Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 17 jam, 7 minit yang lalu
muslimiman: 15 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
nur_tinta: 22 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: HiKmaH DIsEBaLiK sEtiaP KeJaDiaN.


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» HiKmaH DIsEBaLiK sEtiaP KeJaDiaN.

Please Mendaftar To Post


Oleh HiKmaH DIsEBaLiK sEtiaP KeJaDiaN.

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-02-10 12:57


Salam Sahabat,:-)

Sekelumit coretan buat penghayatan bersama.
Bukan Luahan, Bukan juga Keluhan, Mungkin.. pelajaran
Meniti hari-hari kehidupan kini dan akan datang.

ALHAMDULILLAH, setelah berkesempatan diri menunaikan solat sunat hajat,
Seterusnya.. dengan mengadu dan bermohon kepadaNYA segala
Yang dihajati dan diharapkan hanya dariNYA.

Dalam keadaan sama, amat menyedihkan..,
Sedang lena dan alpa diri dengan menghadap ILAHI,
Tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi televisyen kuat dari ruang tamu
Yang menghilang ketenangan dan kekhusyukan diri ini
untuk meneruskan doa dan bermunajat kepadaNYA..
SUBHANALLAH..:-(
http://www.youtube.com/watch?v=HCDT22W3wHQ

Bermain difikiranku..
Adakah diri ini telah Berjaya membawa adik-adik berpandukan kehidupan yang sebenar,?
Bagaimana pula hendak memandu keluarga kepada Kebenaran..?

Pelbagai kata-kata yang dilemparkan dari keluarga sendiri.
Apakah salah jika teguran yang dibuat itu sudah cukup halus dan lembut,
Tapi..masih lagi diterjah dengan pemikiran yang tak terjangkau olehku
Lantaran kesabaran dan keikhlasan kerana Penciptaku, itu yang menguatkan diriku
Untuk melangkah dan meneruskan perjalanan kehidupan ini..
YaALLAH ujian yang begitu besar dan mencabar,
“ALLAH sahaja yang mampu Mengubah semua ini. YARABB kepadamu aku bermohon agar memberi nur dan kelembutan dalam hati-hati mereka kembali kepadaMU.”

YaALLAH berilah daku Hidayah kekal dijalanmu sehingga dihujung helaan nafasku YARABBUL ALAMIN.
http://www.youtube.com/watch?v=RfmMU2E6GxA


Setelah selesai sahaja menunaikan solat sunat,
Diriku menjadi sebak dan tak mampu mengungkap lagi perkataan selain ALLAHUAKBAR.
Antara 4 rukun diri yang perlu dalam diri seseorang itu adalah
-kurangkan makan/minum
-kurangkankan tidur
-kurangkan bercakap
-kurangkan keluar
Inilah antara perkara yang pernah dipesan oleh sahabat ana yang belajar dari gurunya.
Bagaimana boleh terdetik dihatiku pun tidak diketahui,

Alangkah bahagianya mereka yang tidak dapat mendengar, kerana ibadah yang dilakukan pasti tidak akan dipengaruhi oleh persekitaran yang menghilangkan tumpuan hati dan pemikiran kepada Pencipta Yang Agung. Bayangkan, bagaimana kita nak lakukan solat atau berdoa juga ibadah lain jika seringkali ditengah-tengah keriuhan suara sekeliling seperti televisyen, radio dan lain-lain.. mampukah kita yang lemah ini untuk menahan perkara ini? terjaga dari itu, diri ini bangkit..lantas bersyukur kerana masih mampu diizinkanNYA untuk mendengar bacaan AL-QuRAAN, Laungan AZAN, Ceramah dan Nasihat baik dari Ceramah Agama dan Mereka yang dekat kepadaNYA.

Bahagianya mereka yang tidak dapat melihat, mereka selamat dari dosa dan melihat kepada perkara yang dilarangNYA. SubhanaALLAH.. indahkan, mata pun dapat jaga daripada menghampiri kepada zina hati dan fikiran. Namun bagi yang diberi peluang untuk melihat, ALHAMDULILLAH, kita masih mampu melihat ayat Al-Quraan, melihat keindahan ciptaanNYA dalam alam semesta ini, mata juga membuatkan kita membezakan sesuatu perkara, menangis mengenangkan dosa yang lalu.

Bertuahnya jika mereka yang tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki (kaku anggota) kerana pastinya diri mereka jauh dari mendekati perkara-perkara yang di’HARAM’kannya. Tangan mereka mampu mengawal dari memperoleh riba, rasuah, benda haram, memakan sesuatu yang tidak halal dan menulis atau membuat perkara terkutuk. Manakala, kaki mereka yang kaku dan bagi yang tidak ada, sudah tentu jauh sekali untuk mereka mendekati perkara2 yang ditegah olehNYA seperti ke tempat-temapt yang dilarangnya, menjauhkan diri mereka dari memandang rendah kepada orang lain dan apa yang tak dapat dikatakan, mereka lebih berpeluang untuk sentiasa mengadu dan merintih kehidupan mereka kepada RAABnya. YaALLAH..tapi bagi yang diberi kelebihan yang lebih, untuk dimanfaatkan bersama, lebih lagi kelebihannya kan sahabat., tangan masih mampu melakukan kebaikan membantu orang lain, melakukan pekerjaan dengan sempurna, segala-galanya yang dilakukan memerlukan anggota ini untuk menggerakkan, makan, minum yang halal, menulis perkara yang baik, membelai dan menenteramkan hati mereka yang dalam kesedihan, tangan ini juga mampu untuk member segala kemuliaan selagi mana ia pandai menggunakannya. SubhanaALLAH.. sebaliknya kaki, mampu untuk melangkah ke majlis ilmu, ke masjid untuk menunaikan solat dan aktiviti secara berjemaah.. YaALLAH Maha Agung RABB, memberi peluang bagi diri mencari rezeki menepati kehendak dan syariatNYA. Kaki ini juga lah yang memberi kekuatan bagi kita hambanya untuk terus berdiri dan menghadapNYA dengan penuh ketundukan.:-(


Alangkah Selamatnya diri mereka yang tidak dapat bercakap, pastinya jauh sekali dari menuturkan kata-kata dan perkataan yang tidak baik yang mungkin menyinggung perasaan mereka disekeliling, tidak mudah sesekali untuk melafazkan sesuatu yang dilarang dan dibenciNYA kan.. ‘Berdiam Lebih Baik Daripada berkata2 banyak, jika tiada perkara yang baik untuk diperkatakan maka berdiamlah kamu, jika suatu yang baik untuk kamu berikan, maka bicaralah ianya dengan manis dan indah, itu sebaik-baiknya.’ Riwayat Hadith: “Banyak bercakap, banyak mengundang kesalahan, apabila banyak mengundang kesalahan, maka banyak jugalah dosanya, maka tempat yang paling sesuai bagi yang banyak dosa ialah neraka”. ALHAMDULILLAH, kerana Tuhan masih memberi kesempatan buat diri ini untuk memberi nasihat, mengeluarkan kata-kata yang baik, meminta perkara yang baik, menyatakan sesuatu yang diperlukan sangat dari mereka sekelilingku, kata-kata motivasi yang membangunkan diri agar lebih bersemangat serta mengadu kepadaNYA. Ini Yang Lebih Bernilai, mampu mengeluarkan
Segala isi hati melaui rintahan kepadaNYA.


ALLAHUAKBAR..Paling Bermakna dan tidak mampu untuk menandingiNYA, dikurniakan akal fikiran yang masih waras dan mampu membezakan kabaikan dan keburukan yang ada disekitar, masih mampu untuk diri ini mengenal Pencipta dengan Lebih. ALHAMDULILLAH. Kasihan kepada saudara yang dibiarkan begitu sahaja, ada yang tak sedar apa yang dilakukan, sering terjumpa mereka ini sewaktu berhadapan dengan dunia luar, sedih melihat mereka. sahabat.. bagaimana ye kalau kita dalam keadaan begitu? Dimanakah harga diri dan kita dengan Pencipta.;-( Lihatlah sahabat.. INILAH Tanda Kekuasaan ALLAH S.W.T. kepada HambaNYA dan seluruh isi alam. SUBAHANALLAH WALLAHUAKBAR



Bagaimana kita nak balas semua ini antum yang dikasihi sekelian?:-(
Dengan bayaran atau hadiah apa kita nak berikan kepada yang MENGANUGERAHKANNYA?
Mampukah diri untuk mendapat tempat yang terbaik disisiNYA?
Hanya KEYAKINAN, IMAN dan TAQWA yang ada dalam diri sahaja Mampu memberikan yang terbaik buat diri dan Mengabdikan diri kepadaNYA. Itulah Hadiah Paling Bermakna kepada PENCIPTA Yang Menciptakan SegalaNya buat dirimu sahabat yang disayangi.

Rupa2 setiap apa yang diciptakanNYA tidaklah sia-sia dan setiap perancangan yang dilakukannya adalah yang terbaik buat hamba-hambaNYA. BERSYUKURLAH sahabatku diatas segala pemberianNYA. Sesungguhnya segala pemberianNYA ada hikmah dan yang terbaik buat Makhluknya.

Sebagai manusia dan hambaNYA yang dikurniakan segala macam nikmat, sama-sama lah kita, panjatkan kesyukuran kita dengan melaksanakan segala suruhanNYA dan meninggalkan segalaNYA.



Wallahua’lam :bunga:


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-02-10 05:51


Hidup pasti kan terasa bersemangat jika kita fikirkan tajuk d atas .. :-). Ye, setiap yang berlaku pasti ada hikmah-NYA.


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-03-10 21:44


Pada 21-02-10 05:51 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Hidup pasti kan terasa bersemangat jika kita fikirkan tajuk d atas .. :-). Ye, setiap yang berlaku pasti ada hikmah-NYA.





alhamdulillah.... :kelip:

moga kita sama-sama beroleh manfaat dari artikel di atas ni....huhu


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

CapGurl
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.02.2010
Ahli No: 39234
Posting: 39
Dari: Petaling Jaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-03-10 14:43


terasaa sangat diri ini kecikkkk ...................huhuhuuhuu


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For CapGurlProfil   Hantar PM kepada CapGurl   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 13:43


salam
setelah sepuluh tahun berlalu baru saya sedar ada hikmahnya mengenai kejadian yang berlaku 10 tahun lepas, apalah sangat perancangan manusiawi ni..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-06-10 10:55


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum...

Ramai orang mengatakan hidup ini hanya sementara, hidup ini satu perjalanan, hidup ini ujian. Ada yang mengatakan hidup ini mainan, hidup ini tipu daya, hidup ini hanya seketika. Ana bersetuju dengan sumuanya.

ana ingin mengajak kita memikirkan satu lagi ungkapan : Hidup di dunia ini sangat penting. Kenapa ana kata ia penting :

Kerana kehidupan dunia yang seketika ni, menjadi penentu kehidupan kita di akhirat. Kalau kita baik d dunia, maka di akhirat tempat kesudahannya baik juga. kalau kita jahat di dunia, kesudahannya jahat juga di akhirat. Dunia ni seumpama ujian, untuk menentukan kejayaan atau kegagalan kita.

Ujian kehidupan dunia ni, mungkin berbeza dengan ujian/ peperiksaan di dunia. Contohnya, jika kita ambil ujian spm subjek matematik, masa ujian diberi 40 minit, nak jawab soalan yang kita belajar 2 tahun punya pelajaran, kan susah, kalau dah tersilap, memang kita tak sempat nak betulkan kembali dengan masa yang terhad.

Tapi ujian dunia ni best, Allah bagi kita tempoh/masa ujian sampai 40 - 50 tahun, kalau tersilap boleh bertaubat dan betulkan semula. Nampak tak.... Allah bagi kita tempah 40 - 50 tahun di dunia ni, untuk kita tentukan sendiri tempat kita di Akhirat. Alangkan penyayangnya Allah pada kita.

Kerana itu, penuhi setiap detik hidup kita dengan ibadah dan amal soleh. Supaya tempoh 40 - 50 hidup kita di dunia ni penuh dengan kerja-kerja baik (amal Soleh). Ana teringat, pernah ustaz ana bagi tau, ada seorang sufi, kalau tak silap, Auni namanya pernah berkata : Bekerjalah kamu di dunia, kerana dunia ini tempat bekerja, bukan tempat berehat. Barang siapa mencari kerehatan di dunia, sebenarnya dia seorang yang bodoh, kerana tempat berehat yang sebenar adalah di akhirat. Apa yang ana faham, kalau kita kuat bekerja (amal soleh) di dunia, maka kita akan dapat kerehatan di akhirat, tapi kalau kita banyak berehat di dunia, maka kita akan sibuk dikerjakan di akhirat.

Sekadar berkongsi.
Wallahu A'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-10 14:30


Bersyukur di atas nikmat yang diberikanNya...
Bersusaha untuk menggunakannya ke arah kebaikan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-06-10 19:30


Perancangan Allah sangat teliti kan. Kita tak mampu menjangka hikmah di sebalik setiap sesuatu sehinggalah kita nampak malah kadang-kadang tetap tak nampak. Bersabarlah di sebalik setiap ujian, moga kita sentiasa di bawah rahmatNya.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 09-06-10 22:45


Pada 08-06-10 19:30 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Perancangan Allah sangat teliti kan. Kita tak mampu menjangka hikmah di sebalik setiap sesuatu sehinggalah kita nampak malah kadang-kadang tetap tak nampak. Bersabarlah di sebalik setiap ujian, moga kita sentiasa di bawah rahmatNya.




Setuju. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya, Kita sebagai hamba Allah haruslah sabar dan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t disamping sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi amalan-amalan kebaikan sebagai bekalan ke akhirat. :)

Segala yang batil haruslah dihindarkan dengan semaksimum yang boleh, Kerana iblis itu sentiasa wujud untuk menyesatkan umat manusia.


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 11:38


Bismillahirrahmanirrahim
Salam kepada semua.

Ana nak kongsi sikit. Dulu, pernah guru ana bagi tahu. Dunia ni pentas ujian. Semua orang diuji. Orang yang beruntung adalah orang yang terima hakikat ujian tersebut, harungi ujian dan sentiasa berusaha untuk berjaya dalam ujian.

Dia kata lagi.... untuk manusia sahaja, bila kita di uji sebenarnya Allah telah beri tumpuan lebih pada kita. Allah nak tengok reaksi kita bila kena uji, Allah nak tengok tindak balas kita bila kita kena uji.

Guru ana kata lagi, orang yang Allah uji adalah orang yang Allah sayang, Allah nak bagi dia kebaikan yang banyak dari ujian tersebut. Ujian bagi orang yang Allah sayang sebenarnya adalah peningkatan martabat atau kifarah. Bila Allah nak bagi kita kebaikan yang banyak dan meningkatkan martabat kita, maka Allah uji kita. Bila kita berjaya, martabat kerohanian kita ditingkatkan, ini merupakan kebaikan bagi kita.

Kalau pun ia bukan untuk meningkatkan martabat, ia adalah kifarah terhadap dosa-dosa kita, supaya bebanan dosa kita berkurang diakhirat nanti. Bila jika berjaya dengan ujian tersebut, maka Allah akan hapuskan dosa2 kita dan digantikan dengan pahala, maka ini juga adalah kebaikan.

Pesan guru saya, bersyukur apabila kita diuji, makin besar ujian, makin besar ganjaran menanti. Bergembiralah dengan kebaikan yang akan Allah beri pada kita. Sebaliknya, kita perlu rasa risau jika kita tidak pernah diuji, apakah kita dibiarkan oleh Allah begitu sahaja, atau apakah nikmat demi nikmat yang kita terima sebenarnya adalah bala (istidraj) dari Allah, na'uzubillah min zalik.

Wallhu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

hanisahani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-06-10 00:47


alhamdulillah ...segala puji bagi Allah..beban yang ditanggung terasa makin menghilang...
mungkinkah ini jawapan dariNya .....



Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisahaniProfil   Hantar PM kepada hanisahani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085747 saat. Lajunya....