Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 14 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 15 hari yang lalu
nur_tinta: 21 hari yang lalu
kasih_kekasih: 37 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bantah sambutan hari kekasih di Menara KL!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bantah sambutan hari kekasih di Menara KL!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Bantah sambutan hari kekasih di Menara KL!!!

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-10 19:40


KUALA LUMPUR, 12 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru umat Islam supaya tidak terlibat di dalam mana-mana sambutan sempena hari kekasih atau Valentine's Day pada 14 Februari ini.

Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, remaja negara ini perlu akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan meraikan sambutan Valentine bukan dari ajaran Islam.

"Kita risau sekiranya sambutan yang bakal diadakan diisi dengan program-program maksiat yang jelas bertentangan dengan Islam dan budaya timur.

"Ia juga menggalakkan budaya 'couple' secara bebas di kalangan anak-anak muda yang menyumbang gejala negatif di dalam negara kita dan bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini," katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih diharamkan oleh agama Islam.

Kamaruzaman bersama beberapa orang Exco Pemuda PAS Wilayah sebentar tadi telah menyerahkan surat bantahan sambutan hari kekasih yang akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad ini.

Surat bantahan diterima oleh Mohd Zakhir Azam, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan setelah perbincangan selama lebih kurang 30 minit. (gambar)

Pihak Menara KL telah menerima baik bantahan dan saranan Pemuda Wilayah dan menjelaskan beberapa perkara yang menimbulkan kekeliruan seperti laporan akhbar pada 11 Februari lalu.

Antaranya tawaran baucar hotel yang ditawarkan adalah baucar makanan dan bukannya baucar penginapan untuk pasangan kekasih tidur bersama pada malam tersebut.

Mohd Zakhir menjelaskan bahawa tidak ada minuman keras yang akan dihidangkan dan dijual pada malam sambutan tersebut.

Selain itu, pihak menara KL akan memastikan tidak ada ruangan bersendirian disediakan untuk pasangan melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

Pemuda PAS Wilayah turut menyarankan agar pada masa akan datang Menara KL menganjurkan program-program yang lebih bermanfaat kepada masyarakat khususnya anak-anak muda Malaysia.

Pada 11 Februari lalu, akhbar melaporkan bahawa sambutan hari kekasih yang akan disambut pada 14 Februari ini, buat julung kalinya Menara KL menjemput pasangan kekasih meraikannya di pelantar terbuka menara KL berketinggian 300 meter itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.01.2010
Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-02-10 20:09


benda haram dah jadi halal... apa nak jadi pun tak tahu lah..


-----------------
PRaiSe To YoU,
JuST FoR You,
ALLAH....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chiyo_kajujiProfil   Hantar PM kepada chiyo_kajuji   Pergi ke chiyo_kajuji's Website   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-10 22:04


siapa lah yang anjurkan benda lagha tu...


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-10 05:54


takut pada awalnyer memang sambutan biasa-biasa saja..

pihak kl tower boleh tutup sebelah mata saja..


-----------------
.: Nafsu itu ibarat batu yang berat. Jika diangkat dengan iman yang kuat dan dilontar ke dalam lautan takwa. Maka tengelamlah nafsu itu :.


Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-02-10 11:40


semalam saja berjalan2 dengan suami menikmati suasana kl tanpa warga kota"celup" yang kembali ke kampung halaman masing-masing..

kami menyelusuri banyak tempat2 yang tak mungkin di singgah tanpa sebab..ia mungkin lah menara kl mampu mengharamkan terus sambutan itu.. tapi di seluruh kl?

best..best... memang best mernjahanamkan mata melihat pemandangan semalam..
anak-anak gadis melayu(sepatutnya Islam lah kan).. sambil mengepit rokok di celah jari..di usung oleh mat2 saleh botak.. di umpan dengan sejambak bunga yang dijual macam pesta bunga di tepi2 jalan..

di lorong2 pula.. jejaka2 jelita .. (dua alam) berpesta meraih pelanggan..
yang ayam2 tua pun sama..berkepit dengan mat bangla..
hampir seluruh tanah KL ada saja cuople2 yang sedang berpeluk sakan.. mungkin ada yang telah berkahwin mungkin ada yang tidak..


sadis..sadis..


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

FAZIMY
Warga Rasmi
Menyertai: 16.02.2010
Ahli No: 39291
Posting: 10
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-10 15:41


hehehe...bulan november nanti, banyaklah bayi-bayi yang dijumpai di tong-tong sampah, di sungai-sungai, di kaki mesjid dan sebagainya. Cukup 9 bulan kan? :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For FAZIMYProfil   Hantar PM kepada FAZIMY   Quote dan BalasQuote

riniey
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22591
Posting: 292

botswana   avatar


posticon Posting pada: 17-02-10 00:26


teroknye...
mana ada dalam islam sambutan hari kekasih...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rinieyProfil   Hantar PM kepada riniey   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-02-10 16:09


banyak sangat pengaruh....terutamanya TV...bila dah nak dekat tarikh itu..mulalah menayangkan filem2 entah apa-apa entah....TV pengaruh paling besar..lah.


-----------------
"InDaHnYa IsLAm"


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-02-10 01:56


haa ni lah dia hasil dari KETUANAN MELAYU yang ada forummer sini sokong.....TERIMALAH AKIBATNYA


KATAKAN TIDAK KEPADA KETUANAN MELAYU


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-03-10 16:48


salah satu program penggalak untuk membuang bayi...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-10 16:58


program sebegini semakin mendapat tempat di kalangan muslim terutamanya muda mudi.. sedangkan program berbentuk islami semakin asing di kalangan mereka.. islam kembali asing.. :-(


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12607 saat. Lajunya....