Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64

  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: buka tudung kerana watak dalam lakonan..LOGIK?

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» buka tudung kerana watak dalam lakonan..LOGIK?

Please Mendaftar To Post

Oleh buka tudung kerana watak dalam lakonan..LOGIK?

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 07:23

Anne buka tudung kerana watak

MELIHAT Anne Ngasri mula berhijab ternyata membuatkan mana-mana mata yang memandangnya terasa sejuk sahaja. Penghijrahan pelakon yang memulakan kariernya dari usia muda itu dilakukan selepas Anne pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Tetapi timbul cerita yang kurang manis apabila tudung Anne ini dikatakan umpama pakai buang kerana dia masih dilihat di beberapa buah drama yang baru menunjukkan auratnya itu walaupun Anne sudah memilih untuk berubah.

Anne yang ditemui ketika penggambaran drama Mayang Mengurai di Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor baru-baru ini mengakui, dia memang membuka tudung ketika berlakon baru-baru ini demi memenuhi kehendak produksi itu.

Ujar ibu anak dua ini, niatnya hanyalah untuk mencari rezeki kerana punca rezekinya dari dunia lakonan.

"Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar, saya sebagai Anne Ngasri memang sudah bertudung.

"Tetapi apabila berlakon, ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.

"Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau 'buka' sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi.

"Saya tahu ia merupakan isu sensitif dan banyak pendapat dalam Islam mengenai hal ini tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat ini benda yang betul, saya rasa ok," ujar isteri kepada Abdul Wafi Hassan ini lagi.

Anne pada masa yang sama menyedari pasti ada yang keliru dengan penampilan dan keputusannya itu.

Namun begitu, dia menegaskan, sebagai wanita Islam dia sudah membuat keputusan untuk menutup auratnya.

Mendapat sokongan penuh daripada seluruh ahli keluarga, Anne berkata, keputusannya untuk berhijab bukanlah atas paksaan sesiapa tetapi atas kesedaran diri sendiri.

Mayang Indera

Bahkan Anne tidak menolak kemungkinan apabila sampai masanya kelak, dia tidak akan berkompromi lagi dengan mana-mana penerbit atau pengarah yang mahukan dia menanggalkan tudungnya semata-mata untuk memenuhi tuntutan karakter.

Mengulas tentang drama terbarunya dalam slot Lagenda iaitu Mayang Mengurai yang akan mula disiarkan pada 12 Januari ini setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 4.30 petang di TV3, dia memegang watak sebagai Mayang Indera.

"Saya memegang watak sebagai Mayang Indera, kakak kepada Mayang Mengurai yang dilakonkan oleh Tania Hudson.

"Ia merupakan adaptasi daripada kisah dongeng Rapunzel. Ini pertama kali saya berlakon watak sebegini terutamanya menjadi seorang puteri dan saya sangat teruja dengan watak ini.

"Mayang Indera mempunyai kuasa sakti pada matanya dan boleh memukau orang. Agak mencabar kerana saya perlu bermain dengan mata dan perlu memakai bulu mata palsu yang banyak," ujar wanita berusi 25 tahun ini lagi.

Mayang Mengurai memperkenalkan pelakon-pelakon baru seperti Tania Hudson dan Ammar sebagai teraju utama, Zarina AF, Kamal Adli, Sabrina Ali, Shasha Saidin, Ako Mustapha, Latif Borghiba, Lana Nordin, Badrul Muhayat dan lain-lain.

Mayang Mengurai yang akan bersiaran sebanyak 19 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Communications Sdn Bhd dan diarahkan oleh Yeop Hitler Zami.

Drama bersiri itu mengisahkan Mayang Mengurai yang dikurung di dalam sebuah menara oleh seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam demi menambah kuasanya.

Mayang Mengurai yang memiliki rambut yang sangat panjang turut mempunyai dua orang kakak angkat iaitu Mayang Indera dan Mayang Merdu yang dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.

Khalif dan Mayang Mengurai jatuh cinta dan Kornilam berusaha menghalang mereka kerana dia akan kehilangan kuasanya jika Mayang Mengurai berkahwin.

-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi

Bookmark and Share

  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 09:45

Berapa ramai termasuk di jabatan-jabatan kerajaan..pergi kerja bertudung litup..jumpa kat alamanda free hair , jeans siap dengan shirt "body hugging" lagi...private sektor jangan cerita lah..

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 11:06

memang tak logik... hampeh saja...
ingat boleh delete ke 'buku amalan'?

buku lima ke buku tiga lima boleh lah main delete... :jangan:

selamat belajar dan beramal..

Bookmark and Share

  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 11:33

beramal mestilah dengan ilmu.. bukan dengan semangat.. atau sekadar ikutan.. :-)

-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 11:36

kalau dah buta hukum, macam-macam alasan boleh bagi..

nak cari rezeki halal pun, bukan dengan cara membuka aurat..

Bookmark and Share

  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 11:44

halalkah rezeki yang dicari dengan cara sebegini?? saya agak keliru..

mungkin halal tapi keberkatan itu mungkin tiada..

pegangan si anne mungkin belum cukup kuat lagi.. sama-samalah kita mendoakan anne dan orang-orang sepertinya agar manjadi lebih baik di masa hadapan..

rasanya tidaklah perlu untuk kita mengata atau kutuk dia teruk sangat.. sikit-sikit pun jangan kalau boleh.. siapa tahu nanti dia akan jadi lebih baik dari kita-kita yang selalu mencemuh dia, dan orang-orang yang seangkatan dengannya.. siapa tahu??

:-)

-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 11:49

Artis ni kadang ada yang teringin nak jadi baik, sebab tu nak juga cuba bertudung. Masalahnya ilmu tak berapa ada, jadilah macam-macam fatwa sendiri yang keluar. Nak kerja lain pun dah tak tau sebab dari kecil dah hidup dalam dunia itu, tak boleh keluar gamaknya. Kalau keluar pun ramai yang masuk balik...

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 12:05

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."

Bookmark and Share

  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 12:48

sebab tu ada dikalangan artis yang mudah terpengaruh dengan ajaran sesat..konon nak jadi alim..tapi terpedaya dengan org yang pandai putar belit ilmu dengan kata-kata...

-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi

Bookmark and Share

  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 13:55

Kurang2nya dia ada niat nak berubah...

-----------------

Koleksi Busana

  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 13:58

saya bersimpati terutama membaca perenggan ini...

!!! QUOTE !!!

"Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar, saya sebagai Anne Ngasri memang sudah bertudung.

"Tetapi apabila berlakon, ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.

"Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau 'buka' sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi.

"Saya tahu ia merupakan isu sensitif dan banyak pendapat dalam Islam mengenai hal ini tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat ini benda yang betul, saya rasa ok," ujar isteri kepada Abdul Wafi Hassan ini lagi.

dia memang tak tahu apa yang dia buat,
memang tak betul pun apa yang dibuat,
dan dia tak ok...

kasihan, semoga Allah memberi ilmu dan kefahaman padanya.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-01-10 14:25

sekurang-kurangnya kita sebagai saudara semuslim dengannya patut mendoakan agar dia benar-benar berhijrah.. orang yang baru hendak berhijrah seperti dia mestilah diberi tunjuk ajar.. dan orang-orang seperti anda inilah yang patut memberi tunjuk ajar kepadanya.. bukan sekadar memberi komen yang buruk di ruangan forum seperti ini yang saya rasa, tidak mungkin dilayari oleh orang-orang seperti si anne itu.. bukankah berdiam diri itu lebih baik dari berkata-berkata sesuatu yang tidak baik dan bolah mendatangkan dosa?? :-)

-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 11-01-10 23:34

Pada 11-01-10 14:25 , hafiz_along_83 posting:

aku sokong komen ni, kita asyik tau nak komen yang buruk2 tapi tak pernah mendoakan supaya menjadi yang lebih baik. tau menjatuhkan hukum saja. at least si anne tu pun nak berhijrah juga walau tak sepenuhnya .. seharusnya kita bagi semangat dan doa semoga dia dapat terus berubah...kalau kita asyik duduk cari keburukan dan mengata org saja, sampai bila-bila pun bangsa dan agama kita takkan maju....renung2kan lah kita ni pun belum tentu banyak manakah amaln kita yang diterima....

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-01-10 01:04

Pada 11-01-10 14:25 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

sekurang-kurangnya kita sebagai saudara semuslim dengannya patut mendoakan agar dia benar-benar berhijrah.. orang yang baru hendak berhijrah seperti dia mestilah diberi tunjuk ajar.. dan orang-orang seperti anda inilah yang patut memberi tunjuk ajar kepadanya.. bukan sekadar memberi komen yang buruk di ruangan forum seperti ini yang saya rasa, tidak mungkin dilayari oleh orang-orang seperti si anne itu.. bukankah berdiam diri itu lebih baik dari berkata-berkata sesuatu yang tidak baik dan bolah mendatangkan dosa?? :-)

doa suatu perkara lain .... menyatakan kebenaran suatu perkara yang lain. Namun kedua-duanya mesti kita usahakan.

Teguran bukan saja untuk anne jika dia tidak mendengarnya atau membacanya, tapi boleh juga diambil iktibar oleh orang lain.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 12-01-10 08:52

tegur-menegur tidaklah salah.. cuma saya terkilan bila ada keluar macam-macam perkataan yang tak berapa enak.. buta hukum lah.. hampeh lah.. banyak lagi tajuk forum lain yang serupa.. sepatutnya kita risau manalah tau hati kita kelak diterbalikkan oleh ALLAH.. lalu kita menjadi orang yang lebih teruk dari orang yang kita dok kutuk tadi.. maknanya apa tu?? kata-kata tak baik yang kita lemparkan kepada orang lain tu ALLAH campak balik kepada kita,, naudzubillah..

terima kasih saudara idzham kerana menyokong komen saya :-)

-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 12-01-10 09:01

betullah kata hafiz along tu.. bukan menghukum

boleh marah dalam hati terhadap maksiat..itu Allah suruh kan..sebagai tanda selemah2 iman
menyatakan atau berkongsi atau menyampaikan kebenaran tidak sama dengan mengutuk

-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8

Bookmark and Share

  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 12-01-10 11:49

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu

-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."

Bookmark and Share

  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-01-10 12:07

Pada 12-01-10 11:49 , lemochi_adachi posting:

!!! QUOTE !!!

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu

betul....

benar... saya setuju ...

anne banyak sangat 'membuka aurat' ... kasihan.
Saya tak pasti dia benar-benar 'tak tahu'...tak ada ilmu atau tak mahu mengekang hawa nafsu....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 12-01-10 12:45

bukan anne sahaja malahan ramai lagi artis dan selebriti lain yang 'membuka aurat' atau dengan kata lain, tidak menutup aurat seperti yang sepatutnya.. mungkin mereka hanya berfikir cukup dengan memakai tudung walhal tanggapan itu tak betul.. kita sebagai antara orang yang sedar patut juga sedar bahawa amatlah sukar untuk menyedarkan mereka yang masih belum sedar ini.. kemungkinan mereka tidak tahu.. kemungkinan juga kurang tahu.. ada juga kemungkinan mereka buat-buat tahu.. atau tahu tapi sengaja buat-buat tidak tahu.. adakah kita tahu??

tak salah rasanya bersangka baik pada orang seperti anne.. melainkan artis atau orang lain yang memang nampak sangat kebobrokannya..

:-)

-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

nor_207
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.01.2010
Ahli No: 39013
Posting: 36
Dari: Selangor

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-01-10 12:49

Jangan lah nak kutuk lebih-lebih. Doakan yang terbaik untuk semua. Kita dok kutuk lebih lebih ni, kita yakin ke kita ni mampu istiqamah bertudung sampai akhir hayat....

Bookmark and Share

  Member Information For nor_207Profil   Hantar PM kepada nor_207   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 12-01-10 13:00

Saya tak rasa dia tak tahu tentang menutup aurat..
Itu perkara asas..
kat sekolah pun dah didedahkan tentang WAJIBnya menutup aurat..

Mungkin cuma dia tak ada kesedaran..

Bookmark and Share

  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar

posticon Posting pada: 12-01-10 16:06

Pada 11-01-10 11:49 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Artis ni kadang ada yang teringin nak jadi baik, sebab tu nak juga cuba bertudung. Masalahnya ilmu tak berapa ada, jadilah macam-macam fatwa sendiri yang keluar. Nak kerja lain pun dah tak tau sebab dari kecil dah hidup dalam dunia itu, tak boleh keluar gamaknya. Kalau keluar pun ramai yang masuk balik...

Setuju.Mungkin golongan ini masih belum mendapat hidayah dan marilah kita berdoa semoga mereka kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t

InsyaAllah

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 12-01-10 23:28

Pada 11-01-10 09:45 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Berapa ramai termasuk di jabatan-jabatan kerajaan..pergi kerja bertudung litup..jumpa kat alamanda free hair , jeans siap dengan shirt "body hugging" lagi...private sektor jangan cerita lah..

ni pun satu hal juga dah jadi macam uniform saja tudung tu.. lagi satu ada pula fesyen baru ni baju kurung kain yang chiffon kalau tak silap punyalah jarang tapi pakai tudung.. boleh ada yang tu boleh nampak yang tak sptunya nampak. kepla dah tutup elok baju pula yang tak kena...

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 13-01-10 08:17

Pada 12-01-10 01:04 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 11-01-10 14:25 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

sekurang-kurangnya kita sebagai saudara semuslim dengannya patut mendoakan agar dia benar-benar berhijrah.. orang yang baru hendak berhijrah seperti dia mestilah diberi tunjuk ajar.. dan orang-orang seperti anda inilah yang patut memberi tunjuk ajar kepadanya.. bukan sekadar memberi komen yang buruk di ruangan forum seperti ini yang saya rasa, tidak mungkin dilayari oleh orang-orang seperti si anne itu.. bukankah berdiam diri itu lebih baik dari berkata-berkata sesuatu yang tidak baik dan bolah mendatangkan dosa?? :-)

doa suatu perkara lain .... menyatakan kebenaran suatu perkara yang lain. Namun kedua-duanya mesti kita usahakan.

Teguran bukan saja untuk anne jika dia tidak mendengarnya atau membacanya, tapi boleh juga diambil iktibar oleh orang lain.

Teguran... ana tak rasa dia buka posting kat ukhwah.com ni.. maafkan ana..

Dalam tak sedar kita dah dapat dosa mengumpat kerana mendedahkan keburukan orang lain untuk diceritakan..

Saya rasa niatnya untuk berubah tu baik.. mungkin dia perlukan masa untuk berubah... bersangka baiklah..

-----------------

Koleksi Busana

  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 13-01-10 10:22

ya.. bersangka baik lah kita.. tak perlu banyak sangat mengata kekurangan dan keburukan orang.. seperti yang kerap kita bualkan dalam forum ukhwah ini.. kalau tak ingin juga bersangka baik, maka lebih baik rasanya kalau kita berdiam diri..

:-)

-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar

posticon Posting pada: 22-01-10 23:52

Salam ...

Membimbangkan kalau cara pakaian artis jadi ikutan masyarakat ... sebagai contoh tudung Siti Nurhaliza ... bertudung tapi nampak jambul, bertudung tapi pakai jeans ketat ...

Masyarakat perlu disedarkan erti aurat bukan hanya pada tudung ... kalau mereka tak mengerti erti aurat ... jadilah macam sesetengah, bertudung tapi berskirt pendek, bertudung tapi memakai t-shirt berlengan pendek dsbnya ...

Bookmark and Share

  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 02-02-10 12:58

logik lagi ke artis sekarang?artis sekarang banyak teruk dr baeknya...

tapi tramat kcw nagn artis wanita yang nak cakap pasal agama,tapi tak tau apa yang dickap...aduh

-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi

Bookmark and Share

  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar

posticon Posting pada: 03-02-10 13:18

sebenarnya bukan artis saja.... orang kebanyakkan pun sama... bila depan rumah pakai tak pakai tudung atau pergi kedai dekat-dekat... tapi pergi jauh-jauh baru pakai... cuma bezanya artis dikenali orang dan dijadikan idol oleh segelintir masyarakat sebab tu di perkotak katik kan....

-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 04-02-10 09:09

kalau ditanya logik atau tak logik.. Islam bukan berdasarkan logik tapi al-Quran dan sunnah.

-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8

Bookmark and Share

  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 04-02-10 16:04

Pada 04-02-10 09:09 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

kalau ditanya logik atau tak logik.. Islam bukan berdasarkan logik tapi al-Quran dan sunnah.

betul..

kalau fikir logik atau tidak, makin banyak pula yang nak dikaitkan..
senang... buat apa Allah suruh, tinggal apa Allah larang..

Bookmark and Share

  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.140013 saat. Lajunya....