Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 246
Ahli: 0
Jumlah: 246




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: elaun cola dan perumahan mansuh???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» elaun cola dan perumahan mansuh???

Please Mendaftar To Post


Oleh elaun cola dan perumahan mansuh???

cikgu_azhar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2009
Ahli No: 38867
Posting: 180
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-01-10 15:58


bagi kakitangan kerajaan seperti saya.....isu ni jika benar....sedih lah juga sebab gaji makin sikit....kos hidup tinggi.....tapi baru-baru ni CEUPACS kata ia hanya spekulasi yang tidak benar sama sekali.....apa pendapat antum diluar sana tentang isu ini?kita makan gaji....bos kita kerajaan...kita kena faham lah kan...maklumlah ekonomi tak berapa bagus... :berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_azharProfil   Hantar PM kepada cikgu_azhar   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 22-01-10 16:14


gaji makin sikit ? macamana pulak tu... tak pernah dengar pulak kakitangan kerajaan punya gaji kena potong..

COLA kalau ditarik pun tak apakan ? heheh itu bukan hak..itu adalah sumbangan... kalau gaji ..tu adalah hak..


heheh sorry kalau salah


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

jannatulmakwa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.10.2006
Ahli No: 26786
Posting: 29
Dari: dari bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-10 16:18


salam...
memang sedih jugak kalau ia betul-betul berlaku kan??
huhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannatulmakwaProfil   Hantar PM kepada jannatulmakwa   Quote dan BalasQuote

cgu_NAM
Warga Rasmi
Menyertai: 31.12.2009
Ahli No: 38890
Posting: 16
Dari: tawau

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-01-10 17:04


Assalamualaikum...ada juga dengar kakak kepada kawan bagitahu..katanya pekeling sampai kat opis....tapi saya ndak dapat pun elaun2 tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cgu_NAMProfil   Hantar PM kepada cgu_NAM   Pergi ke cgu_NAM's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 22-01-10 18:38


salam.. ad dengar tahun lepas, tapi tentang cola lah.. ishk..payahnye macam ni...Kalau macam tu pndapatan mereka yang diceruk kg, di tengah bandar, d pedalaman, d pinggiran bandar adalah sama lah..sebab cola dan perumahan tu diberikan mengikut area dan gred seseorang kakitgan tu, kan?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-01-10 06:43


JPA nafi potong elaun COLA, ITKA

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan beberapa elaun dinikmati kakitangan kerajaan seperti elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) akan dipotong.

"JPA ingin memaklumkan bahawa tidak ada keputusan kerajaan untuk memotong elaun-elaun seperti COLA dan ITKA," menurut jabatan itu dalam kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan JPA itu sekali gus menyangkal desas-desus yang mengatakan bantuan sara hidup kepada kakitangan awam termasuk COLA dan ITKA akan ditarik sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Sejak beberapa hari lalu, kira-kira sejuta kakitangan awam berada dalam dilema berikutan tersebarnya berita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun kakitangan awam akan ditarik.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman yang turut menafikan khabar angin tersebut.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-01-10 16:45


BISP ye betul akan dipotong. dah sedia maklum pun dikalangan cikgu2. sebab dah tak ada dah selepas ini english for sc & maths. even ICTL pun akan diajar dalam bahasa malaysia.

tapi Kalau yang dua atas ni memang karut semata.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-01-10 19:45


bagi pendapat sayala..kerajaan sebenarnya boleh mengambil balik atau menarik balik sebarang elaun yang diberinya..itu tak mustahil..bagi anda juga di sini yang sebagai guru, bersediala kalau apa-apa dasar kerajaan berlaku..memang tak wajar kerajaan menarik segala elaun tu..bahkan kena jaga kebajikan para guru..

Selain daripada itu jaga juga kebajikan murid atau pelajar..Pendidikan pula adalah free selaras dengan pendidikan menurut Islam..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-01-10 20:15


tang mana tak wajar tu saudara. elaun tu tujuan asalnya untuk guru2 yang sanggup 'bersusah payah' bagi pengajaran dalam bahasa SUSAH tu. Kalau dah sendiri takmau mengajar dalam bahasa tu, sendiri meminta supaya dimansuhkan, maka sendiri juga kena sedia atas segala kemungkinan eluan tu di tarik balik.

Kalau semua benda nak free.... semua nak bersuap... maka duduk diam sajelah hulur tangan dengan mangkuk ke depan.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-01-10 22:03


Kalau betul cola dan elaun rumah tak ditarik, syukur Alhamdulillah... BISP tu nak tarik balik, amiklah... nak buat bagaimana... maklimlah, nak cut cost... bertukarnya menteri, maka bertukar lah dasar... kita ni cikgu dan murid dah macam bola... kena tendang sana sini ikut suka hati pemimpin... yang jadi mangsa anak bangsa kita lah... siapa yang rugi??? haa, lu fikir lah sendiri... :-)


-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

dib_02
Warga Rasmi
Menyertai: 09.10.2007
Ahli No: 31369
Posting: 1
Dari: sungai besar

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-01-10 20:14


Hanya mampu berdoa supaya tak berlaku

Bookmark and Share

    


  Member Information For dib_02Profil   Hantar PM kepada dib_02   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-01-10 11:09


.. biasalah orang kita ni.. yang khabar angin tu lah yang kita selalunya ambil kisah sangat.. kita tidak tahu niat asal penyebar2 SMS atau di blog2 tertentu.. mungkin dari segi positifnya untuk memberitahu agar setiap penjawat awam membuat persediaan awal tentang bajet bulanan dan mungkin juga niatnya tidak lain tidak bukan untuk menyebakan kerisauan dan menjatuhkan pihak2 tertentu.. tepuk dada tanyalah dada.. kalau tepuk tangan.. itu tandanya penyanyi dah habis buat persembahan.. :lol:.. ahaks..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-01-10 21:32


hari ni kat tempat kerja ada juga dengar2 cerita elaun COLA ni nak dimansuhkan, bukan untuk pekerja kerajaan saja tapi swasta pun terlibat juga..tapi itulah, hanya khabar angin kebenarannya belum ada.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

cikgu_azhar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2009
Ahli No: 38867
Posting: 180
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-01-10 09:27


Kalau swasta pun nak kena potong...tak taulah.....kata menteri kewangan KDNK negara akan mencapai pertumbuhan 5% tahun ni....bukan kan itu tanda pertumbuhan ekonomi yang mampan...tapi kanapa kerajaan kena berjimat lagi ye...saya ni bukan cikgu ekonomi....cikgu sains....tak berapa reti bab ekonomi....tolong ajarkan ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_azharProfil   Hantar PM kepada cikgu_azhar   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-10 10:00


Pada 25-01-10 21:32 , hasanrijal posting:

!!! QUOTE !!!

hari ni kat tempat kerja ada juga dengar2 cerita elaun COLA ni nak dimansuhkan, bukan untuk pekerja kerajaan saja tapi swasta pun terlibat juga..tapi itulah, hanya khabar angin kebenarannya belum ada.....


Swasta mana ada COLA? Air mineral saja.. huuhu


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

A4_paper
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2007
Ahli No: 32078
Posting: 30
Dari: bpmlk

malaysia  


posticon Posting pada: 26-01-10 12:04


kalaulah elaun ditarik..sedihnya
tapi kalau digantikan kenaikan gaji pokok 30%...bestnya

Ya Allah berkatilah rezekiku..ameen

Bookmark and Share

    


  Member Information For A4_paperProfil   Hantar PM kepada A4_paper   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-01-10 20:59


Pada 26-01-10 10:00 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-01-10 21:32 , hasanrijal posting:

!!! QUOTE !!!

hari ni kat tempat kerja ada juga dengar2 cerita elaun COLA ni nak dimansuhkan, bukan untuk pekerja kerajaan saja tapi swasta pun terlibat juga..tapi itulah, hanya khabar angin kebenarannya belum ada.....


Swasta mana ada COLA? Air mineral saja.. huuhu



Hehe ada kak..ada syarikat GLC yang bagi elaun COLA tapi rasanya tak semua ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

cikgu_azhar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2009
Ahli No: 38867
Posting: 180
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-10 11:52


kalau nak naik gaji 30%...bukan berjimat namanya tu......zaman pak lah kenaikan ditahap yang paling tinggi....takkan nak naik lagi.....tapi Kalau naik 10% pun lahamdulillah.....maklumlah BISP kena potong....kena lah berjimat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_azharProfil   Hantar PM kepada cikgu_azhar   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-10 21:52


tak berani punya kerajaan potong gaji staff gomen...
next PRU kompom hilang undi berjuta2 staf kerajaan...


-----------------
http://www.stormreaders.net/putraborneo


Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-01-10 21:55


Pada 27-01-10 21:52 , akasia posting:

!!! QUOTE !!!

tak berani punya kerajaan potong gaji staff gomen...
next PRU kompom hilang undi berjuta2 staf kerajaan...




Heheh yang ni tak mustahil jadi...


-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen


Bookmark and Share

    


  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 29-01-10 15:12


Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.3 2010.

Adalah dukacita dimaklumkan bahawa kerajaan akan menarik balik elaun sara hidup (COLA) berkuat kuasa mulai 01.03.2010 selaras dengan usaha kerajaan menangani ketidaksetabilan ekonomi dunia selain mengecilkan defisit hutang.

Namun yang demikian,kerajaan bersetuju untuk menggantikannya dengan satu skim baru dinamakan Pembahagian Elaun Perkhidmatan Secara Ikhtisas (PEPSI)
Harap Maklum.

maklumat lanjut sila klik KLIK MEMO


Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-01-10 15:22


Pada 29-01-10 15:12 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.3 2010.

Adalah dukacita dimaklumkan bahawa kerajaan akan menarik balik elaun sara hidup (COLA) berkuat kuasa mulai 01.03.2010 selaras dengan usaha kerajaan menangani ketidaksetabilan ekonomi dunia selain mengecilkan defisit hutang.

Namun yang demikian,kerajaan bersetuju untuk menggantikannya dengan satu skim baru dinamakan Pembahagian Elaun Perkhidmatan Secara Ikhtisas (PEPSI)
Harap Maklum.

maklumat lanjut sila klik KLIK MEMO


alahaii.. cola dah tak ada, pepsi pula yang ada...



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

fAraH_exaPIuM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.12.2007
Ahli No: 32096
Posting: 56
Dari: wilayah darul makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-01-10 15:40


Pada 29-01-10 15:12 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.3 2010.

Adalah dukacita dimaklumkan bahawa kerajaan akan menarik balik elaun sara hidup (COLA) berkuat kuasa mulai 01.03.2010 selaras dengan usaha kerajaan menangani ketidaksetabilan ekonomi dunia selain mengecilkan defisit hutang.

Namun yang demikian,kerajaan bersetuju untuk menggantikannya dengan satu skim baru dinamakan Pembahagian Elaun Perkhidmatan Secara Ikhtisas (PEPSI)
Harap Maklum.

maklumat lanjut sila klik KLIK MEMO


ini betul-betul ke cobaaannnn...hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For fAraH_exaPIuMProfil   Hantar PM kepada fAraH_exaPIuM   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-01-10 15:53


kurang asam punya encik bezita!!!

ingatkan ada in4 abt PEPSI... :D


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-01-10 15:57


Pada 29-01-10 15:53 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

kurang asam punya encik bezita!!!

ingatkan ada in4 abt PEPSI... :D



hehe.. tipah tertipu lah ini.. :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-01-10 21:50


Pada 23-01-10 20:15 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

tang mana tak wajar tu saudara. elaun tu tujuan asalnya untuk guru2 yang sanggup 'bersusah payah' bagi pengajaran dalam bahasa SUSAH tu. Kalau dah sendiri takmau mengajar dalam bahasa tu, sendiri meminta supaya dimansuhkan, maka sendiri juga kena sedia atas segala kemungkinan eluan tu di tarik balik.

Kalau semua benda nak free.... semua nak bersuap... maka duduk diam sajelah hulur tangan dengan mangkuk ke depan.



awak tak faham apa yang saya cakap..

Kaji balik lah sistem pendidikan dalam sebuah negara Islam macam mana

jangan main hentam asaya kalau tak faham apa yang saya tulis..saya pun guru jugak ma..bukan cakap besar..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-01-10 21:55


Pada 31-01-10 21:50 , panglima_garang posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-01-10 20:15 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

tang mana tak wajar tu saudara. elaun tu tujuan asalnya untuk guru2 yang sanggup 'bersusah payah' bagi pengajaran dalam bahasa SUSAH tu. Kalau dah sendiri takmau mengajar dalam bahasa tu, sendiri meminta supaya dimansuhkan, maka sendiri juga kena sedia atas segala kemungkinan eluan tu di tarik balik.

Kalau semua benda nak free.... semua nak bersuap... maka duduk diam sajelah hulur tangan dengan mangkuk ke depan.



awak tak faham apa yang saya cakap..

Kaji balik lah sistem pendidikan dalam sebuah negara Islam macam mana

jangan main hentam asaya kalau tak faham apa yang saya tulis..saya pun guru jugak ma..bukan cakap besar..



Dasar kerajaan adalah sekular..maka sekularlah dalam bidang pendidikan pun..jauh bezanya dalam sistem negara khilafah..pendidikan adalah percuma selaras dengan kerajaan yang memikul t/jawab memberi pendidikan kepada rakyat..maka kebajikan guru2 dijaga..

Hang ingat aku ni penyokong kerajaan ke apa..aku cakap bsediala kalau elaun nak kena potong..kalaulah betul..yang hang dok hentam aku buat apa..aku pun guru juga kat sek main grik..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-02-10 14:56


aiiii marah nampak. sampai dua kali quote . tak seimbang EQ lagi ini. ehehehe

hang cikgu ke.. bukan cikgu ke... den kisah apa... Kalau dah kenyataannya sebegitu.. putar lah bagaimana ayat sekalipun.. ia kan tetap berbunyi sebegitu

*** lupa pulak. Aku ni kerja apa ek? termasuk campur pulak hal rumah tangga cikgu2 PPSMI ini :P


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu_azhar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2009
Ahli No: 38867
Posting: 180
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-02-10 10:25


banyakkan bersabar......buat apa peningkan kepala...kita bekerja apa pun....tak kisah..kerana org yang bertaqwa yang paling hebat pada pandangan Allah...pandangan manusia bukan ada apa pun....boleh kita kembali ke tajuk kita????cuba beri cadangan dalam menghadapi elaun yang boleh ditarik bila-bila...kita ni maakan gaji...bukan bos....saya pun buat takaful part time....boleh lah cover elaun yang hilang tu....macam mana nak join???

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_azharProfil   Hantar PM kepada cikgu_azhar   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-02-10 08:25


maaf nak berkongsi pendapat...

saya sebenarnya tak pernah sesekali mencampur adukkan penggunaan elaun PPSMI tu dalam perbelanjaan harian melainkan HANYA untuk kegunaan pelajar semata

jadi apabila elaun ni ditarik balik.. memang saya terpaksa akui ia tidak menjejaskan perbelanjaan bulanan saya.

apa pun cikgu2.. saya akui juga... lain orang lain tanggungannya... setiap orang ada masalah masing-masing... memandangkan tahun lepas pun dah dinyatakan tak ada masalah untuk penjawat awam mencari pekerjaan sampingan, maka gunakan peluang tu untuk buat kerja sampingan di LUAR waktu tugas hakiki.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-10 23:37


Pada 02-02-10 14:56 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

aiiii marah nampak. sampai dua kali quote . tak seimbang EQ lagi ini. ehehehe

hang cikgu ke.. bukan cikgu ke... den kisah apa... Kalau dah kenyataannya sebegitu.. putar lah bagaimana ayat sekalipun.. ia kan tetap berbunyi sebegitu

*** lupa pulak. Aku ni kerja apa ek? termasuk campur pulak hal rumah tangga cikgu2 PPSMI ini :P



Awak ni sokong kerajaan ke sokong pembangkang benanya? Apa stand awak?


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-10 23:40


Bagi sayala toh puan nurkamar, saya pun cikgu tapi saya tak akan bersetuju dengan dasar kerajaan dalam bidang pendidikan yang mengguna pakai sistem pendidikan sekular..

Kerja yang saya pilih sekarang ni bukan terlibat dalam penggubalan dasar hukum hakam kufur..

Perduli apa dengan sistem kufur yang ada..hang nak sokong, hang sokonglah..peduli apa..

apa EQ hang baguih sangat ka? Hang hentam aku sebab aku ni cikgu yang join HizbutTahrir ke?


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-10 23:46


Quote berkali2 bukan bermakna EQ tak stabil wahai yang memberi statement begitu..

Berlakunya quote berkali2 di sini bukan apa. Aku nak tegaskan bahawa sistem pendidikan sekarang adalah pendidikan sekular yang rojak lagi merosakkan, hasil dr anak benih sistem demokrasri yang kapitalis itu..

yang aku jadi cikgu ni bukan aku nak berbagga semberono..yang aku dengan bgitau walaupun aku bercikgu tapi aku aku tak akan setuju dengan segala ssistem yang tak islami..

Selagi kerja aku tak terlibat dalam buat hukum hakam sekular aku buat..

Bahkan aku beli tanah buat tanah pisang jugak..buat jual..

Aku peduli apa ada yang nak cakap "peduli apa" dengan statement baru aku ni.. Sememangnya aku cikgu anak didik HT..Apa aku peduli dengan kerajaan..

Mana bukti EQ tak stabil? EQ konon..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-02-10 06:54


Pada 04-02-10 10:25 , cikgu_azhar posting:

!!! QUOTE !!!

banyakkan bersabar......buat apa peningkan kepala...kita bekerja apa pun....tak kisah..kerana org yang bertaqwa yang paling hebat pada pandangan Allah...pandangan manusia bukan ada apa pun....boleh kita kembali ke tajuk kita????cuba beri cadangan dalam menghadapi elaun yang boleh ditarik bila-bila...kita ni maakan gaji...bukan bos....saya pun buat takaful part time....boleh lah cover elaun yang hilang tu....macam mana nak join???


Salam,

Cikgu untuk mengatasi masalah ini ialah kita kena keluar dari sistem ekonomi kapitalis dan masuk kepada sistem hidup Islam secara kaffah.

Dalam sistem ekonomi kapitalis upah (gaji) kepada perkerja ditentukan dengan melihat kepada kos sara hidup semasa dan kebiasaannya ia hanya cukup-cukup untuk para perkerja untuk menggunakan manyara hidupnya tanpa ada lebihan sedikit pun. Kadang-kala untuk mendapatkan pendapatan yang lebih sedikit, para perkerja terpaksa melakukan kerja tambahan. Persoalannya bilakah perkerja itu dapat berehat atau menggunakan masa di luar waktu berkerja untuk keluarga dan masyarakat? Perkara inilah yang dikritik hebat oleh karl marx kerana menurut beliau para perkerja (proletar) telah dihisab darah mereka oleh golongan kapitalis.

Sedangkan di dalam Islam ia ditentukan oleh manfaat yang diberikan oleh perkerja kepada majikan bukan berdasarkan kos sara hidup. Rata-rata gaji para perkerja sekarang ini adalah 'under paid'.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-02-10 21:20


lari topik sekali lagi (sorry tuan tanah)...

panglima garang

secara JELASNYA anda dah menunjukkan ketakstabilan EQ anda di sini.benda kecil diperbesar2kan. BERULANG. tampak ketidak matangan dalam berfikir dan membincang sesuatu perkara.

ginilah saudara... Kalau tak mahu kena tembak.. rasa sendiri lebih bagus untuk dikedepan dari orang lain... usah masuk forum....senang ayat tak payah campur lah orang. duduk saja dediam. Kalau campur... makin sakitttt jiwa awak tu.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu_azhar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2009
Ahli No: 38867
Posting: 180
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-02-10 10:30


sabar ye semua...isu yang saya bangkitkan hanyalah untuk kita bersama2 mesyuarah akan pro dan kons nya...bukan apa...bersedia dengan jangkaan ini akan jadikan kita lebih bijak mengurus wang....relak2 ye semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_azharProfil   Hantar PM kepada cikgu_azhar   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-02-10 10:57


Pada 08-02-10 21:20 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

lari topik sekali lagi (sorry tuan tanah)...

panglima garang

secara JELASNYA anda dah menunjukkan ketakstabilan EQ anda di sini.benda kecil diperbesar2kan. BERULANG. tampak ketidak matangan dalam berfikir dan membincang sesuatu perkara.

ginilah saudara... Kalau tak mahu kena tembak.. rasa sendiri lebih bagus untuk dikedepan dari orang lain... usah masuk forum....senang ayat tak payah campur lah orang. duduk saja dediam. Kalau campur... makin sakitttt jiwa awak tu.



Hisssshh... tak baik main halau-halau orang ni... orang berkunjung kita raikan... orang marah-marah kita tenangkan...jangan halau-halau atau provok-provok... tak elok... hehehe. :welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-02-10 10:59


Pada 09-02-10 10:30 , cikgu_azhar posting:

!!! QUOTE !!!

sabar ye semua...isu yang saya bangkitkan hanyalah untuk kita bersama2 mesyuarah akan pro dan kons nya...bukan apa...bersedia dengan jangkaan ini akan jadikan kita lebih bijak mengurus wang....relak2 ye semua


Kita tanya pakar risk-management kita...cikgu azhar...hehehe. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-10 21:55


Pada 08-02-10 21:20 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

lari topik sekali lagi (sorry tuan tanah)...

panglima garang

secara JELASNYA anda dah menunjukkan ketakstabilan EQ anda di sini.benda kecil diperbesar2kan. BERULANG. tampak ketidak matangan dalam berfikir dan membincang sesuatu perkara.

ginilah saudara... Kalau tak mahu kena tembak.. rasa sendiri lebih bagus untuk dikedepan dari orang lain... usah masuk forum....senang ayat tak payah campur lah orang. duduk saja dediam. Kalau campur... makin sakitttt jiwa awak tu.



Cuba awak check balik siapa yang quote siapa awal..siapa yang masuk campur siapa awal2nya..

Kalau tak silap sayala, saya tak pun mengacau awak..nak2 lagi ngacau kerja awak..awak lah yang quote saya dulu kan..iru pun nak lupa ke cikgu..nampak sangat tak stabil EQ..haha..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-10 22:10


Pada 08-02-10 21:20 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

lari topik sekali lagi (sorry tuan tanah)...

panglima garang

secara JELASNYA anda dah menunjukkan ketakstabilan EQ anda di sini.benda kecil diperbesar2kan. BERULANG. tampak ketidak matangan dalam berfikir dan membincang sesuatu perkara.

ginilah saudara... Kalau tak mahu kena tembak.. rasa sendiri lebih bagus untuk dikedepan dari orang lain... usah masuk forum....senang ayat tak payah campur lah orang. duduk saja dediam. Kalau campur... makin sakitttt jiwa awak tu.



Posting pada: 23-01-10 19:45
bagi pendapat sayala..kerajaan sebenarnya boleh mengambil balik atau menarik balik sebarang elaun yang diberinya..itu tak mustahil..bagi anda juga di sini yang sebagai guru, bersediala kalau apa-apa dasar kerajaan berlaku..memang tak wajar kerajaan menarik segala elaun tu..bahkan kena jaga kebajikan para guru..

Selain daripada itu jaga juga kebajikan murid atau pelajar..Pendidikan pula adalah free selaras dengan pendidikan menurut Islam..

Posting pada: 23-01-10 20:15
tang mana tak wajar tu saudara. elaun tu tujuan asalnya untuk guru2 yang sanggup 'bersusah payah' bagi pengajaran dalam bahasa SUSAH tu. Kalau dah sendiri takmau mengajar dalam bahasa tu, sendiri meminta supaya dimansuhkan, maka sendiri juga kena sedia atas segala kemungkinan eluan tu di tarik balik.

Kalau semua benda nak free.... semua nak bersuap... maka duduk diam sajelah hulur tangan dengan mangkuk ke depan.



Nampak tak di atas? saya tak pernah pun quote awak sebelum ni. hanya bagi pendapat kat forum..awak lah yang quote saya..yang awak quote saya pun entah apa statement. yang awak bagi statement tu kritik dekat sebilangan guru yang malas mengajar..

Awak lupa yang ada cikgu yang buat kerja lebih masa..lebih tenaga..siang malam perah otak untuk kebaikan anak murid dan sekolah..

Apa yang awak tak tahu adalah realiti sistem pendidikan dalam Islam adalah lain, bukan begitu..apa yang dimaksudkna degn free tu adalah kerajaan sebagai pemegang amanah dr Allah berhak menyediakan pendidikan percuma buat rakyat jelata, bahkan lebih dr itu, para guru dijaga kebajikan..ini tidak..guru dikerah untuk laksana dasar pelik-pelik..

siang malam mesyuarat pasal sekolah..dan macam-macam lagi..elaun yang sekecik tu pun nak ditarik balik..walhal tengok saja cikgu2 muda yang baru masuk sekolah..dahlah diragging oleh guru2 senior..tengok sajalah sekolah kat mana pun..realiti di depan mata..sistem pendidikan sekarang jayh bezanya dengan sistem pendidikan Islam..

Ini yang perlu diperbesar2kan wahai cikgu..nampak benda ni kecik ke? soal sistem yang mendasar saudari cikgu..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-10 22:17


Pada 08-02-10 06:54 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-02-10 10:25 , cikgu_azhar posting:

!!! QUOTE !!!

banyakkan bersabar......buat apa peningkan kepala...kita bekerja apa pun....tak kisah..kerana org yang bertaqwa yang paling hebat pada pandangan Allah...pandangan manusia bukan ada apa pun....boleh kita kembali ke tajuk kita????cuba beri cadangan dalam menghadapi elaun yang boleh ditarik bila-bila...kita ni maakan gaji...bukan bos....saya pun buat takaful part time....boleh lah cover elaun yang hilang tu....macam mana nak join???


Salam,

Cikgu untuk mengatasi masalah ini ialah kita kena keluar dari sistem ekonomi kapitalis dan masuk kepada sistem hidup Islam secara kaffah.

Dalam sistem ekonomi kapitalis upah (gaji) kepada perkerja ditentukan dengan melihat kepada kos sara hidup semasa dan kebiasaannya ia hanya cukup-cukup untuk para perkerja untuk menggunakan manyara hidupnya tanpa ada lebihan sedikit pun. Kadang-kala untuk mendapatkan pendapatan yang lebih sedikit, para perkerja terpaksa melakukan kerja tambahan. Persoalannya bilakah perkerja itu dapat berehat atau menggunakan masa di luar waktu berkerja untuk keluarga dan masyarakat? Perkara inilah yang dikritik hebat oleh karl marx kerana menurut beliau para perkerja (proletar) telah dihisab darah mereka oleh golongan kapitalis.

Sedangkan di dalam Islam ia ditentukan oleh manfaat yang diberikan oleh perkerja kepada majikan bukan berdasarkan kos sara hidup. Rata-rata gaji para perkerja sekarang ini adalah 'under paid'.


Betul tu saudaraku FM. konon-konon dalam kalangan masyarakat bahawa gaji cikgu ni besar..padahal nak sara hidup lepas kawin pun kena buat part time..rosak sistem kapitalisme..idea2 begini yang FM ketengahkan mereka ramai kat sini tak nampak..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-02-10 00:23


memang sah tak stabil budak ni. aduhai.......

;)

*sila sila yang lain balik pada topik. terima kasih cikgu azhar, fikrul.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-10 07:50


hahahhaa...
adoiyaii...
apa pun..saya sayang cikgu2 saya...
cikgu sekarang? jadilah cikgu kerana memang ingin jadi cikgu yang mendidik..bukan sebab nak cuti banyak..nak itu ini.. nak nak nak..... :)

cikgu/ustaz,ustazah kat sekolah pondok lagilah under paid namun rata-rata senyuman mereka manis sekali.. :bunga: :bunga:


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-10 11:15


Saya bertanya kepada kawan-kawan yang merupakan penjawat awam. Apakah, kenaikan gaji membantu menyelesaikan masalah kewangan mereka. Secara umum jawapannya, ia membantu tetapi tidak menyelesaikan masalah.Ada yang akui, hutang bertambah kerana tukar kereta. Apabila nak raya, naik sekolah, kalau tak ada bonus tetap tak cukup.

Saya juga bertanya dengan kakitangan swasta. Ramai yang menyatakan hidup terhimpit sejak kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Harga barang naik, tapi gaji mereka tidak naik.

Jika inilah senarionya, kita boleh lihat ini adalah bentuk kegagalan ekonomi hari ini secara sistemik. Apa pun mekanisme yang dilakukan, ia tidak mampu memberi penyelesaian menyeluruh. Sebagai contoh, apabila dinaikkan gaji penjawat awam, kakitangan swasta pula yang merasa keperitannya. Jika dinaikkan gaji kakitangan swasta, pendapatan hasil cukai pula akan berkurang, pelabur akan lari, negara boleh bankrup. Jelas. kegagalan sistemik ini tidak boleh diatasi dengan apa pun pendekatan mahupun mekanisme, kecuali mengubah sistem itu sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-02-10 11:36


Salam,

Penderitaan yang dirasai semua ialah akibat kelemahan sistemik natijah dari kebatilan sistem ekonomi yang mengatur perekonomian kita hari ini.

Ia ibarat 'selimut pendek', tutup kaki terbuka kepala, tutup kepala terlihat kaki. Cuba selesaikan satu masalah terbuka seribu masalah lain akibat darinya.

Lahawlawala kuwata illabillah!

Wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-10 16:08


Pada 10-02-10 11:36 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Penderitaan yang dirasai semua ialah akibat kelemahan sistemik natijah dari kebatilan sistem ekonomi yang mengatur perekonomian kita hari ini.


Wasalam.


Islam itu lebih mudah diterima ditempat yang kehidupannya sempit dan terdesak. Semoga dengan keperitan yang sama-sama kita rasai ini, akan menyedarkan kita untuk kembali kepada penyelesaian Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

cikgu_azhar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2009
Ahli No: 38867
Posting: 180
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 12:21


islam is the way of life....jangan terlalu beremosi dalam mengetengah idea....saya pun ada buat takaful part time....so dari kita argue about sistem lah....gaji lah....better kita mengurus wang kita dengan bijak....org kerja kilang gaji 300 ratus cukup saja.....semua ni sebab apa?sebab makin besar periuk..besarlah kerak nasinya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_azharProfil   Hantar PM kepada cikgu_azhar   Quote dan BalasQuote

haykal77
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23012
Posting: 116
Dari: Perak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-02-10 07:35


Assalamualaikum

Setuju dengan cikgu azhar 100%.

Cuma nak celah, kerajaan tadak duitlah tahun 2010 ni. Ke mana duit tu pergi tak tahu lah. Dah lah masa DSNR Perdana Menteri pulak yang jadi? Fishy jugak ye? agaknya terlalu banyak program pembangunan yang nak dibuat agaknya?

Member saya ada yang baru diposting kan dan ada yang transfer. Biasanya transfer atau posting bulan Januari tahun yang baru. Tapi baru-baru ni, posting bulan Disember tahun yang mohon pindah atau posting.

Ini kerana kerajaan tadak duit tahun 2010 untuk bayar claim perpindahan? Bagi yang suka soal dalam kepala macam saya, saya soal Kenapa? Selalunya ok saja.

macam tu juga PCG sekolah. saya difahamkan, kalau satu-satu bidang m/p, ada PCG sampai RM2. 3 ribu. sekarang ni kurang gila. Kalau tak silap, RM100 or 200 saja.

Jadi agaknya, ura-ura COLA dan ELAUN PERUMAHAN yang akan dipotong atau dikurangkan tu, kalau betul jadi, agaknya kerana kerajaan tadak duit. Dulu pernah jadi macam ni. Tapi setiap kakitangan kerajaan cuma potong RM10 seorang. Kalau tak silap masa Tun Dr. Mahathir jadi PM.

Tapi walau apa pun, tak boleh lah kita bergantung 100% kepada kerajaan. Tu cerita dan mentaliti dulu. Kita mesti cari jalan macam mana nak tambahkan pendapatan kita dengan cara yang halal lah.

Sekian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For haykal77Profil   Hantar PM kepada haykal77   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-02-10 02:32


Pada 10-02-10 00:23 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

memang sah tak stabil budak ni. aduhai.......

;)

*sila sila yang lain balik pada topik. terima kasih cikgu azhar, fikrul.



rasa diri 2 besar sangatkah panggil org budak ni?

Saya malas nak beritahu sebenarnya saya ni penolong kanan sekolah..haha..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 16-02-10 07:58


Pada 11-02-10 12:21 , cikgu_azhar posting:

!!! QUOTE !!!

islam is the way of life....jangan terlalu beremosi dalam mengetengah idea....saya pun ada buat takaful part time....so dari kita argue about sistem lah....gaji lah....better kita mengurus wang kita dengan bijak....org kerja kilang gaji 300 ratus cukup saja.....semua ni sebab apa?sebab makin besar periuk..besarlah kerak nasinya...


Cikgu sendiri yang mengakui Islam is the way of life. Sebab itu sebagai orang Islam, kita wajib melihat permasalahan ummat Islam sebagai permasalahan bersama bukan masalah kita seorang. Sebab itu kita membahas tentang sistem, maka jangan dituduh emosi.

Yang emosi sebenarnya golongan yang hanya mementingkan diri sendiri, asalkan diri sendiri senang itu paling utama. Sedangkan kita wajib memikirkan permasalahan umat dan dalam konteks hari ini berdakwah mengembalikan kehidupan Islam sebagai jalan penyelesaian. Minda yang mementingkan diri sendiri perlu dibuang jauh-jauh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-02-10 21:04


Pada 16-02-10 02:32 , panglima_garang posting:

!!! QUOTE !!!



rasa diri 2 besar sangatkah panggil org budak ni?

Saya malas nak beritahu sebenarnya saya ni penolong kanan sekolah..haha..



gpk pun guna internet & masa kerja kat sekolah masuk forum? huh...

penolong kanan ke... penolong kiri ke.. penolong atas bawah sekalipun,kalau dah tak stabil.. tetap tak stabil.dah rasa TINGGI dan bagus sangat jawatan tu silalah pergunakan untuk kebaikan dan masa depan sekolah.

** ketam... o... ketam.. sedapnya buat sup tabur daun bawang...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

haykal77
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23012
Posting: 116
Dari: Perak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-02-10 19:01


Ni apa gaduh2 ni... udah lah tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For haykal77Profil   Hantar PM kepada haykal77   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-02-10 01:51


tidak bergaduh....

sekadar nak menyakat kesabaran orang-orang yang tak pernah rasa CUKUP hidup dengan nikmat ILAHI...

-saya henti setakat ni.. kembali menyelak, memerhati dan menilai ;)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu_azhar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2009
Ahli No: 38867
Posting: 180
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-02-10 12:17


sudah2 lah tu....jangan kita menuduh yang ckgu ni guna internet masa sekolah ke...mana tau dia sesi petang....cuti ke.....jangan bersangka buruk pada rakan-rakan..ni kan ukhwah.com....bukan dengki.com....hehehe.....maka kita siap siagakanlah diri kita....bagi wuzaraa....siapa makan cili terasa pedasnya...bukankan dengan mengkritik dari memberi pandangan adalah bersandarkan emosi....kita manusia...ada kelemahan...so kita kadang-kadang tersasar menaip....udah2 lah tu....kita berbincang lagi ye...kali ni jangan mengkondem sesiapa pun....boleh???

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_azharProfil   Hantar PM kepada cikgu_azhar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.166138 saat. Lajunya....