Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 189
Ahli: 0
Jumlah: 189




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 2 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS YAALLAH...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS YAALLAH...

Please Mendaftar To Post


Oleh PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS YAALLAH...

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-03-10 15:22


Sahabat dikasihi, sejenak kita renungkan kisah ini...:-)

Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari bahtera kehidupan.:bunga:

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata-kata hukama yang menerjah ruang fikiranku. Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri. Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain. Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula. Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung. Pada ketika itu hati pun berbunga. Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya. Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH. Aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu. Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insane kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya. Namun. Aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah. Ketika aku lemah, perkukuhkanlah. Ketika alpa, ingatkanlah. Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu. Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

annuur_syifa
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38630
Posting: 15
Dari: Kulai, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-03-10 22:40


salam...

saya pun akui memang begitu sukar mendidik diri ini ke arah keikhlasan..brkali2 persoaln timbul dalam diri..ikhlas ke aku??walaupun diri mengatakan ikhlas,hati masih ragu2...huhu..hanya Tuhan yang tahu sejauh mana keikhlasn hmba2Nya...kita hanya mampu berusaha,berdoa & brtawakal...
ikhlaslah hati...


-----------------
"Allah tidak menetapkan qadha' bagi seorang hamba-Nya kecuali qadha' itu baik baginya" ~Al-Musnad karya Imam Ahmad~


Bookmark and Share

    


  Member Information For annuur_syifaProfil   Hantar PM kepada annuur_syifa   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-03-10 12:29


salam...

ye., betul annuur_syifa.,
dalam hidup ni salah satu perkara yang amat sukar
untuk dididik dalam hati adalah IKHLAS,
sebaik-baik hamba adalah mereka yang melakukan sesuatu KERANANYA tanpa menghiraukan segala pandangan sekeliling, yang bersesuaian dan bertepatan dengan kehendakNYA.


Semoga diri kita sama-sama mampu melahirkan sifat Mahmudah ini
sepanjang hayat. Ya ALLAH Bantulah hambamu ini dalam mencari Redha dan Berkatmu atas Keikhlasan kami menjalani ibadah.

Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-03-10 20:43


YA ALLAH ,kau bantulah hamba-hambaMU ini dalam menggapai keikhlasan semata- mata keranaMU... YA ALLAH,peliharalah kami dari segala godaan dan bisikan syaitan....
Sesungguh nya KAU lah penolong kami..AAMIIIN


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-03-10 21:19


Assalamualaikum warahmatullah....

Disaat Perang badar selesai , Seorang sahabat Rasulullah SAW berkata

" Ya Rasulullah, Kami telah melewati perang yang sangat berat..."

Lalu Rasulullah SAW pun menjawab

" Belum, Perang Badar bukanlah perang terberat..malahan perang terberat adalah perang melawan hawa nafsu diakhir zaman nanti.."


Sebagai ingatan kembali bukan mudah dlmana untuk mengislamkan,mgikhlaskan diri dengan sepenuh hati,jiwa,akal pikiran,rasa perasaan,naluri,nafsu,nafsin,hakikat,hakiki,rohani dan jasmani diri kita kerana sudah dr awal-awal lagi syaitan laknatullah dah membuat perjanjian dengan Allah dalam membisikkan bisikan2 menyesatkan terhadap seluruh keturunan anak,cucu dan cicit tok Adam dan tok Hawa ini....

So tidak mustahillah org Islam jua digoda dengan hasutan syaitan laknatullah itu setiap masa,setiap detik dalam melakukan perkara2 terlarang di dalam agama Islam bilamana diri sekadar acuh tak acuh kerana tidak benar-benar mendalami,memahami,mengikuti dan tidak sungguh-sungguh untuk duduk berpegang pada border Islam,Insan, dan Iman yang sememangnya benar.....
Namun Allah jualah Hakim diatas segalanya....


-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....


Bookmark and Share

    


  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-03-10 21:24


Doa Akasyah....

Sesungguhnya diri kami berlindung kepada Allah yang Maha Mengetahui daripada Syaitan laknatullah yang direjami...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah,semoga engkau merahmati junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga dan para sahabat beliau...
Dengan nama Allah yang Maha Bersinar Bercahaya diatas segala cahaya..Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pencipta Segala Cahaya Penerang dan yang menurunkan kitab Taurat diatas gunung Thurdi dan didalam kitab tertulisnya Segala Puji bagi Allah Yang Kekayaannya terbentang amat luas..Segala kekuasaannya dan kebesarannya amat benar dengan keagungannya..Pemberiannya yang menggembirakan ataupun menyusahkan hati,namun harus tetap disyukuri..Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi,menjadikan gelap dan terang dan pada akhirnya orang-orang yang derhaka bakal diadili semua...
Kaf Ha Ya 'Ain Shaad, Ha Mim 'Ain Sin Qaf, hanya kepadaMu lah kami menyembah dan memohon pertolongan,wahai zat Yang Maha Hidup Kekal dan Allah jualah tuhan kami Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hambanya dan Maha Pemberi Rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya kerana Allah jualah yang Maha Kuat lagi Maha Mulia..Wahai Allah Yang Maha Mencukupi Segala Sesuatu,cukupilah aku dan palingkanlah kepadaku segala sesuatu dengan kekuasaanMu yang baik, Sesungguhnya hanya engkaulah Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya...


Wahai Allah, wahai zat yang banyak pemberiannya, wahai zat yang selalu bertemu, wahai zat yang bagus perbuatannya, wahai zat pemberi rezeki hamba pada setiap keadaan, wahai zat pencipta pertama kali dengan tanpa contoh, wahai zat yang kekal yang tidak binasa, selamatkanlah kami dari kufur dan tersesat dengan hak Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w....

Wahai Allah, seandainya rasa bimbang dan ragu masuk dalam keimananku kepada engkau sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w....

Wahai Allah, seandainya kufur masuk dalam keimananku kepada engkau sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan seraya berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w....

Wahai Allah, seandainya rasa bimbang dan ragu masuk di dalam ketauhidanku terhadap engkau sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah seandainya rasa sombong, takbur, riak, menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku untuk engkau masuk dalam hatiku sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w....

Wahai Allah, seandainya sifat pembohong, pengumpat dan pendusta berjalan dalam lisanku sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w....

Wahai Allah, seandainya terlintas dalam hatiku rasa was-was sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w....

Wahai Allah, seandainya rasa penyerupaan dan kelalaian masuk di dalam kemakrifatanku kepada engkau sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, seandainya rasa nifaq, dosa-dosa besar dan kecil masuk dalam hatiku sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w....

Wahai Allah, seandainya sifat riak masuk dalam amal perbuatanku dan ucapanku sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, keburukan-keburukan yang telah kuperbuat sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, kebajikan-kebajikan yang telah engkau kehendaki untuk aku, kemudian aku tidak mensyukurinya dan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, perkara-perkara yang telah engkau takdirkan atas aku kemudian aku tidak merasa senang dan tidak menerimanya dan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah engkau kurniakan kepadaku kemudian aku berbuat maksiat terhadap engkau atas kenikmatan tersebut dan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w....

Wahai Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah engkau kuasakan kepada aku kemudian aku lalai bersyukur kepada engkau sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, barang yang telah engkau kuasakan kepadaku dan aku belum memberi haknya sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dengan dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, kebajikan-kebajikan yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan aku belum memuji engkau sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, berfikir dalam kekuasaan engkau yang engkau ciptakan terhadapku kemudian aku memejamkan mata sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, perbuatan-perbuatan yang aku lakukan di dalam umurku tetapi engkau tidak mengizinkan dan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w.....

Wahai Allah, amal-amalku yang engkau perpendek di dalam mengharap-harap rahmatmu sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, jikalau aku bergantung kepada selain engkau di dalam kepayahan-kepayahan sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, jikalau aku meminta pertolongan kepada selain engkau dalam kecelakaan-kecelakaan sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, urusan-urusanku yang telah engkau baguskan dengan anugerah engkau dan aku pandang dari selain engkau sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah, jikalau kakiku tergelincir dari jambatan Sirotul Mustaqim kerana meminta kepada selain engkau, maka tetapkanlah sedangkan aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap Lailaha Illa Allahu Muhammadur Rasulullah s.a.w...

Wahai Allah zat yang Maha Hidup, wahai zat yang terus menerus, wahai zat yang memiliki rahmat, wahai zat yang banyak anugerahnya, wahai zat yang banyak memberi, wahai zat yang memiliki kerajaan, wahai zat yang tiada Tuhan melainkan engkau, Maha Suci engkau, sesungguhnya aku termasuk golongan orang yang berbuat zalim, maka engkau mengkabulkan dan menyelamatkan dari kesusahan dan begitu juga engkau menyelamatkan orang-orang mukmin dan nabi Zakaria menyeru kepadamu janganlah engkau tinggalkan aku sendirian kerana sesungguhnya engkaulah waris yang paling baik...

Wahai Allah, dengan hak Lailaha Illa Allah dan kemuliaannya, dengan hak ayat kursi dan keluasannya, dengan hak arsi dan keagungannya, dengan hak kalam dan berjalannya, dengan hak Luh Mahfuz dan penjaga-penjaganya, dengan hak timbangan dan dua matanya, dengan hak jambatan dan kelembutannya, dengan hak Jibril dan kejujurannya, dengan hak Mikail dan belas kasihnya, dengan hak Isrofil dan peniupannya, dengan hak Izrail dan terpilihnya, dengan hak Ridwan dan Syurganya, dengan hak Malik dan jahanam, dengan hak Adam dan terpiihnya, dengan hak Syits dan kenabiannya, dengan hak Nuh dan perahunya, dengan hak Ibrahim dan terpilih sebagai kekasih, dengan hak Ishaq dan keagamaannya, dengan hak Ismail dan disembelihnya, dengan hak Ya’kub dan kedukaannya, dengan hak Yusuf dan terasingnya, dengan hak Musa dan ayat-ayatnya, dengan hak Harun dan kehormatannya, dengan hak Hud dan kewibawaannya, dengan hak Solleh dan untanya, dengan hak Luth dan pemikirannya, dengan hak Yunus dan ajakannya , dengan hak Daniyal dan keramatnya, dengan hak Zakaria dan kesuciannya, dengan hak Isa dan kejiwaannya, dan dengan hak Muhammad yang terpilih s.a.w dan syafaatnya...

Wahai Allah, wahai zat yang Maha Hidup, wahai zat yang tiada Tuhan melainkan engkau, maha suci engkau, sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang berbuat zalim, maka engkau mengkabulkannya dan menyelamatkan dari kesusahan, begitu juga engkau menyelamatkan orang-orang mukmin, tiada Tuhan melainkan engkau, dan kepadamu aku bertawakal dan Allah adalah Tuhan Arsi yang Agung...

Allah mencukupi aku, sebaik-baiknya zat yang mengurus, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong..Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung...

Wahai tuhan kami berilah kami kebaikan dunia dan akhirat dan lindungilah kami dari siksaan nerakamu Ya Allah...

Semoga Allah senantiasa mencurahkan rahmatnya atas makhluknya yang paling baik, cahaya Arsinya junjungan Nabi dan pemberi syafaat kami iaitu Muhammad s.a.w., seluruh keluarga dan para sahabat beliau semua..

Dengan rahmatmu wahai zat yang paling belas kasih Tuhan semesta alam.....Amin3 Ya Rabbal Alamin


-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....


Bookmark and Share

    


  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

riniey
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22591
Posting: 292

botswana   avatar


posticon Posting pada: 13-03-10 22:16


artikel ni mengingatkan aku dengan seseorang hamba ALLAH. memang dr segi pakaiannya jauh lebih baik drpdku.. jauh sangat.. tapi tidak kusangka rupa-rupanya disebalik pakaian yang dipakainya tidak searas dengan pelakuan budi pekrtinya.. entahlah. memang susah sangat untuk melakukan sesuatu perkara itu ikhlas dan yang paling susah untuk bersihkan hati dr perkara2 yang tak elok. walau macam mana pun aku tetap AKU.. aku bukan hipokrit. selagi tahu batasan yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, insyaallah terhindar dr perkara yang tidak baik. org boleh katakan apa sahaja tapi org takkan boleh baca dan tahu tentang hati @ niat kita.. yang tahu hanya DIA IAITU ALLAH SWT. yang MAHA SEGALA-NYA...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rinieyProfil   Hantar PM kepada riniey   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-03-10 00:47


Susah betul nak menambahkan iman sekarang...Kenapa akhir zaman ini akde nafsu kearah Islam,selalu dikeliling org untuk tambah duit tambah duit..jarang betul dikeliling org untuk tambah iman....

Nak hidup seorang2, tak mampu pula....aduiii.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 02:13


Anyway pada sahabat-sahabat bacailah Doa Akasyah ini biarpun hanya sekali seumur hidupmu....

Dalam kitab Mujarabat ada menyatakan bahawa doa Akasah ini pda asalnya dibawa oleh Malaikat Jibril as.s dari arasy… dari sayyidina Abu Bakar A-Siddiq .a telah berkata.,.. pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah S.A.W di dalam Masjid Madinah AL Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril as. Dengan membawa Doa Akasyah lalu diberikan kepada Rasulullah S.A.W seraya berkata.. Wahai Rasulullah, sesungguhnya yang aku bawa ini Doa Akasyah yang sejak dari Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain belum pernah diberi kecuali kepada engkau. Kata Malaikat Jibril lagi, sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia seisinya...

Fadilatnya:

1.. Dapat menghafal Al Quran: …. Hendaklah membaca doa ini sebelum membaca Al Quran dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT… Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku,, Wahai Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa Akasyah ini, sebab membaca doa ini bererti akan memperolehi kesentosaan dan anugerah dari Allah SWT,, dapat menghafaz Al Quran dan Kitab..
Sayyidina Uthman Ibnu Affan ra. Pernah berkata, Sesungguhnya aku dapat menghafaz Al Quran dengan berkat doa Akasyah ini...


2.. Memperolehi kekuatan luar biasa: Sayyidina Ali ibnu Abu Talib ra. Pernah berkata. Aku telah memiliki kekuatan dan keberanian yang luar biasa disebabkan berkahnya Doa Akasyah ini...

3.. Diampuni Allah SWT segala Dosa..

4.. Membaca dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah secara istiqomah..Insyallah diberi keampunan dan dihapuskan segala dosa...

5.. Pada hari kiamat akan diberi Allah SWT pahala yang besar.. Hasan Basri ra berkata, Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Bahawa seseorang itu tidak akan memperolehi pahala yang berlimpah-limpah seperti pahala orang membaca Doa Akasyah ini…
Syeikh saya’ban ra berkata. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,, Barang siapa membaca doa Akasyah ini, jika ia meninggal dunia, maka ia sentiasa mendapat anugerah dari Allah SWT 70ribu malaikat yang mengikut menghantarkan jenazahnya kekubur,,, dan setiap satu malaikat akan membawa alam nur...

6.. Mendapat darjat yang tinggi didunia dan akhirat...
Dalam hidupnya sentiasa membaca doa tersebut,, nescaya Allah SWT mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.. Apabila bangkit dari kubur, wajahnya seperti bulan purnama…banyaknya malaikat berada disekeliling nya,,yang semuanya membawa bendera dari cahaya terus menuju ke syurga bersama-sama orang yang membaca doa Akasyah ini....orang-orang lain yang berada di padang masyar pula akan merasa kagum dan tercengang/hairan kerana dihormati oleh para malaikat dan orang soleh..
Rasulullah s.a.w pernah bersabda pada Saidina Umar ibni al-Khattab,,wahai umar,bacalah doa ini kerana membaca doa ini mmperoleh pahala yang sangat besar,70 ribu malaikat berbuat kebajikan kerana membaca doa ini,satu malaikat mempunyai kepala 70 dan mulut 70,tetiap satu mulut memuji Allah dan semuanya itu dberikan kepada orang yang membaca doa ini dan Allah juga memberi rahmat kepadanya.....

Wallahu ‘alam.


-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....


Bookmark and Share

    


  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 15:10


Sentiasalah berdoa. Insya Allah :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.179882 saat. Lajunya....