Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: dylanjoseph
Hari Ini: 2
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43106

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
studiosmilesnyc: 1 hari, 22 jam, 20 minit yang lalu
dentistinhouston: 2 hari yang lalu
ezequielvince: 2 hari yang lalu
shanejohnson: 5 hari yang lalu
wadud: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 28 hari yang lalu
muslimin23: 30 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Isteri Buat Suami ku


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Isteri Buat Suami ku

Please Mendaftar To Post


Oleh Isteri Buat Suami ku

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-10 19:59


:bunga: Assalamualaikum

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Dengan izinNya dapat saya mencoretkan sesuatu di sini.melihat pada tajuk tentu ramai wanita di luar sana yang terkejut.Malah mungkin dikalangan kaum adam pun sama.Tapi itu lah realitinya.ISTERI BUAT SUAMIKU.

saya sama sahaja dengan semua wanita di luar sana.seorang isteri yang sentiasa mengharapkan redha seorang suami demi menggapai redha ILAHI.Seorang isteri yang akan melakukan apa sahaja yang menggembirakan hati suaminya.

Alhamdulillah..saya telah dianugerahkan oleh Allah seorang suami yang cukup-cukup sempurna di mata saya sebagai isterinya.Beliau seorang yang alim dan faqih bukan sahaja ilmu dunia bahkan akhirat juga( FULL PACKAGE ). Bagi saya beliau memang anugerah yang amat istimewa buat saya.Disamping itu beliau seorang suami yang penyayang ; romantik dan cukup prihatin serta sentiasa mengambil cakna akan diri saya dan keluarga saya.Saya amat2 berbangga dan bersyukur sangat dianugerahkan suami seperti beliau.Umi dan abah begitu bangga punya menantu seperti suami saya.Tambahan pula di saat ini saya sedang mengandungkan cahaya mata sulung kami.

saya pernah berbual2 dengan suami; adakah kita akan tetap jadi suami isteri bila di akhirat kelak??Suami saya dengan tenag menjawab..semua itu atas kekuasaan Allah.Hanya DIA yang mengetahui segalanya.Jangan kita buat kerja DIA..sebaliknya berusaha dengan sebaik mungkin agar kita mampu meraih redhaNya.

Jawapan dari suami itu membuatkan saya terdiam dan berfikir sejenak...maknanya..sehebat mana pun suami saya ; sealim manapun dia ; dia tak mampu menolong saya di akhirat kelak..Hanya redha Allah sahaja yang mampu menentukan ke mana tempat akhir saya.-syurga atau neraka-

Jadi..salahkah saya korbankan sedikit perasaan saya demi mendapat sekelumit redha Allah? Sekurang2nya..sekiranya saya berkongsi suami dengan wanita-wanita lain di luar sana (yang mana suami saya memang mempunyai kemampuan dari sudut zahir dan batin..kewangan yang mantap..ilmu dunia dan akhirat dan mampu menjadi imam yang sempurna) ..saya punya sedikit waktu untuk bersama KEKASIH SEJATI iaitu ALLAH.Memang dah fitrah perempuan..bila berkahwin; mereka akan menyayangi suami mereka sepenuh hati sehinggakan terlupa untuk memberi sedikit ruang buat KEKASIH SEJATI yang mana hanya DIA sahaja yang mampu menolong kita di akhirat sana.

Kalau kita melihat senario hari ini..ramai wanita cepat melatah bila suami mereka menyuarakan untuk 'buka cawangan' baru.Sehinggakan ada yang sanggup mengambil tindakan yang amat2 BODOH demi sekelumit cinta manusia yang entah di mana penghujungnya.Sebelum melatah cuba fikir..adakah suami kita mampu menolong kita di saat tiada pertolongan lain melainkan pertolongan Allah??Kenapa kita tidak pernah terfikir..dengan berkongsi suami dengan seorang wanita lain mampu meringankan tugas kita sebagai isteri??Sebagai contoh di sini ; sekiranya suami kita punya 4 isteri..bermakna setiap isteri hanya menanggung tugas sebagai seorang isteri sebanyak 25%.kerana peranan2 lain akan di top up oleh isteri2 yang lain.Tapi suami tetap bertambah tggjawabnya.4 isteri = 400% tggjawabnya..Makna kata kita sebagai isteri punya lebih masa untuk bersama KEKASIH SEJATI kita!!Subhanalah..kita punya lebih masa untuk bersamaNYA.Bukan kah itu satu peluang buat kita?Kenapa perlu kita menjadi seorang yang begitu tamak dengan cinta manusia yang entah kemana penghujungya tanpa kita ambil peduli langsung yang ALLAH itu segalanya bagi kita..?? Hanya DIA yang boleh menolong kita di akhirat kelak.

Maaf..mungkin ramai yang tak senang baca post saya ini.Tapi sama-samalah kita berfikir sejenak..hebat sangat kah kita sehingga ada yang langsung tak boleh menerima apa yang telah allah beri pada kaum adam.. jangan kerana sikap penting diri kita sanggup menggadaikan aqidah kita..Dan buat kaum adam..sebelum membuka cawangan tu..pikirlah..kalian akan menggandakan lagi 100% tggjawab anda sebagai suami. :jangan:


mungkin ada di luar sana tertanya2..adakah saya juga memberi isteri kepada suami saya..? jawapan saya..YA! MEMANG SAYA memberi kebebasan 100% pada suami saya untuk membuka cawangan baru.Kerana saya tahu kemampuan suami saya. Jadi tak salahkan kalau saya berkongsi sedikit kelebihan yang ada pada suami saya dengan insan2 yang lebih memerlukan??
Alhamdulillah..dan insyaallah.. pertengahan atau akhir tahun ini..saya akan punya seorang madu.Maka akan bertambah lah rezeki suami saya..Disamping menimang seorang cahaya mata dan sekaligus punya isteri baru yang mana beliau seorang ibu tunggal yang telah pun memiliki 2 org anak.Alhamdulillah..anak-anak beliau boleh menerima suami saya sebagai baba baru mereka dan menerima saya sebagai ibunya.Syukur ya Allah atas segala kurniaanMu ini..Jadikanlah aku hambaMu yang tahu bersyukur atas segala ni'mat Mu Ya Allah..

Rasanya..cukup lah sekadar ini sahaja bicara saya buat kali ini.Saya bersedia menerima pandangan dan komentar dari kalian semua. doakan semoga keluarga kami mampu menjadi keluarga yang bukan sahaja bahagia di dunia..bahkan di akhirat jua.. ameen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-02-10 20:19


Pada 24-02-10 19:59 , zaujahustazalias posting:

!!! QUOTE !!!

:bunga: Assalamualaikum

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Dengan izinNya dapat saya mencoretkan sesuatu di sini.melihat pada tajuk tentu ramai wanita di luar sana yang terkejut.Malah mungkin dikalangan kaum adam pun sama.Tapi itu lah realitinya.ISTERI BUAT SUAMIKU.

saya sama sahaja dengan semua wanita di luar sana.seorang isteri yang sentiasa mengharapkan redha seorang suami demi menggapai redha ILAHI.Seorang isteri yang akan melakukan apa sahaja yang menggembirakan hati suaminya.

Alhamdulillah..saya telah dianugerahkan oleh Allah seorang suami yang cukup-cukup sempurna di mata saya sebagai isterinya.Beliau seorang yang alim dan faqih bukan sahaja ilmu dunia bahkan akhirat juga( FULL PACKAGE ). Bagi saya beliau memang anugerah yang amat istimewa buat saya.Disamping itu beliau seorang suami yang penyayang ; romantik dan cukup prihatin serta sentiasa mengambil cakna akan diri saya dan keluarga saya.Saya amat2 berbangga dan bersyukur sangat dianugerahkan suami seperti beliau.Umi dan abah begitu bangga punya menantu seperti suami saya.Tambahan pula di saat ini saya sedang mengandungkan cahaya mata sulung kami.

saya pernah berbual2 dengan suami; adakah kita akan tetap jadi suami isteri bila di akhirat kelak??Suami saya dengan tenag menjawab..semua itu atas kekuasaan Allah.Hanya DIA yang mengetahui segalanya.Jangan kita buat kerja DIA..sebaliknya berusaha dengan sebaik mungkin agar kita mampu meraih redhaNya.

Jawapan dari suami itu membuatkan saya terdiam dan berfikir sejenak...maknanya..sehebat mana pun suami saya ; sealim manapun dia ; dia tak mampu menolong saya di akhirat kelak..Hanya redha Allah sahaja yang mampu menentukan ke mana tempat akhir saya.-syurga atau neraka-

Jadi..salahkah saya korbankan sedikit perasaan saya demi mendapat sekelumit redha Allah? Sekurang2nya..sekiranya saya berkongsi suami dengan wanita-wanita lain di luar sana (yang mana suami saya memang mempunyai kemampuan dari sudut zahir dan batin..kewangan yang mantap..ilmu dunia dan akhirat dan mampu menjadi imam yang sempurna) ..saya punya sedikit waktu untuk bersama KEKASIH SEJATI iaitu ALLAH.Memang dah fitrah perempuan..bila berkahwin; mereka akan menyayangi suami mereka sepenuh hati sehinggakan terlupa untuk memberi sedikit ruang buat KEKASIH SEJATI yang mana hanya DIA sahaja yang mampu menolong kita di akhirat sana.

Kalau kita melihat senario hari ini..ramai wanita cepat melatah bila suami mereka menyuarakan untuk 'buka cawangan' baru.Sehinggakan ada yang sanggup mengambil tindakan yang amat2 BODOH demi sekelumit cinta manusia yang entah di mana penghujungnya.Sebelum melatah cuba fikir..adakah suami kita mampu menolong kita di saat tiada pertolongan lain melainkan pertolongan Allah??Kenapa kita tidak pernah terfikir..dengan berkongsi suami dengan seorang wanita lain mampu meringankan tugas kita sebagai isteri??Sebagai contoh di sini ; sekiranya suami kita punya 4 isteri..bermakna setiap isteri hanya menanggung tugas sebagai seorang isteri sebanyak 25%.kerana peranan2 lain akan di top up oleh isteri2 yang lain.Tapi suami tetap bertambah tggjawabnya.4 isteri = 400% tggjawabnya..Makna kata kita sebagai isteri punya lebih masa untuk bersama KEKASIH SEJATI kita!!Subhanalah..kita punya lebih masa untuk bersamaNYA.Bukan kah itu satu peluang buat kita?Kenapa perlu kita menjadi seorang yang begitu tamak dengan cinta manusia yang entah kemana penghujungya tanpa kita ambil peduli langsung yang ALLAH itu segalanya bagi kita..?? Hanya DIA yang boleh menolong kita di akhirat kelak.

Assalamualaikum
terharunya baca coretan ini....em, rasanya tak semua setabah itu... :bye:



-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-10 20:33


syukran..tapi bila segalanya kita letak ALLAH the first..insyaallah!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-02-10 21:21


Pada 24-02-10 20:33 , zaujahustazalias posting:

!!! QUOTE !!!

syukran..tapi bila segalanya kita letak ALLAH the first..insyaallah!!



em..kalau tak keberatan, boleh tak ceritakan sikit....how's your life...saja saja nak tau.... :berfikir:


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-10 22:20


alhamdulillah.. 'ala kullihal semua okay.bahagia sangat dapat suami macam ustaz.satu anugerah yang tak ternilai dengan seluruh harta benda..tapi salahkah sekiranya say nak berkongsi dengan apa yang saya ada ini dengan insan2 yang lebih memerlukan? salah kah saya korban kan sedikit perasaan saya demi menggapai redha Allah yang lebih besar dan lebih agung dari segalanya?apa yang pasti..saya rasa nak kongsi suami saya dengan semua wanita yang ada di dunia ini kerana dia adalah suami yang terbaik.Saya nak semua orang merasai anugerah yang saya perolehi ini. tapi..apakan daya..kouta ustaz masih kosong 2 saja lagi..


-----------------
berkorban tak perlu terkorban.. Usah dipersoal Kenapa..tapi sama-sama kita cari bagaimana..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 24-02-10 22:37


Saya pulak terfikir apa salahnya si suami nak kawin lebih dari satu,kalau dia seorang yang bertanggungjawap dia akan bersedia untuk menjawap segala tnggjawap dia di akhirat kelak.

Bukan isteri yang pertama or yang kedua nak tolong jawap untuk suami pun, so buat apa lah yang sampai ada sanggup simbah asid kes kahwin dua punya pasal.

yang penting bersikap rasional, dunia ini pentas untuk kita jawap balik segala amal ibadat kita, suami tak akan jawap untuk isteri dan isteri tak akan jawap untuk suami...

tapi soalannya apa tanggujawap kita sebagai suami dan apa tanggungjawap kita sebagai isteri..itu yang ditanya kelak dan siapkah kita dengan jawapan itu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-10 22:56


masing-masing ada pandangan dan pendapat masing-masing.seperti saya..saya tahu kemampuan ustaz tahap mana.sebab tu saya tak kisah kalau berkongsi. kekadang kita rasa bila kongsi kita akan berkurangan..sebenarnya..salah tanggapan tu.bila kita kongsi kita akan dapat lebih banyak dari apa yang kita kongsi tu..setuju??


-----------------
berkorban tak perlu terkorban.. Usah dipersoal Kenapa..tapi sama-sama kita cari bagaimana..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-02-10 23:31


Wawa pernah face up dengan hal ni dulu.. Wawa berani ambil tindakan 'rela dimadu' kerana gadis itu selayaknya dibela atas keterlanjuran bekas suami.. Hm... entah lah. Hal dah berlalu..macam-macam dah terjadi.. Biarlah hal ni berlalu .. ALHAMDULILLAH, Sekarang, bila fikir pasal calon suami, Wawa akan ingat sms yang dikirimkan oleh Halesolurun84 pada Wawa ..

"Beri hatimu hanya untuk ALLAH SWT, Nescaya ALLAH SWT akan temukan padamu Pemilik terbaik, Hampar masamu seluas2nya untuk ALLAH SWT, Pasti ALLAH SWT akan mengaturkan kehidupanmu dengan lebih baik".,

thank you Soleha.. :-)


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-02-10 12:00


Pada 24-02-10 23:31 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!



"Beri hatimu hanya untuk ALLAH SWT, Nescaya ALLAH SWT akan temukan padamu Pemilik terbaik, Hampar masamu seluas2nya untuk ALLAH SWT, Pasti ALLAH SWT akan mengaturkan kehidupanmu dengan lebih baik".,




Assalamualaikum
saya pun pernah terima sms kata-kata ni...memang sampai sekarang masih ingat....huhu...its meaningful..... :cry:


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-10 13:48


semua manusia biasa menuturkan kata-kata yang indah.. tapi berapa ramai yang mampu melaksanakannya?? tepuk dada tanya iman..


-----------------
berkorban tak perlu terkorban.. Usah dipersoal Kenapa..tapi sama-sama kita cari bagaimana..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-02-10 15:21


Pada 24-02-10 23:31 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!



"Beri hatimu hanya untuk ALLAH SWT, Nescaya ALLAH SWT akan temukan padamu Pemilik terbaik, Hampar masamu seluas2nya untuk ALLAH SWT, Pasti ALLAH SWT akan mengaturkan kehidupanmu dengan lebih baik".,

thank you Soleha.. :-)



Salam.,

Indah sangat kata-kata diatas, Alhamdulillah diatas perkongsia.. syukran ukhti:-)

InsyaALLAH semoga diri ini mampu untuk menjadi wanita yang tabah dan redha dengan ketentuanNYA. apa yang penting keikhlas yang wujud dari hati yang dalam serta meletakkan dunia setakat ditangan namun, bukan dihati walau sedikit pun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

songkok
Warga Rasmi
Menyertai: 30.09.2004
Ahli No: 11516
Posting: 19
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-02-10 00:57


madu itu adalah penawar... percayalah... hehe


-----------------
"One thing you can't recycle is wasted time."


Bookmark and Share

    


  Member Information For songkokProfil   Hantar PM kepada songkok   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-02-10 11:17


Pada 27-02-10 00:57 , songkok posting:

!!! QUOTE !!!

madu itu adalah penawar... percayalah... hehe



Penawar.. bagi si isteri atau suami?:-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 27-02-10 13:02


penawar buat keduanya sekiranya mampu menggunakan dengan cara yang sewajarnya dan berlandaskan kandasan yang sebenar..


-----------------
berkorban tak perlu terkorban.. Usah dipersoal Kenapa..tapi sama-sama kita cari bagaimana..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-02-10 14:29


ALHAMDULILLAH..,

itulah sebaik-baiknya, jika segala yang dilakukan dengan berpandukan peraturan yang ditetapkan ALLAH, InsyaALLAH.. segala yang pahit, pasti ada penawar.

Apabila keperitan itu dianggap suatu ujian dariNYA serta menerimanya dengan redha dan ikhlas, yang sakit pun boleh sembuh..:-)

Jazakallah ukhti. Semoga tabah dan istiqamah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-02-10 19:41


hmm..sesuatu yang sedang berlaku ada kaitannya dengan topik ini..
tapi tak terikir pula nak bgtahu kat ukhwah :P
malah sekarang pun masih menimbang2.. :)
sukar untuk ku buat pengumuman kerana ini darihal rumahtangga ku sendiri untuk ku beritahu di sini..cukup sekadar bunyi2 aku juga memikirkan perkara yang sama kerana aku mahu dia mempunyai zuriatnya sendiri..jika bukan dari aku..apa salahnya dari wanita lain..asalkan suamiku dianugerahjan waris


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-10 16:53


salam.. insyaallah.. berkongsi itu bukan beerti kurang. tapi semakin hari semakin bertambah.


-----------------
berkorban tak perlu terkorban.. Usah dipersoal Kenapa..tapi sama-sama kita cari bagaimana..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-03-10 17:24


erm.. saya kurang berminat untuk berkongsi :)
mungkin akan undur dir saja


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-10 23:06


Kenapa perlu undur diri? tidakkah sesuatu yang Allah tetapkan itu Dia Maha Mengetahui kemampuan hamba2Nya..? berkorban tak perlu terkorban.. jangan sekali2 dipersoal Kenapa dan mengapa..tapi sama-samalah kita mencari jawapan untuk bagaimana..


-----------------
berkorban tak perlu terkorban.. Usah dipersoal Kenapa..tapi sama-sama kita cari bagaimana..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

zaujunustazahhannan
Warga Rasmi
Menyertai: 01.03.2010
Ahli No: 39382
Posting: 5
Dari: dunia yang sementara

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-10 23:13


salam..terima kasih yang tidak terhingga buat isteriku hannan.Semoga tulisan mu ini mampu membuka minda semua yang berada di luar sana. semga usahamu ini mendapat redha ALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujunustazahhannanProfil   Hantar PM kepada zaujunustazahhannan   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-03-10 08:41


setiap orang tidak mempunyai pandangan yang sama, terpulangla kepada keputusan setiap insan.

bagi saya, seorang isteri atau suami zaman ini tidak sama dengan zaman dahulu. zaman sekarang isteri bekerjaya. suami juga. jadi, bila ada masa, memang mahu fokus pada rumah tangga. jadi, kasih sayang suami hanya untuk dia sahaja tiada cawangan yang lain-lainnya..

walaupun dibenarkan 4 tetapi memadai seorang. sebab nikah ni amanah. kita tak mudah menjamin berlaku adil atau kelak kita boleh jamin semuanya berjalan lancar. perlulah menjaga yang ada sebaiknya.., dan dengan masa yang ada tingkatkan ibadah kita kepada Allah..sebab bagi saya, sehari kita 24 jam di dunia ini terlalu singkat. pagi tengah hari petang malam..terlalu singkat.., jadi, penuhilah masa yang ada ni dengan hal-hal yang bermakna..

kesesuaian yang di maksudkan dalam topik ini terpulang kepada individu itu sendiri sebab dia lebih memahami peruntukan masa dan waktu mereka setiap hari.mana yang boleh difokuskan..

bagi saya, jaminan kita di akhirat tu adalah pandangan Allah SWT kepada diri kita. Allah SWT sentiasa sayang kepada hamba-hambaNya dan sentiasa ada jalan ke syurga asal kita terus berada pada landasan yang benar.., fokus lah untuk terus berada pada jalan RedhaNya..


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-03-10 08:50


berkongsi tidak bermakna kasih sayang terbahagi.., saya setuju.sememangnya..tetapi kita kena ingat juga..yang terbahagi itu bukan kepada suami atau isteri..tetapi anak-anak..apa perasaan anak-anak. terfikirkah? ni jarang ibu bapa terfikir tentang anak-anak..dan anak-anak kena terima keputusan ibu bapa sebab tiada pilihan..mana tahu kalau mereka tertekan? kita boleh faham mereka?

senario zaman sekarang.., perkahwinan lebih dr seorang memberi kesan kepada anak-anak. emosi mereka..tekanan mereka.sedangkan mereka perlukan kasih sayang dan perhatian untuk membesar..

kalau ada kemampun lebih dr sudut kewangan, boleh di sedekahkan kepada yang lebih memerlukan..atau menolong kepada sesipa yang bujang di luar yang tak cukup kemampuan nak bernikah.., lihat kepada fokus yang lebih penting dan keikhlasan..

kalau ada duit lebih, anggap boleh tambah cawangan..inilah pemikiran zaman sekarang (merujuk kepada segelintir sahaja). perbetulkan niat diri yang sebenar-benarnya..kepada lelaki-lelaki di luar sana,.

p/s-pandangan sahaja


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-03-10 09:09


jAUH DI SUDUT HATI YANG BUKA TOPIK INI... PASTI TERSLIT KECEMBURUAN... WALAUPUN SEBESAR ZARAH....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-10 09:29


Cemburu itu pasti ada..hakikatnya semua manusia ada sifat tersebut.
Melalui pembacaan saya, pembuka topik sangat ikhlas dan betul-betul memahaminya.
UJIAN?? pasti akan ada.. itu lumrah...TERIMA DENNGAN HATI TERBUKA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-03-10 16:17


salam baguslah kalau redha...senangnya begini
1 Apa pun didunia ni kalau berbuat baik dapat pahala..
dalam hal rumah tangga , poligami ni kalau ikut aturan, adil dan tidak menzalimi sesama manusia dapat juga pahala..sesiapa yang tak yakin akan ikut aturan atau takut tidak berlaku adil...janganlah hendak berpoligami..sebab khuatir pahala yang dicari bala yang menanti...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-03-10 19:54


Pada 02-03-10 09:09 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

jAUH DI SUDUT HATI YANG BUKA TOPIK INI... PASTI TERSLIT KECEMBURUAN... WALAUPUN SEBESAR ZARAH....


Pendapat yang bagus. tak sia-sia hang dok ambik course Pikologi noOoO..

Benda belum berlaku lagi :-) .. Wawa pernah face up dengan org yang get involved dengan 'madu'nya.. Dulu, Wawa fikir, Wawa mampu tapi sekarang.. Wawa fikir, .... berkali2 untuk bermadu. memang kita akan ada ruang untuk ALLAH SWT tapi mudah kah kita sebagai seorang isteri, menjadi seorang insan yang sentiasa bersikap positif pada suami?

Contoh, anak kita menangis, anak 'madu' kita pun menangis.. suami lebihkan 'madu' kita, bukan sekali dua tapi berkali2, mampukah kita menghindari dan terus ikhlaskan hati kita mghadapi cbrn ini?

Apapun, semoga yang sanggup di'madu'kan ini, akan diberi kekuatan. jangan pula seperti kata pepatah "Rumah dah siap, tapi 'hammer' masih berbunyi..." .. :kelip:


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-03-10 23:06


Pada 02-03-10 19:54 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-03-10 09:09 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

jAUH DI SUDUT HATI YANG BUKA TOPIK INI... PASTI TERSLIT KECEMBURUAN... WALAUPUN SEBESAR ZARAH....


Pendapat yang bagus. tak sia-sia hang dok ambik course Pikologi noOoO..

Benda belum berlaku lagi :-) .. Wawa pernah face up dengan org yang get involved dengan 'madu'nya.. Dulu, Wawa fikir, Wawa mampu tapi sekarang.. Wawa fikir, .... berkali2 untuk bermadu. memang kita akan ada ruang untuk ALLAH SWT tapi mudah kah kita sebagai seorang isteri, menjadi seorang insan yang sentiasa bersikap positif pada suami?

Contoh, anak kita menangis, anak 'madu' kita pun menangis.. suami lebihkan 'madu' kita, bukan sekali dua tapi berkali2, mampukah kita menghindari dan terus ikhlaskan hati kita mghadapi cbrn ini?

Apapun, semoga yang sanggup di'madu'kan ini, akan diberi kekuatan. jangan pula seperti kata pepatah "Rumah dah siap, tapi 'hammer' masih berbunyi..." .. :kelip:



haih, Ukhti SNMA.. terus terang dari hati, ana pun tak sampai hati dan tak sanggup. Ana insan biasa punyai banyak juga kekurangan, tapi kalau dalam bab bermadu ni, tipu lah kalau ana kata sikit..pun tak ada sedih dan cemburu. perit juga tu akak.

tengok saja sedang orang bercinta pun, kalau tengok pasangan mereka dengan orang lain.. macam mana perasaan mereka. (BERCINTA sebelum kahwin TAK BOLEH ye kawan-kawan) pesanan untuk diri juga dimasa akan datang. ACCEPT lepas kahwin.., baru boleh :-)

ukhti, hanya yang melalui sahaja yang faham kan.. ana belum melalui lagi masa ini, soalnya.. mendirikan rumah pun belum, jadi belum juga lah bunyi nya kan... :kelip:

Harapan semoga semuanya dalam keadaan baik dan selamat dimasa akan datang InsyaALLAH. :bye:

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 03-03-10 08:58


salam..
terima kasih buat semua.CEMBURU?? ana juga manusia biasa..sedangkan saidatina aisyah sendiri cemburu bila rasulullah asyik duduk sebut2 tentang khadijah..sedangkan khadijah dah meninggal.Inikan pula ana.Tapi tak salah kan kalau kita lawan sikit rasa cemburu tu demi mengejar redhaNya??Sakit memang sakit..tapi kesakitan itu akan hilang dengan sendirinya bila kita tahu ni'mat yang bakal kita perolehi.. wallahu 'alam.


-----------------
berkorban tak perlu terkorban.. Usah dipersoal Kenapa..tapi sama-sama kita cari bagaimana..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-03-10 12:51


Inilah yang dikatakan...NAK 1000 daya..TAKNAK 1000 alasan. ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

CapGurl
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.02.2010
Ahli No: 39234
Posting: 39
Dari: Petaling Jaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-03-10 12:54


Assalamualaikum,

BERTAPA BERAT MATA MEMANDANG BERAT lagi BAHU yang MEMIKULNYA….SUBHANALLAH….

ADAKAH SAYA MAMPU JADI ISTERI SEPERTI ZAUJAH ??

WALAUPUN SAYA JUGA SELALU MENYEBUT MENGENAI “ISTERI UNTUK SUAMIKU”…NAMUN JAUH DI SUDUT HATI HANYA ALLAH YANG TAHU..

TERIMA KASIH DENGAN PENDEDAHAN INI..SESUNGGUHNYA Hidup ini INDAH jika segalanya kerana ALLAH..

AMIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For CapGurlProfil   Hantar PM kepada CapGurl   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-03-10 20:42


Cemburu ni bahaya.... ya setakat ni mungkin boleh bertahan... tapi mudah-mudahan kekal selamanya... org yang bermadu... siapa paling baik amalnya dalam kalangan madu2 itu, maka akan dikahwinkan dengan suaminya di syurga

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-03-10 20:46


Pada 03-03-10 20:42 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

Cemburu ni bahaya.... ya setakat ni mungkin boleh bertahan... tapi mudah-mudahan kekal selamanya... org yang bermadu... siapa paling baik amalnya dalam kalangan madu2 itu, maka akan dikahwinkan dengan suaminya di syurga



em...macam tu ye.... saya baru tau ni.... :-? :berfikir:


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

zaujahustazalias
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2010
Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan

tajikistan   avatar


posticon Posting pada: 03-03-10 23:41


Pada 03-03-10 20:42 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

Cemburu ni bahaya.... ya setakat ni mungkin boleh bertahan... tapi mudah-mudahan kekal selamanya... org yang bermadu... siapa paling baik amalnya dalam kalangan madu2 itu, maka akan dikahwinkan dengan suaminya di syurga


subhanallah..ini lah yang paling saya idam2kan. doakan semoga allah kahwinkan kami di syurga nan abadi..


-----------------
berkorban tak perlu terkorban.. Usah dipersoal Kenapa..tapi sama-sama kita cari bagaimana..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujahustazaliasProfil   Hantar PM kepada zaujahustazalias   Quote dan BalasQuote

yui
Warga Rasmi
Menyertai: 17.01.2010
Ahli No: 39078
Posting: 6
Dari: Kuantan, Pahang

suriname   avatar


posticon Posting pada: 04-03-10 09:31


semoga dapat ikhlaskan hati seikhlas-ikhlasnya..

saya pernah tedengar kata-kata dari seorang penceramah ni...
istimewa wanita terletak dari sifat cemburunya..
istimewa lelaki terletak dari sifat egonya...
macam tu lah agaknya lebih kurang..
cemburu tu memang fitrah kita sebagai wanita..
tapi kalau soal bermadu... adoii.. penat nya nak cenburu2 rasanya..
tak sanggup..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuiProfil   Hantar PM kepada yui   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-03-10 11:22


Petikan Harian Metro semalam, Wawa buat summary :-

Isteri 'main kayu 3' semasa suaminya di Makkah. Si isteri mengaku yang tertekan dengan suaminya yang berkahwin 02, walaupun pada mulanya isterinya itu yang merelakannya..

Latar belakang isterinya ialah dari keluarga yang kuat berepegang teguh pada agama Islam, in fact si isteri adalah seorang Ustazah yang bertudung labuh..!

akhirnya waktu ditangkap khalwat, baru si isteri mengaku yang dia dah beberapa kali terlanjur dengan 'kawan'nya itu..

======== ========= ========== ========== ========= =====

Wawa bukan do'akan yang bukan-bukan tapi Wawa minta, siapa yang nak poligami ni, kuatkan diri dalam & luar dulu, macam yang Wawa stress kan sebelum ni, benda belum berlaku lagi, boleh lah cakap "Saya rela", "Saya sanggup.." but then..? finally..? macam si Ustazah ni lah, dia rela dimadukan tapi akhirnya tertekan dan main kayu 3, bersekedudukan pula walaupun umum tahu betapa kuat dan teguhnya pegangan agama beliau.

Na'uzubillah min zalikh..

PS : Setuju saja dengan jawapan mimi_eniliana, "tak minat berkongsi". Kak eni memang jujur dan berani mengetengahkan pendirian dia. Bukan mahu 'mencabar' hukum ALLAH SWT tapi sebagai seorang wanita, kita juga ada hak untuk dapat kebahagiaan sendiri.


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-03-10 11:56


Jika poligami dilaksana seperti amalan Rasulullah, semuanya akan indah..
Tapi hari ini ....
Lelaki hanya ikut bilangan isteri saja...Sunnah Rasulullah dalam mendidik isteri,layan anak-anak langsung tak ambik tau sebab tulah ramai perempuan fobia
poligami...
Takut terluka ...anak terabai..nafkah tak cukup...
Tambahan sekarang ramai isteri kerja, suami akan abaikan nafkah zahir dengan selambanya tanpa rasa bersalah
Kita tak boleh menentang atau menolak poligami kerana ia tertulis dalam al -quran tapi kezaliman dan pengabaian dalam berpoligami patut ditentang habis-habisan.
Pada zaujahustazalias...semoga sentiasa dalam rahmat Allah...Tahniah!


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

zaujunustazahhannan
Warga Rasmi
Menyertai: 01.03.2010
Ahli No: 39382
Posting: 5
Dari: dunia yang sementara

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-10 14:04


salam..terima kasih atas perkongsian pendapat kalian..apa pun yang kita buat..letak lah Allah di hadapan.Insyaallah..Pasti kita kan ketemu jawapanNya.Jangan terlalu cepat melatah..maaf atas segalanya.. Ana cuma manusia biasa.


-----------------
padi takkan tumbuh bersama lalang..Tapi lalang akan tetap tumbuh bersama padi..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaujunustazahhannanProfil   Hantar PM kepada zaujunustazahhannan   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 06-03-10 21:36


Wawa.. itu lah yang terlintas difikiran bila cerita ini timbul.. Nauzubillah.. moga kita semua terhindar daripada dosa yang sedemikian.. kita doakan saja pasangan yang nak berpoligami ini moga perkahwinan mereka dirahmati Allah


-----------------
Keep Moving Forward


Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148969 saat. Lajunya....