-Khatthab ketika menikahi Ummu Kaltsum, puteri Ali bin Abi Thalib dan Qudamah bin Math’ghun yang menikahi puteri Zubair .

Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelaslah bahawa adalah mubah hukumnya seorang lelaki menikah dengan perempuan kecil yang masih belum haid. Hukum nikahnya sah dan tidak haram. Namun, perlu diingat bahawa syarak hanya menjadikan hukumnya sebatas mubah (boleh), tidak menjadikannya sebagai sesuatu anjuran atau keutamaan (sunnah/mandub), apalagi suatu kewajipan (fardhu). Sah atau tidak nikah ini pula bergantung kepada beberapa syarat.

Syarat Untuk Sah Nikah

Di dalam Islam, jika seorang perempuan dilamar maka hanya dirinyalah yang berhak untuk menerima atau menolak lamaran atau pernikahan tersebut. Tidak seorang pun dari wali-walinya ataupun selain mereka, yang berhak menikahkan wanita itu tanpa izinnya, sebagaimana tidak berhak walinya atau siapa pun untuk menghalangnya dari berkahwin. Telah diriwayatkan dari Ibn Abbas, ia menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya, sedangkan seorang gadis mesti diminta izin darinya dan izinnya adalah diamnya.” .

Dari Abu Hurairah, ia menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang janda tidak boleh dinikahkan hingga diminta perkenannya. Dan seorang gadis tidak boleh dinikahkan hingga diminta izinnya.” Para sahabat lalu bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana izinnya?’ Baginda menjawab, ‘(apabila) ia diam” .

Ibn Abbas juga menuturkan, “Seorang gadis pernah datang kepada Rasulullah SAW, lalu ia menceritakan bahawa ayahnya telah menikahkannya padahal ia tidak suka. Maka Nabi SAW memberikan pilihan kepadanya (boleh meneruskan perkahwinannya atau bercerai dari suaminya)” .

Dan dari Khansa binti Khidzam al-Ansariyah,

“Bahawa ayahnya telah menikahkan dirinya, padahal ia adalah seorang janda, dan ia tidak suka akan perkahwinan itu. Kemudian ia datang kepada Rasulullah SAW, maka baginda membatalkan perkahwinannya itu” .

Kesemua hadis di atas menunjukkan dengan jelas bahawa seorang perempuan, jika ia tidak memberikan izin untuk dinikahkan, maka pernikahannya tidak sempurna. Dan jika ia menolak pernikahannya itu atau dinikahkan secara paksa, maka pernikahannya itu difasakh (rosak), kecuali jika ia bertukar fikiran atau ridha dengan perkahwinan tersebut. Semua hal di atas hendaklah dipenuhi sebelum terjadinya akad nikah. Adapun dari segi akad perkahwinan itu sendiri, ia mestilah memenuhi empat syarat in’iqad (kami hanya akan memberi syarahan kepada syarat yang kedua sahaja yang relevan dengan kes kita):-

Pertama: Ijab-qabul (tawaran-penerimaan; offer-acceptance) yang dilangsungkan dalam satu majlis.

Kedua: Kedua belah pihak yang berakad mesti ‘mendengar’ perkataan satu sama lain sekaligus ‘memahami’nya, sehingga masing-masing mengetahui bahawa pihak yang satu lagi itu (melalui ungkapannya) menghendaki akad perkahwinan diwujudkan. Jika masing-masing tidak mengetahuinya, baik kerana tidak mendengar atau kerana tidak memahaminya, maka akad perkahwinan itu dinilai tidak wujud (tidak ada akadnya). Contohnya, jika seorang lelaki mengucapkan kepada seorang wanita dalam bahasa Perancis, bahawa dia menikahkan wanita tersebut dengan dirinya, sementara si wanita tidak memahaminya namun wanita itu mengucapkan apa yang dikatakan kepadanya itu tanpa ia fahami, dan lelaki itu pun menerima (mengucapkan qabul)nya, padahal wanita itu tidak faham bahawa tujuan dari apa yang dia ucapkan adalah berupa akad perkahwinan, maka akad itu tidak wujud (tidak sah). Sedangkan jika wanita yang berkenaan mengetahui bahawa maksud dari apa yang dia ucapkan adalah akad perkahwinan, maka akad nikah itu sah.

Mengenai syarat bahawa salah satu dari kedua belah pihak yang berakad dikehendaki ‘mendengar’ ucapan pihak lainnya, dan mesti memahami yakni mengetahui bahawa dengan ungkapannya, pihak lain itu menginginkan akad perkahwinan, hal ini (syarat ini)lah yang menjadi qabul sebagai jawaban terhadap ijab. Dan oleh kerana ijab itu sendiri merupakan seruan dari salah satu pihak yang berakad agar diterima oleh pihak lainnya, maka jika pihak kedua tidak mengetahui (memahami) maksud ijab itu, tidak akan terealisasi seruan kepadanya dan juga tidak terealisasi qabul di atas seruan tersebut. Jika seseorang itu tidak mendengar dan tidak memahami sesuatu ungkapan, maka secara faktanya, tidak wujud ijab dan tidak wujud qabul.

Ketiga: Ucapan qabul tidak boleh menyalahi ucapan ijab, baik secara keseluruhan ataupun sebahagian.

Keempat: Bahawa syariah benar-benar memperbolehkan perkahwinan di antara kedua pihak yang berakad seperti mempelai wanita haruslah seorang Muslimah atau Ahlul Kitab baik Yahudi atau Nasrani, sedangkan mempelai lelaki harus seorang Muslim, bukan non-Muslim .

Jika akad yang terjadi memenuhi keempat-empat syarat di atas, maka akad perkahwinan yang terjadi dinilai sah. Sebaliknya, jika salah satu sahaja dari keempat-empat syarat tersebut tidak dipenuhi, maka akad perkahwinan yang terjadi tidak dinilai sah, sebaliknya dinilai batil dari dasarnya lagi. Berhubung isu di dalam kes ‘perkahwinan’ Shamsuddin dan Siti Nur Zubaidah, qadhi wajib memeriksa sama ada kesemua syarat ini dipenuhi. Qadhi hendaklah melakukan tahqiq al-manath (penetapan fakta) yang betul dan jika salah satu dari syarat di atas tidak wujud, maka perkahwinan sebenarnya tidak pernah wujud atau tidak sah. Berdasarkan fakta kes (jika benar sebagaimana dilaporkan), jelas bahawa Siti Nur Zubaidah langsung tidak mendengar dan tidak memahami bahawa dia akan di akad-nikahkan. Selain syarat di atas, terdapat syarat-syarat lainnya seperti pengantin perempuan itu hendaklah yang benar-benar halal (boleh) dinikahi, adanya wali dan adanya dua orang saksi Muslim yang adil, baligh, berakal dan faham akan akad yang berlaku.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Semoga kejadian ini membuka mata semua pihak akan betapa banyaknya kepincangan hukum syarak yang terjadi dalam negara, baik di pihak rakyat mahupun pemimpin. Sebagai Muslim, kita tidak boleh memukul rata meletakkan kesemua jemaah tabligh bersalah dalam hal ini. Ini adalah kerana perbuatan ini hanya dilakukan oleh salah seorang ahlinya yang ‘bermasalah’ dan bukannya mewakili kesemua ahli tabligh. Justeru kita hendaklah bijak mengasingkan antara ‘perbuatan individu’ dengan ‘perbuatan jemaah’ agar kita tidak terjerumus memfitnah saudara kita yang tidak berdosa. Berbeza halnya jika kepimpinan tabligh memang mengakui bahawa hal itu terdapat dalam amalan jemaah mereka. Kesalahan yang jelas bagi lelaki tabligh tersebut adalah perbuatannya membiarkan ‘isterinya’ tanpa penjagaan dan nafkah, sedangkan kewajipan seorang suami itu adalah menjaga dan memberikan nafkah kepada isterinya, dan bukannya mengharapkan makanan turun dari langit untuk isterinya. Dalam menghadapi isu sebegini, kita hendaklah sedar bahawa bukan ‘hukum perkahwinan’ (hukum Allah) itu yang salah, tetapi manusia (pelaku) itu sendirilah yang bersalah kerana tidak mengikut hukum Allah. Allah telah mengatur manusia dengan sebaik-baik hukum perkahwinan dan hukum-hukum lainnya, namun ada sebahagian manusia yang tetap memilih jalan yang akan mencelakakan dirinya. Wallahu a’lam.

Sumber: http://mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2024-sn212-kahwin-bawah-umur-apa-masalahnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-03-10 14:32


salam good point fikrul mustanir..

mubah(dibolehkan) dengan beberapa syarat...

persolannya
1. Budak tu tahu dan bersedia kah untuk bernikah? baru lepas UPSR tu...

2. Mengapa budak 10-11 tahun jadi pilihan.. ramai lagi wanita yang boleh dijadikan pilihan..


dunia-dunia...apabila nafsu di jadikan sunn..opss ikutan..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

znia80
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.03.2010
Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-03-10 09:59


macamana sunnah nabi nak diamalkan, sedangkan ramai yang mengomenkanyer, shahih ke cerita tu, atau gimik paper untuk melariskan jualannyer

lah haulawala ku wata billa hil ali yil azim

Bookmark and Share

    


  Member Information For znia80Profil   Hantar PM kepada znia80   Pergi ke znia80's Website   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-10 15:03


em dunia semakin kelam kabut.. buat sesuatu tanpa memikirkan apa yang akan terjadi sejepas membuat sesuatu perkara tersebut..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-03-10 15:46


Pada 18-03-10 14:32 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

salam good point fikrul mustanir..

mubah(dibolehkan) dengan beberapa syarat...

persolannya
1. Budak tu tahu dan bersedia kah untuk bernikah? baru lepas UPSR tu...

2. Mengapa budak 10-11 tahun jadi pilihan.. ramai lagi wanita yang boleh dijadikan pilihan..


dunia-dunia...apabila nafsu di jadikan sunn..opss ikutan..


salam,
budak tu nampak sangat tak bersedia, siap tendang2 suami dia bila diajak bersama? dah cukup sedia dan cukup pengetahuan agamakah gadis sebegitu? adakah dia rela ketika dikahwinkan?

budak-budak zaman sekarang tak macam budak-budak zaman dulu, kalau zaman mak ayah datuk nenek kita dulu, kecil-kecil pun dah pandai uruskan rumah tangga, pandai masak dan sebagainya... itu antara sebab orang dulu-dulu kahwin awal.

realiti sekarang berbeza, belajar pun at least sampai SPM (majoriti), tu pun dah 17/18 tahun. masak/kemas rumah tak tau entah ke mana... betul tak? :sopan:

nak cakap pasal sah memang sah, tapi dari segi wajar tak wajar kena ambil kira juga, tak pasal2 budak tu kena tinggal seorang-seorang kat KL...

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-03-10 16:40


Salam,

Kalau budak tu tak rela (indikasi dari tendang2 bila diajak bersama seperti yang dinukilkan oleh ibnu musa). Makanya nikah itu boleh dibatalkan sebab dilakukan tanpa kerelaan pengantin perempuan.

Wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 22-03-10 17:03


Perbincangan hangat berkenaan topik ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam masyarakat.

Ada sebuah aliran Islam yang dari dulu cuba tidak menshahihkan hadith Bukhari Muslim berkenaan usia perkahwinan Nabi dengan A'isyah, versi mereka mengatakan 19 tahun dan bukannya 9. Maka aliran yang ini, menyerang praktik pernikah awal usia.

Tetapi secara umumnya, masyarakat menolak pandangan tersebut. Jadi bagaimana untuk meletakkan posisi hukum ini dalam realiti hari ini? Jika benarlah apa yang dilaporkan - si bapa menikahkan anaknya tanpa rela & tindakan pengabaian si suami- ini merupakan hukum yang perlu dibahaskan berbeza dengan hukum pernikahan sebelum usia baligh. Golongan liberal dan moderat cuba mencampur adukkan hukum-hukum ini untuk menyerang kemubahan hukum pernikahan sebelum usia baligh. Dan saya lihat, ramai ummat yang terpengaruh dan merasakan ia suatu yang jijik bagi konteks hari ini walaupun di sisi lain mereka tidak manafikan kemubahan hukum tersebut.

Saya melihat ini satu keberjayaan golongan liberal dan moderat, mewujukan pandanngan jijik terhadap hukum Islam oleh orang Islam sendiri, nauzubillah. Walhal jika kita mempunyai pemikiran Islam yang jernih, ia tidaklah serumit ini.


Jelas hukumnya adalah mubah, sama seperti hukum lain. Memancing juga mubah, menonton televisyen juga mubah, memakai t-shirt juga mubah, begitu juga bernikah sebelum baligh juga mubah. Jadi, terpulang kepada pihak yang empunya diri. Jika kita tidak bersedia atau tidak berminat itu juga mubah. Tetapi janganlah mempertikaikan tindakan pihak lain yang melaksanakannya dalam konteks yang mubah, apatah lagi ia telah dicontohkan oleh Rasulullah dan para sahabat terdekat.

Jika anda mengikuti pentarbiahan Hizbut Tahrir, perbahasan tentang hukum2 Ijtimaei ini dibahaskan dalam kitab yang ke 4. Perhalusi, dan anda akan lihat keindahan cara hidup Islam secara mengkristal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-03-10 19:45


itu lah bah kes kawin bawah umur ni,tiada2 bah,enda masuk akal...macam tak ada cerita lain saja kat berita tu....org yang mahu kawin tu pun bego betul...ada kah bwa umur...


-----------------
IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63.


Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 23-03-10 08:53


Pada 17-03-10 09:24 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

apa pandangan mengenai perkara ini

uucp://img219.imageshack.us/img219/521/ayahpin.jpg


hei ayah pin ni... kat kerajaan langit pun ada broadband ke??? maju nya kerajaan langit ayah pin.... broadband apa lah ayah pin guna... kat atas langit pun sempat nak menyesat kan orang kat muka bumi ni.... :-D


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 23-03-10 15:56


Pada 16-03-10 09:38 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-03-10 14:35 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

salam , polemik berkahwin dengan budak umur 10-11 tahun ni..adakah betu ikut sunnah Nabi atau sunnah nafsu?



wujudkah perkataan 'sunnah nafsu' tu?? syeikh, jangan ikut sedap tangan saja menaip..



Ada kekeliruan ke ni? :-?


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 23-03-10 15:58


Pada 18-03-10 14:32 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

salam good point fikrul mustanir..

mubah(dibolehkan) dengan beberapa syarat...

persolannya
1. Budak tu tahu dan bersedia kah untuk bernikah? baru lepas UPSR tu...

2. Mengapa budak 10-11 tahun jadi pilihan.. ramai lagi wanita yang boleh dijadikan pilihan..


dunia-dunia...apabila nafsu di jadikan sunn..opss ikutan..



Mungkin orang tu dah tak normal :oops:


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 23-03-10 16:00


Pada 22-03-10 19:45 , KIKO posting:

!!! QUOTE !!!

itu lah bah kes kawin bawah umur ni,tiada2 bah,enda masuk akal...macam tak ada cerita lain saja kat berita tu....org yang mahu kawin tu pun bego betul...ada kah bwa umur...



Ya bah kan kiko...Memang tu org fikir kanak-kanak ni nanti senang dia mahu handle sebab belum matang dan fikirannya belum luas hmm :oops:


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-03-10 20:23


Pada 22-03-10 16:40 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Kalau budak tu tak rela (indikasi dari tendang2 bila diajak bersama seperti yang dinukilkan oleh ibnu musa). Makanya nikah itu boleh dibatalkan sebab dilakukan tanpa kerelaan pengantin perempuan.

Wasalam.

salam syeikh,
kalau bab sah ni, kena ingat juga dalam pandangan mazhab syafi`i ada konsep wali mujbir ye...

isu di sini bukan tentang sah ke tak sah, tapi adakah tindakan tersebut betul-betul bertepatan dengan sunnah Nabi? Kenapa akhirnya budak tu ditinggalkan di KL seorang-seorang?

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 00:26


Pada 24-03-10 20:23 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-03-10 16:40 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Kalau budak tu tak rela (indikasi dari tendang2 bila diajak bersama seperti yang dinukilkan oleh ibnu musa). Makanya nikah itu boleh dibatalkan sebab dilakukan tanpa kerelaan pengantin perempuan.

Wasalam.

salam syeikh,
kalau bab sah ni, kena ingat juga dalam pandangan mazhab syafi`i ada konsep wali mujbir ye...

isu di sini bukan tentang sah ke tak sah, tapi adakah tindakan tersebut betul-betul bertepatan dengan sunnah Nabi? Kenapa akhirnya budak tu ditinggalkan di KL seorang-seorang?

wassalam.



kalau dah memenuhi syarat sah kawin maka sahlah perkahwinan.
Jadi isu tinggalkan isteri kat KL seorang-seorang soal tak laksanakan tanggungjawab sebagai suami, memberi nafkah bukan persoalan sah atau tidak kawin tu. :jangan:


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 00:28


Pada 15-03-10 14:35 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

salam , polemik berkahwin dengan budak umur 10-11 tahun ni..adakah betu ikut sunnah Nabi atau sunnah nafsu ?



Bahaya betul lah tulisan zulman ni. fikir dulu baru tulis :jangan:


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-03-10 18:51


Pada 25-03-10 00:26 , farouks posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-03-10 20:23 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-03-10 16:40 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Kalau budak tu tak rela (indikasi dari tendang2 bila diajak bersama seperti yang dinukilkan oleh ibnu musa). Makanya nikah itu boleh dibatalkan sebab dilakukan tanpa kerelaan pengantin perempuan.

Wasalam.

salam syeikh,
kalau bab sah ni, kena ingat juga dalam pandangan mazhab syafi`i ada konsep wali mujbir ye...

isu di sini bukan tentang sah ke tak sah, tapi adakah tindakan tersebut betul-betul bertepatan dengan sunnah Nabi? Kenapa akhirnya budak tu ditinggalkan di KL seorang-seorang?

wassalam.



kalau dah memenuhi syarat sah kawin maka sahlah perkahwinan.
Jadi isu tinggalkan isteri kat KL seorang-seorang soal tak laksanakan tanggungjawab sebagai suami, memberi nafkah bukan persoalan sah atau tidak kawin tu. :jangan:


salam,
ye, betul lah tu... tiada kaitan dengan sah atau tidak, tapi apa yang dipertikaikan adakah perkahwinan tersebut menepati sunnah atau tidak, kerana alasan utama ia dibuat kerana "nak ikut sunnah". tiada kaitan dengan sah atau tidak, kecuali kalau nikah dibuat tak ikut syarak atau tak cukup rukun/syarat sah baru iye :jangan:

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141149 saat. Lajunya....