Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 208
Ahli: 0
Jumlah: 208




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Rahsia dan Misteri Al-Quran
Topik: Kebenaran maklumat sains cungkil rahsia Al-Quran


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rahsia dan Misteri Al-Quran
    »» Kebenaran maklumat sains cungkil rahsia Al-Quran

Please Mendaftar To Post


Oleh Kebenaran maklumat sains cungkil rahsia Al-Quran

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-10 09:26


Assalamualaikum

ADA rasul dan nabi dikurniakan mukjizat iaitu pemberian Allah untuk melakukan perkara luar biasa yang tidak mengikut kaedah sebab musabab. Mukjizat adalah antara bukti kenabian.

Mukjizat terbahagi dua iaitu hissi dan aqli. Mukjizat hissi dalam bentuk yang boleh dikesan pancaindera (dilihat, didengar atau disentuh) dan bertindak secara fizikal seperti tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular atau Nabi Musa menyembuhkan orang buta sejak lahir. Mukjizat aqli hanya mampu difahami manusia dengan akal sihat, bebas daripada emosi dan prasangka serta dengan mata hati yang masih boleh menerima hidayah. Satu-satunya mukjizat aqli ialah al-Quran.

Keagungan dan kebenaran kandungan al-Quran tidak dapat disangkal sesiapa. Hal ini membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Kandungan al-Quran tidak mampu dicipta sesiapa selain Allah Maha Pencipta.
Firman Allah bermaksud: "Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat percanggahan yang banyak di dalamnya." (Surah an-Nisa, ayat 82)

Menurut doktor perubatan Perancis, Maurice Bucaille (1978) dalam bukunya The Bible The Quran and Science, "Sementara ada kesalahan amat ketara dalam Bible, saya tidak mendapati satu kesalahan pun dalam al-Quran."

Bible yang menjadi kitab orang Kristian asalnya diturunkan Allah yang dinamakan Injil. Bagaimanapun, Bible sekarang banyak diubah pendeta Kristian mengikut kemahuan mereka. Tindakan pendeta itu tidak ubah seperti tikus membaiki labu. Semakin banyak diubah, lagi jelas kesalahannya. ....
Sebagai umat Islam, cukup kita mempercayai Allah pernah menurunkan Injil kepada Nabi Isa tetapi tidak perlu berpegang kepada Bible yang diubah sekarang. Tambahan pula, Injil sudah 'dihapuskan' sebaik turun al-Quran yang lengkap kandungannya dan tidak perlu lagi kitab lain sebagai tambahan.

Perlu diingatkan, ada pihak yang sengaja memesongkan akidah umat Islam dengan menyebut kita wajib mempercayai kandungan Bible sekarang dengan alasan setiap umat Islam wajib percayakan kitab Allah sebagai Rukun Iman yang wajib diyakini.

Biarpun al-Quran sudah diturunkan kira-kira 1,400 tahun lalu, manusia masih belum mampu membongkar semua kandungannya. Semakin banyak dikaji, semakin banyak manusia berasakan tidak mengetahui mengenainya.

Banyak maklumat sains dalam al-Quran dibongkar dan diakui kebenarannya oleh pakar termasuk bukan Islam. Mereka mengakui kandungan dalam al-Quran bukan direka Nabi Muhammad SAW. Tidak mungkin maklumat setepat al-Quran dapat dicipta atau dikarang manusia. ....
Perkara yang dijelaskan dalam al-Quran mengenai sains wajar dijadikan pemangkin supaya umat Islam mencari lebih banyak pengetahuan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan manusia. Sesungguhnya Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan termasuk berkaitan sains.

Sebenarnya dalam Islam, segala ilmu penting untuk kebaikan. Manusia lebih mengenali Maha Pencipta apabila mengetahui lebih banyak mengenai ciptaan-Nya. Encyclopedia Britannica edisi kesembilan mencatatkan Islam tidak pernah memisahkan antara ilmu sains dengan ketuhanan.

Islam menyuruh umatnya memanfaatkan seluruh kejadian alam dan ini hanya dapat dilakukan jika dilakukan dengan ilmu. Jika Islam menolak sains, pasti hal berkaitan sains tidak dimasukkan dalam al-Quran.

Sebenarnya tidak ada agama selain Islam yang turut mencatatkan kejadian alam semesta, malah ada kira-kira 750 rujukan berkaitan ilmu dalam kandungannya.

Ayat berkaitan kosmologi (mengkaji asal-usul, proses, dan struktur alam semesta) menyebut mengenai langit dan bumi sebanyak 29 ayat; planet, bintang dan orbit (15), musim (25), penerbangan angkasa lepas (lima), tahi bintang (empat), kehidupan di angkasa lepas (59) dan angkasa lepas (lapan).

Selain sebagai ilmu, kandungan al-Quran berkaitan sains mengajak manusia memperteguhkan tauhid mengesakan Allah. Banyak ayat al-Quran mengajak manusia berfikir serta mengkaji dan memahami tabii alam.

Firman Allah bermaksud: "Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?" (Surah al-Anam, ayat 32)

Mengagumi kandungan al-Quran menjadi inspirasi kepada sarjana Islam dulu yang berjaya menemukan banyak ilmu sains yang menjadi asas kepada ilmu sains dan teknologi sekarang.

Mereka berusaha bersungguh-sungguh memartabatkan Islam sebagai agama yang syumul. Nama seperti al-Biruni, Nazir, al-Dinb, Ibnu Sina, Muhammad Ibnu Musa al-Khuwarizmi, Ibnu Yunus dan Habsah al-Hasib mencungkil dan mengemukakan teori sains mereka berdasarkan pengetahuan asas yang diperoleh daripada al-Quran.

Penguasa atau pemerintah umat Islam pada era kebangkitan Islam dulu memberi kedudukan tinggi kepada ahli sains. Pakar sains dalam sesuatu bidang ditugas melakukan kajian untuk manfaat umum.

Contohnya, kumpulan ahli astronomi diketuai Muasa ibn Shaki diarahkan Khalifah al-Mamum mengukur lilitan bumi. Mereka dapat mengira lilitan bumi di Khatulistiwa sepanjang 40,253.4 kilometer. Anggaran dibuat pada hari ini ialah 40,068 kilometer. Perbezaannya ialah 185.4 kilometer atau 0.46 peratus.

Perintah itu berdasarkan hakikat bahawa bumi itu bulat, maka ia ada ukur lilitnya. Maklumat mengenai bumi bulat banyak dijelaskan dalam al-Quran, biarpun tidak secara khusus.

Banyak ayat al-Quran menjelaskan mengenai bumi dan setiap satu mempunyai kaitan yang jika dikaji secara menyeluruh menemukan maklumat lebih tepat mengenai bumi serta cakerawala lain.

Perkara itu dilakukan ilmuwan Islam dulu. Mereka mengumpul setiap maklumat termasuk yang ditemui atau diperkatakan ahli sebelumnya dan dipadankan pula dengan apa yang dijelaskan dalam al-Quran. Hasilnya, mereka mendapat satu keputusan lebih tepat dan menjadi rujukan ahli dalam bidang berkenaan sehingga ke hari ini.

Tidak dapat disangkal bahawa asas ilmu atau penemuan dilakukan ilmuwan Islam menjadi pencetus kepada kajian seterusnya oleh ilmuwan Barat. Semua kajian itu bermula daripada apa yang dijelaskan dalam al-Quran.

Christopher Columbus (1451 - 1506 Masihi) mengakui naluri atau dorongan kuat untuk belayar ke arah barat dari Eropah sehingga menemui benua Amerika berdasarkan rujukan tulisan ilmiah kitab geografi Ibn Rushd.

Justeru, umat kini perlu bangkit untuk meneruskan apa yang pernah dicapai tokoh ilmu sains Islam dulu. Masih terlalu banyak kandungan dalam al-Quran memerlukan penelitian untuk dimanfaatkan.

Sekarang kandungan al-Quran semakin banyak dikaji pakar sains bukan Islam. Mereka mendapati apa terkandung dalam al-Quran adalah benar. Ada antara mereka yang menganut Islam selepas mengkaji kandungan al-Quran. Sedangkan sebahagian yang lain hanya menjadikan al-Quran bahan kajian, juga tidak mampu untuk menolak kebenarannya.

Jika bukan Islam berminat terhadap kandungan al-Quran, mengapa umat Islam tidak mengambil kesempatan itu. Orang Islam kini hanya membaca al-Quran, tetapi tidak cuba mencungkil rahsia di sebalik setiap isi terkandung dalam 6,666 ayat itu.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 12-04-10 13:23


Memang hebat ilmuwan islam zaman dahulu...Pengiraan mereka tak jauh beza dengan pengiraan zaman ni yang menggunakan peralatan moden...Ada tu perbezaannya hanya beberapa saat sahaja...

:welcome:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-06-10 11:58


segelintir umat islam sekarang hanya islam pada nama...


-----------------
IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63.


Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-07-10 07:31


Wawa sempat tengok sikit-sikit rncgn "Tanyalah Ustaz". Penceramahnya Dr.Danial.. sungguh, bertambah yakin dengan Islam.. dan sesuai diguna pakai untuk berdakwah pada Saintis Atheis atau agama lain yang masih mencari Tuhan.


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 19-07-10 11:00


Ramai para agamawan hanya boleh bercerita tentang kehebatan org dahulu seperti Ibnu Sina dll dalam bidang sains tapi sayangnya mereka sendiri tidak berminat dengan sains (kecuali segelintir seperti Dr Danial). Mereka akan berceramah tentang sains mengikut bahan yang mereka perolehi dari pihak ketiga. Terus terang saya katakan saya kurang berminat dengan mereka-mereka yang hanya berapi api mahu kita semua menjadi seperti Ibnu Sina,Al Jabbar dll tapi mereka sendiri memilih untuk sekadar apa yang mereka ada sekarang. Taniah untuk Dr Danial kerana mengatakan sesuatu yang memang dalam bidang pengetahuannya. Begitu juga ustaz2 yang hanya mengatakan apa yang mereka buktikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-07-10 22:27


Ada satu kitab tauhid karya Abdul Majid Aziz Az Zindani yang menjadi rujukan usrah pelajar2 kami. Memang bagus kitab ni apatah lagi beberapa fakta sains yang disebut dalam Al-quran telah dikupas dengan jelas dan bahasa yang mudah. Persembahannya disusun dalam bentuk pertanyaan/soalan...kemudian penulis mengemukakan jawapan yang digarapnya dengan membawa contoh dalil2 aqli dan naqli. Saya kira, kita semua patut memiliki dan membaca kitab ini...terutama jika kita mencari pengisian yang mudah difahami dan mudah pula memahamkan org lain....ini bacaan yang cukup sesuai.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hanisahani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-10-10 19:07


Pada 19-07-10 22:27 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Ada satu kitab tauhid karya Abdul Majid Aziz Az Zindani yang menjadi rujukan usrah pelajar2 kami. Memang bagus kitab ni apatah lagi beberapa fakta sains yang disebut dalam Al-quran telah dikupas dengan jelas dan bahasa yang mudah. Persembahannya disusun dalam bentuk pertanyaan/soalan...kemudian penulis mengemukakan jawapan yang digarapnya dengan membawa contoh dalil2 aqli dan naqli. Saya kira, kita semua patut memiliki dan membaca kitab ini...terutama jika kita mencari pengisian yang mudah difahami dan mudah pula memahamkan org lain....ini bacaan yang cukup sesuai.



apa tajuk buku ni ye..nak cari juga...buku harun yahya pun bagus..siap gambar-gambar ..tapi nak mngupas ni kadang-kadang macam tak kesampaian maksudnya,,,terutamanya bila nak cerita dengan non muslim,,,rasa rugi sangat bila tak dapat smpaikn dengan berkesan..banyak peluang ana bersama non muslim sebenarnya..banyak nak kena belajar lagi ni... :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisahaniProfil   Hantar PM kepada hanisahani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.258324 saat. Lajunya....