Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 23-04-2025 |
|
Suara Hatiku
|
Moderator: Administrator, zulman |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Kepinginkan zuriat... |
---|---|
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Salam..
Saya memang teringin untuk mendapatkan zuriat..walaupun baru nak hampir setahun berkahwin tapi rasa 0 saja..bila tengok kawan-kawan yang kahwin kemudian da bwak perut lagi sayu pula rasanya..yang sedih nya masa hari jadi suami baru-baru ini saya tye nak adiah apa untuk berday dia, dia jawab nak baby saja..tapi rzeki kami mungkin belum ada...tapi xpam lah prasaan ibu2 yang sanggup buang anak-anak mereka.. Ada seorang kawan saya ini pun senasib saya & dia ada dapat doa.tapi kami tak paham maksudnya..almaklum lah tak belajar arab pun dulu..sekolah rendah agama saja belajar nya.. Ni doa nya:- RABBA HABLI MILLADUN KA ZURIAT TAI'ABAT INNAKA SAMMI UD DU'A. so ada sesiapa yang boleh beritahu maksudnya tak??& kalau ada sesiapa yang ada petua2 & doa-doa boleh lah bagi kat saya.. semoga saya akan dikuatkan semangat & sentiasa tenang..amiinn.. ![]() ----------------- Fieza |
SNMA ![]() ![]() |
![]() ![]() Maybe ALLAH SWT nak awak lebih bersedia agaknya.. Ada anak ni bukan senang tau? Beza dengan org tak ada anak..Letihnya, ALLAH saja yang tahu. org tak ada anak, sibuk dan letih macam manapun, INSYA ALLAH boleh tidur lena tapi org ada anak? Ha..tengah-tengah malam berjaga, kadang-kadang balik kerja, kena layang anak sakit, demam, lapar dll. Semuanya perlukan persediaan mental yang sangat-sangat kuat. ALLAH SWT MAHA YANG PALING BERKUASA. Wawa teringat ada satu tafsir dalam surah Maryam, ayat 1-11, cerita pasal Nabi Zakaria A.S yang sentiasa berdo'a pada ALLAH SWT (Hingga beliau berusia) kepinginkan anak, sedang isterinya mandul. Tapi kerana niat mulia Nabi Zakaria A.S ingin punya anak kerana menyambung zuriat penerus syi'ar, ALLAH SWT meng anugerahkan beliau anak (Nabi Zakaria A.S) Ianya mustahil, ye lah.. isteri baginda mandul tapi tu lah, dengan kekuatan do'a, segalanya tidak mustahil bagi ALLAH SWT. jangan putus asa berdo'a fieza, jangan putus asa.. Rahmat ALLAH SWT sentiasa bersama awak. Keep praying.. ok? ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR - |
nordalily ![]() ![]() |
![]()
salam,
sekadar berkongsi, lily pernah dengar ustaz cakap, elok amalkan surah Al ma'aarij sebelum tidur , sebab mungkin perempuan itu mandul disebabkan oleh gangguan jin... apa pun, kita cuba ikhtiar ..... |
nordalily ![]() ![]() |
![]()
salam,
kak hafieza25.... boleh amalkan baca surah Al Anbia: ayat 89 and surahAl Imran ayat 38 - 200.... supaya mudah mendapat anak.... ![]() sabar ek kak hafieza25, usaha tangga kejayaan.... ![]() kalau lily salah tolong betulkan .... |
immad ![]() ![]() |
![]()
secara ringkas doa tu maksudnya..Ya tuhanku..kurniakn aku anak yang baik/zuriat yang baik...sesungguhnya engkau maha mendengar..
|
Hanan ![]() ![]() |
![]()
Moga hafieza cepat dikurniakan cahayamata. Topik ini dah beberapa bulan, sekarang dah ada berita gembira ke..?
----------------- ![]() Hargai semasa ada.... |
hafiz_along_83 ![]() ![]() |
![]()
belum ada apa-apa berita gembira lagi lah kak..
(hehe.. boleh tak jawabkan untuk dia.. maklum lah, nickname dekat-dekat sama..) ![]() (tapi saya bukan suami dia.. untuk makluman.. hehe) ![]() ![]() ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. ![]() |
Hanan ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 12:33 , hafiz_along_83 posting:
!!! QUOTE !!! belum ada apa-apa berita gembira lagi lah kak.. kalau tak ada note kat bawah tu memang ingat suami dia dah tadi.. hehe ----------------- ![]() Hargai semasa ada.... |
mimi_eniliana ![]() ![]() |
![]()
jangan risau.. setiap yang berlaku telah ditentukan..yang penting usaha dan doa tanpa jemu..
saya pun kepinginkan anak tapi telah melepasi fasa yang nak sangat-sangat tu hingga mengganggu emosi.. tahun yang pertama memang tekanannya tinggi.. tapi sekarang setelah pun melangkau tahun kedua(menuju ke tahun ketiga pula..hehe) saya rasa tidaklah tertekan sangat.. setelah difikir, ada benarnya kejadian ini..kami ni berkahwin hanya setelah beberapa bulan berkenalan.. dating pun tak ada.. Allah beri peluang pada kami untuk bercinta sakan.. panjat gunung, backpackers dan sebagainya.. alhamdulillah.. bila tiba masanya adalah nanti.. usaha bertemu doktor pakar pun baru sahaja saya mulakan dalam sebulan dua ni ![]() ini saya sertakan sedikit maklumat yang saya dapat..saya sendiri tak mulakan lagi ![]() cubalah ![]() .Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat:- Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini. Amalan pertama. Selepas Fajar ataupun Solat Subuh - Baca Bismillah 1 kali - Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. - Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.(Umpamanya:“Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa. Amalan kedua. -Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir”(Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. -Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal”(Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari. -Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. -Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. entah mampu ntahkan tidak melaksanakannya namun setakat yang dimampu akan ku cuba ----------------- the key is ignorance to negativity.. |
hafeezzul ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 12:34 , Hanan posting:
!!! QUOTE !!! Pada 19-02-10 12:33 , hafiz_along_83 posting: Ahahha..ingat suami dia jugak tadi...keterangan sungguh confident..ahahha |
hafiz_along_83 ![]() ![]() |
![]() ![]() maaf ye puan hafieza25.. saja nak berjenaka.. maaf kalau ada terasa hati.. teruskan usaha dan berdoa.. insyaALLAH puan dan suami akan menerima cahaya mata.. masih ramai lagi pasangan lain yang senasib dengan puan.. mungkin lebih sikit dari puan.. 2 tahun.. 3 tahun.. 10 tahun.. apa pun semua datang dari ALLAH.. mintalah pada DIA.. ![]() ![]() ![]() ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. ![]() |
hafiz_along_83 ![]() ![]() |
![]()
apa yang penting.. jangan putus harap pada DIA..
insyaALLAH.. tak lama lagi ada lah rezeki puan sekeluarga.. ![]() ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. ![]() |
SiNaRaBaDi ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 12:45 , mimi_eniliana posting:
!!! QUOTE !!! jangan risau.. setiap yang berlaku telah ditentukan..yang penting usaha dan doa tanpa jemu.. Salam., ALHAMDULILLAH, syukur. terima kasih buat sahabat yang mengutarakan post ini, mimi.. SEMOGA ALLAH Merahmati dan Memberi kebaikan kepada saudari. ![]() Ana sokong dan setuju pendapat dan segala nasihat yang diberikan oleh ukhti kita, mimi. Buat ukhti hafieza25.. lakukan lah seperti apa yang sahabat kita nyatakan, setidak-tidaknya.. ukhti berusaha, jangan sesekali mengalah dan mudah untuk jatuh dari ujianNYA. Ingin sekali ana bawa kisah yang mungkin boleh dikongsi dengan ukhti dan sahabat yang senasib, semoga dapat dijadikan motivasi dan semangat untuk meneruskan hari2 berikutnya ye. ![]() kisah familiy ana, sebelum ana dilahirkan, ada kakak dan abang.. tapi sayang, mungkin ini Ujian buat diri ibubapa ana., setiap kali anak yang dikandung ibu gugur.. hampir 3x ukhti, bayangkan bagaimana perasaan ibu ana masa tu, sering duduk keseorangan, kemurungan dan tidak gembira. Bagi pasangan yang berkahwin memang lebih seri dan bermakna jika kehadiran anak-anak dalam rumah memberi suasana keceriaan. Ibu ana terus berdepan dengan pelbagai kata-kata daripada mentua dan keluarga sendiri., terpaksa juga lah kan mendengar dan menyimpan hati yang terluka. Lama juga, selepas 13 tahun, baru ibu ana melahirkan ana.. ALHAMDULILLAH, berkat kesabaran dan usaha yang dilakukan serta keyakinan yang disandarkan kepada Pencipta, ibu ana hamilkan ana, selepas sahaja ana dilahirkan, ibu mengandung untuk adik-adik ana yang mana, beza antara kami setahun, selepas adik bongsu ana yang lelaki.. sekali lagi ibu ana mengalami keguguran masa tu ibu ana bermain dengan ana skeeping.. Tapi mungkin ada hikmah semua itu. Kini, Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik dan bahagia dengan bantuan dan RahmatNYA. Jadinya, elakkan bersedih, selain berusaha dan bermohon kepada ALLAH, ukhti perlu tanamkan keyakinan kepada diri ukhti bahawa mendung tidak selamanNYA, pasti akan datang yang cerah. Anggap ini satu ujian dariNYA untuk menguji ukhti, mendekatkan diri ukhti lebih kepadaNYA, mudah-mudahan zuriat yang bakal perolehi nanti, insan soleh/solehah yang mampu membuatkan ukhti bahagia daripada kesuraman yang ukhti lalui sekarang. Usah patah semangat ukhti, kerana segala perancangan buat ukhti dan suami telah tertulis di Luh Mahfuz, jika lambat..minta dipercepatkan dengan kebaikan, mungkin juga yang lambat itu sebenarnya mendidik kita untuk menjadi hamba yang lebih tabah dan mentarbiyah diri yakin dan menyerahkan segala urusan hidup dalam pergantungan kepadaNYA. Don't ever be sad ok my sister, always pray to get the best. InsyaALLAH u will! ![]() ![]() Wallahua'lam |
sakinah283 ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 12:33 , hafiz_along_83 posting:
!!! QUOTE !!! belum ada apa-apa berita gembira lagi lah kak.. salam....rajin saja jawapkan untuk soalan org lain ye... apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk hafieza25..... ----------------- "The way to love anything is to realize that it might be lost" |
insyirah_hr ![]() ![]() |
![]()
keadaan kak hafieza sama lah macam akak saya....sekarang ni kedua-duanya akak saya masih berusha untuk mendptkan zuriat....kadang-kadang akak saya terasa juga sebab yang kahwin lewat dr mereka dah pregnat....tapi semua tu rezeki dr Allah...cuma cepat atau lambat saja...sm2 kita doakan....saya doakan semoga akak2 saya dan kak hafieza cepat dikurniakan zuriat-zurriat yang soleh dan solehah...Amin....
----------------- "Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....." |
nurkamar ![]() ![]() |
![]() ![]() setahun... masih baru lagi. insyaallah masanya kan tiba sedar tak sedar usia perkahwinan saya pun dah hampir menganjak ke angka 5. bila lihat topik sebegini.... terfikir juga, ada peluang ke untuk saya di panggil mama. sesungguhnya semua terpendam jauh dalam hati ----------------- ![]() |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 09:01 , SNMA posting:
!!! QUOTE !!!
thanks wawa atas kata-kata nasihat..mungkin betul cakap awak...tapi benda ni kadang-kadang buatkan tekanan pada saya..sejak saya kahwin ini saya selalu tak sihat..masa sebulan lepas kahwin saya kena dmam teruk sampai muntah2...sampai gastrik jadi nya..masa itu parents saya ingat mungkin saya preg tapi sebenarnya tidak..& sekarang dah 3 minggu saya kejap2 demam & muntah2...selalu pening2..kadang sampai tenaga tak ada sebab asik muntah..boleh makan saja muntah..tapi bila saya check guna pregnancy test tak ada pulak..sampai husb saya cakap ada kemungkinan saya kena buatan orang..boleh percaya ke benda-benda itu zaman sekarang ini.. ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 09:41 , nordalily posting:
!!! QUOTE !!! salam, salam..thanks..surah ini ada ayat2 tertentu ke semua sekali?? ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 10:08 , immad posting:
!!! QUOTE !!! secara ringkas doa tu maksudnya..Ya tuhanku..kurniakn aku anak yang baik/zuriat yang baik...sesungguhnya engkau maha mendengar.. Thaks immad..so tak apa kan saya teruskan guna doa itu.. ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 12:26 , Hanan posting:
!!! QUOTE !!! Moga hafieza cepat dikurniakan cahayamata. Topik ini dah beberapa bulan, sekarang dah ada berita gembira ke..? baru lah kak..hari khamis hari itu..so far belum lagi&memang ditunggu berita gembira itu.. ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 12:33 , hafiz_along_83 posting:
!!! QUOTE !!! belum ada apa-apa berita gembira lagi lah kak.. noty ye awak ni hafiz..tak apa lah betul lah itu.. ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 12:45 , mimi_eniliana posting:
!!! QUOTE !!! jangan risau.. setiap yang berlaku telah ditentukan..yang penting usaha dan doa tanpa jemu.. info yang sangat berguna..thanks sangat..kita buat lah sikit mana yang mampu..kan tak..? ![]() ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 18:32 , SiNaRaBaDi posting:
!!! QUOTE !!! Pada 19-02-10 12:45 , mimi_eniliana posting: thanks SiNaRaBaDi atas kata-kata semangat awak itu..appreciate dats.. ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 20-02-10 00:51 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!!
nurkamar lagi lama dari saya ye..tak apa mari kita usaha bersama2..mana tahu dengan adanya ilmu&petua dari kawan-kawan kita boleh mendapat zuriat..InsyaAllah..yang penting kita selalu berdoa..kan..Good luck.. ![]() ----------------- Fieza |
nordalily ![]() ![]() |
![]()
Pada 20-02-10 08:49 , hafieza25 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 19-02-10 09:41 , nordalily posting: salam, ustaz ismail kamus kata amalkan baca surah Al Ma'aarij sampai habis sebelum tidur... baik akak hafieza25 pergi jumpa doktor, buat pemeriksaan sepatutnya..... kalau doktor cakap akak tak sakit apa-apa pun.... sekian ~to be continue~ |
AinulYaqan ![]() ![]() |
![]() ![]() waa...byknye petua untuk isteri. kalau bakal isteri macam ana ni Boleh amalkan tak dari sekarang? ![]() ----------------- "dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman" (al-Imran:139) |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 21-02-10 15:04 , nordalily posting:
!!! QUOTE !!! Pada 20-02-10 08:49 , hafieza25 posting: memang planning nak pergi check..tapi tak tahu klinik mana nak cari..yang harga bersesuaian,tak mhl sangat&bagus...kawan saya ada suruh pergi kat LPPKN..tapi saya tak faham berkenaan LPPKN..ada sesiapa yang tahu tak?? ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 21-02-10 18:44 , AinulYaqan posting:
!!! QUOTE !!!
boleh saja..apa salahnye..ada kawan saya sebelum kawin dia pergi urut dulu..pas kawin terus lekat..sebab 2 saya pergi urut kat situ bulan 1 hari itu..sekarang tunggu hasilnya lah..kalau tak jadi juga kena urut sekali lagi& smbli itu saya akan pergi jumpa doktor... ----------------- Fieza |
hafiz_along_83 ![]() ![]() |
![]() |
limah ![]() ![]() |
![]() ![]() bukan apa takut mereka ni kurang berpengalaman. cubalah dulu insyallah. pas tu setahu akak pula yang badan berisi ni kena kurangkan sikit. kalau boleh hari2 minum jus apel hijau. pas tu kan yang lelaki pula kena banyak makan sayur bendi (untuk apa kena pm akak sebab malu nak cakap kat sini) ![]() disamping tu kurangkan minum ais....dan air bergas.....dan juga jangan lupa berdoa setiap solat dan buatlah sembahyang tengahmalam. tulah kan kita yang nak anak ni susah sangat tapi org yang senang dapat tu pula buang2 anak merata2 macam sampah.eeeeeetakut nak cerita. |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 22-02-10 10:27 , limah posting:
!!! QUOTE !!!
ye ke..ok2..kalau kali ni xmenjd memang nak kena pergi lagi sekali...he...thank you atas petua akak itu..nanti nothing pm ye.. ![]() ----------------- Fieza |
maisarahlisa ![]() |
![]()
salam Fieza.. u not alone.. akak ini lagilah lamanya tapi redha kerana banyak sangat dah nikmat yang akak dapat kecuali cahayamata.. semua ini ada hikmahnya.. kita ini di duga dengan ujian para Nabi .. kena sabar banyak-banyak.. apapun usaha tetap usaha.. kalau Dia nak bagi, tak makan apa ubat pun Allah kasi juga.. stay positive ya..
![]() ----------------- Keep Moving Forward |
Alisha_Mardhiyah ![]() ![]() |
![]()
salam,
memang peritkan menunggu zuriat... lebih-lebih lagi ramai yang bertanya bila lagi... zuriat tu anugerah Allah SWT... mungkin kita masih belum bersedia untuk menjadi seorang ibu... sentiasalah bersangka baik... saya mendapat zuriat setelah 2 tahun berkahwin... permata hati umie, alisha mardhiyah... alisha belum masuk setahun, saya mengandung lagi... sekarang kandungan dah masuk 7 bulan... sekali dapat, berderet pula... Alhamdulillah atas anugerah dari Allah SWT... sesungguhnya setiap anak adalah rezeki... bila difikirkn balik kenapa tak dapat anak masa awal-awal kahwin dulu, rupa-rupanya saya masih belum bersedia dari segi kewangan dan keupayaan menjadi seorang ibu... penat sebenarnya bila ada zuriat ni... suami isteri perlu buat persediaan untuk menyambut kehadiran cahayamata... ******************************************************* Doa & Amalan Untuk Memperolehi Zuriat Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t. Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh. Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini. Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan sama ada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu: 1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan. 2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan. 3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah. 4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung. 5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya. a. Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan b. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. c. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa. d. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak. e. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati f. Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat. pergi. Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat. h. Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin. Sumber: http://undark.wordpress.com/2007/08/02/doa-amalan-untuk-memperolehi-zuriat/ ----------------- http://semua-barangmurah.blogspot.com |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 22-02-10 15:17 , maisarahlisa posting:
!!! QUOTE !!! salam Fieza.. u not alone.. akak ini lagilah lamanya tapi redha kerana banyak sangat dah nikmat yang akak dapat kecuali cahayamata.. semua ini ada hikmahnya.. kita ini di duga dengan ujian para Nabi .. kena sabar banyak-banyak.. apapun usaha tetap usaha.. kalau Dia nak bagi, tak makan apa ubat pun Allah kasi juga.. stay positive ya.. thanks 4 your advice.. ![]() ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 23-02-10 13:44 , Alisha_Mardhiyah posting:
!!! QUOTE !!! salam, thanks Alisha_Mardhiyah ..info yang sangat berguna.. ----------------- Fieza |
Awani ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-02-10 09:53 , nordalily posting:
!!! QUOTE !!! salam, Semoga kak hafiza akan mendapat rezeki yang baik dan sihat.InsyaAllah ![]() ----------------- ![]() |
mimi_eniliana ![]() ![]() |
![]()
sedikit tips usaha2 sampingan... untuk merangsang progress menuju ke arah kehamilan,,,
aromatherapy & pregnancy Share Wednesday, February 10, 2010 at 10:33am | Edit Note | Delete http://www.gettingpregnant.co.uk/aromatherapy.htm Aromatherapy One natural fertility method that is beneficial in improving your chances of getting pregnant is aromatherapy. Long touted for its beneficial effects on a woman’s overall health, aromatherapy can help improve a woman’s reproductive health and increase her ability to get pregnant by reducing stress and by promoting overall good health. Aromatherapy Techniques Aromatherapy can be beneficial in two when ways when trying to get pregnant. Firstly, aromatherapy assists in regulating the menstrual cycle and promoting a healthy reproductive system. And secondly, aromatherapy helps you relax, reducing levels of stress and depression, and can even function as an aphrodisiac for you and your partner. In aromatherapy, essential oils are used in order to stimulate relaxation in the muscles and to relieve tension. Essential oils are highly concentrated plant substances, distilled from roots, seeds, barks and leaves. They are usually costly because of the tiny amounts of oil present in a plant and because of the difficulties in extracting it. Because essential oils are so concentrated, they should not be applied directly to the skin. Instead, try the following methods: * Massage: dilute the essential oil in a base such as grapeseed oil, wheatgerm or almond oil; the essential oil should be in the region of 1 to 3 apa cent of the quantity of the base. Massage can also be an excellent getting pregnant aphrodisiac and you and your partner can take turns massaging one another. Daily massage can be especially helpful to your reproductive system starting on the final day of your period * Oil Burner: add 3 to 4 drops of essential oils to a container holding water that is heated by a small candle, allowing the aromas to gently fill the air. It is believed that the healing properties of aromatherapy enter the body through the capillaries of the nose * Baths: add 5 to 10 drops of essential oil to a warm bath in order to reduce stress, depression and anxiety. If you’re sensitive to essential oils, try diluting them in some base oil or a little milk and allow the oils to disperse before entering the bath The Best Essential Oils to Use when Trying to Get Pregnant The following essential oils are particularly beneficial to the reproductive system of women trying to get pregnant: * Rose :aromatherapists recommend rose to regulate the reproductive system. Rose also helps alleviate feelings of sadness * Geranium : a calming oil which is said to have estrogenic properties, which have a balancing effect on hormones. Geranium combines particularly well with rose * Melissa (also known as Balm): a relaxing essential oil which improves your overall mood, Melissa also helps with menstrual problems * Chamomile: a calming essential oil that relieves menstrual ailments such as pain * Basil : a strong oil that helps improve overall energy and which helps strengthen reproductive health * Relaxing Oils: these include lavender and jasmine and promote relaxation as well as improve libido soalan berbunyi..dimana nak cari real aromatherapy oils? terlalu banyak sampai tak sure yang mana fake yang mana betul dari yang sebotol RM2 sampai yang sebotol RM38? huhuhh ----------------- the key is ignorance to negativity.. |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 25-02-10 14:33 , Awani posting:
!!! QUOTE !!! Pada 19-02-10 09:53 , nordalily posting: aMIN..THANKS ----------------- Fieza |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 25-02-10 15:27 , mimi_eniliana posting:
!!! QUOTE !!! sedikit tips usaha2 sampingan... untuk merangsang progress menuju ke arah kehamilan,,, THANKS 4 DA INFO ----------------- Fieza |
nadia_khalit ![]() ![]() |
![]()
WAH..BGUSH..BGUSH..semua AHLI UKHWAH BAGI banyak pendapat dan petua2...
puan hafizah cuba lah sehabis baik...jangan putus asa,,tapi walau apapun...kena diingtkan semua rezeki dr ALLAH... dapat atau tidak,,,kita sebagai hamba kena redha.... semua yang berlaku ad hikmahnya..... alla da best puan..... ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah.. |
zulman ![]() ![]() |
![]()
salam
saya rasa dah ramai kawan bagi panduan say ringkaskan 1. Doa dan amalan (kawan-kawan dah bagi dah pun) 2. Cuba buat check kat hospital mengenai kesuburan suami isteri dan jika ada masalah cuba buat rawatan(in case). 3. Teknik dan tatacara. maaf kata, kadangkala kelalaian ketika hubungan intim juga mengundang masalah ni .Ini Dr ismail yang cakap. itu sahaja. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah. |
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
yup..thanks 4 all..ada yang fiza dah ikut..cuma nak baca surah maryam dengan yusuf sekaligus 1 hari itu saja yang tak mampu buat..nothing just buat seari baca surah maryam esoknya surah yusuf pula..huhu...nothing ingat nak buat solat hajat pula...tapi disebabkn dah lama tak buat ingat-ingat lupa pula..kalau sesiapa ada ilmu boleh lah ajar fiza ye..
----------------- Fieza |
Kokseikokde ![]() ![]() |
![]()
Doa Untuk Mendapat Zuriat
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa. (ali-‘Imran: 38). Keterangan ayat: Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir ayat 38, surah ali-‘Imran) Khasiat dan kaifiat beramal: Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah SWT, digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu. Sumber : Utusan Malaysia 27 Jamadilakhir 1429 |
mas_ayu ![]() ![]() |
![]() ![]() hafeiza, saya pun masih belum dikurniakan cahayamata lag, dah kawin setengah tahun, sama-sama lah kita bersabar ye... saya dah sebulan tak period tapi bila test tak ada apa pun... maybe belum rezeki lagi agaknya... ----------------- http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com |
annamuslimah ![]() |
![]()
ana pun kepingin nak ada anak sendiri...tapi nak buat macamana...jodoh belum sampai...jadi maknanya sekarang lebih kepingin suami...hehe...sekadar melawak...
|
hafieza25 ![]() ![]() |
![]()
Pada 07-03-10 08:58 , mas_ayu posting:
!!! QUOTE !!!
salam...saya pun pernah sampai sebulan lebih tak period..tapi -ve& doktor kata itu perubahan hormon...so sekarang ini saya disarankan makan EPO & vit C 1000 moga/1 day... ----------------- Fieza |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |