Pada 10-03-10 22:33 , alornk posting:!!! QUOTE !!!
salam
saya tengah bengang gila ni..
ni bkenaan dengan rakan sekerja saya...terus terang...saya ni seorang guru sekolah..
apa yang tjadi adalah..saya tengah sakit jiwa dengan seorang mamat ni..dr hari ke hari saya makin tertekan dengan dia..
ikutkan saya pasti masalah tak berpunca sangat dr saya.. sejak beberapa ketika ni hubungan kami makin renggang..sejuk..dingin..
kawan saya ni..dia seorang yang senyap..memendam rasa..tak banyak cakap..ikutkan antara saya dan dia..saya yang banyak cakap..happy go lucky..peramah...bebrbanding dia yang kurang bcakap..
saya kenalinya sejak beberapa tahun lalu sejak sama-sama posting d sekolah sama..at last kami duduk menyewa sama..
da lama saya bertahan dan bersabar dengan karenah memendam dia ni.. saya tak tau apa lah benda yang asyik membuatka dia badmood, rasanya dengan saya saja..dengan rakan lain dia kelihatan ok atau berpura2 ok.
sejak dulu saya selalu jaga hati dia..Kalau boleh memang saya tak berani nak buat hal dengan dia..sebab saya tau org macam dia tu jenis kalau meletup habis musnah hiroshima. so saya sentiasa berhati-hati dengan dia..
tapi kan..percaya atau tak..dalam sehari kami kadang-kadang tak pernah bertegur sapa..hatta meja kami besebalahn. asal2nya saya salu lah tegugr apa-apa yang patut..even tanya da makan ke..atau ada kerja ke..dan sebaliknya dia tak pernah lah nak tanya.. pernah juga dalam semggu tak ada apa-apa point kami nak cakap..tak tau lah Kenapa.. apa yang saya pasti memang kdanag2 saya senagaj tak nak memulakan kata-kata sebab nak saja saja nak buat dia start dulu..tapi hampeh..lama-lama berlalu keadaan tu seolah-olah kami ni sedang berperang saudara..
kadang-kadang juga..Kalau dr jauh nampak nak btembung..dia seboleh2nya tak mahu lalu arah yang saya lalui..malah menyimpang..begitu juga masa makan d kantin sekolah..dia tak ada pulak nak dok sebelah saya berbanding saya yang akan dok sebelah dia jika ada kosong..masa miting pun macam tu..kadang-kadang sengaja saya datang lambat supaya saya dapat tempat sebelah dia bebandung Kalau dia lambat dia akan cari tempat lain..
bukan saya nak terhegeh2 sama dia..lagipun apa lah yang best dengan dia tu..tapi itulah cara saya untuk terus wujudkan chemistry antara kami..tapi dia tak ada usaha pun utnuk itu...Kalau saya tak buat macam tu sure sampai bebila kami tak bertegur..
tapi lama-lama saya da makin fedup..saya benci unuk terus berpura2..bengang pun ada.. sampaikan ada rakan-rakan lain tanya kami bergaduh ke..? saya tak taula apa jawpana dia..tapi jwpan saya, 'tak ada lah..da tak ada point nak cakap apa'..
huh..tadi ada satu insiden..boleh pula dia mesj saya untuk samaikan pesanan org sedangkan dia tau saya ada dekat-dekat kawasan yang dia berada.. saya angin betul masa tu..sapai sekarang rasa ada angin lagi dalam badan ni..benagng.. apa salahnya datang jumpa..cakap face to face..dengan ayat yang baik..ni dalam mesej faham-faham saja lah..dia guna macam ayat tak mesra lgsung..benci3x..
saya cerita ni pun bukan saja2..saya harap ada solusinya..sebab saya tau bukan untuk setahun 2 kami akan sama-sama..tapi entah sampai bila.. takkan keadaan ni akan berlanjutan..? sebab saya dengan dia adalah dr opsyen yang sama..maka banyak lah program yang kena kami usaha sama..macam weekend ni ada program jugak..saya dengan dia kena handle satu slot..Kalau macam ni keadaannya bagaimana nak buat kerja..
find, Kalau saya ada silap pun jangan lah hukum macam ni...bukan sehari due kami tak bertuegur..lama..berminggu2... Kalau ada pun masalah antara kami patut dia berpura2 lah baik dan mesra depan org untuk tutup situasi ni..jangan sampai ada yang salah sangka kata kami gaduh..
takkan pula saya nak melutut mohon kepastian? saya tengah bengang ni..banyak dal saya bsabo..berpura2 buat baik..cuba dan usaha wujudkan mesra...belanja makan...semua da..entah lah..
ya allah bukakanlah hati rakan aku ni..aku rasa macam nak pindah saja lari dr dia.. tau tak anda..setiap mlm saya doakan supaya hubngan kami baik dan mesra..tapi entah lah..kurang bekesan... kdang2 Kalau ada satu hari tu kami dapat bercakap antara satu sama lain ven dengan beberapa baris dialog pun saya rasa bsyukur.. hmm.... apa patut saya buat... saya tak mahu babitkan dengan org lain untuk menjernihkan keadaan kami...dalam masa sama saya rasa berputus asa da...ya ALLAH... 
Salam.,
akhi, kes macam ni pun ada ye,
masa zaman ana belajar ada juga kawan macam ni..
memang kalau tak pandai kawal emosi dan hati,
macam-macam yang boleh berlaku.. pelajaran pun boleh down.
especially dalam soal kerja ni, mungkin juga boleh menyebabkan
prestasi jatuh.
tapi, terus terang ana katakan.. (maaf ye terlebih dahulu),
kembali bermuhasabah ke dalam diri kita sebenarnya.
kalau kita lakukan dan hadapi sesuatu itu dengan SABAR dan TENANG, the most important is KERANA ALLAH, pasti perkara ini yang sukar boleh menjadi DAMAI..
memang orang itu salah, tapi kita kena faham.. dia pun manusia.,
dan manusia semuanya tak sama akhi..
yang ini macam ini sikapnya, dan itu begitu pula sikapnya,
secara overrate nya.. masing-masing ALLAH dah ciptakan AKAL dan HATI.
pilih mana yang boleh, mana yang tak boleh.
jika kita bergaduh atau bersikap seperti orang yang memperlakukan tidak baik kepada kita, maka.. dengan sendiri kita dah boleh nampak bahawa kita pun sama-sama dengan orang itu, gambarannya seperti orang yang kurang bijak (maaf ye, realitinya) dan akhirnya.. diri yang rugi.
Jauhilah dari menuding jari kepada pihak lain,
walaupun hakikatnya kita dipihak yang benar, namun..
tak semua yang benar berpihak kepada kita,
oleh sebab itu rendahkanlah sedikit perasaan amarah kamu,
jangan cepat beremosi.. lambat mana pun suatu masa nanti kawan tadi pasti berbaik kembali.
why not IKHLASkan HATI untuk terima dengan REDHA ujian ini?
mudah untuk berkata, tetapi sukar bagi yang merasa..
97% kisah akhi bawa ini sama masalah yang pernah menimpa ana sewaktu di IPT dulu, satu persatu detail lagi apa yang diceritakan dengan yang ana lalui. memang baik kawan 2, sampai masa.. perangai kawan yang baik dan dikenali 'sahabat' tadi pun kita boleh jadi tak kenal.,macam mana ni?
!!! QUOTE !!!
bukan saya nak terhegeh2 sama dia..lagipun apa lah yang best dengan dia tu..tapi itulah cara saya untuk terus wujudkan chemistry antara kami..tapi dia tak ada usaha pun untuk itu...Kalau saya tak buat macam tu sure sampai bebila kami tak bertegur..
tapi lama-lama saya da makin fedup..saya benci untuk terus berpura2..bengang pun ada.. sampaikan ada rakan-rakan lain tanya kami bergaduh ke..? saya tak taula apa jawpana dia..tapi jwpan saya, 'tak ada lah..da tak ada point nak cakap apa'..
sedikit yang boleh dikongsikan.. part ini.., begini jugalah kata-kata yang dilontarkan oleh sahabat ana kepada ana.
persoalannya akhi, untuk apa juga kita menjadi baik jika berpura2 dengan sahabat tadi? kalau ada yang tak kena, it's batter for you face to face with your friend. Jangan simpan dan pendam, tak baik yang ni. Antara punca lain yang dikenal pasti(sahabat ana akhirnya menyatakan ini, mengapa dia jadi begitu): mungkin kawan tadi lihat kita ada kelebihan tertentu, mungkin juga dia rasa serba salah/malu pada diri sendiri atau rendah dari.. memandangkan akhi seorang yang 'happy go lucky', dan peramah. Mungkin juga., akhi ada buat silap, tapi apa-apa pun berhikmah lah ye..dalam membuat keputusan.
sememangnya sifat akhi ni ana kagum sebab apa., akhi tak putus untuk menjernihkan keadaan tetapi sebaliknya yang akhi terima. sudah tentu rasa sedih, kecewa, down dan macam-macam lah.. itu sifat kita biasa,, normal. tapi kan.. hati manusia..,manusia tak mampu untuk menjaga atau memberi atau mengambil dan apa-apa lah, hanya DIA saja yang boleh jaga. situasinya, kalau seseorang yang sentiasa berzikir, bermohon kepadaNYA dan sentiasa bermunajat kepadaNYA..pasti mampu juga untuk diri menjagaNYA daripada sebarang jua rintangan mahupun cabaran.
!!! QUOTE !!!
'saya tak mahu babitkan dengan org lain untuk menjernihkan keadaan kami...dalam masa sama saya rasa berputus asa da...ya ALLAH...
akhi, inilah sebaiknya.. kalau boleh settle kan sendiri,
biar pahit macam mana pun, jangan langsung libatkan orang lain,
diamkan dari pengetahuan orang lain, kalau kawan tadi nak cerita pun, biarkan.. orang akan tahu menilai nanti jika kita IKHLAS dalam hubungan persahabatan. Memangla akhi, perit sangat perkara ni.. kita nak buat kerja pun rasa tak kena, Kenapa kawan ini begini? Kenapa dia begitu dengan aku..dll persoalan dalam diri membelenggu. sebaik-baik langkah, ajak dia untuk berbincang dan luahkan perasaan masing-masing dengan cara baik, sedikit sebanyak ianya mampu membuka jalan untuk masing-masing kembali selidik kelemahan diri (ini perlu, dan ana bersama rakan tadi akhirnya kembali baik. tapi masih juga ada dia tak puas hati, maka tinggalkan saja dia.. biarkan dia fikir sendiri lama-kelamaan. orang seperti ini nak bagi didikan senang... tinggalkan dia dan jauhkan diri, bukan bermakna lupakan dia tau.. still juga doakan dia. mudah-mudahan dia sedar sendiri)
ALHAMDULILLAH akhi mampu untuk berdoakan rakan akhi walaupun dia melakukan sedemikian rupa, doa seorang sahabat kepada sahabatnya atau oang tertentu tanpa pengetahuan orang itu adalah lebih baik dan mudah untuk dikabulkanNYA. Sesungguhnya Hanya ALLAH Yang Mengetahui. Teruskanlah mendoakan kebaikan buat sahabat tadi ye

don't ever give up k!
maaf, ana tak pandai sangat untuk memberi kata-kata.. mungkin akhi boleh fikirkannya dan renungkan maksud disebalik penyampaian ana.
Wallahua'lam