Tertarik dengan isu ni sebab pernah tertipu dengan penampilan dan tutur kata org yang Wawa fikirkan "soleh" "solehah"..
Sekadar memetik kata-kata seorang teman yang sangat-sangat Wawa kagumi.. Peringatan kepada kawan-kawan, bwehati2 ye..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sebelum anda mula membaca, saya ingin nyatakan disini, sesetengah dari kalian mungkin akan ‘terasa’…dan sesetengah lagi mungkin akan terkejut dengan konotasi-konotasi yang saya gunakan. Ah! Apabila berbicara tentang hal ini, tak perlu lagi bersantun, seorang muslim mesti menunjukkan ketegasan!
Begini Kisahnya…
Dengan takdir Allah saya telah ditemukan dengan seorang insan yang mengaku dirinya pendakwah dan pencinta agama. Perawakannya, subhanallah sangat islami dan warak. Bila berjalan kepalanya sering tertunduk, mp3 yang mengalunkan kalimah-kalimah suci hampir tidak pernah lepas dari corong telinganya. Didalam beg yang dikendong, sentiasa terkandung mushaf Al-qur’an yang sudah lusuh dan zipnya rosak. Kalau dilihat dengan mata kasar memang sangat memikat…namun disebalik semua ‘kesucian’ itu, tidak ada sesiapa yang tahu, bahawa rupanya insan itu punya sisi hitam yang tidak pernah terbayangkan.
Jangan tanya bagaimana saya boleh tahu, nanti masuk cerita lain pula. Kalau dikisahkan boleh dapat satu lagi entry barangkali. Insan yang disebutkan diatas, sememangnya dikurniakan mulut semanis gula batu. Sesiapa yang mendengar bicaranya tentang agama dan cinta tuhan pasti tertawan, kalau berhujah tentang agama dan hukum-hakam, jarang ada yang menang.
Tapi sayang…bakat yang Allah kurniakan telah disalahguna. Kemahirannya digunakan untuk memutar-belit Al-qur’an dan hadith. Malah pendapat saya ini dipersetujui oleh orang lain yang terlibat dan mengetahui hal ini secara langsung mahupun tidak langsung, dan mereka yang menilai bukanlah calang-calang orang macam kita…pakar-pakar semuanya. Insan yang diperkatakan tadi, rupa-rupanya indah khabar dari rupa, dan agama menjadi topengnya.
Ada satu lagi keanehan…Kenapa rata-rata yang didakwahkannya terdiri daripada lawan jantina? Sedang dia sendiri pernah mengaku, nafsunya seumpama kuda liar. Tidakkah dia mengerti bahawa iman sendiri itu lebih penting untuk diselamatkan? Setelah disiasat, modus operandinya sama sahaja. Mula-mula berdakwah, kemudian berkasih, mula-mula berbual dan makan di café, kemudian berjumpa di tempat gelap, lalu bila zina terjadi, dia meletakkan kesalahan 100% kepada si ‘mad’u’. Ingin saja saya jeritkan ke mukanya…lebih baik beruzlah daripada berdakwah tapi akhirnya terjerut di rantai Si Malik penjaga neraka!
Kadang-kadang apabila terkenang kembali semua perbuatannya, hati rasa terbakar…berapi jerrr! Kalau kayu dah lama hangus tak berarang. Dalam kepanasan, hati bersuara keras…
“who do you think you are?!! Rasulullah susah-payah menyebarkan islam sampai berdarah-darah kena baling dengan batu! Sampai wajahnya yang mulia dibaling dengan najis! Kau sedap-sedap saja baling najis pada agama sendiri?!! HOW DARE YOU!!!”
“who do you think you are?!! Rasulullah menyampaikan dakwah dengan akhlak yang paling terpuji, tapi kau selamba saja mencemarkan islam dengan akhlak yang langsung tak layak dengan martabat kau as human?!! HOW DARE YOU!!!”
“who do you think you are?!! Rasulullah susah-susah menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi sampai nak kena bunuh, sampai terpaksa berhijrah meninggalkan tanah air yang dia paling cinta, kau sesuka hati putar-belit Al-qur’an dan hadith! For what?!! Personal interest?!! Nafsu?!! Paling tak boleh terima bila kau putar-belit hukum supaya kau terlepas daripada maksiat yang kau dah buat!!! HOW DARE YOU!!!”
“who do you think you are?!! Konon bertaubat berkali-kali tapi tak pernah serik nak ulang dosa yang sama!!! Mana keazaman?!! Mana Keinsafan yang konon dibangga-banggakan?!! Kau bajet kau ahli sufi ke boleh bertaubat banyak kali?!! Come on lah…jangan jadi orang yang melampaui batas!!! Bentak si hati berkali-kali.
“Semoga kemarahanku ini bukan angkara syaitan Ya Tuhan, nauzubillahi min zaalik…” Getus hati lagi.
Situasi sebegini sebenarnya menguji sejauh mana sensitiviti iman kita. Seorang muslim yang imannya tertancap kuat pasti tidak redha menyaksikan Allah dan rasul tega diperbudakkan, Al-qur’an dan As-sunnah dijadikan umpama ‘playdough’ yang boleh diubah bentuk mengikut kesukaan, atau paling kurang apabila matanya terjamah kemaksiatan, pantas pandangannya dialihkan mencari panorama lain. Hatinya tidak akan rela melihat karikatur Muhammad SAW memakai serban berbentuk bom, atau melihat seorang kafir memakai kemeja-T dengan cetakan Rasul kita sebagai kambing gurun yang berjanggut, berjalan keliling pasaraya.
Tujuan entry ini ditulis bukan untuk mengaibkan sesiapa, jauh sekali menunjuk-nunjuk bahawa iman saya kononnya sangat ampuh. Tidak! Iman saya juga ada pasang-surutnya. Namun sebagai muslimah yang dididik dengan dakwah dan tarbiyyah, hati mana yang tahan melihat semua penghinaan ini? tambah perit bila mengenangkan saudara seiman sendiri yang membuat onar. Lebih baik menjadi seorang hanif daripada menjadi seorang pendakwah tapi menyelewengkan agama dan membuat dosa besar.
-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -