Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Rentetan Kes Bunuh - Kepala di Shah Alam


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Rentetan Kes Bunuh - Kepala di Shah Alam

Please Mendaftar To Post


Oleh Rentetan Kes Bunuh - Kepala di Shah Alam

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-01-10 14:35


Assalamualaikum

SHAH ALAM: Misteri kehilangan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam membabitkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, kelmarin, terjawab apabila polis menemui anggota badan manusia itu yang ditanam di sebuah tanah perkuburan dekat sini, tengah malam tadi.

/
TAHAN...Rashidi ditahan di jejantas LRT Masjid India. sebelum - selepas CARI...anggota polis menggali lokasi tempat kepala ditanam. DIBUNUH...Atan (kiri) dan Sutiah.

/
CARI...anggota polis menggali lokasi tempat kepala ditanam.Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.

Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.

Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.

Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.

Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang bersebelahan.

Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

Sumber: Harian Metro

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-01-10 14:37


Sayu betul cerita ini.

Masalah politik yang tak habis-habis dan akhirnya kita tak sedar masyarakat kita sendiri yang terumbang ambing.

Bukan mencari salah siapa? Tapi adakah kita tidak rasa bersalah melihat org Melayu Islam atau saudara Islam kita sendiri berperlakuan begini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 14:42


ngeri

hanya orang yang "tak waras" sanggup buat begitu..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 14:42


Yang membunuh tu dikhabarkan sakit mental..
Apa agaknya yang sebabkan dia jadi begitu..
Ngeri pulak kes bunuh kali ini..
macam-macam..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 14:47


Dunia tidak kejam tetapi Manusia yang kejam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 14:54


dah macam filem hollywood pulak... isk..sadis


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-01-10 14:54


Pada 07-01-10 14:47 , sutera_kasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

Dunia tidak kejam tetapi Manusia yang kejam...


Kenapa ye manusia menjadi semakin kejam? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

simple_NAH
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.08.2006
Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 15:16


macam tu pula...dunia ni kecil saja


-----------------
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For simple_NAHProfil   Hantar PM kepada simple_NAH   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-01-10 15:20


Oleh RAIS YEOP JOHARI,
SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI dan NORHAYATI YAHYA
[email protected]

-----------------------------------------------------------------


/

TAMPIN - "Selepas menukar pakaian sekolah, saya ke ruang tamu dan nampak kakak (Siti Khatijah) baring di situ.

"Saya ingat dia tidur tetapi apabila saya hampiri, saya terkejut nampak ada pisau terpacak pada dada kakak dan dia sudah pun meninggal dunia."


/

Inilah motosikal Suzuki milik Rashidi yang ditemui ditinggalkan di hentian bas Tampin, Negeri sembilan.


-----------------------------------------------------------------


Demikian cerita sedih, Siti Mariam Ismail, 19, yang menemui mayat kakaknya, Khatijah Ismail, 22, di Kampung Batang Rokan di Gemencheh di sini kelmarin.

Dalam keadaan menangis, Mariam berlari ke rumah nenek dan datuk yang terletak bersebelahan rumahnya dengan harapan untuk mendapatkan pertolongan.

Bagaimanapun, cerita gadis itu, di rumah tersebut dia menemui tiga lagi mayat iaitu mayat ayahnya, Ismail Awang, 76, datuk, Atan Daud, 90, dan nenek, Sufiah Keatas, 80.

/

SITI MARIAM

Dia sangat sedih melihat keadaan empat mayat ahli keluarganya yang mati dalam keadaan sungguh ngeri terutama mayat bapanya yang tiada kepala.

Sebelum kejadian, katanya, dia tidak sedap hati apabila bapanya tidak menjemputnya dari sekolah di Sekolah Menengah Datuk Taha Gemencheh yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah.


"Biasanya ayah jemput saya tetapi kali ini selepas sejam menunggu ayah tidak muncul malah dia dan kakak juga gagal dihubungi sebelum saya pulang menaiki bas," katanya sambil menangis.

Sampai di rumah, abangnya, Rashidi Ismail, 34, graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor tiada di rumah dan kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya pada malam sebelum kejadian ketika abangnya baru sampai ke rumah dari Kuala Lumpur.

"Abang tiada masalah dengan keluarga. Tiada langsung pergaduhan cuma dia pernah putus tunang dua kali," katanya

/

Kepada seluruh warga Islam...Al-fatihah kepada semua mangsa terutama bekas Imam..MasyaALLAH

MANUSIA SUDAH HILANG NILAI KEMANUSIAANNYA

Apa lagi yang boleh kita ungkapkan selain tergambar di dalam minda kita bahawa manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya apabila sanggup melakukan kekejaman tanpa rasa kasihan belas terhadap sesama manusia.

Saya yakin sesiapa sahaja yang membaca berita pembunuhan kejam Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan semalam akan sependapat dengan saya.



Entah di mana silapnya, empat sekeluarga menemui ajal dalam keadaan yang sangat mengerikan di tangan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan.

Mereka yang malang itu ialah imam masjid kampung berkenaan Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khatijah Ismail, 22.



Bagi yang sempurna akal tentunya tidak terfikir bagaimana penderitaan keempat-empat mangsa yang ditinggalkan oleh pembunuh mereka dalam keadaan cukup terseksa – putus kepala, putus tangan dan pisau tercacak di dada. Ianya seumpama adegan sebuah filem, tetapi sebenarnya tidak malah kejadian itu adalah kisah benar yang kejam dan menyayat hati.

Mayat Ismail Awang ditemui dalam keadaan putus kepala sementara anaknya Siti Khadijah ditemui dengan pisau masih terpacak di dada, manakala Atan dan Sutiah ditemui dengan kesan tetakan pada tangan, seolah-olah mempertahankan diri daripada serangan.

Lebih memilukan, kesemua mangsa itu sebenarnya bukanlah individu yang mampu bertindak melawan apabila tiga daripadanya adalah warga emas dan seorang lagi wanita yang lemah.

Inilah bala Allah ke atas negara kita sekarang. Indeks jenayah semakin meningkat, perasaan belas dan kemanusia sudah tercabut di hati manusia. Semuanya ini ada sebab dan musababnya mengapa Allah menurunkan bala sedemikian. Kita semua sama ada kerajaan atau rakyat mesti memuhasabah diri kita sendiri apa kesalahan yang mungkin kita lakukan?

Malangnya pemerintah dan rakyat masih belum sedar dan sentiasa menjauhi kebenaran dan petunjuk Allah. Al Qur'an yang sepatutnya menjadi rujukan dan amalan dipinggirkan hanya sekadar untuk musabaqah tahunan. Undang-undang Islam jauh sekali untuk dikanunkan sebaliknya ia dicemuh dan dihina. Kerajaan terus mendaulatkan slogan-slogan yang jauh malah menyimpang dari Islam.

Saya mendoakan agar pimpinan dan rakyat negara kita kembali insaf dan sedar betapa pentingnya kita kembali kepada Islam agar kita semua selamat dan dipelihara oleh Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 15:41


ini lah akibatnya bila manusia meletakkan akal di bawah tapak kaki sehingga tidak tahu menilai mana yang baik dan yang buruk.akibatnya insan tak berdosa menjadi mangsa pembunuhan kejam..al-fatihah kepada semua mangsa..


-----------------
http://www.dapatwang.com/?id=laila82


Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 07-01-10 22:59


sayunye rasa....mengapalah agaknya sampai macam ni jadinya..sakit jiwa ke..


-----------------
nur_ashikin


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-01-10 23:05


Inilah bala Allah ke atas negara kita sekarang. Indeks jenayah semakin meningkat, perasaan belas dan kemanusia sudah tercabut di hati manusia. Semuanya ini ada sebab dan musababnya mengapa Allah menurunkan bala sedemikian. Kita semua sama ada kerajaan atau rakyat mesti memuhasabah diri kita sendiri apa kesalahan yang mungkin kita lakukan?

Malangnya pemerintah dan rakyat masih belum sedar dan sentiasa menjauhi kebenaran dan petunjuk Allah. Al Qur'an yang sepatutnya menjadi rujukan dan amalan dipinggirkan hanya sekadar untuk musabaqah tahunan. Undang-undang Islam jauh sekali untuk dikanunkan sebaliknya ia dicemuh dan dihina. Kerajaan terus mendaulatkan slogan-slogan yang jauh malah menyimpang dari Islam.

Saya mendoakan agar pimpinan dan rakyat negara kita kembali insaf dan sedar betapa pentingnya kita kembali kepada Islam agar kita semua selamat dan dipelihara oleh Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 10:21


jauhnya kepala tu pergi...ini semua menifestasi hasil dari polisi..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 11:28


Takziah kepada keluarga mangsa.
memang sadis..seolah-olah suspek berhenti membunuh selepas habis mangsa yang ada di rumah ketika itu..kalau ada 5 atau 6 orang mungkin semuanya diserang.
Anak yang baik dan pendiam...dakwa si ibu.
Apa sebenarnya yang menukar beliau jadi kejam?
berapa punca yang akan disenaraikan?
Ya Allah selamatkan saudara-saudaraku dari bahaya dan kejahatan.
TRAGEDI TAHUN BARU 2010!


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 22:07


Bila manusia dah hilang kemanusiaan dan kewarasan, dunia semakin tak selamat..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

bungamekar
Warga Rasmi
Menyertai: 28.10.2009
Ahli No: 37891
Posting: 14
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-01-10 16:07


mengerikan...syahdu. pada siti mariam, tabah lah menghadapi dugaan hidup ini. sabar ye dik...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For bungamekarProfil   Hantar PM kepada bungamekar   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-01-10 13:03


Pada 10-01-10 16:07 , bungamekar posting:

!!! QUOTE !!!

mengerikan...syahdu. pada siti mariam, tabah lah menghadapi dugaan hidup ini. sabar ye dik...



al-fatihah...
minta-minta dijauhkan semua ni... amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-10 09:17


dah kena tangkap.. confirm kena hukum bunuh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

recessbox
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.01.2010
Ahli No: 39107
Posting: 25
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-01-10 10:32


mana perginye iman seseorang....
klaw saudara sendiri dibunuh

Bookmark and Share

    


  Member Information For recessboxProfil   Hantar PM kepada recessbox   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-10 12:18


Pada 20-01-10 09:17 , hajime_kindaichi posting:

!!! QUOTE !!!

dah kena tangkap.. confirm kena hukum bunuh..

anda pasti??? jika dia didapati sakit mental dia tak mungkin dihukum bunuh.... (tapi memang patut hukum bunuh)


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 21-01-10 12:01


Pada 08-01-10 11:28 , amirahni posting:

!!! QUOTE !!!

Takziah kepada keluarga mangsa.
memang sadis..seolah-olah suspek berhenti membunuh selepas habis mangsa yang ada di rumah ketika itu..kalau ada 5 atau 6 orang mungkin semuanya diserang.
Anak yang baik dan pendiam...dakwa si ibu.
Apa sebenarnya yang menukar beliau jadi kejam?
berapa punca yang akan disenaraikan?
Ya Allah selamatkan saudara-saudaraku dari bahaya dan kejahatan.
TRAGEDI TAHUN BARU 2010!



kadang-kadang kita tak jangka orang yang pendiam baik tu sebenarnya ada masalah dalaman yang kita tak tau..
kadang-kadang kalau terlalu memendam masalah atau perasaaan etc boleh meletup macam tu..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

perak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2006
Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-01-10 14:04


mudah-mudahan dia bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka

Bookmark and Share

    


  Member Information For perakProfil   Hantar PM kepada perak   Pergi ke perak's Website   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-01-10 15:04


seseorang yang dikatakan pendiam, boleh jadi seagrasif itu... so, mana-mana member yang nampak pendiam sangat tu, hati-hati lah


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-01-10 11:29


betulkah rosmah mansur ada ikatan saudara dengan keluarga ini? :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-10 14:41


dah tak dengar cerita pasal ni dah kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128882 saat. Lajunya....