Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 168
Ahli: 0
Jumlah: 168




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 2 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Menghargai pengorbanan anggota polis


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Menghargai pengorbanan anggota polis

Please Mendaftar To Post


Oleh Menghargai pengorbanan anggota polis

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-02-10 10:33


Assalamualaikum

Kes-kes yang dilaporkan di akhbar menunjukkan bahawa pihak yang paling menjadi tumpuan adalah pihak polis dan jika kita membuka radio atau TV setiap kali berita disiarkan, perkataan yang paling banyak disebut adalah polis. Sama ada kes bunuh, kes menghina institusi raja atau kes mencemarkan rumah ibadat agama lain menunjukkan pasukan polis masih merupakan pihak berkuasa yang perlu diberi lebih penghormatan. Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Musa Hassan bersama anggota-anggota bawahan berusaha dengan gigih untuk mengurangkan jenayah indeks akibat kebanjiran pendatang asing dan kemelesetan ekonomi dunia. Kenaikan gaji hanyalah sedikit penghargaan hasil pengorbanan anggota polis dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

Pasukan polis bertindak menjaga keamanan negara ini sejak 25 Mac 1807 apabila Piagam Keadilan 1807 British (Charter of Justice 1807) pasukan polis moden pertama ditubuhkan di negeri selat iaitu di Pulau Pinang. Sejak itu pasukan polis yang kemudiannya dikenali sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tanggal 24 Julai 1958 terus berkembang pesat. Pasukan polis kita antara pasukan polis terbaik di dunia dari segi kemodenan dan penyelesaian kes yang dilaporkan oleh pengadu. Kes-kes jenayah sememangnya menjadi harapan semua pihak yang cintakan keamanan tidak akan berlaku, namun dengan kemasukan beramai-ramai pendatang asing tanpa izin, kes-kes jenayah terus berlaku atas faktor meneruskan kelangsungan hidup.

Kes dadah yang kini semakin canggih modus operandi pengedarannya memberi cabaran besar kepada pihak polis. Ia memerlukan pihak PDRM untuk terus terkehadapan dalam meningkatkan kaedah penyiasatan dan pengesanan. Sebagai sebuah organisasi yang terancang, pasukan polis mempunyai bidang tugas tersendiri melalui cawangan jabatan siasatan yang dikhususkan.

Cawangan D7 dan lain- lain cawangan dalam PDRM bergiat cergas menghapuskan maksiat, judi haram dan kongsi gelap dan inilah cabaran utama pasukan polis di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Bukit Aman berdiri megah menempatkan lokasi ibu pejabat PDRM yang terletak di tengah nadi bandar raya Kuala Lumpur sentiasa bersedia membasmi jenayah hingga ke akar umbi. Dengan kekuatan kira-kira 1,000 balai polis di seluruh negara, pasukan polis bertindak menjaga keamanan setempat 24 jam.

Perlu diingat tugas anggota polis bukan semudah menerima laporan kerana jika ada unsur jenayah yang bersifat perlu tindakan segera, maka laporan itu perlu disahkan terlebih dahulu sebelum siasatan lanjut dilakukan. Terdapat beberapa kes kebelakangan ini yang menunjukkan ada individu tergamak membuat laporan palsu kerana ingin melepaskan diri daripada menunaikan tanggungjawab mereka. Kes laporan palsu oleh bakal pengantin yang mendakwa dirinya dirompak sehingga wang kahwinnya lesap menunjukkan bahawa tugas polis bukan semudah menerima laporan kerana setiap pengadu juga berpotensi membuat jenayah iaitu menipu.

Kisah polis yang terlibat dengan gejala rasuah tidak boleh dikaitkan dengan semua anggota polis kerana dalam setandan pisang hanya sebiji dua sahaja yang busuk. Pasukan polis adalah semulia-mulia tugas yang diberkati oleh Allah SWT kerana sanggup menjaga keamanan walau nyawa menjadi galang ganti. Pihak polis adakala menghadapi masalah apabila ia dituduh dengan berbagai gelaran yang tidak enak didengar, sedangkan pihak yang menuduh tetap memerlukan polis untuk menjaga keamanan keluarga dan dirinya.

Pengorbanan nyawa polis dalam menyahut seruan negara menjaga keamanan adakala tidak dihargai oleh pihak tertentu, di mana lebih ramai mempersoalkan mengapa penjenayah ditembak mati lebih daripada kehilangan nyawa pihak polis akibat membanteras jenayah.

Provokasi terhadap pihak polis dalam perhimpunan pertubuhan tertentu yang tidak mendapat permit sepatutnya tidak dilakukan kerana ia adalah satu kesalahan iaitu mengganggu penjawat awam. Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh perusuh-perusuh yang bersikap menggunakan 'undang-undang rimba' demi memperjuangkan misi dan visi mereka. Sikap hormat kepada pihak polis diketepikan dan ini yang menyedihkan kerana pengorbanan pasukan beruniform ini langsung tidak dihargai. Pihak polis bersengkang mata 24 jam sehari menjaga keamanan dan ini faktor membolehkan kita boleh mencari rezeki dan pelabur-pelabur asing berduyun-duyun masuk ke negara kita.

Samseng jalanan juga selalu bersikap biadap merempit tanpa mempedulikan keselamatan diri dan pihak polis sendiri. Ada yang sanggup merempuh sekatan jalan raya dan melanggar polis trafik. Polis dilihat sebagai musuh, sedangkan perbuatan mereka mengganggu aliran trafik lebih mendatangkan bahaya jika tidak dibendung.

Justeru, pasukan polis perlu lebih dihormati dari saat ini. Bayangkan apa akan jadi kepada Kuala Lumpur yang baru menyambut Hari Wilayah jika pasukan polis gagal memantau keamanan bandar raya kita. Persepsi buruk kepada polis tidak boleh dikaburi dengan komen-komen nakal di dunia siber dan juga oleh pemimpin-pemimpin politik yang cuba menegakkan benang yang basah. Polis juga berubah seiring dengan masa dan tuntutan teknologi. Kini, khidmat komuniti polis dan orang ramai semakin popular dan menunjukkan iltizam KPN yang ingin masyarakat, media dan orang ramai bekerjasama.

:-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-02-10 06:59


Frust kena saman dengan Polis kat Langkawi 02 tahun lepas ... nampak Polis saja, mesti muncung Wawa panjang 3X ganda dari biasa .. Erh ..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 16-02-10 08:03


Saya kira jika mereka menguatkuasakan hukum Islam mereka memang wajib dihormati dan dimuliakan.
Tetapi menguatkuasa hukum kufur adalah tugas yang hina apatah lagi menahan dan mengugut pejuang Islam membuat mereka celaka. Ditambah dengan amalan rasuah yang sudah membangkai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-10 13:30


Pada 16-02-10 08:03 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Saya kira jika mereka menguatkuasakan hukum Islam mereka memang wajib dihormati dan dimuliakan.
Tetapi menguatkuasa hukum kufur adalah tugas yang hina apatah lagi menahan dan mengugut pejuang Islam membuat mereka celaka. Ditambah dengan amalan rasuah yang sudah membangkai.


yupp...ambo setuju sangat.
Polis menjaga keamanan dan memberi jaminan keselamatan pada Rakyat....bukan mengukuhkan kezaliman...dan 'angkuh' dengan jawatan.

kalau polis FRU...memang zalim sungguh...airmuka tak manis langsung...belasah rakyat macam membelasah anjing liar....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 16-02-10 16:44


Bukan setakat Polis, tetapi juga mereka-mereka yang melaksanakan sistem kufur.
Menggubal polisi kapitalisme yang bertentangan dengan Islam. Mereka ini juga turut serta melaksanakan hukum kufur dan menghalang kebangkitan Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 16-02-10 16:47


Pada 16-02-10 06:59 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Frust kena saman dengan Polis kat Langkawi 02 tahun lepas ... nampak Polis saja, mesti muncung Wawa panjang 3X ganda dari biasa .. Erh ..



Setakat saman kerana memandu melebihi had laju, Polis masih melakukan dalam skop yang syar'ie.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101917 saat. Lajunya....