Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 234
Ahli: 0
Jumlah: 234




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 19 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Kenderaan
Topik: Mercedes Benz = McLaren SLR Stirling Moss.


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Kenderaan
    »» Mercedes Benz = McLaren SLR Stirling Moss.

Please Mendaftar To Post


Oleh Mercedes Benz = McLaren SLR Stirling Moss.

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-02-10 20:30


/
SIR Stirling Craufurd Moss bersama jentera edisi terhad hasil kerjasama Mercedes Benz dengan McLaren.


PADA musim sejuk tahun lalu, Mercedes Benz menggemparkan pelawat di Pameran Auto Detroit, Amerika Syarikat dengan kemunculan kereta edisi terhadnya McLaren SLR Stirling Moss.

Jentera yang mempunyai bentuk chasis penuh seksi dengan permukaan badan gentian karbon yang licin berkilat.

Dihasilkan untuk prestasi penuh kemewahan, SLR yang dihasilkan oleh McLaren dinamakan Stirling Moss sempena memperingati legenda terhebat dalam sukan pemotoran.

Pada harga yang dijangka melebihi AS$1 juta (RM3.5juta), McLaren SLR Stirling Moss bukanlah kereta yang dihasilkan untuk mereka yang mampu tetapi hanya ditawarkan kepada pemilik kereta-kereta SLR terdahulu sahaja.

Ini kerana melalui perjanjian McLaren dan Mercedes hanya 75 unit sahaja jentera itu akan dikeluarkan. Dan di kebanyakan negara pula, pemanduannya tidak dibenarkan di jalan raya.

McLaren SLR Stirling Moss mempunyai reka bentuk dinamik yang berbeza dengan kereta mewah dan super sport yang ada pada masa kini.

Paling menonjol adalah bahagian depan kereta yang memanjang jauh daripada tempat duduk pemandu dan bukaan pintu sayap (gullwing).

Bukan sahaja tanpa bumbung tetapi lebih radikal kerana kereta dua tempat duduk ini tidak mempunyai cermin depan seperti kereta-kereta lain.

Idea yang diilhamkan daripada jentera kemenangan Moss, Karl Kling dan Manuel Fangio pada 1950-an iaitu 300 SLR.

Perlindungan angin pada bahagian muka pemandu dilakukan oleh lengkungan angin yang mampu memesongkan angin walaupun pada kelajuan 300 kilometer sejam (km/jam).

Tanpa bumbung di bahagian kokpit, kereta ini dilitupi penutup gentian karbon nipis yang memberi perlindungan ketika hari hujan. Penutup yang tersimpan rapi di bahagian penumpang jika tidak digunakan.

Dengan 650 kuasa kuda, enjin V8 5.5 liter mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 347 km/sejam mencapai kelajuan 100 km/jam dalam masa 3.5 saat.

Keindahan reka bentuk moden dan inivatif McLaren SLR Stirling Moss turut mendapat pengiktirafan melalui Good Design Award yang merupakan anugerah paling cemerlang dalam rekaan produk sejak 1950, bersama-sama dengan model E-Class, the E-Class Coupé.

:terliur:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-02-10 21:48


rm3.5mil..mak aih mahalnya.
boleh beli 6 buah bunglow 3-storey.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129306 saat. Lajunya....